You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Sejarah moden negeri Sarawak bermula dengan pengasasan kekuasaan keluarga Brooke pada
tahun 1841 yang hanya berakhir selepas selama 105 tahun berkuasa di Sarawak.1 Berikutannya
satu episod baru pula bermula dalam sejarah Sarawak, iaitu zaman pendudukan Jepun dan
Sarawak ditakluki oleh pihak Jepun dari Disember 1941 hingga September 1945. Selepas
Perang Dunia Kedua Sarawak telah diambil alih oleh pihak British. Ini telah menyebabkan
perubahan taraf Sarawak dari sebuah negeri “merdeka”di bawah pemerintahan Brooke menjadi
sebuah tanah jajahan mahkota British. Padahal, pada zaman pemerintahan dinasti Brooke
(1841-1941), Sarawak diiktiraf sebagai negeri naungan British, bukannya Tanah Jajahan British.

Dengan itu segala hubungan antara keluarga Brooke dengan negeri ini telah berakhir.
Penyerahan Sarawak telah menimbulkan politik anti-penyerahan di Sarawak. Pemilikan
berkerajaan sendiri menguasai dalam diri penduduk Sarawak selepas menyaksikan
pertembungan kuasa penjajah Barat dengan penduduk tempatan di negara lain dalam
menuntut kemerdekaan seperti di Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina.
Munculnya gerakan nasionalisme 2 ini secara langsung telah meningkatkan peranan setiap
penduduk tempatan terhadap penjajah.Keengganan penduduk tempatan menerima kehadiran
pemerintah kerajaan kolonial British dalam mentadbir Sarawak telah mengundang semangat
nasionalisme secara terang-terangan.

Gerakan anti-penyerahan telah bangkit menyelubungi majoriti penduduk Sarawak dengan


kemuncaknya peristiwa serangan berani mati, Rosli Dhobi pada 3 November tahun 1949 di sibu
yang mengakibatkan kematian Gabenor Sir Duncan Stewart. 3 Inilah harga penjajahan yang
harus dibayar oleh empayar British dalam rentetan tradegi malang itu.4 Seterusnua, tercetuslah
“gelora siasah” dan “kegemparan” sekaligus berupa fitnah politik terhebat di Sarawak pasca-
perang dunia kedua. Perjuangan menentang penjajahan British dipelopori Persatuan
kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) nama asalnya Persatuan Melayu Sarawak, disamping
dokongan 15 buah pertubuhan antipenyerahan di seluruh negeri. 5 Pada ketika juga ancaman

1http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1326/1/MDSS_2001_Bil29_04.pdf 6/4/2017.10:11:25pm
2 http://www.geocities.ws/cominglucky/nasionalisme.htm
14/4/2017.2:50:23am
3 Nordi Achie. Kolonialisme dan kristianisasi Melayu di Sarawak. Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. 2013. Hlm

112.
4 Ibid,
5 Nordi Achie.op cit.hlm 112
komunis turut menghantui penduduk Sarawak.Semangat mahu berkerajaan sendiri di kalangan
penduduk Sarawak terutama beberapa pemimpin Melayu Sarawak yang disegani semakin
menebal apabila campur tangan Anthony Brooke dalam membebaskan Sarawak.6

2.0 SEBAB KEBANGKITAN GERAKAN ANTI-PENYERAHAN DI SARAWAK PADA TAHUN


1946-1950

2.1 PENYERAHAN SARAWAK BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN 1941

Pada 15 April 1946, Raja Charles Vyner Brooke kembali ke sarawak dan British Military
Administration (BMA) menyerahkan semula kerajaan sarawak kepadanya. Penduduk secara
keseluruhannya sangat gembira dan orang cina bersama-sama komuniti lain berharap dengan
pengembalian Raja Charles Vyner Brooke ke Sarawak, keadaan negeri Sarawak akan dipulihkan
seperti sebelum perang. Namun demikian sebenarnya telah wujud banyak perubahan dengan
kemaraan tentera jepun ke sarawak sejak bulan Disember 1941.
Perang dunia kedua telah membawa kemusnahan yang teruk kepada sarawak. Selepas
perang, Sarawak perlu dibina semula dan ini akan melibatkan perbelanjaan yang banyak.
Keadaan ekonomi adalah menyedihkan, padang-padang minyak telah musnah dan kebun-kebun
getah juga terbiar. Kemudahan pendidikan, kesihatan, jalan raya dan lapangan terbang perlu
diperbaiki segera untuk memenuhi keperluan penduduk. Kerugian sarawak dianggarkan
sebanyak $23,294,029.007 akibat penaklukan jepun.
Kemusnahan pertahanan tentera British pada tahun 1941, penghinaan semasa zaman
pendudukan jepun, kehilangan maruah orang eropah akibat kekalahan kepada jepun, maka
keadaan sarawak tidak mungkin dapat dikembalikan seperti keadaan sebelum perang.
Walaubagaimanapun pengembalian Raja Charles Vyner Brooke pada tahun 1946 sangat dialu-
alukan oleh penduduk Sarawak.8
Oleh kerana mengalami kerosakan dan kerugian besar, Raja Charles Vyner Brooke
mendapati sarawak terlalu miskin untuk membangunkan semula negerinya. 9
Beliau
berpendapat hanya kerajaan british yang sanggup berbuat demikian. Dengan itu Raja Charles

6 Sabihah Osman. The Malay-Muslim Response to Cession of Sarawak to the British Crown 1946-1951. Jurnal Jabatan
Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.hlm 151. 1990
7 The Sarawak Gazette, 31 Julai 1978, hlm 162
8 Bilcher Bala. 2016. Cabaran Sarawak Selepas Merdeka Dalam Malaysia. Kuching. Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Sarawak Dengan Kerajaan Negeri Sarawak.
9 Ibid, hlm 162
Vyner Brooke berharap sarawak akan dapat menjadi sebuah negeri moden dibawah kerajaan
British kerana ia mempunyai sumber kewangan yang kukuh serta pengalaman teknikal yang
diperlukan untuk pembangunan sebuah negeri moden. Ini dapat dijelaskan melalui warta yang
disampaikan oleh raja kepada penduduk sarawak pada hari penyerahan sarawak pada 1 julai
1946. Di antara warta itu mencatatkan:
...nevertheless I took this decision because I know it was in the best interests of the
people of sarawak and that in the turmoil of the modern world the would benefit
greatly from the experience, strength and wiisdom of British Rule.10

Selain itu sarawak memerlukan bantuan ekonomi dan teknikal daripada british. Bantuan
daripada British tidak akan berlaku sekiranya sarawak masih dibawah pemerintahan Brooke.11
Masalah peribadi keluarga Brooke ditambah dengan keadaan ekonomi yang mundur telah
mendesak Raja Charles Vyner Brooke mengambil keputusan untuk menyerahkan negeri
sarawak kepada kerajaan British.
Dalam pada itu kuasa pemerintahan keluarganya kerana baginda tidak mempunyai anak
lelaki yang boleh menggantikannya. Dengan itu, alasan keadaan sarawak selepas perang
dijadikan peluang yang baik untuk menyerahkan sarawak. Nampaknya Raja yang berumur 72
tahun itu telah memutuskan bahawa penyerahan kepada British adalah satu-satunya
penyelesaian yang wajar baginya dan negeri sarawak.
Pengumuman Raja Charles Vyner Brooke yang bersifat melodramatik tentang
penyerahan sarawak sebagai tanah jajahan British kepada penduduk Sarawak buat pertama
kalinya telah disiarkan di london dan kuching pada 6 Februri 1946. Raja mendedahkan bahawa
sarawak harus diserahkan kepada pihaknya.
Beliau yakin bahawa kerajaan british dapat membawa kebaikan dan pembangunan
kepada sarawak. Raja Charles Vyner Brooke membuat pengumuman pertama pada 24 April
1946 kepada penduduk Sarawak memberi penjelasan tentang penyerahan sarawak sejak
pengumuman pada bulan Februari lalu. Beliau berjanji adat resam lama tidak akan dihapuskan
dan perlembagaan sarawak tahun 1941 akan dihormati.
Walaupun dokumen penyerahan sarawak telah ditandatangani pada 21 mei 1946 dan
berkuatkuasa mulai 1 julai 1946, namun cerita penyerahan sarawak tidak berakhir begitu sahaja
dan tidak menghalang tindakan penduduk sarawak untuk terus berjuang terhadap Kolonialisme
Barat. Ini kerana soal penyerahan Sarawak kepada pihak berkuasa di London tidak mendapat

10 The Sarawak Gazette, 2 Julai 1947, hlm. 118


11 Saul Rose. Britain and South East Asia. The John Hopkins Press. Baltimore. Hlm147. 1962
sokongan padu di sarawak. Sebaliknya ianya telah menimbulkan kemarahan di kalangan anak
tempatan sarawak tentang pembaharuan kedudukan politik sarawak.
Mereka tidak putus-putus menyampaikan bangkangan dan bidasan atas perkara
tersebut,khasnya dikalangan orang melayu. Mereka yang yang menyokong penyerahan sarawak
dianggap sebagai orang tanah jajahan dan bagi yang menentang pula digelar sebagai orang
Brooke atau orang sarawak. Tindakan mereka itu jelas memperlihatkan penduduk
tempatan,khasnya orang melayu tidak sanggup menerima perubahan kedudukan politik
sarawak dan mula lahir bibit-bibit semangat nasionalisme di kalangan mereka.
Keadaan tersebut akhirnya menimbulkan satu peristiwa yang penting dalam sejarah
sarawak yang dikenali sebgai gerakan anti-penyerahan. perjuangan penduduk sarawak timbul
daripada anggapan mereka bahawa penyerahan sarawak adalah “hara”. 12
Ini kerana
penyerahan sarawak tidak diterima oleh penduduknya tetapi Charles Vyner Brooke terus
menyerahkan. Sarawak dan diterima oleh kerajaan British, sedangkan Sarawak adalah tanah
milik penduduk Sarawak.13
Penyerahan Sarawak kepada kerajaan Britain telah ditentang oleh orang melayu
Sarawak. Salah satu pihak yang menunjukkan bantahan secara berani dan terbuka ialah PKMS,
sebuah persatuan anti-penyerahan di kuching. Persatuan itu mengadakan tunjuk persaaan
memproses tindakan Raja Brooke menyerah Sarawak kepada kerajaan British dan seterusnya
sebagai tanah jajahan mahkota British. Mereka menganggap tindakan tersebut telah melanggar
perlembagaan Sarawak tahun 1941 dan menyesal kerana tidak diajak berunding terlebih
dahulu. Orang Melayu juga berasa bimbang terhadap pemerintahan baru dibentuk dan
kedudukan unggul mereka akan terjejas.

4.0 SETIAUSAHA YANG DIHANTAR OLEH CHARLES VYNER BROOKE MENDAPATKAN


PERSETUJUAN KETUA-KETUA KAUM DI SARAWAK SECARA TIPU MUSLIHAT

Berikutan dengan pengumuman itu, Raja Charles Vyner Brooke telah menghantar setiausaha
sulitnya, Gerald MacBryan ke Sarawak sebagai wakil untuk mengetahui sambutan penduduk
tentang soal penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. 14 MacBryan melawat Ong Tiang
Swee, pemimpin masyarakat Cina dan Datu-datu melayu bagi mengetahui pendapat mereka

12 Nordi Achie.op cit.hlm 111


13 Ibid, hlm 111
14 http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1326/1/MDSS_2001_Bil29_04.pdf 6/4/2017.10:11:25pm
tentang soal penyerahan Sarawak. Di antara Datu-datu Melayu yang dilawatnya ialah Datu
pahlawan Abang Haji Mustafa, datu Amar Abang Sulaiman, Datu Hakim Abang Haji Mohidin,
Datu Menteri Encik Zain dan datu Patinggi Abang Haji Abdillah.

Selain itu juga memujuk Ong Tiang Swee dan pemimpin utama pertubuhan-pertubuhan
Cina disamping pemimpin melayu supaya menandatangani satu kenyataan yang menunjukkan
sokongan kepada keputusan Raja dengan kerajaan British.15 Diantara pemimpin Cina yang turut
menandatangani dokumen itu termasuklah Wee Kheng Chiang (Persatuan Hokkien),Lee Wing
Thoong ( Pesatuan Kwong Hui Seow), Tan Bak Lim (Persatuan Teochew), Yong Pong Chiang
(Pesatuan Hakka), Wong Cheng Guan (Persatuan Foochow), Chan Qui Chong (Chawan Hui
Kuan, Sia Lai Hin (Persatuan Lui Chew) dan Woon Siang Kwang ( Persatuan Kheng Chew).
Dipihak lain, Pihak British juga menghantar wakil-wakil ke Sarawak untuk mengetahui
sambutan penduduk berkenaan soal penyerahan. Seorang pegawai dari England bernama C.W.
Dawson telah dihantar ke Kuching untuk meneliti keadaan di sana. Beliau kemudiannya dilantik
menjadi pegawai pentadbir bagi kerajaan British di negeri Sarawak. Untuk membuat
penyelidikan secara dekat lagi, Pejabat Tanah Jajahan telah menghantar dua orang perwakilan,
iaitu David Rees William (Parti Buruh) dan Kapten L. David Gamma (Parti Konservatif) untuk
mengkaji pendapat penduduk di Sarawak mengenai soal penyerahan Sarawak kepada kerajaan
British seperti yang dikehendaki oleh Raja Sarawak.
Mereka tiba di Kuching dari singapura pada 2 mei 1946. Pada malam itu satu perjumpaan
diadakan di Dewan Perniagaan Perjumpaan serupa juga diadakan di Simanggang, Bintulu,
Lawas dan sibu. Laporan mereka siap dan dihantar kepada kepada pejabat Tanah Jajahan pada
10 Mei 1946. Daripada laporan perwakilan itu menunjukkan majoriti penduduk Sarawak suka
akan penyerahan Sarawak.
Dalam pada itu terdapat pihak yang mengkritik cara pengundian berkenaan yang telah
diadakan di Majlis Negeri itu, Mereka menyatakan mereka yang mengundi itu tidak mengikut
kehendak hati kerana tidak tahu apa-apa tentang penyerahan Sarawak dan hanya mengundi
bagi menyebelahi pihak Raja sahaja. Hubungan antara penduduk Sarawak denagan Raja
Brooke amat kukuh dan penduduk amat percaya pada Raja, maka mereka sentiasa bersetuju
dan menerima sebarang cadangan Raja.

15 Mahdi Shuid.Rujukan Kompak Sejarah Pmr.hlm 166. 2009


Tambahan pula pegawai dan kakitangan British dibenarkan mengambil bahagian dalam
pengundian supaya menambahkan undi yang cukup dalam menyokong penyerahan Sarawak.
Justeru itu boleh dikatakan penyerahan srawak dilakukan secara haram kerana pegawai-
pegawai British sendiri telah digunakan untuk mengundi bagi merestui penyerahan Sarawak
kepada British.
Manakala ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang terdiri daripada perwakilan Cina terdedah
kepada tekanan politik. Ketua kaum Teochew, Tan Bak Lim telah diugut akan dibunuh oleh
sebuah pertubuhan orang Cina seberang Laut Persatuan Hua kheow Tshim Nien sekiranya
beliau mengundi menentang penyerahan Sarawak. Ini telah menyebabkan beliau mengundi
menyokong penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Ong Hap Khoo Peng Loong sahaja
yang menyokong penyerahan tanpa dipaksa. Dengan ini boleh dikatakan Sarawak yang
merdeka dibawah pemerintahan Brooke diserahkan menjadi tanah jajahan Britain melalui
penipuan,pujukan dan ugutan demi mendapatkan undi yang mencukupi bagi mengesahkan
penyerahan Sarawak sebagai Tanah Jajahan British.

3.0 PENYERAHAN SARAWAK DILAKUKAN SECARA HARAM DENGAN TIDAK


BERUNDING TERLEBIH DAHULU DENGAN TUAN MUDA (BERTAM BROOK) DAN RAJA
MUDA (ANTHONY BROOKE).
Kebangkitan anti-penyerahan di Sarawak kepada British berpunca daripada konflik di antara
Charles Vyner Brooke dengan adiknya, Betram Brooke. Pada 1941 Charles Vyner Brooke telah
menggubal Perlembangan tanpa berbincang dengan Betram Brooke. Perkembangan ini telah
menyebabkan berlakunya konflik diantara Charles Vyner Brooke dengan adiknya, Betram
Brooke. Begitu juga, pada tahun 1946, Charles Vyner Brooke telah mengambil keputusan untuk
menyerahkan Sarawak kepada British tanpa memberitahu adiknya.16 Konflik kedua-duanya telah
merumitkan pentadbiran di British dan akhirnya mendorong British untuk mengambil alih
pemerintahan Sarawak.

Charles Vyner Brooke tidak memiliki anak lelaki untuk mewarisi takhtanya. Keadaannya
yang uzur telah membuatkannya berpendapat bahawa pilihan untuk menyerahkan Sarawak
kepada British adalah satu pilihan yang tepat dan sesuai dengan masanya. Manakala, Betram

16 http://www.jasa.gov.my/bm/gallery/lang-bm-arkib-lang-lang-en-archive-lang/2- uncategorised/102-lang-bm-50-
tahun-sarawak-merdeka-anti-penyerahan-sarawak-kepada-kerajaan-british-lahirkan-semangat-nasionalisme-rakyat-
sarawak-lang-lang-en-sarawak-50-years-of-independence-anti-cessiom-of-sarawak-to-british-colony-leads-to-
nationalism-spirit-among-sarawak.html 6/4/2017 12:31:35PM
Brooke mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Anthony Brooke yang layak mewarisi
takhta selepas Charles Brooke.17

Foto 1.1: Anthony Brooke

Sumber www.geni.com

Walau bagaimanapun, Charles Vyner Brooke mendapati Anthony tidak sesuai dengan
sikap dan pendiriannya sebagai pemimpin yang akan memerintah Sarawak.18 Anthony bersikap
kasar dan berlaku tidak adil, demikian pula semasa itu Anthony Brooke terlalu muda untuk
memerintah Sarawak. Mac 1939, Anthony telah dilantik sebagai Raja Muda Sarawak, tetapi
dipecat disebabkan oleh keperibadiannya yang tidak menepati ciri-ciri yang diinginkan Charles
Vyner Brooke, beliau akhirnya dipecat dari kedudukannya. perkembangan ini menunjukkan
bahawa Charles Vyner Brooke tidak mempunyai keyakinan atas Anthony Brooke untuk
menggantikan takhta kerajaan Sarawak. Masalah dalaman keluarga Brooke inilah yang telah
mendorong Charles Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada pihak British.

17 Nalong anak Buda, Jhonny anak Chuat. “IBAN pegai rajah Brooke”, Pegari Iban Production. 2003. hlm 3
18 Hashim Fauzy Yaacob, Kedudukan Orang Melayu Sarawak di Bawah Penjajahan British 1946-1963, 2013, Selangor:
Utusan Printcorp Sdn. Bhd., hlm. 154.
5.0 VYNER BROOK DIDESAK OLEH BRITISH BAGI MENJAGA KEPENTINGAN POLITIK
DAN EKONOMI (PELABURAN) BRITISH DI SARAWAK.

Pada abad ke-19 Sarawak terletak dibawah penguasaan kesultanan Brunei. Walaupun Sarawak
dibawah pimpinan Brunei, penguasaannya tidaklah sepenuhnya. Perkembangan ini dapat
dibuktikan daripada beberapa pemberontakan yang berlaku seperti pemberontakan lanun dan
pemberontakan dalam Sarawak sendiri. Pada tahun 1939, gabenor Sarawak iaitu raja Muda
Hasim, menghantar surat kepada James Brooke untuk meminta bantuan mematahkan
pemberontakan yang berlaku didalam negeri Sarawak. kesempatan ini diambil oleh James
Brooke untuk membantu Raja Muda Hasim kerana, beliau dijanji dengan hadiah yang lumayan
dengan memberi lantikan kepada beliau menjadi gabenor Sarawak pada 1841 dalam Serawak.19

Dalam peperangan yang berlaku, kemenangan berpihak kepada James Brooke, beliau
dapat mematahkan pemberontak dari masyarakat Dayak. Perkembangan ini disebabkan beliau
mempunyai senjata dan kelengkapan perang yang moden berbanding pihak lawan.
Kemenangan ini menjadi titik tolak dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun
dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih”.20

Pada 1941 Jepun menguasai Sarawak, setelah 1945 Jepun telah kalah dan pentadbiran
diambilalih oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. Namun
pada 1946 pemerintahan diserahkan sepenuhnya kepada British. Sepanjang pemerintahan
British yang dipimpin dari tanah jajahan London. 21 Dalam kerangka masa ini, British telah
memanfaatkan ekonomi Sarawak, misalnya penanaman-penanaman baru digiatkan lagi bagi
tujuan import eksport.

Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak dari segi pertanian ialah sagu, lada hitam dan
gambir. Tanaman sagu merupakan hasil eksport utama Sarawak pada abad ke-
19. Penghasilan sagu daripada pokok rumbia diusahakan oleh orang Melanau secara meluas di
bahagian kedua dan ketiga negeri Sarawak. Sarawak telah berjaya mengeksport hasil sagu
daripada 8700 tan pada tahun 1887 kepada 20 400 tan pada tahun 1907. Orang cina
menguasai pengeluaran dan perniagaan semua hasil sagu di Sarawak. Bagi tanaman getah
pula, raja-raja Brooke tidak menggalakkan syarikat asing unt uk buka ladang getah di Sarawak

19 Nizam Alias, “jaga istiadat Melayu selama-lamanya”, 2017. https://www.menara.my/sumpah-james-brooke-jaga-


istiadat-melayu-selama-lamanya/
20 Ibid,
21 Hasbi Sulaiman, “Perjuangan Anti Cession Sarawak” , hlm. 49-50.
namun syarikat yang menguasai tanaman getah Cuma satu iaitu Syarikat Borneo. Kawasan
tanaman ialah estet tahan dan estet Tengah. Pada tahun 1934, terdapat 210 000 ekar tanah
ladang getah dan sebahagiannya merupakan kebun kecil dan 3% pula diusahakan secara
ladang.22

Selain itu, orang Cina juga mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam di Sarawak
untuk tujuan eksport. Lada hitam ditanam di sekitar Kuching, Serian, Sarikei dan
Maradong. Charles Brooke telah memberi galakan kepada saudagar-saudagar dari Singapura
untuk menanam lada hitam di Sarawak dengan cara memberi tanah kepada mereka. Lada
hitam menjadi tanaman eksport terpenting di Sarawak pada abad ke-19. Menjelang tahun
1855, Sarawak telah berjaya mengeksport 392 tan lada hitam dan 1370 tan gambir.23

Sektor perlombongan secara komersial telah mula berkembang di Sarawak semasa


pemerintahan Charles Brooke.Antara galian terpenting yang dilombong ialah antimoni.
Menjelang tahun 1880-an, Sarawak telah menjadi pengeluar galian antimoni yang utama.
Kawasan perlombongan antimoni yang utama ialah daerah Bau.Orang Melayu dan Cina aktif
dalam kegiatan tersebut. Di samping itu,terdapat kegiatan perlombongan arang batu. Aktiviti
melombong arang batu di Sarawak telah bermula pada tahun 1889 hingga tahun 1898.
Jumlah pengeluaran arang batu telah meningkat daripada 500 tan pada tahun 1874 kepada 31
390 tan pada tahun 1898. Galian lombong lain ialah raksa. Raksa mula dieksport pada tahun
1868 yang menggantikan antimoni sebagai hasil perlombongan utama sarawak.24

Emas menjadi galian terpenting di Sarawak antara tahun 1898 hingga 1921. Orang Cina
merupakan pelombong dan pengusaha utama emas di Sarawak. Kegiatan ekonomi komersial di
Sarawak sebenarnya berhubung kait dengan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti
jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan dan pembinaan bandar-bandar baru seperti Miri dan
Kuching.Perkembangan bandar seperti Miri turut menjadi pemangkin perkembangan ekonomi
bercorak komersial di Sarawak.25

Kekayaan Sarawak akhirnya mendorong British untuk terus mengekalkan Sarawak


sebagai tanah jajahannya dengan mengekploitasi ekonomi dan mentadbir politik.

22 Mahdi shuid, “kompak sejarah PMR”, arah pendidikan sdn bhd. 2008. Hlm 56.
23 Ibid, hlm 56
24 Ahmad Ali Seman, Nordin Hussin, “Sejarah Perkembangan Pelaburan Asing Dalam Pembentukan Malaysia: Zaman
Colonial Pasca-Merdeka”, 2007. hlm 1-3.
25 Ibid, hlm 1-3.
Perkembangan ini berlanjutan sehingga Sarawak diberi kemerdekaan dengan bergabung
menjadi negara Malaysia.
6.0 RUJUKAN
BUKU
Ahmad Ali Seman, Nordin Hussin, “sejarah perkembangan pelaburan asing dalam pembentukan
Malaysia: zaman colonial pasca-Merdeka”, 2007.

Nordi Achie.2013. kolonialisme dan Kristianisasi Melayu di Sarawak 1850-1950. Kota Kinabalu.
Universiti Malaysia Sabah.

S. Baring Could, C. A. Bampfylde. A history pf Sarawak under its two white Rajahs 1839-1908.
Oxford Universiti press.

Hashim Fauzy Yaacob, Kedudukan Orang Melayu Sarawak di Bawah Penjajahan British 1946
1963, 2013, Selangor: Utusan Printcorp Sdn. Bhd

Mahdi Shuid.2009. Rujukan Kompak Sejarah Pmr. Belakong,Selangor Darul Ehsan. Arah
Pendidikan Sdn Bhd

JURNAL
Nalong anak Buda, Jhonny anak Chuat. “IBAN pegai rajah Brooke”, Pegari Iban Production.
2003.
Sabihah Osman. 1990 .The Malay-Muslim Response to Cession of Sarawak to the British Crown
1946-1951. Jurnal Jabatan Sejarah.
Whitehornbill. 2013. E-SARAWAK GAZETTE. Pustaka negeri Sarawak.
Saul Rose. 1962. Britain and South East Asia. The John Hopkins Press.

INTERNET
http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1326/1/MDSS_2001_Bil29_04.pdf
RABU, 6 APRIL 2017 10:11:25PM Oleh: Ho Hui Ling PENYERAHAN SARAWAK KEPADA
KERAJAAN BRITISH 1946-1951

http://www.jasa.gov.my/bm/gallery/lang-bm-arkib-lang-lang-en-archive-lang/2-
uncategorised/102-lang-bm-50-tahun-sarawak-merdeka-anti-penyerahan-sarawak-kepada-
kerajaan-british-lahirkan-semangat-nasionalisme-rakyat-sarawak-lang-lang-en-sarawak-50-
years-of-independence-anti-cessiom-of-sarawak-to-british-colony-leads-to-nationalism-spirit-
among-sarawa.html RABU, 6 APRIL 2017 12:31:35PM. Oleh: Awang Mohamad Razif bin Awang
Yusuf (UKOM Sarawak) 50 TAHUN SARAWAK MERDEKA: ANTI-PENYERAHAN SARAWAK
KEPADA KERAJAAN BRITISH

Nizam Alias, “jaga istiadat Melayu selama-lamanya”, 2017. https://www.menara.my/sumpah-


james-brooke-jaga-istiadat-melayu-selama-lamanya/

http://www.pustaka-sarawak.com/gazette/gazette_uploaded/1371428585.pdf khamis,7 April


2017 12:54pm

http://www.geocities.ws/cominglucky/nasionalisme.htm
Jumaat 14/4/2017.2:50:23am.Oleh: Sp Star Gerakan Nasionalisme
http://sarawakvoice.com/2016/10/17/cabaran-sarawak-selepas-merdeka-dalam-malaysia/
Jumaat 14/4/2017 3:47.21am. Oleh: Bilcher Bala Cabaran Sarawak Selepas Merdeka
Dalam Malaysia

You might also like