You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGGAS

BUKIT KETERI, 02500 MATA AYER, PERLIS

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

Pengguna tidak boleh masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa
ketiadaan guru.
Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Susun atur semula kerusi supaya kemas.
Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas.
Pastikan alat pemadam api ada dan boleh digunakan.
Pengguna dilarang membuat bising, bergurau senda, bertengkar dan bergaduh dalam
makmal.
Pengguna komputer dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer.
Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk atau keluar ke /
daripada makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang
keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera pada guru yang
bertugas.
Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal.
Semua pengguna dikehendaki mencatat pada buku log/rekod penggunaan makmal.
Pengguna dilarang melayari internet pada alamat-alamat yang lucah.
Pengguna dilarang membawa masuk beg, makanan atau minuman ke dalam makmal
komputer.
Pengguna dilarang mengubah peralatan yang sedia ada dalam makmal komputer.
Tidak dibenarkan memakai kasut mahupun stoking dalam makmal komputer.
Pengguna dilarang memasuki bilik server.
Pengguna tidak boleh menggunakan mesin pencetak tanpa kebenaran.
Pastikan anda keluar dari program dan menutup komputer mengikut tatacara yang
betul.
Tidak dibenarkan membuka atau menutup komputer tanpa kebenaran guru bertugas.

You might also like