You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN,

77200 BEMBAN, MELAKA.


LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
SOALAN UPSR SESI 1/2014 ANJURAN PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN

Secara keseluruhannya, aktiviti Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains dijalankan dengan baik dan
berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. Bengkel telah diadakan pada 19 April 2014
(Sabtu) bertempat di Dewan SKSB. Seramai 90 orang murid telah didaftarkan untuk menduduki
Peperiksaan UPSR pada tahun ini. Seramai 71 orang murid telah menyertai bengkel tersebut. Bengkel
teknik menjawab soalan ini telah memberikan pendedahan dan pengetahuan yang amat berguna
kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Ceramah telah diberikan
oleh Guru Sains yang berpengalaman dari sekolah ini, iaitu Pn Nor Azah Bt Md Had. Aktiviti yang
dijalankan banyak melibatkan dan mendapatkan maklumbalas yang positif daripada murid-murid.
Penggunaan slaid PowerPoint dan bahan-bahan photostat banyak memberikan maklumat yang
berfaedah terutamanya dalam tips-tips menjawab Soalan Sains UPSR. Pengalaman yang luas oleh Pn
Nor Azah telah memberi kesan yang positif terhadap bengkel yang telah diadakan.

Kekangan yang timbul semasa bengkel dijalankan:


1. Bilangan murid yang tidak hadir ialah 19 orang. 7 orang murid terlibat dengan Kempori
Pengakap Daerah Jasin Tahun 2014. Manakala 3 orang telah terlibat dengan Majlis Tadarus Al-
Quran Sekolah Rendah Peringkat Kawasan Jasin. Program yang bertindih seperti ini,
menyebabkan murid-murid yang tidak hadir tidak dapat memanfaatkan ilmu yang telah
dicurahkan oleh penceramah.
2. Bilangan murid yang agak ramai menjadikan suasa dewan tidak kondusif. Bilangan kipas yang
terhad juga, menjadikan keadaan dewan agak panas dan kurang selesa kepada murid-murid.

Disediakan oleh;
………………………
(ASLINAH BT ABDUL RAHMAN)
Ketua Panitia Sains,
Sekolah Kebangsaan Seri Bemban.

Disemak dan disahkan oleh;


………………………..
(TH HJ WAHID B ABDULLAH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Bemban.
AKTIVITI-AKTIVITI MURID SEMASA BENGKEL
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR SESI 1/2014
ANJURAN PANITIA SAINS
SK SERI BEMBAN

Pendaftaran murid-murid Murid mendengar ceramah

Pn Nor Azah sedang menyampaikan ceramah Sesi soal jawab kepada murid dapat
Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B meningkatkan kefahaman murid
Penggunaan contoh dengan menggunakan Edaran lembaran kerja dapat
bahan maujud, memudahkan menguji tahap kefahaman murid
kefahaman murid

Penggunaan LCD dan skrin putih membolehkan Pn Nor Azah menyoal murid agar murid
semua murid menyalin nota dan memahami sentiasa menumpukan perhatian
slaid PowerPoint yang digunakan terhadap ceramah yang diberi

You might also like