You are on page 1of 4

Muka surat 1 daripada 4

KENYATAAN MEDIA
Untuk siaran segera

e-Filing Bagi Tahun Taksiran 2016

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa


pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2016
melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF boleh dilakukan mulai 1
Mac 2017.

2. Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut
menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi
Mobile Filing (m-Filing).

3. e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh LHDNM
untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP
secara elektronik melalui internet.

4. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my .

5. LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP dan


membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi
mengelakkan sebarang penalti lewat hantar BNCP dan kenaikan lewat bayar cukai
dikenakan terhadap mereka.

Kenyataan Media LHDNM, 22 Februari 2017


Muka surat 2 daripada 4

6. Tarikh akhir pengemukaan BNCP Tahun Taksiran 2016 bagi Borang E, BE, B, BT,
P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut:

Tarikh Akhir MENGHANTAR


Jenis-
Borang dan MEMBAYAR Cukai
jenis Penerangan
Pendapatan Tahun Taksiran
Borang
2016

Penyata oleh Majikan (bagi majikan


E 31 Mac 2017
bukan syarikat)

Borang Nyata Individu (Pemastautin yang


BE 30 April 2017
tidak menjalankan perniagaan)

Borang Nyata Individu (Pemastautin yang


B
menjalankan perniagaan) 30 Jun 2017

P Borang Nyata Perkongsian

Borang Nyata Individu Pemastautin


30 April 2017
BT (Pekerja Berpengetahuan /
Berkepakaran) (Tidak Menjalankan perniagaan)

Borang Nyata Individu (Bukan

M Pemastautin)
30 Jun 2017

(Menjalankan perniagaan)
Borang Nyata Individu Bukan
MT
Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)

TF Borang Nyata Pertubuhan

Kenyataan Media LHDNM, 22 Februari 2017


Muka surat 3 daripada 4

7. Harap maklum bahawa para majikan yang terdiri daripada syarikat adalah WAJIB
mengemukakan Penyata oleh Majikan (Borang E) Tahun 2016 secara e-Filing seperti
yang telah ditetapkan dalam subseksyen 83(1B) Akta Cukai Pendapatan 1967.

8. Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk sebarang maklumat tambahan
masa untuk mengemukakan BNCP secara e-Filing:

http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBNCP_2017_1.pdf

9. Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon
nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

10. Manakala bagi pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing dan mempunyai e-
mel berdaftar dengan LHDNM pula, mereka boleh set semula (reset) kata laluan
melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

11. Selain itu, LHDNM juga menyediakan perkhidmatan reset kata laluan e-Filing
melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM. Walau bagaimana
pun, perkhidmatan ini hanya disediakan kepada pengguna talian Maxis, Celcom,
Digi dan Umobile. Pengguna perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran RM0.50
oleh syarikat penyedia telekomunikasi (telco) bagi setiap SMS maklum balas
daripada LHDNM.

12. Bagi pembayar cukai yang tidak mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM atau
tidak boleh menggunakan perkhidmatan reset kata laluan melalui nombor telefon
bimbit, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk
mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa
bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod.

13. Adalah diingatkan bahawa permohonan untuk reset kata laluan e-Filing
menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Kenyataan Media LHDNM, 22 Februari 2017


Muka surat 4 daripada 4

Istihar cukai pendapatan dengan betul dan tepat

14. LHDNM juga ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai agar
mengistiharkan maklumat cukai pendapatan mereka dengan betul dan tepat.
15. Semua pendapatan yang diperolehi dalam tahun 2016 daripada semua punca
pendapatan seperti penggajian, kelas tuisyen, perniagaan, komisen, jualan
langsung, sewa, royalti dan lain-lain pendapatan seperti termaktub dalam seksyen 4
dan seksyen 4A Akta Cukai Pendapatan 1967 mestilah diistiharkan.
16. Setiap dokumen sokongan berkaitan pelepasan cukai dan perbelanjaan yang
dituntut dalam mengira cukai pendapatan pula hendaklah disimpan selama tujuh
tahun bagi tujuan auditan atau siasatan cukai oleh LHDNM.
17. LHDNM akan menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti audit dan siasatan
cukai mengikut peruntukan ditetapkan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.
Tindakan ini akan diambil sekiranya LHDNM mendapati terdapat sebarang
keraguan atas maklumat dan cukai pendapatan yang telah diistiharkan oleh setiap
pembayar cukai.
###

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh:

Datuk Sabin bin Samitah


Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hubungi:
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

Tarikh: 22 Februari 2017.

Kenyataan Media LHDNM, 22 Februari 2017

You might also like