You are on page 1of 2

MINGGU KEDUA

1- 5 OGOS 2016

1.Masalah

Pada minggu kedua menjalani praktikum, masalah yang dihadapi ialah murid
tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Walaupun tugasan yang diberi
merupakan tugasan mudah dan tempoh yang diberi adalah panjang, namun
terdapat separuh daripada bilangan murid kelas tersebut gagal untuk
menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna. Misalnya, terdapat
soalan yang tidak mempunyai jawapan, bilangan soalan yang ditulis tidak
mencukupi, jawapan yang tidak mempunyai soalan dan sebagainya.

2. Analisis

Berdasarkan masalah yang telah saya hadapi, saya mendapati bahawa murid
yang gagal menyiapkan tugasan adalah kerana mereka gagal memahami
kehendak soalan dengan baik, tidak dapat membaca huruf Jawi dan
menangguh tugasan yang diberi sehingga gagal menyiapkannya. Hal ini
kerana berdasarkan pemerhatian saya selama dua minggu, murid yang gagal
menyiapkan tugasan adalah daripada kumpulan murid lemah. Segelintir
daripada murid ini lebih gemar mengganggu rakan dan bersembang semasa
guru memberi masa untuk mereka menyiapkan tugasan.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Antara langkah saya akan lakukan untuk menangani masalah ini ialah dengan
Mendenda murid yang gagal menyiapkan tugasan dengan sempurna.
Seterusnya, saya akan meminta murid berkenaan untuk membuat
pembetulan sebanyak dua muka surat supaya mereka dapat menghafal isi
yang disampaikan dan tidak mengulangi kesalahan mereka lagi. Selain itu,
saya juga akan mewujudkan Anugerah Murid Pilihan Ustazah Afiqah. Murid
yang dipilih mestilah murid yang menunjukkan sikap positif di dalam kelas,
sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna dan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dalam pelajaran. Inisiatif ini diambil bagi
memberi motivasi ekstrinsik kepada murid-murid untuk menyiapkan tugasan
dan sentiasa berskap positif semasa sesi PdP.

4. Tempoh Masa

Tempoh masa yang diperlukan adalah lebih kurang dalam 2 minggu. Hal ini
kerana tempoh 2 minggu merupakan suatu tempoh yang agak panjang untuk
membuat pemerhatian, mengambil tindakan dan membuat penilaian semula
terhadap hasil kerja murid.

5. Penilaian Kejayaan

Penilaian kejayaan dapat ditentukan apabila murid berjaya menyiapkan


tugasan dengan sempurna. Walaupun terdapat kesalahan dalam menjawab,
sekurang-kurangnya murid mendapat input daripada PdP yang telah diikuti
dan proses pembelajaran berlaku ke atas diri mereka.

6. Tindakan Susulan

Tindakan susulan yang saya akan ambil ialah dengan mengenal pasti murid
yang masih gagal untuk menyiapkan tugasan dengan mendenda murid
tersebut supaya menulis semula tugasan yang diberi sebanyak lima muka
surat.

Tandatangan Pelatih : Tandatangan Pensyarah Pembimbing :

__________________ _______________________________

You might also like