You are on page 1of 4

‫س ِي َدنَا ُم َح َّمدًا‬ َ ‫الدي ِْن ُك ِل ِه َو َل ْو ك َِر َه ال ُم ْش ِر ُك ْونَ أ َ ْش َه ُد أ َ ْن ال ِإلهَ ِإال هللاُ َوأ َ ْش َه ُد أ َ َّن‬

ِ ‫ع َلى‬ ْ ‫ق ِلي‬
َ ُ‫ُظ ِه َره‬ ِ ‫س ْولَهُ ِبال ُه َدى َو ِدي ِْن ال َح‬
ُ ‫س َل َر‬َ ‫ي أ َ ْر‬ْ ‫ال َح ْم ُد هللِ الَّ ِذ‬
‫الد ْي ِن …أ َ َّما بَ ْع ُد‬ ِ ‫ان إِلَى يَ ْو ِم‬ ٍ ‫س‬ ْ َ ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬
َ ْ‫ص َحابِ ِه َو َم ْن تَبِعَ ُه ْم بِإِح‬ َ ‫سيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ‫لى‬ َ ‫ار ْك‬
َ ‫ع‬ ِ َ‫س ِل ْم َوب‬
َ ‫ص ِل َو‬َ ‫س ْولُه ُ الل ُه َّم‬ ُ ‫ع ْب ُدهُ َو َر‬
َ …..
َ ُ َّ
َ‫… فَيَا ِعبَا َد هللاِ ! اتق ْوا هللاَ َح َّق تُقَاتِ ِه َوالت َم ُو ْْت ُ َّن إِال َوأ ْنت ُ ْم ُم ْس ِل ُم ْون‬
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian


Firman Allah dalam ayat 65-70 surah al-Kahfi :
‫علَّ ْمنَاهُ مِ ن لَّ ُدنَّا ع ِْل ًما‬
َ ‫ع ْبدًا مِ ْن ِعبَا ِدنَا آت َ ْينَاهُ َرحْ َمةً ِم ْن عِن ِدنَا َو‬
َ ‫﴾ فَ َو َج َدا‬٦٥﴿ َ‫ع ِل ْمت‬ ُ ‫علَ ٰى أَن تُعَ ِل َم ِن مِ َّما‬
َ َ‫س ٰى ه َْل أَتَّبِعُك‬
َ ‫قَا َل لَهُ ُمو‬
‫﴾ ُر ْشدًا‬٦٦﴿ ‫صب ًْرا‬ َ ‫ي‬ َ ‫﴾ قَا َل إِنَّكَ لَن ت َ ْستَطِ ي َع َم ِع‬٦٧﴿ ﴾٦٨﴿‫ط بِ ِه ُخب ًْرا‬ ْ ِ‫علَ ٰى َما لَ ْم تُح‬ َ ‫صبِ ُر‬ ْ َ ‫ْف ت‬ َ ُ‫ست َِج ُدنِي إِن شَا َء اللَّـه‬
َ ‫صابِ ًرا َو َال َو َكي‬ َ ‫قَا َل‬
‫ْصي َلكَ أ َ ْم ًرا‬ ِ ‫﴾ أَع‬٦٩﴿ ‫ِث َلكَ مِ ْنه ُ ِذ ْك ًرا‬ ُ
َ ‫ش ْيءٍ َحت َّ ٰى أحْ د‬ َ ‫عن‬ َ ‫﴾ َقا َل َفإ ِ ِن اتَّبَ ْعتَنِي َف ََل ت َ ْسأ َ ْلنِي‬٧٠﴿
Maksudnya : Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan
kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami. Nabi
Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari
apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” Dia
menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar
bersamaku. Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak
mengetahuinya secara meliputi? Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, In sya Allah:
orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu”. Dia menjawab:
“Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun
sehingga aku ceritakan halnya kepadamu”
Setiap kali berada berada pada hari Jumaat maka kita disunatkan untuk membaca surah al-
Kahfi di mana antara tujuannya selain mendapat fadhilat atas pembacaannya maka yang paling
penting untuk kita sama-sama memahami seterusnya menghayati begitu banyak pengajaran
terutama melalui kisah-kisah teladan yang terkandung dalam surah al-Kahfi ini. Antaranya
berkenaan kisah Nabi Musa a.s yang belajar dengan nabi Khidir a.s di mana kita di minta
supaya menjaga tertib dan adab menuntut ilmu dengan sebaiknya yang membolehkan kita
mendapat keberkatan. Akhlak seseorang murid yang barangkali dirinya itu lebih mulia dan lebih
soleh daripada seorang guru, tetapi itu tidak melayakkan seseorang murid untuk membantah
atau tidak menghormati gurunya. Dengan kata lain, seseorang yang bergelar guru bukan sahaja
wajar mendapat penghormatan daripada anak muridnya, tetapi seseorang anak murid itu harus
memuliakan gurunya. Seorang murid perlu bersabar dengan tindakan gurunya, tidak terlalu
gopoh menghukum atau menilai perlakuan gurunya sedangkan dia tidak mempunyai
pemahaman mendalam mengenai apa yang dilakukan. Walaupun anak murid mempunyai
pandangan bercanggah atau tidak senang dengan guru, tetapi berasaskan rasa hormat, anak
murid tidak wajar menegur guru secara melulu. Seseorang Muslim ditegah mencerca guru
kerana keberkatan ilmu bergantung kepada sejauh mana guru redha terhadap ilmu dicurahkan
kepada seseorang. Muslim yang baik juga tidak boleh sombong atau bangga diri dengan
gurunya walaupun barangkali jawatan disandang lebih tinggi daripada gurunya kerana Islam
sangat menitikberatkan untuk menghormati ilmu yang ada pada diri seseorang supaya ilmu itu
tidak menjadi barang dagangan yang diperlekehkan. Begitu juga dalam kita mencari dan
menuntut ilmu, setiap ilmu yang diperolehi hendaklah diamalkan kerana berapa banyak ilmu
yang kita ada bukan ukuran mendekatkan diri dengan Allah, tetapi sejauh mana kita beramal
dengan ilmu yang dipelajari. Keberkatan ilmu juga bergantung kepada amalan kerana jika
hanya menuntut, tetapi tidak beramal boleh menghilangkan keberkatan ilmu.
Selain itu, perkara pokok yang menjadi tunjang utama dalam adab menuntut ilmu adalah
adanya rasa keikhlasan hanya kepada Allah SWT, bukan bertujuan untuk mendapat gelaran
dan pangkat. Sebaiknya ilmu dimanfaatkan untuk agama Allah, bukan sekadar perhiasan dunia.
Justeru, tetapkan niat yang betul serta berdoa kepada Allah supaya diberi hidayah untuk
bersama memanfaatkan ilmu dipelajari. Inilah juga cara kita mendekatkan diri di sisi Allah.
Tanpa jasa guru yang sabar serta setia mencurah bakti mengajar dan mendidik, siapalah kita
hari ini. Oleh itu, tinggalkan pangkat dan darjat yang membaluti, tinggalkan kemuliaan yang
menyelimuti diri dan bersabarlah berhadapan guru kerana kesabaran dan rasa hormat itulah
datangnya keberkatan ilmu.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,


Firman Allah dalam ayat 13-14 surah al-Kahfi :
‫ق ْ ِإنَّ ُه ْم ِفتْ َيةٌ آ َمنُوا ِب َر ِب ِه ْم َو ِز ْدنَا ُه ْم ُهدًى‬
ِ ‫علَيْكَ نَ َبأَهُم ِب ْال َح‬ ُّ ُ‫﴾ نَّحْ نُ نَق‬١٣﴿ ‫ت‬
َ ‫ص‬ َّ ‫علَ ٰى قُلُو ِب ِه ْم إِ ْذ قَا ُموا فَقَالُوا َربُّنَا َربُّ ال‬
ِ ‫س َم َاوا‬ ْ ‫َو َر َب‬
َ ‫طنَا‬
ً ‫ط‬
‫طا‬ َ ‫ش‬َ ‫ض لَن نَّ ْدع َُو مِن دُونِ ِه إِلَ ٰـ ًها ْ لَّقَ ْد قُ ْلنَا إِذًا‬ ِ ‫﴾ َو ْاْل َ ْر‬١٤﴿
Maksudnya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar;
sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami
tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran
dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah
Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan
menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami
memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
Surah al-Kahfi turut menyentuh berkenaan kehebatan pemuda al-Kahfi dalam mempertahankan
keimanan mereka ketika berada dalam suasana jahiliah. Inilah usaha dan peranan kita bersama
untuk mencontohi sifat mereka dan memastikan golongan remaja yang merupakan pelapis
kepimpinan pada masa akan datang. Antara sifat generasi kemenangan yang mesti dimiliki
ialah :
[1] Generasi yang patuh dan taat kepada syiar agama Islam, generasi yang tidak asing kepada
amalan membaca dan mempelajari Al Quran Al Karim serta Sunnah Nabawiyah dalam
kehidupan seharian.
[2] Generasi yang berdasarkan kepada realiti dan keilmuan serta berlepas diri daripada
golongan yang bersikap menjauhi suluhan agama.
[3] Generasi yang bekerja dalam satu jemaah dan tidak membiarkan ahlinya berada dalam
keadaan selesa atau berseronok dengan keagungan perkara-perkara lalu. Sebaliknya begitu
bersemangat dalam mengulangi kembali kemenangan yang pernah dicapai atas dasar Islam
[4] Generasi rabbani dan ikhlas yang hidup di dunia dengan jiwa ahli akhirat.
[5] Generasi yang bersandar kepada Islam dan beriman dengan pemahaman yang cukup jelas
dan meninggalkan jahiliyah yang bercanggah dengan Islam.
[6] Generasi dakwah dan jihad yang mana agama Islam terlalu agung buat mereka lantas
masalah dunia ini menjadi perkara remeh kepada mereka dalam mengharungi jalan agama.
[7] Generasi yang merasakan aqidah mereka terlalu mahal harganya untuk ditukar ganti
dengam urusan dunia.
[8] Generasi yang hidup dalam zaman moden namun pemikiran dan perasaan mereka persis
para sahabat di kurun pertama hijrah.
[9] Generasi yang kuat dan mulia yang menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam setiap
aspek kehidupan samada ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya
[10] Generasi yang seimbang dan sederhana yang tidak tenggelam di dalam material dan tidak
pula hanyut dalam spiritual, mereka mengetahui tanggungjawab mereka kepada Allah, diri
sendiri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu mereka menunaikan tanggungjawab kepada setiap
yang berhak dengan penuh tanggungjawab
[11] Generasi yang selalu bertaubat dan menjaga diri daripada melakukan maksiat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur :
﴾٣٧﴿‫ار‬
ُ ‫ص‬َ ‫الزكَا ِة ْ َيخَافُونَ َي ْو ًما تَت َ َق َّلبُ فِي ِه ْالقُلُوبُ َو ْاْل َ ْب‬ َّ ‫عن ِذ ْك ِر اللَّـ ِه َوإِقَ ِام ال‬
َّ ِ‫ص ََل ِة َو ِإيتَاء‬ َ ‫ِر َجا ٌل َّال ت ُ ْل ِهي ِه ْم ِت َج‬
َ ‫ارة ٌ َو َال َب ْي ٌع‬
Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan
oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan
sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik
hati dan pandangan.
Yakinlah kita bahawa janji kemuliaan dan kemenangan daripada Allah pasti tiba bila kita
mampu melaksana segala syarat kemenangan antaranya [1] kembali semula kepada asas
pegangan umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kerana di situ terdapat segala asas
pembentukkan jati diri umat Islam dan juga terdapat asas pembentukkan sebuah negara yang
berdaulat serta jauh dari anasir-anasir luar yang jelas merosakkan umat Islam [2] Penuhkan
dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Iman, Islam dan Ehsan, kerana
ketiga-tiga ini akan membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman
hidup [3] Kembalikan rasa persaudaraan sesama Islam walaupun berlainan keturunan, bangsa
dan warna kulit, selagimana ia berada di bawah aqidah yang sama, maka selagi itulah dia
bersaudara dengan kita walaupun berbeza Negara, [4] Buang jauh-jauh sikap mementingkan
diri sendiri, orang yang mementingkan diri sendiri ini adalah orang yang rugi dan orang yang
tidak bertamadun. Masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh bersatu akibat
kepentingan perut lebih penting dari kepentingan pembangunan ummah. Sebenarnya inilah
senjata musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam, mereka yakin selagimana umat Islam
bersikap individual, maka selagi itulah umat Islam menjadi lemah. Kuatnya Islam adalah
berjemaah kerana bersatu dalam jemaah itulah senjata kekuatan umat Islam dan ia tidak
mudah untuk ditumpaskan oleh musuh-musuh Islam.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :
َ‫علَى اللَّـ ِه فَ ْليَت ََو َّك ِل ْال ُمؤْ مِ نُون‬ ُ ‫ِب لَ ُك ْم ْ َوإِن يَ ْخذُ ْل ُك ْم فَ َمن ذَا الَّذِي يَن‬
َ ‫ص ُر ُكم مِ ن بَ ْع ِد ِه ْ َو‬ َ ‫ص ْر ُك ُم اللَّـه ُ فَ ََل غَال‬
ُ ‫﴾ إِن يَن‬١٦٠﴿
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun
yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang
akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah),
kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri
Sempena kita berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka marilah kita
sama-sama tanam azam dan tekad dalam membela nasib saudara seagama yang sedang
ditindas di Myanmar, Filiphina, Iraq, Syria, Yaman dan selainnya. Kita juga wajib
mempertahankan bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang memasuki fasa yang lebih teruk apabila
Presiden Amerika Syarikat dan sekutu zionis yahudi yang mengistiharkan Baitul Maqdis
sebagai ibu negara Yahudi pada 6 Disember lalu walau pun pada 21 Disember suatu
perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengistiharkan tindakan bacul itu batal dan
tidak sah. Bumi Palestin milik umat Islam, Al Quds milik kita. Allah dengan segala kekuatannya
bersama kita. Buktikan kebersamaan kita dengan pejuang Palestin. Hulurkan bantuan
kewangan dan yang paling penting ialah doakan keselamatan dan kejayaan pejuang Islam.
Boikot barangan zionis yahudi dan sekutunya semampu yang mungkin terutama kaki rokok.
Kalau tidak mampu membantu saudara seagama jangan pula membantu musuh dalam
membunuh saudara seagama. Pemimpin Negara umat Islam mesti lebih berani bertindak bukan
setakat bercakap kosong. Penuhi masjid dengan solat Jemaah dan majlis ilmu agar kekuatan
Islam dapat dikobarkan. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur
walaupun selangkah. Biar nyawa melayang namun Al-Aqsa tetap dipertahankan. Berambus
wahai Yahudi atau kamu bakal ditimbus. Berundur wahai Yahudi atau kamu bakal dikuburkan.
Jatuhkan bendera kezaliman zinois Yahudi dan sekutu kuffar, Kibarkan bendera kemenangan
Islam
َ ‫الذ ْك ِر ال َح ِكي ِْم َوتَقَبَّ َل مِ نِي َومِ ْن ُك ْم ت‬
‫َِلوتَهُ إِنَّه ُ ه َُو السَّمِ ْي ُع العَ ِل ْي ُم‬ ِ ‫ت َو‬ ِ ‫آن العَظِ ي ِْم َونَفَعَنِي َوإِيَّا ُك ْم بِ َما فِ ْي ِه مِ نَ اآليَا‬ ِ ‫ي َولَ ُك ْم فِي القُ ْر‬ ْ ‫اركَ هللاُ ِل‬ َ َ‫ب‬
َ‫ت فَا ْست َ ْغف ُِر ْوهُ فَيَا فَ ْوزَ ال ُم ْست َ ْغف ِِريْنَ َويَا نَ َجاة َ التَّائِبِيْن‬ ِ ‫سائ ِِر الُ ْم ِس ِل ْمينَ َوال ُم ْس ِل َما‬
ِ ‫ت َوال ُمؤْ مِ نِيْنَ َوال ُمؤْ مِ نَا‬ َ ‫َوا ْست َ ْغف ُِر هللاَ ال َعظِ ي َْم ِل ْي َولَ ُك ْم َو ِل‬

You might also like