You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY

SEKOLAH AMANAH MALAYSIA


JALAN PJS 7/15, 46150 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN

NO.TEL.: 03 -56369260 @ NO.FAKS : 03 -56357134

Emel : bba8234@btpnsel.edu.my

KERTAS KERJA
PROGRAM GAMBATTE

1
KERTAS KERJA PROGRAM GAMBATTE
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY

1.0 PENGENALAN
Sejajar dengan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
tentang pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan salah
satu daripada program National Key Result Area (NKRA’s), KPM. Melalui program ini,
kementerian telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah
pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas
mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah

Dalam usaha untuk mencapai sasaran sifar linus murid tahun 2 dan 3 yang gagal
dalam saringan linus ataupun murid pemulihan, pelbagai program dan aktiviti telah
dijalankan oleh pihak sekolah. Untuk tujuan mendapatkan hasil yang optimum
disamping tidak terlalu membebankan guru di luar waktu P&P, aktiviti kelas bimbingan
perlu dirancang dengan teliti. Program sokongan ini perlu fokus kepada kumpulan
sasaran iaitu murid pemulihan ataupun murid linus.

Sehubungan dengan itu, Program GAMBATTE ini dirancang dengan harapan


pencapaian murid tahun 2 dan 3 dalam menguasai kemahiran 3M. Penglibatan murid-
murid dalam program ini juga diharap dapat meningkatkan motivasi dalam menjalankan
pelbagai aktiviti dan strategi di dalam kelas yang mampu menarik minat murid untuk
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran literasi dan numerasi murid-
murid Pemulihan Khas dan aktiviti Pdp di dalam kelas.

2.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan kualiti dan peratus menguasai kemahiran 3M bagi literasi Bahasa


Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Matematik 100%.

2. Meningkatkan penguasaan membaca dan memahami teks yang disediakan.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua permata tahun 2 dan tahun 3
yang telah menguasai konstuk 1dan 2 boleh membaca dan seterusnya memahami
dengan teknik pelaksanaan kaedah BOBA BOFA (Boleh Baca Boleh Faham)

2
4.0 SASARAN

Program ini melibatkan murid tahun 2 dan 3 2017 yang telah melepasi konstruk 1 dan
konstruk 2

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk lampiran 1

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

MASA : 10 minit sebelum PdP setiap hari

SASARAN : Murid Tahun 2 dan 3 yang telah menguasai kontruk 1 dan 2

PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini mendapat kerjasama semua pihak dalam usaha
mengatasi masalah literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk
memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua
pihak didahulukan dengan ribuan terima kasi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................... …………………………….
(AZLINAYATI BINTI AMIN) (ROSMAH BINTI UDIN)
Setiausaha, PK Petang
Sinar Bestari. SK Bandar Sunway

Disahkan oleh,

………………………
(RUSLINA BINTI MOHD YUNUS)
Guru Besar,
SK Bandar Sunway

3
LAMPIRAN 1

SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM SINAR BESTARI

Pengerusi : Ruslina binti Mohd Yunus (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Noorhayati binti Mohamad (PK Pentadbiran )
: Rosmah bt Udin (PK Petang)
Naib Pengerusi : Azlinda binti Azmi Mah (PK HEM)
: Zainuri bin Mohd Shafar (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Azlinayati binti Amin@Jamingan
Setiausaha : Uma Devi a/l Subramaniam
Pendaftaran :Nurul waheeda binti Mohd Nouzor
Rosnani binti Ismail
Bacaan Doa : Nor Hisham bin Muhammad
Pengacara Majlis : Azlinayati binti Jamingan @ Amin

4
Persiapan Dewan & Laporan
PA Sistem : Thangavelu a/l Balan
Buku Program & : Uma Devi a/p Subramaniam
Fotografi

You might also like