You are on page 1of 3

TERHAD 1 3756/3

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 3756/3


PRINSIP PERAKAUNAN
PROJEK TINGKATAN 4
Kertas 3
Ogos – September 2012

1. Kertas ini mengandungi satu tugasan.


2. Calon wajib melaksanakan tugasan tersebut secara individu.
3. Calon hendaklah menyempurnakan projek ini dengan merujuk kepada elemen, aspek
dan kriteria yang telah ditetapkan.
4. Projek ini hendaklah dilaksanakan oleh calon SPM (Tingkatan 4) dari bulan Ogos
hingga bulan September.
5. Calon dikehendaki mematuhi Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek yang disediakan
untuk memastikan tugasan projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
6. Calon dinasihatkan membuat perancangan yang teliti dan melaksanakan tugasan
dengan menggunakan perbelanjaan yang berpatutan dan munasabah.

Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3756/3

TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4

1. Calon dikehendaki menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan dokumen
sumber bagi sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan menjual
pakaian seperti berikut:
1.1 Kedai pakaian lelaki
1.2 Kedai pakaian wanita
1.3 Kedai batik dan songket
1.4 Kedai pakaian serbaneka
1.5 Kedai pakaian kanak-kanak
1.6 Kedai tudung dan selendang

2. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan projek.


2.1 Jenis perniagaan - milikan tunggal
2.2 Status perniagaan - meneruskan perniagaan
2.3 Tempoh urus niaga - satu bulan tahun semasa

3. Urus niaga yang terlibat mestilah disokong dengan dokumen yang lengkap berdasarkan
garis panduan urus niaga di bawah.

Butiran Ringkasan Urus Niaga Bilangan


Urus Niaga
(a) Catatan Permulaan Rujuk maklumat tambahan –
(b) Komponen Kos Jualan - Belian kredit
- Belian tunai
- Pulangan belian 5
- Angkutan masuk
- Insurans atas belian
(c) Komponen Jualan Bersih - Jualan kredit
- Jualan tunai 7
- Pulangan jualan
(d) Komponen Pembayaran - Pemiutang
- Belanja 5

(e) Komponen Penerimaan - Penghutang


- Hasil 4
- Pinjaman
(f) Perolehan Aset Bukan - Secara kredit 1
Semasa
(g) Catatan Kontra - Deposit tunai
(dari penerimaan) 1
- Pengeluaran tunai untuk
kegunaan perniagaan
(h) Ambilan - Tunai (kegunaan sendiri) 1
(i) Stok Akhir Ditentu berdasarkan baki 1
daripada kad stok

3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 3 3756/3

4. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam urus niaga.


4.1 Baki perniagaan pada awal bulan adalah seperti berikut:
RM
Lengkapan 15 000
Stok 10 000 **
Bank 74 000
Tunai 1 000
Modal 100 000

** Jenis barang niaga dan kuantiti barang niaga hendaklah ditentukan oleh
calon tetapi jumlah stok (RM) mestilah berdasarkan baki stok awal di atas.
4.2 Perniagaan mempunyai seorang pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM1 500
sebulan. (Bayaran gaji dibayar pada hujung bulan)
4.3 Diskaun tunai tidak dianggap sebagai urus niaga.

5. Tugasan projek hendaklah dibuat menggunakan komputer.

6. Tugasan projek hendaklah dicetak dengan mematuhi perkara berikut:


6.1 Saiz kertas: A4
6.2 Saiz fon: 12
6.3 Jenis fon: Times New Roman
6.4 Dokumen perniagaan: Saiz fon, jenis fon dan jarak antara baris adalah mengikut
kesesuaian.

7. Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan projek


(Ogos – September 2012).

8. Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu.

9. Setiap calon mesti mempamerkan kemahiran komunikasi sama ada dalam bentuk
pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.

TUGASAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

You might also like