You are on page 1of 17

Fakulti seni dan muzik

Universiti Pendidikan Sultan Idris

SISTEM TELEKOMUNIKASI

NAMA : ANISAH ARBAIN

NO.METRIK : L20073001621

KURSUS : PENDIDIKAN

PENSYARAH : PROF. SUPLI EFFENDI RAHIM


ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

2.1 Teknologi budaya tempatan dulu dan kini 2


2.2 Teknologi dan pembangunan tempatan
2.2.1 GMS
2.2.2 SMS
2.2.3 WAP
2.2 Kesan Penggunaan Telefon

1.0 Pengenalan
Teknologi merupakan salah satu konsep yang luas dan mempunyai lebih
daripada satu takrifan. Takrifan teknologi yang pertama ialah pembangunan dan
penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah
manusia.

Istilah teknologi biasanya berkait rapat dengan rekaan serta gadget dengan
menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama juga seperti
tayar masih merupakan teknologi.

Dalam bidang ekonomi, teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa


dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh
itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi


pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh
memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam
kehidupan seharian. Contohnya, penggunaan papan hitam dan kapur telah ditukar
dengan papan putih dan marker. Ini kerana penggunaan kapur boleh menyebabkan
batuk dan asma.

Oleh itu, dapatlah kita katakan bahawa teknologi adalah satu proses
penambah baikkan sesuatu dari semasa ke semasa.

2.1 Teknologi budaya tempatan dulu dan kini

Dalam setiap kehidupan manusia, perhubungan memainkan peranan penting


dalam mempermudahkan manusia berinteraksi sesama sendiri. Dalam konteks
perhubungan, istilah komunikasi merupakan ungkapan yang tepat dalam
menentukan bentuk perhubungan tersebut. Sejak berabad-abad dahulu, manusia
berhubung di antara satu dengan lain menggunakan perantaraaan komunikasi.
Manusia memang mengetahui komunikasi sesama manusia amatlah penting.
Kepentingan komunikasi ini telah menjadi wadah dalam menggerakkan perhubungan
masyarakat sehingga masyarakat manusia hidup maju, dinamik dan berdaya-saing.

Masyarakat manusia berkomunikasi untuk mencapai hasrat masing-masing


dalam kehidupan mereka sehingga terbentuk komunikasi tradisi sesuatu kaum.
Sesuatu kaum pula mempunyai kod-kod bahasa tertentu yang digunakan dalam
komunikasi mereka. Pada asalnya bahasa adalah satu proses komunikasi yang
berakar-umbi sejak manusia lahir sehingga dapat bertutur dengan lancar. Dalam
hubungan ini, pertuturan yang menggunakan bahasa yang difahami oleh orang lain
merupakan satu proses komunikasi. Manusia memahami sesuatu bahasa mengikut
bangsa mereka dan proses komunikasi tersebut dapat berjalan lancar tanpa
sebarang gangguan. Namun begitu, setiap kaum mempunyai kod-kod bahasa
tertentu yang tidak diketahui oleh kaum yang lain. Walau bagaimanapun, kaum-
kaum tersebut masih dapat berinteraksi di antara satu dengan lain jika mereka
mempelajari kod-kod bahasa kaum yang lain. Menurut Beryl William, setiap manusia
ada repertoir skil komunikasi untuk berinteraksi dengan orang lain. Skil tersebut
boleh dipelajari dan dipertingkatkan sehingga berkesan.

Dalam kehidupan manusia seharian mereka berkomunikasi mengikut tradisi


sesuatu kaum berlandaskan bahasa masing-masing. Lantaran, lahirlah pelbagai
tradisi komunikasi manusia sebagai perhubungan mereka. Kedapatan banyak
bahasa sesuatu bangsa itu menjadi bahasa kebangsaan dalam negara mereka.
Banyak juga didapati bahasa-bahasa dalam tradisi komunikasi manusia sesuatu
kaum itu lenyap sedikit demi sedikit sebagaimana bahasa sanskrit. Bahasa manusia
dan dialeknya berlaku perubahan yang mana pengguna bahasa tersebut
terpengaruh dengan bahasa mengikut peredaran zaman.

Nenek moyang masyarakat Melayu banyak meninggalkan khazanah tradisi


komunikasi yang tidak diketahui oleh generasi kini. Sebahagian tradisi komunikasi
tersebut terpinggir apabila generasi tua meninggal dunia dan tidak ada generasi
pelapis. Khazanah komunikasi tradisi tersebut termasuklah amalan sapaan, tatacara
menyampaikan maklumat, jemputan ke majlis kenduri-kendara, dan sebagainya.
Komunikasi dalam tradisi Melayu lebih menekankan pertuturan bersemuka
(interpersonal communication), yakni berkomunikasi secara dua hala. Komunikasi
berbentuk dua hala ini cepat mendapat maklumbalas dan merupakan kaedah
komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej.
Bertertib dan beradab dalam menjalinkan perhubungan di antara satu dengan
lain telah menjadi pegangan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Kedatangan
agama Islam memberikan tambahan sebagai menguatkan lagi adat resam orang
Melayu kerana agama Islam menggalakkan umatnya hidup dalam keadaan
berhemah tinggi serta menghormati manusia lain tidak kira darjat dan keturunan.
Ajaran daripada agama Islam dapat mengukuhkan lagi kesopanan masyarakat
Melayu apabila mereka berkomunikasi. Masyarakat Melayu sehingga kertas kerja ini
dihasilkan masih memegang sebahagian daripada adat seperti mana yang
diungkapkan “biar mati anak, jangan mati adat”. Pengajaran daripada sopan-santun
yang menjadi amalan nenek-moyang masyarakat Melayu tradisional dapat dilihat
sebagaimana digambarkan melalui cerita-cerita, riwayat-riwayat dan hikayat-hikayat
dahulukala. Dalam Hikayat Hang Tuah, banyak digambarkan kesopanan hulubalang
Melayu dalam menjalani kehidupan mereka.

Berbeza pada hari ini, kita dapat lihat setelah kehadiran internet, ia bukan
saja membuka peluang baru dalam pelbagai urusan di dunia ini dan menjadi
penyelesai serta memudahkan kehidupan manusia. Bagaimanapun, serentak
dengan wujudnya Internet ia juga mewujudkan perbezaan yang amat ketara dalam
masyarakat; antara yang berada dan yang tidak berada, antara yang kaya maklumat
dan yang miskin maklumat, antara yang boleh menikmati penggunaan Internet dan
mereka yang tidak dapat menikmati penggunaan Internet oleh kerana kurang mampu
ataupun kurang pendidikan untuk menggunakan inovasi baru itu.

Masalah yang wujud berikutan pengenalan Internet ini kini dikenali sebagai
jurang digital atau digital divide. Ada yang melihat ini sebagai suatu cabaran untuk
diatasi. Dan cabaran ini cuba ditangani bukan saja di peringkat negara tetapi juga di
peringkat antarabangsa. Badan-badan antarabangsa, seperti Bangsa-bangsa
bersatu sedang memberi perhatian yang serius terhadap masalah ini. Melaluinya
dianjurkan beberapa siri pertemuan World Summit on the Information Society
(WSIS).

Malaysia adalah antara negara yang sedang memberi perhatian serius


bagaimana menggemblengkan penggunaan Internet supaya ia boleh memberi
faedah kepada negara dan rakyat. Malaysia telah melihat kewujudan Internet
sebagai suatu peluang yang harus diterokai dan merupakan salah satu cabaran yang
harus ditangani oleh setiap warga malaysia. Malaysia kini sudah meletakkan dasar
pembangunan IT di Malaysia di bawah agenda IT nasional yang bergerak daripada
“ripple to tidal waves” iaitu dari gelombang kecil kepada gelombang besar. Di bawah
dasar inilah terletaknya dasar untuk menggemblengkan penggunaan Internet yang
boleh mendatangkan faedah kepada rakyat. Tanpa dasar yang pro-aktif ini, maka
hanya mereka yang berkemampuan akan berpeluang menikmati inovasi ini.
Pelaksanaan dasar ini dibuat melalui pewujudan komuniti elektronik atau lebih
dikenali sebagai e-komuniti.

Malaysia menyedari bahawa sektor komunikasi dan multimedia yang


berpretasi tinggi merupakan prasyarat dalam usaha untuk menukarkan Malaysia
menjadi sebuah negara berasaskan masyarakat yang berpengetahuan sebagaimana
yang dihuraikan di dalam Wawasan 2020. Untuk mencapai ini, jurang digital harus
dihapuskan dan ini bermakna kemudahan Internet harus diperolehi oleh semua
orang secara saksama dan mampu diperolehi. Dari segi aguhan PC di bandar dan
luar bandar, konsentrasinya masih di kawasan bandar. Menurut Kementerian
Tenaga, Air dan Komunikasi 65 peratus daripada densiti komputer di negara ini
terletak khususnya di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. Pada
keseluruhyanya, kadar penembusan PC untuk isirumah adalah masih rendah iaitu
sebanyak 5 peratus.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,


kadar penembusan (Internet dial-up) pada akhir 2004 ialah 12.7 peratus berdasarkan
3.3 juta langganan, dan anggaran bilangan penggunanya ialah 9.9 juta orang.
Jumlah pengguna mungkin lebih tinggi kerana perangkaan ini tidak mengambilkira
pengguna selain penggunaan dial-up. Namun demikian penggunaan Internet ini
masih jauh dari memuaskan. Itulah sebabnya diperlukan antara lainnya langkah
pemerkasaan rakyat melalui peruntukan perkhidmatan rangkaian yang
membolehkan individu dan kumpulan untuk mengakses maklumat dan juga
pembinaan/penjaan pengetahuan bagi masyarakat dan negara; akses yang saksama
dan seimbang antara bandar dan kawasan-kawasan yang kurang mendapat
perhatian, dan juga antara kumpulan yang kaya maklumat dan yang kurang
maklumat.

Untuk menjamin kewujudan dan kesaksamaan akses kepada infrastruktur


rangkaian dan perkhidmatan, Malaysia perlu mengadakan liputan yang lebih luas
dan serata antara kawasan-kawasan kumpulan masyarakat yang berlainan.
Peruntukan infrastruktur melalui pewujudan telecentre akan meningkatkan
penembusan computer dan Internet dan akan menolong ke arah merapatkan jurang
digital antara kawasan dan kumpulan orang atau masyarakat di negara ini

2.2 Teknologi dan pembangunan tempatan

SEJARAH telefon bermula pada 1876 apabila Alexander Graham Bell berjaya
mencipta telefon bagi menghubungkan masyarakat ke seluruh dunia. Kini selepas
lebih seabad kematian penciptanya, perkembangan telefon telah berkembang amat
pesat

.
2.1 Gambarajah telefon

Teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan


berkembang begitu pesat dan inovasinya diperbaharui generasi baru sehingga
membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain walaupun berada di bulan
tanpa bantuan kabel.

Berdasarkan sejarah, di negara ini sistem telekomunikasi tanpa wayar analog


(ETACS) diperkenalkan pada 1989.Sejak itu rakyat Malaysia menjadi antara
pengguna sistem mudah alih ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya
melebihi 90 peratus kawasan penduduk.
Telekom Malaysia (TM) mula memperkenalkan perkhidmatan telefon
bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985 dan sejak itu
telefon bimbit menjalani evolusi yang begitu pantas dari segi teknologi dan reka
bentuk.
Terdapat dua sistem digital pertama yang mula beroperasi pada 1992, iaitu
GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital
Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara.
Berdasarkan rekod sepanjang tahun 2004 sahaja, sebanyak 9.5 bilion khidmat
pesanan ringkas (SMS) dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit
di Malaysia sepanjang tempoh tersebut, manakala 3.4 bilion pula direkod sehingga
suku pertama tahun 2005.

Kini dengan pelbagai jenama telefon di pasaran - daripada syarikat


multinasional kepada tempatan - pengguna boleh memilih telefon mengikut mengikut
keperluan, kemudahan dan kemampuan masing-masing. Jika dulu telefon bimbit
hanya digunakan untuk membuat dan menerima panggilan tetapi kini ia dilengkapi
dengan pelbagai aksesori canggih.

Pengguna boleh memilih telefon dengan fungsi kamera digital sehingga lapan
megapiksel, rakaman video, panggilan video, sambungan kepada Internet bagi
memudahkan pemiliknya berhubung dan menerima maklumat terkini.

Malah, telefon pada masa ini boleh dikatakan keperluan yang perlu ada pada
setiap manusia dan bukan lagi sebagai barangan mewah seperti dekad yang lepas.

2.2.1 GMS

Pada 1 Julai lalu, genaplah 15 tahun usia Sistem Global Untuk Komunikasi
Mudah Alih atau lebih dikenali sebagai GSM. Ia adalah rangkaian telekomunikasi
digital yang paling banyak digunakan di seluruh dunia meliputi lebih 80 peratus
bahagian dunia ini daripada 670 rangkaian komersialnya di 200 negara dan jajahan.
Rangkaian GSM pertama yang dipasang 15 tahun dulu dibangunkan
Ericsson, pembekal terkenal sistem rangkaian telekomunikasi. Pemasangan pertama
itu dikendalikan Mannessmann, di Jerman. Sejak itu, penggunaan rangkaian GSM
berkembang begitu pesat membolehkan sebahagian besar penduduk di dunia ini
berkomunikasi hanya menggunakan telefon bimbit.

Gambarajah 2.2 : Sony ericsson 750i

Empat gelombang GSM digunakan iaitu 850MHz, 900Mhz, 1800Mhz dan


1900Mhz, namun dua gelombang paling terkenal dan digunakan di Malaysia iaitu
900 dan 1800MHz, manakala yang lainnya lebih terkenal di Amerika Syarikat, Jepun
dan Korea.

Rangkaian telekomunikasi digital yang jauh lebih baik berbanding rangkaian


analog itu berkembang pantas hingga menerajui sistem mudah alih dunia hingga
sekarang. Ia mencatatkan kira-kira 387 juta pelanggan baru pada 2005 berbanding
teknologi pesaing terdekatnya iaitu CDMA yang hanya mencatatkan pertumbuhan
kira-kira 51 juta pelanggan.

Dianggarkan satu daripada tiga orang di dunia ini memiliki telefon bimbit GSM
dan angka pelanggan GSM ke 2 bilion berjaya dicatatkan bulan lalu. Daripada segi
pengguna, belum ada teknologi komunikasi lain yang mendapat kesan signifikan
seperti itu. GSM melepasi kadar pengguna telefon berwayar, komputer peribadi dan
internet.

2.2.2 Sms
Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu
perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima
pesanan pendek. Pada mulanya SMS dirancang sebagai sebahagian daripada GSM,
tetapi pada masa sekarang, perkhidmatan ini ditawarkan oleh jaringan-jaringan mobil
lainnya termasuk rangkaian UMTS.

Satu pesanan ringkas SMS maksimum terdiri daripada 140 bait. Dengan kata
lain, satu pesanan boleh memuatkan 140 aksara 8-bit, 160 aksara 7-bit atau 70
aksara 16-bit untuk bahasa Jepun, China dan Korea yang memakai aksara Kanji.
Selain 140 bait ini, ada data-data lain yang termasuk. Ada pula beberapa kaedah
untuk mengirim pesanan yang lebih panjang daripada 140 bait, tetapi seorang
pengguna harus membayar lebih daripada sekali.

SMS juga mampu untuk mengirim grafik, audio dan video. SMS bentuk ini
disebut MMS. Pesanan-pesanan SMS dikirim dari sebuah telefon bimbit ke pusat
pesanan (SMSC dalam bahasa Inggeris). Di sini pesanan disimpan dan cubaan
untuk menghantarnya dilakukan untuk beberapa kali. Setelah satu waktu yang telah
ditentukan, biasanya 1 hari atau 2 hari, pesanan akan dihapuskan. Seseorang
pengguna boleh mendapatkan pengesahan daripada pusat pesanan ini.

SMS sangat popular di Eropah, Asia dan Australia. Di Amerika Syarikat, SMS
secara perbandingan jarang digunakan. Di tempat lain, SMS popular kerana agak
murah dan kerap digunakan di kalangan remaja. Perkhidmatan pesanan ringkas ini
jarang digunakan di kalangan pengguna yang agak berusia.

Disebabkan lambat dan kesulitan menulis atau untuk menjimatkan ruang,


biasanya pesanan SMS diringkaskan. Tetapi kesulitan ini, sekarang sudah diatasi
kerana banyak telefon bimbit yang memiliki fungsi kamus dan bijak teka "intelligent
guess". Ini merujuk kepada ciri telefon meneka perkataan yang cuba ditulis dengan
membandingkan perkataan yang bermula dengan huruf yang sudah diisi. Sebagai
contoh:- Sekiranya pengguna menaip kere, talipon bimbit akan mempaparkan
perkataan kereta.

Pesanan-pesanan SMS pernah mengakibatkan perubahan-perubahan kecil


yang menarik dalam masyarakat. Beberapa petikan:
 Januari 2001, Joseph Estrada dipaksa turun takhta sebagai Presiden Filipina.
Kempen menentangnya diselaraskan melalui sistem pesanan ringkas SMS.
 Julai 2001, pihak berkuasa Malaysia memutuskan bahawa dalam
menjatuhkan talak, tidak boleh dilakukan melalui SMS. Ini disebabkan tidak
jelas siapa yang menghantarnya. Siapa sahaja boleh meminjam atau mencuri
telefon bimbit dan menghantar pesanan tersebut. Tiada bukti seperti tulisan,
suara yang boleh dicamkan, atau saksi yang boleh mengesahkannya. Talak
tersebut perlu didaftarkan di Mahkamah atau Pejabat Kadi sebelum ia
disahkan.

Di mana jua pada setiap ketika, begitulah kemajuan teknologi mengubah nilai
hidup manusia. Boleh dikatakan rata-rata anak muda generasi sekarang mempunyai
telefon bimbit, yang sebelum ini dianggap sebagai barangan eksklusif yang hanya
mampu dimiliki oleh golongan berada. Telefon bimbit yang dahulunya hanya
berfungsi sebagai medium percakapan dan pesanan teks ringkas (SMS), kini
melampaui tugas sebenarnya dengan pembenaman perkakasan dan perisian
canggih. Gabungan ini menjadikan telefon bukan sekadar kehendak malahan ia lebih
merupakan keperluan.

2.2.3 WAP

Pengintegrasian dengan internet merupakan agenda besar dalam perkembangan


teknologi telefon bimbit. Seawal tahun 1997, bermula era baru telefon bimbit dengan
perkenalan teknologi WAP (Wireless Application Protocol). WAP merupakan piawai
bagi servis maklumat pada terminal tanpa wayar seperti telefon bimbit digital.
Spesifikasi WAP dikeluarkan oleh WAP Forum, yang ditubuhkan bersama oleh
Ericsson, Motorola, Nokia dan Unwired Planet, yang kini menguasai lebih 90% dari
pasaran telefon bimbit antarabangsa.

2.3 Kesan Penggunaan Telefon


2.3.1 Kesan Penggunaan Telefon terhadap manusia

Dunia sedang mengalami peningkatan dalam penggunaan telefon bimbit.


Mengikut syarikat penyelidik ABI Research's Mobile Devices Research
Service, sejumlah 900 juta telefon bimbit telah dipasarkan pada 2006. Bagi ramai
orang, telefon bimbit adalah keperluan paling utama. Alat ini akan dibawa ke mana-
mana sahaja di dalam saku, sama ada satu sehingga dua unit supaya mudah
berhubung.

Sistem program telefon bimbit juga sering dimajukan. Oleh itu fenomena
mengubah suai telefon bimbit menjadi kegilaan pemiliknya. Nada dering diubah,
skrin ditukar, pelbagai peranti dan perisian dibuang atau ditokok. Telefon bimbit boleh
membantu membuat urusan-urusan rutin seperti membuat transaksi kewangan,
memuat turun bahan hiburan dan gambar, menghantar atau menerima e-mel dan
pesanan teks.

Telefon bimbit juga boleh digunakan untuk mengakses internet. Di Jepun


penggunaan telefon bimbit untuk mengakses Internet sedang berkembang rancak. Si
pemilik telefon bimbit itu tidak lagi membawa dompet, beg lengan atau bimbit.
Semua keperluan itu sudah disediakan dalam telefon bimbitnya.

Di dalamnya ada kemudahan seperti pemain hiburan, kamera, kad keahlian,


buku panduan, peta, tiket, jam dan mengakses apa saja berita atau membaca
pangkalan data korporat. Tidak lama dari itu kemudahan lain dimasukkan seperti pas
kereta api atau bas, kad kredit dan debit, kunci, kad pengenalan dan malahan wang,
semuanya telah dielektronikkan. Dompet elektronik menjadi nyata.

Namun, penggunaan telefon bimbit juga ada keburukannya. Ia mungkin juga


dapat membunuh melalui radiasi dan gelombang magnetiknya.
Pada masa ini, gelombang radio yang dikeluarkan oleh telefon selular dikatakan
dapat membakar sel tisu dalam badan. Kajian yang menggunakan cacing sebagai
bahan uji kaji mendapati frekuensi radio yang terbit daripada telefon bimbit apabila
dipancarkan pada cacing nematoda di dalam makmal, mengubah struktur
genetiknya, menjadikannya semacam nematoda mutan.
Walaubagaimanapun, nematoda tidak serupa dengan manusia. Kajian yang dibuat
pada haiwan berbiologi mudah seperti cacing sudah tentu tidak sama keputusannya
apabila diaplikasikan pada biologi rumit seperti manusia. Saintis juga berpendapat
gelombang radio yang digunakan oleh telefon adalah terlalu kecil dan tidak mampu
memberikan kesan yang ketara kepada tisu badan manusia.

Jaringan liputan syarikat telefon di Negara ini menggunakan prinsip yang


sama mengikut cara kartografi purba melukis peta pada masa lampau. Jaringan
liputan itu dibahagikan kepada wilayah-wilayah liputan pada permukaan bumi yang
berbentuk heksagon dipanggil “sel”. Di tengah-tengah setiap satu wilayah sel,
dipancang stesen pemancar telekomunikas. Semakin kecil sel liputan itu, semakin
kuatlah isyarat atau signal pada telefon bimbit.

Stesen pemancar sentiasa menghantarkan maklumat kepada telefon pada


tangan kita dan berhubung dengan stesen pemancar yang berjiran di sebelahnya.
Namun, telefon bimbit itu hanya menerbitkan signal semasa membuat atau
menerima panggilan. Ini menjimatkan tenaga dan mengawal radiasi dari telefon.

Telefon selular menggunakan gelombang radio bagi memancarkan signalnya


kepada stesen pemancar. Dalam ilmu sains fizik, gelombang radio telefon bimbit
hanya sebahagian daripada spektrum elektromagnet semesta. Spektrum
elektromagnet ini dibahagikan kepada pelbagai kumpulan mengukut frekuensinya.
Susunannya daripada frekuensi paling rendah kepada paling tinggi

Sejak tahun 1920-an, saintis sudah bersepakat menyatakan gelombang radio


dapat menghangatkan kulit dan mengubah struktur saraf manusia. Kajian kepada
manusia yang bertugas berdekatan dengan sistem gelombang radio yang kuat
mendapati degup jantung yang abnormal dan pantas, kesukaran untuk mengingat
perkara, membuat keputusan dan mengawal pergerakan tubuh badan, Oleh itu,
pengguna dinasihatkan menggunakan telefon bimbit berkuasa paling rendah supaya
tidak memberikan impak pada kesihatan.

Pakar komunikasi dan pereka bentuk kini sudah mencipta produk telefon
bimbit moden yang menggunakan kuasa yang rendah. Tujuannya bukanlah hanya
disebabkan kesihatan, tetapi bagi memanjangkan hayat bateri, mengawal logistik
harga, meningkatkan produktiviti dan bagi mengawal haba yang keluar semasa
operasi telefon.
Mereka yang selalu mengunakan telefon bimbit terutamanya untuk berbual
panjang sering mendapati telinga dan kawasan kulit sekitar tempat menekap telefon
akan terasa panas.
Adakalanya kepala menjadi pening, tubuh menjadi lesu dan hilang tumpuan
berfikir. Apabila saintis cuba menguji kesan perbualan panjang telefon bimbit,
merekamendapati simptom kulit menjadi hangat, pening kepala dan lesu badan itu
tidak terjadi. Lalu, saintis menyatakan simptom itu mungkin tiada kaitan dengan
penggunaan telefon yang panjang dan kerap, tetapi mungkin kerana gaya hidup
pantas masa kini.

Telefon bimbit juga ada dikaitkan dengan barah. Beberapa tahun lepas,
Agensi Antarabangsa Penyelidikan Barah mendapati kanak-kanak yang tinggal
berdekatan dengan tiang kabel elektrik ada kebarangkalian dijangkiti kanser lebih
tingi. Seperti telefon bimbit, kabel elektrik juga mengeluarkan radiasi, tetapi saintis
menekankan radiasi yang terbit daripada kabel elektrik berbeza daripada radiasi
yang dikeluarkan oleh telefon selular. Sudah tentu kesannya tidak sama kepada
manusia.

Sehingga kini, dengan pelaburan sektor korporat dan bilangan pelanggan


yang semakin bertambah di seluruh pelosok dunia, laporan terperinci berkenan
natijah penggunaan telefon bimbit semain diperlukan.
Ahli sains, pakar fizik, pakar neurosains dan para jurutera dalam pelbagai bidang
elektronik dan komunikasi sedang membuat pelbagai bentuk kajian berkenan
penggunan telefon bimbit. Ini termasuklah kesan gelombang radio kepada tekanan
darah manusia serta pemikiran kognitif kita seperi kebolehan berfikir, menumpukan
perhatian, mengingat dan belajar.

Pada masa ini, kajian dilakukan dengan merujuk kepada laporan berkenaan
penggunaan telefon bimbit yang berlanjutan sejak tahun 1980-an. Semakin maju
teknologi telefon, semakin banyak ciri keselamatan yang terdapat dalam produk
paling mutakhir ini. Contohnya telefon 3G yang terbaharu menggunakan frekuensi
yang berbeza dan dikatakan mengeluarkan radiasi yang berkurangan berbanding
dengan model lama.

Malah, banyak model telefon kini tidak memberikan kesan ketara kepada
pengguna berbanding dengan model telefon beberapa tahun lampau.
Beberapa tahun lepas, kerajaan Britain mengumpulkan sebilangan saintis bagi
menghasilkan laporan berkenan penggunaan telefon bimbit yang semakin
bertambah dewasa ini. Laporan itu difailkan dan dinamakan The Stewart Report.
Menurut laporan itu, penggunaan telefon bimbit harus dilakukan dengan hati-
hati, terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak. Pada usia muda, tengkorak
remaja dan kanak-kanak masih dalam proses pembentukan.
Maka, gelombang radio daripada telefon bimbit lebih mudah menerobos masuk ke
dalam tengkorak mereka. Sel dalam tubuh golongan ini juga masih belum matang,
terutamanya sel otak menyebabkan ia lebih mudah menyerap radiasi daripada
telefon selular. The Steward Report menyarankan golonan remaja dan kanak-kanak
supaya mengelakkan penggunaan telefon yang panjang dan kerap.

Beberapa langkah perlu dilakukan supaya dapat mengelak sebarang mudarat


yang bakal menimpa. Langkah-langkah itu seperti menggunakan telefon bimbit
apabila perlu sahaja dan jangan kerap “bergayut” di talian.
Perhubungan dengan mesej pesanan ringkas (SMS) adalah lebih selamat daripada
bercakap terus menerus. Sekiranya anda mahu membuat panggilan yang panjang,
gunakanlah talian tetap. Apabila tidak membuat panggilan, bawa telefon bimbit jauh
daripada badan atau letakkan ia ke dalam beg sandang. Elakkan juga daripada
meggunakan telefon bimbit semasa liputan lemah. Ini kerana semasa liputan yang
rendah, telefon bimbit akan mengeluarkan lebih banyak gelombang radio dalam
usahanya berhubung dengan stesen pemancar.

2.3.2 Kesan Penggunaan Telefon terhadap masyarakat

Pada masa ini, sebilangan murid sekolah pada hakikatnya telah pun
mempunyai telefon bimbit sama ada dibeli oleh ibu bapa masing-masing atau dibeli
dengan duit simpanan sendiri. Cuma penggunaannya terbatas di luar sekolah kerana
mereka dilarang menggunakannya di kawasan sekolah. Memang tidak dinafikan
telefon bimbit menjadi alat hubungan yang penting namun kita perlu melihat kesan
negatif kepada murid sekolah.

Kita semua sudah biasa melihat kesan buruk penggunaan telefon ini di kalangan
orang dewasa. Misalnya, telefon bimbit digunakan untuk merakam gambar yang
tidak senonoh. Mereka juga menggunakannya untuk menyebarkan khidmat pesanan
ringkas (SMS) berantai. Di samping itu, pengguna juga melanggan pelbagai
perkhidmatan yang tidak penting seperti yang diiklankan di media massa. Siapakah
yang boleh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam perkara-
perkara sedemikian?

Murid-murid juga dikhuatiri menyalahgunakan telefon bimbit semasa proses


pengajaran dan pembelajaran diadakan. Antara lain, murid dikhuatiri menggunakan
telefon bimbit untuk menipu dalam peperiksaan. Mereka juga mungkin leka
menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pengajaran. Selain itu, tidak mustahil jika terdapat murid yang
memuat turun perkara-perkara yang tidak diingini semasa di dalam kelas.

Tidak keterlaluan jika kita mengandaikan bahawa akan timbul kesan psikologi
terhadap murid sekolah yang kurang mampu. Maka akan wujudlah suatu trend
dalam kalangan murid sekolah bahawa telefon bimbit ialah perkara penting pada
zaman persekolahan. Oleh itu, mereka akan memaksa ibu bapa membelikan telefon
itu untuk mereka.

Selain itu, pemilikan telefon bimbit dalam kalangan murid dikhuatiri menimbulkan
suasana hubungan sosial yang tidak baik di dalam kawasan sekolah. Hal ini
demikian kerana ada murid yang mula menjadikan telefon sebagai salah satu simbol
status sosial. Jika satu ketika dahulu jenama kasut, beg atau kotak pensel pun boleh
digunakan sebagai simbol status sosial di kalangan murid, maka telefon bimbit juga
diramal akan turut menjadi alat untuk murid menunjuk-nunjuk.

Masalah penggunaan telefon bimbit di sekolah perlu diberikan perhatian. Dengan


itu, langkah melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah dianggap wajar.
Larangan ini wajar diteruskan memandangkan penggunaan telefon bimbit lebih
banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

3. Kesimpulan
Telefon pada masa ini boleh dikatakan keperluan yang perlu ada pada setiap
manusia dan bukan lagi sebagai barangan mewah seperti dekad yang lepas.Jika
dulu telefon bimbit hanya digunakan untuk membuat dan menerima panggilan tetapi
kini ia dilengkapi dengan pelbagai aksesori canggih.

Pengguna boleh memilih telefon dengan fungsi kamera digital sehingga


lapan megapiksel, rakaman video, panggilan video, sambungan kepada Internet bagi
memudahkan pemiliknya berhubung dan menerima maklumat terkini.

Apa pun terima kasih kepada Bell kerana mencetuskan ciptaan komunikasi
sebagai permulaan kepada pelbagai inovasi lain.

RUJUKAN

http://educare.aspirasi.blogspot.com
www.islamhadari.dot.net
www.wikipedia.com
http://phonesmodel.com/

You might also like