You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH ST ANTHONY

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL 3/2017

Tarikh : 22 November 2017 (Rabu)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SM St Anthony
Pengerusi : Puan Dona Undoh
Kehadiran (bilangan) : 24/32

AGENDA

1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil 3/2017
3. Perkara Berbangkit
4. Pengurusan Fail
5. Hal-Hal Lain

KEHADIRAN

1. Dona Undoh 14. Nor Rizan Binti Ab Rajab


2. Leberie @ Liberia H. Dalus 15. Phyllis Menti Anak Robert
3. Yee Choon Hian 16. Rosnira Binti Ridzuan
4. Jackson Kuanfuh 17. Rosniza Binti Yusoff
5. Abd. Aziz Bin Ishaak 18. Sabri Nullah
6. Connie Chung Chiew Fui 19. Siti Kastini Binti Kassim
7. Dk Suhana Binti Pg Tassip 20. Siti Rahimah Binti Suhaimi
8. Faridah Binti Musa 21. Teng Chai Lin
9. Hasnidar Bt Abdullah Maamuom 22. Victoria D. Baga
10. Jasintha Lopez 23. Veronica Fredolene
11. Jayastine Antoney John
12. Mohd Amin Bin Ab Manaf
13. Nur Aqilla Binti Mohamad Yussuf

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. Ismawane Binti Ismail (Pengawas SPM)


2. Mohd Khairi Mahady (Mesyuarat)
3. Nurshafiza binti Amit (Taklimat Sarjana dan PHD)
4. Nur Syahirah Binti Isa (Pengawas SPM)
5. Rahman Bin Jumat (Penyelia Kawasan STPM)
6. Roziah Binti Abdul Rahman(Taklimat Sarjana dan PHD)
7. Tengku Hasifah Tengku Ahmad (Pengawas SPM)
8. Voon Sem Yee
9. Wan Shariha Binti Wan Abdullah
10. Noorin Abd Hamid (Cuti Tanpa Gaji)

1
AGENDA 1: Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat
terakhir bagi tahun 2017.

1.2 Ucapan tahniah dilafazkan kepada semua warga SM St Anthony kerana menghasilkan
keputusan kokurikulum yang membanggakan pada tahun 2017.

1.3 Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang menjayakan
aktiviti JPNWPL sebagai tuan rumah seperti SAHIBA, Badminton, Pertandingan
Memasak Maggi dan Bola Keranjang.

Tindakan: Makluman semua guru

AGENDA 2: Pengesahan Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil 3/2017

2.1 Puan Siti Kastini Binti Kassim mencadangkan agar minit mesyuarat lepas disahkan dan di
sokong Cik Nur Aqilla Binti Mohamad Yussuf

Tindakan: Makluman semua guru

AGENDA 3: Perkara Berbangkit

3.1 PK Kokum memaklumkan aktiviti yang melibatkan perbelanjaan perlu mengikut SOP
sedia ada.

3.2 Pengerusi menekankan tidak perlu kertas kerja yang panjang lebar, cukup disertakan
dengan Pelan Operasi bagi aktiviti tersebut.

3.3 Pengerusi memaklumkan jika susah mengurus pengangkutan murid, guru boleh ambil
inisiatif mengeluarkan surat meminta urusan pengangkutan murid dipermudahkan oleh ibu
bapa murid masing-masing. Namun perlu sediakan butiran aktiviti dan diserahkan kepada
ibu bapa lebih awal.

Tindakan: Semua guru penasihat

3.4 PK Kokum mengucapkan terima kasih kepada guru penasihat kerana berjaya
melengkapkan data CIS16.2 walaupun dalam keadaan masing-masing sibuk dengan kerja
sebagai guru.

3.5 Gred Purata bagi aktiviti kokurikulum pada tahuin ini ialah 2.24. Ini akan digunakan bagi
melengkapkan SKPMg2 kelak.

2
3.6 PK kokurikulum memaklumkan usaha mendapat markah tambahan bagi Penglibatan dalam
PAJSK sudah diutarakan namun Unit Kokurikulum JPNWPL memaklumkan kita perlu
akur dengan prosedur sedia ada. Kita hanya dapat membantu murid pada ruang markah
Khidmat Sumbangan.

3.7 Kelab dan Persatuan yang berlebihan ahli akan dikurangkan ahlinya dengan cara ahli sedia
ada perlu memohon untuk beralih kelab kepada kelab yang ahlinya sedikit. Kebenaran Guru
Penasihat asal dan yang baharu diperlukan. Unit Kokukurikulum akan sediakan borang.
Namun keputusan akhir samada pertukaran itu berjaya atau tidak bergantung kepada Unit
Kokurikulum.

3.8 Pada tahun 2018, takwim yang dibina akan mengambil kira agar aktiviti Kokum tamat pada
bulan September memberi laluan kepada Program Peningkatan Akademik.

3.9 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana SM St Anthony mempunyai ramai Pengerusi


Teknik yang menunjukkan pihak JPNWPL menaruh kepercayaan yang tinggi buat guru-
guru SM St Anthony.

Tindakan: Makluman semua guru

AGENDA 4: Pengurusan Fail

4.1 PK Kokum memohon agar guru-guru melengkapkan fail masing-masing dengan eviden-
eviden yang diperlukan bagi SKPMg2.

4.2 PK Kokum memaklumkan bahawa Puan Dayang sahaja setakat ini meyerahkan eviden
yang diperlukan.

Tindakan: Guru Penasihat dan Guru Penyelaras

3
AGENDA 5: Hal-hal lain

5.1 PK Kokurikulum memaklumkan pada tahun hadapan guru kelas yang akan mengemaskini
markah murid dalam Sistem Atas Talian PAJSK.

5.2 Encik Jayastine memaklumkan bahawa komputer yang berfungsi perlu ditambah di Bilik
Guru bagi memudahkan urusan melengkapkan data-data kokurikulum.

5.3 Pengerusi sedia maklum akan perkara tersebut.

5.4 Cikgu Amin memaklumkan Unit Kokurikulum akan melengkapkan markah kokurikulum
dalam Sistem PAJSK seperti mana yang guru-guru penasihat isi dalam Sistem CIS16.2.

5.5 Puan Rahimah memaklumkan masih ada guru yang keliru cara memberi markah mengikut
cara baharu PAJSK.

5.6 PK Kokum memberi respon yang pada tahun hadapan kita akan buat penambahbaikan agar
semua guru tiada masalah dalam memberi penilaian kokurikulum.

Tindakan: Makluman semua guru

UCAPAN PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.......................................... .......................................... .................................

(MOHD AMIN AB MANAF) (KUANFUH@JACKSON TONDOLIU) (DONA UNDOH)

Setiausaha Kokurikulum I PK Kokurikulum Pengetua

You might also like