You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PEMBELIAN PERALATAN SISTEM SIARAYA


PERHIMPUNAN/PROGRAM RASMI SEKOLAH

1.0 RASIONAL

Bidang Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum Sekolah (KOKO)


mencakupi ruang tugas yang luas dan apa-apa program yang melibatkan murid
automatik akan diletakkan di bawah pengurusan HEM dan KOKO. Program-program
yang melibatkan murid biasanya meliputi jumlah murid yang ramai. Oleh itu, Unit
Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum memerlukan sistem siaraya yang mantap sebagai
sokongan bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Lagi pula, Sekolah Menengah Raja
Perempuan Taayah sering kali menganjurkan aktiviti-aktiviti yang besar dan
melibatkan ramai murid baik peringkat sekolah, daerah mahu pun negeri. Jika
peralatan siaraya disewa hargaanya sehari sebanyak RM 400.00 ringgit. Bayangkan
jika peralatan tersebut disewa sebanyak sepuluh kali, ini bererti melibatkan
perbelanjaan sebanyak RM 4000.00. Alangkah baiknya sistem siaraya tersebut dibeli
dan menjadi hak milik sekolah serta boleh digunakan sepanjang masa. Secara
ekonominya lebih balik beli daripada sewa kerana lebih menguntungkan dalam jangka
masa panjang. Oleh itu, sistem siaraya merupakan keperluan fizikal sokongan untuk
menjana kecemerlangan selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah
pendidikan Kebangsaan.

1.2 MATLAMAT

Pengurusan kewangan yang efisien dan menyokong kemudahan fizikal dalam


menjana kecemerlangan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berteraskan keseimbangan dalam pendidikan negara yang bertaraf dunia.

1
1.3 OBJEKTIF

1.3.1 Dapat melancarkan aktiviti perhimpunan rasmi mingguan dan harian.


1.3.2 Dapat membantu melancarkan pengelolaan sesuatu aktiviti baik di peringkat
sekolah, daerah mahupun negeri.
1.3.3 Dapat menaikkan imej sekolah sebagai pengelola baik di peringkat sekolah,
daerah dan negeri.
1.3.4 Dapat memberilkan ilmu tambahan melalui Jawatankuasa Siaraya, iaitu melatih
dan memberikan kemahiran dalam penggunaan peralatan audio visual yang tidak
diajarkan dalam kelas.
1.3.5 Dapat membantu murid untuk mendapatkan markah kokurikulum yang diperlukan
dalam pensijilan pelajaran sebanyak sepuluh peratus.

1.4 BELANJAWAN

Peralatan system siaraya yang diperlukan dalam menjana kecemerlangan dapat


diperincikan di bawah;

BIL PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH (RM)


1. Floor Mic Stand RM 148.00 3 RM 444.00
2. Keico Mic RM 155.00 3 RM 465.00
3. Kabel MIC 10 meter RM 48.00 1 RM 48.00
JUMLAH RM 957.00

1.5 KESIMPULAN

Peralatan sistem siaraya ini diharapkan dapat berfungsi sebagai keperluan


kemudahan sokongan fizikal dalam menjana kecemerlangan yang dirancangkan.
Kemudahan sokongan fizikal ini diharapkan dapat digunakan secara maksimum agar
kecemerlangan yang dicanangkan dapar direalisasikan.

Disediakan oleh;

2
______________________

MUHAMAD HABIL BIN AZMAN


P.I.C UNIT SIARAYA
SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH

You might also like