You are on page 1of 5

ELEKTRIK

Mengira Kos Tenaga Elektrik

Membaca Meter Kilowatt Jam (kWJ)


Meter kilowatt jam (kWj) digunakan untuk menyukat jumlah tenaga elektrik yang digunakan.
Meter kilowatt jam (kWj) jenis digital mempunyai beberapa ruang nombor yang menunjukkan bacaan
ribuan, ratusan, puluhan, unit, dan persepuluh. Meter kilowatt jam (kWj) yang dipasang adalah jenis
meter digital Tenaga elektrik yang digunakan disukat dalam unit ukuran kilowatt jam.
1 kilowatt = 1000 watt
1 kilowatt jam = 1 000 watt x 1 jam
(1000 watt digunakan dalam masa 1 jam)
1 kilowatt jam = 1 unit (tenaga digunakan)

Meter kWj Jenis Digital


Meter kWj jenis digital menggunakan satu siri nombor mewakili 10 000, 1 000, 100, 10, 1 dan
0.1 Bacaan meter dibaca mengikut digit besar ke digit kecil Digit di ruang terakhir tidak perlu dibaca
kerana nilainya kurang daripada satu unit.

Mengira Kos Penggunaan Tenaga Elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan salah satu pihak yang bertanggungjawab membekalkan
tenaga elektrik dan membaca meter kWj pada setiap bulan. Pengguna akan menerima bil pada setiap
bulan berdasarkan jumlah tenaga yang telah digunakan.

Pengiraan bil elektrik


Langkah-langkah:
1. Dapatkan bacaan meter terbaru
2. Dapatkan bacaan meter bulan lepas
3. Dapatkan unit yang digunakan = Bacaan meter terbaru - Bacaan meter bulan lepas
4. Mengira jumlah bayaran
4.1. Rujuk jadual kadar tarif (di bil elektrik)
Contoh: Bagi 200 unit pertama sebulan 0.218
Bagi 800 unit berikutnya sebulan 0.334
4.2. Contoh unit yang digunakan ialah 300 unit
200 unit x 0.218 = RM 43.60
100 unit x 0.334 = RM 33.40
300 unit RM 77.00

Jumlah bayaran dikira dengan mendarabkan jumlah unit tenaga elektrik yang digunakan
dengan kadar seunit. Kadar seunit adalah berdasarkan Jadual Kadar Tarif yang telah ditetapkan oleh
pihak pembekal seperti Tenaga Nasional Berhad.
Kadar tarif yang telah ditetapkan adalah berbeza mengikut keperluan dan penggunaannya.
Antara yang telah ditetapkan adalah seperti tarif kediaman, perdagangan, perindustrian,
perlombongan, dan lain-lain.

Membaca Maklumat pada Plat Perincian Motor DC


Plat perincian motor boleh didapati pada badan motor atau pada badan peralatan elektrik. Ia
mengandungi banyak maklumat tentang motor yang digunakan dalam sesuatu peralatan elektrik.
Antara maklumat yang biasa didapati pada plat perincian motor ialah jenis (type), voltan (volt),
pusingan seminit (rpm), dan kuasa (watt).
Mengenali Jenis-jenis Motor
Motor elektrik menghasilkan tenaga kinetik sebagai penggerak utama untuk menjalankan
sesuatu kerja. Aci motor berputar apabila motor dibekalkan dengan sumber bekalan elektrik arus
terus (DC) atau arus ulang-alik (AC).
Terdapat dua jenis motor elektrik.
• Motor arus terus (DC) dan
• Motor arus ulang-alik (AC)

Peralatan dan Jenis Motor yang Digunakan

Peralatan Jenis Motor


Mesin gerudi cordless Motor DC
Mesin gerudi lantai Motor AC
Mesin canai Motor AC
Sander Motor AC

Bahagian CItama Motor Arus Terus (DC)


Motor arus terus (DC) terdiri daripada bahagian-bahagian berikut, iaitu rangka utama, magnet kekal,
gegelung angker, berus karbon, dan penukartertib (komutator).
magnet kekal

Rangka Utama
Bahagian yang dikenal sebagai yoke berfungsi untuk menyokong atau menempatkan
komponen-komponen lain.

Magnet Kekal
Magnet kekal dipasang pada rangka utama dan terdiri daripada lapisan teras besi dan gegelung
medan.

Gegelung Angker
Gegelung angker akan menjadi elektromagnet dan berputar apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu kutub yang berlainan akan menarik dan kutub
yang sama pula akan menolak.

Berus Karbon
Berus karbon yang diperbuat daripada karbon ini dipasang pada bahagian atas dan bawah
penukartertib. Bekalan arus terus akan mula mengalir ke dalam berus ini sebelum mengalir ke
penukartertib.

Penukartertib (Commutator)
Penukartertib berbentuk silinder didapati di dalam pemutar. Komponen ini terdiri daripada susunan
ruas palang logam yang bertebat antara satu sama lain. Bilangan ruas ini bergantung kepada
bilangan lilitan angker. Pada hujung setiap belitan angker akan dipateri pada palang logam tersebut.

Arah Pusingan Motor DC


Pusingan sesuatu motor DC boleh diubah mengikut pusingan jam atau lawan jam dengan
menukarkan sambungan punca bekalan pengaliran arus elektrik. Arus elektrik ini akan menggerakkan
peralatan elektrik yang berasaskan motor.

Prinsip Pergerakan Motor DC

1 Ketika keadaan gegelung mendatar dan suis bekalan elektrik


dihidupkan (on), litar lengkap akan terhasil kerana
penukartertib bersentuhan dengan berus karbon. Arus yang
mengalir melalui gegelung akan mewujudkan elektromagnet.
Medan magnet dari gegelung dan medan magnet dari
magnet kekal akan berpadu menyebabkan gegelung berputar
suku putaran mengikut arah jam.Pada masa ini, gegelung
berada dalam keadaan menegak.

2 Gegelung yang berada pada kedudukan menegak


menyebabkan berus karbon tidak bersentuhan dengan
penukartertib. Oleh itu, arus tidak akan mengalir ke dalam
gegelung kerana litar tidak lengkap. Kesan paduan daripada
medan magnet menyebabkan gegelung terus berputar suku
putaran lagi menjadi separuh putaran lengkap. Ketika ini,
gegelung berada pada kedudukan mendatar.

3 Gegelung pada kedudukan mendatar sekali lagi mewujudkan


litar lengkap kerana berus karbon yang bersentuhan dengan
penukartertib. Medan magnet terhasil sekali lagi di dalam
gegelung dan mewujudkan elektromagnet yang berpadu
dengan magnet kekal. Ini akan menyebabkan putaran
gegelung berlaku suku putaran lagi dan gegelung akan
berada pada kedudukan menegak semula.

4 Ketika gegelung dalam keadaan menegak, tiada arus


mengalir ke dalam gegelung kerana litar tidak lengkap.
Bagaimanapun, kesan daripada paduan medan magnet akan
terus memutarkan gegelung suku putaran lagi menjadi satu
putaran lengkap. Proses ini akan berterusan untuk
menghasilkan putaran pada gegelung dalam motor elektrik.
Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DC
Motor DC yang menerima bekalan elektrik dari sumber akan menghasilkan putaran dan
menghantar kuasa kepada peralatan elektrik dan seterusnya berfungsi.
Arah pusingan motor boleh diterbalikkan dengan menyongsangkan sambungan punca
bekalannya.

Contoh penghantaran kuasa motor DC ialah dengan cara:


(a) dari aci kepada gear
contoh: jam, mesin gerudi mudah alih, dan alat permainan kanak-kanak.
(b) dari aci kepada takal dan tali sawat
contoh: pemain radio kaset dan kit robot.
Bahagian yang terlibat untuk sistem penghantaran kuasa ini adalah seperti:
(i) Roda (wheels)
(ii) Gear (gears)
(iii) Takal (pulley)
(iv) Tali sawat (belting)

Mengenal Pasti Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DC


Motor DC di dalam sesebuah peralatan elektrik dihantar dalam bentuk mekanikal.
Penghantaran kuasa berlaku apabila sumber bekalan disambungkan. Contoh mekanisme
penghantaran kuasa ialah melalui aci kepada gear atau aci kepada takal dan tali sawat. Merujuk
kepada pengisar makanan, tali sawat yang terpasang pada takal pertama di aci motor DC akan
memutarkan takal kedua alat pengisar untuk menghasilkan putaran pada pengisar. Seterusnya
pengisar dapat berfungsi membantu kerja di dapur.

You might also like