You are on page 1of 26

SMK BANDAR BARU SERTING

LAPORAN
MINGGUTEKNIK &
VOKASIONAL 2017
TARIKH 13 HINGGA 17 MAC 2017

TEMPAT:
HalamanTaniSainsPertanian
BengkelMPVLandskap& Nurseri
BilikPenyediaanMakananPVMA
Kantin& KolamAlamCitra
SMKBandarBaruSerting

PENGANJURANBERSAMA:
PanitiaKemahiranHidupBersepadu/ RBT
PanitiaPrinsipPerakaunan
PanitiaEkonomiAsas
PanitiaSainsPertanian
PanitiaPerdagangan
PanitiaMPVLandskap& Nurseri
PanitiaPVMA(PenyediaanMakanan)
LAPORAN EKSEKUTIF

Minggu Bidang Teknik dan Vokasional telah berlangsung dengan jayanya pada 13
hingga 17 Mac 2017 yang lalu. Majlis Perasmian Minggu Teknik dan Vokasional tahun 2017
telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Norazam bin Hj. Nayan, pengetua SMK Bandar Baru
Serting. Pengetua memaklumkan tema Minggu Teknik dan Vokasional pada tahun ini iaitu
‘Membina Kemahiran, Merealisasikan Aspirasi’ yang dipilih bersesuaian dengan matlamat
iaitu untuk membentuk generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknik dan
vokasional. Beliau turut berharap agar dapat melihat transformasi yang kita lakukan hari ini
mendatangkan pulangan yang lumayan kepada rakyat dan negara pada masa akan datang.
Beliau juga menekankan bahawa transformasi dalam pendidikan teknik dan vokasional perlu
dilakukan selari dengan keperluan negara yang memerlukan tenaga mahir dan separuh
mahir.Anda perlu mempunyai kemahiran dan menjadikannya sebagai satu peluang kerjaya
untuk bergelar usahawan.

Gimik perasmian telah dijayakan oleh pengetua dan murid-murid SMK Bandar Baru
Serting. Simbolik perasmian telah disempurnakan oleh pengetua yang memakai pakaian chef.
Kuiz pagi turut diadakan dan dikendalikan oleh Pn. Habsah bt Mohd Nasib.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan sepanjang minggu. Antara


pertandingan yang telah dilaksanakan adalah kuiz pagi, pertandingan reka cipta bahan,
pertandingan elektronik, pertandingan menghias kek, pertandingan memancing, explorace tani
dan pelbagai lagi. Semua pelajar yang mengambil bahagian dilihat begitu gembira dan seronok
dengan aktiviti yang dijalankan.

Majlis Penutupan Minggu Teknik dan Vokasional telah disempurnakan oleh En. Nasbi
bin Mat Saleh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bandar Baru Serting. Majlis diadakan
di Dewan Bestari pada 17 Mac 2017 dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan
AJK Kerja yang terlibat.

1
1.0 PENGENALAN
Kemahiran melakukan sesuatu perkara merupakan salah satu elemen yang sangat
penting di samping ilmu pengetahuan dalam menentukan kejayaan seseorang individu.
Seseorang individu yang mempunyai kemahiran serta menggunakannya akan lebih
berjaya dalam kemandirian hidupnya berbanding dengan seseorang yang hanya
mempunyai ilmu pengetahuan sahaja. Minggu Teknik Dan Vokasional telah dirancang
pada tahun ini atas kesedaran pentingnya kemahiran kepada seseorang individu dalam
menentukan hala tuju hidupnya.Menjadi harapan bidang Teknik dan Vokasional
khususnya dan sekolah amnya agar dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dijalankan
sepanjang minggu tersebut, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran di kalangan
murid, malah boleh membuka minda murid-murid betapa pentingnya kemahiran asas
dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Tema
Membina Kemahiran Merealisasi Aspirasi
2.2 Pelaksanaan
Tarikh : 13 hingga 17 Mac 2017
Hari : Isnin - Jumaat
Pelancaran : 13 Mac 2017 (Isnin)

2.3 Sasaran
Semua pelajar dan guru SMK Bandar Baru Serting

2.4 Tempat pelaksanaan


Semua aktiviti dilaksanakan di tapak perhimpunan, kantin, Kolam Alam Citra dan
Halaman Tani SPN.

2.5 Matlamat
Membentuk generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknik dan
vokasional

3.0 OBJEKTIF

1. Menimbulkan minat serta mengukuhkan penguasaan murid dalam bidang Teknik


dan Vokasional
2. Mencetuskan kreativiti dan reka cipta murid melalui pertandingan-pertandingan
yang dianjurkan.
3. Memberi peluang dan ruang kepada guru dan murid mendedahkan modul-modul
kemahiran yang yang dilaksanakan secara lebih dekat melalui aktiviti-aktiviti atau
pameran yang dianjurkan

2
4.0 JAWATANKUASA MAJLIS PERASMIAN MINGGU TEKNIK DAN
VOKASIONAL TAHUN 2017

Pengerusi : Tn Hj Norazam Bin Hj Nayan


(Pengetua SMK Bandar Baru Serting)

Timbalan Pengerusi : En Nasbi Bin Mat Saleh


(GPK Akademik & Pentadbiran SMK Bandar Baru Serting)

Naib Pengerusi 1 : Pn Norhayati Bt Minal


(GPK HEM SMK Bandar Baru Serting)

Naib Pengerusi 2 : En Mat Dah Bin Othman


(GPK Kokurikulum SMK Bandar Baru Serting)

Penyelaras : Pn Noriza Bt Maarof


(Ketua Bidang Teknik & Vokasional)
Setiausaha : Pn Nor Faridah Bt Yahya
Bendahari : Pn Noor Hazirah Bt Hamdan
Ahli Jawatan Kuasa Kerja :
BIL JAWATANKUASA NAMA GURU
1 Gimik pelancaran En Md Bakhri Bin Mohamad
PA sistem En Khairul Azizi Bin Ahmad
Peralatan En Nor Azli Bin Mohd Nor
Persediaan tempat
2 Banner program Pn Habsah Bt Mohamad Nasib
Buku program perasmian/penutupan Pn Siti Rafidah Bt Jas
Buletin program (harian)
Montaj perasmian(multimedia)
Montaj penutupan(multimedia)
3 Perakam peristiwa Pn Nor Faridah Bt Yahya
Laporan program
4 Mengacarakan majlis perasmian/ penutupan Cik Nor Azimah Bt Zakaria

5 Sijil Pn Noor Hazirah Bt Hamdan


Hadiah Pn Shuhaila Bt Idris
Penyelarasan Penerima Hadiah PnTuty Sutina Bt Hamdzah

3
5.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Tarikh Aktiviti Masa Tempat Sasaran Tindakan
13/03/2017 Perasmian dan 7.20 – 8.20 am Dewan Semua pelajar dan Semua guru
(Isnin) pelancaran Minggu Bestari guru BTV
Teknik Dan Vokasional
Kuiz pagi: 7.20 – 8.20 am Dewan Murid-murid Pn Hazirah
Jenis masakan Bestari SMKBBS
berasaskan mi kuning
Uji minda murid : 7.20 – 8.20 am Dewan Murid-murid Pn Habsah
Jenis-jenis bawang Bestari SMKBBS

Kuiz KHB 7.50 – 2.40 pm Bengkel/ Murid berkaitan Pn Hazirah


Kuiz RBT Kelas elektif sahaja Cik Azimah
Kuiz Prinsip Perakaunan Pn Shuhaila
Kuiz Ekonomi Asas En Nor Azli
Kuiz Perdagangan Pn Tuty Sutina
Kuiz SPN En Azizi
Kuiz MPV LN

14/03/2017 Kuiz pagi: 7.20 – 7.50 am Anjung Murid-murid Pn Hazirah


(Selasa) Jenis masakan Khadijah SMKBBS
berasaskan ayam
Uji minda murid: 7.20 – 7.50 am Anjung Murid-murid Cik Azimah
Jenis-jenis ubi Khadijah SMKBBS

KHB : 3.00 – 5.00 pm Bengkel Murid SMKBBS Pn Hazirah


Pertandingan Elektronik KHB Pn Noriza
Cik Azimah
En Nor Azli
Pn Habsah
KHB: 7.50 – 2.40 pm Bengkel Murid SMKBBS Pn Hazirah
Pertandingan Reka Cipta KHB Pn Noriza
Bahan Cik Azimah
En Nor Azli
Pn Habsah
14/03/2017 PLC Ekonomi Asas 10.10 – 11.10 Makmal 5 Adil Pn Shuhaila
(Selasa) Matematik

Pertandingan Cup Cake 3.00 – 5.00 pm Kantin Murid SMKBBS Pn Nor Faridah
SMKBBS Pn Siti Rafidah

Pertandingan Menghias 3.00 – 5.00 pm Kantin Murid SMKBBS Pn Nor Faridah


Kek SMKBBS Pn Siti Rafidah

4
15/03/2017 Uji minda murid : 7.50 – 2.40 pm Anjung Murid-murid Pn Siti Rafidah
(Rabu) Jenis-jenis sayur-sayuran Khadijah SMKBBS

Kuiz pagi: 7.50 – 2.40 pm Anjung Murid-murid Pn Hazirah


Jenis masakan Khadijah SMKBBS
berasaskan beras
Explorace ‘MPV LN’ 7.50 – 2.40 pm Taman Alam Murid-murid En Azizi
Citra SMKBBS En Md Bakhri

Pertandingan 2.40 – 5.00 pm Taman Alam Murid-murid En Azizi


Memancing Citra SMKBBS En Md Bakhri
En Nor Azli

Explorace Pertanian 3.00 – 5.00 pm Laman Tani Terbuka Pn Tuty


Bengkel SPN

Jualan produk 3.00 – 5.00 pm Laman Tani Terbuka Pn Tuty


Bengkel SPN

16/03/2017 Uji minda murid : 7.20 – 7.50 am Anjung Semua guru Pn Habsah
(Khamis) Jenis-jenis bawang Khadijah

Kuiz pagi: 7.20 – 7.50 am Anjung Murid-murid Pn Hazirah


Jenis masakan Khadijah SMKBBS
berasaskan susu
Kuiz PVMA 7.50 – 2.40 pm Bengkel Murid-murid Pn Nor Faridah
PVMA PVMA Tingkatan Pn Siti Rafidah
4&5
Jualan produk 3.00 – 5.00 pm Bengkel Terbuka Pn Nor Faridah
PVMA Pn Siti Rafidah

17/03/2017 Majlis penutup Minggu 7.20 am– 8.00 Dewan Semua pelajar dan Semua guru
(Jumaat) BTV am Bestari SMK guru BTV
BBS

5
6.0 REFLEKSI

1. Kerjasama
Segala bentuk persiapan dan aktiviti yang dirancang telah mendapat makluman daripada
penyelaras. Majoriti guru Bidang Teknik dan Vokasional telah memainkan peranan masing-
masing dan menzahirkan tugas dan tanggungjawab dengan lancar. Sikap bekerjasama dan
saling bantu membantu dan tidak mengira tugasan telah memudahkan semua tugasan.
Penambahbaikan :
1. Semua ahli perlu lebih peka dengan maklumat dan sebarang perubahan ‘ad hoc’ yang
disampaikan.
2. Sentiasa merujuk kepada platform/saluran penyampaian maklumat iaitu melalui
‘Telegram BTV SMKBBS’
3. Ahli yang terlibat dengan program lain perlu membuat persediaan lebih awal dan tidak
menggunakan alasan terlibat dengan program lain sehingga tidak dapat melaksanakan
tugasan yang telah dipertanggungjawabkan.

2. Implikasi Kewangan
Perbelanjaan mengurus yang agak tinggi terutamanya dalam membuat persediaan. Semua
aktiviti dan pertandingan dilaksanakan secara ‘hands on’. Kebanyakan bahan yang digunakan
untuk pertandingan tersebut telah dibeli secara konsep habis guna seperti bahan Pertandingan
Cup Cake, Pertandingan Menghias Kek, ‘Explorace Tani’ dan Pertandingan Memancing.
Impikasi kewangan sangat dirasai pada tahun ini kerana PCG setiap Panitia hanya mendapat
peruntukan sebanyak 80%.
Penambahbaikan :
1. Pelajar dan peserta telah dikenakan bayaran penyertaan untuk menampung kos
pertandingan
2. Mengurangkan kategori pertandingan
3. Mengadakan aktiviti jualan produk panitia untuk menampung kos pengurusan
pertandingan

6
3. Pengurusan Majlis Penyampaian Hadiah
Pengendalian majlis penyampaian hadiah semasa Majlis Penutup Minggu Teknik Dan
Vokasional 2017 tidak mengikut ‘time frame’ yang ditetapkan. Murid lambat tampil ke pentas
untuk menerima hadiah menyebabkan masa yang lama diambil untuk majlis penyampaian
hadiah selesai.
Penambahbaikan :
1. Mendapatkan maklumat penerima hadiah (sehari sebelum majlis) dan
menyampaikannya lebih awal kepada penerima (10 minit sebelum program bermula)
2. Penerima hadiah perlu dikumpulkan disisi dalam dewan.
3. Penyelaras perlu berada di kalangan murid untuk ‘push’ murid ke atas pentas dengan
segera

3. Pengurusan Bahan Kuiz


1. Kualiti bahan kuiz tidak berada ditahap yang maksimum. Ia dibuat seperti ‘samba lewa’
dan ada yang di‘copy paste’ daripada tahun lepas.
2. Kuiz mata pelajaran tidak disertai oleh murid secara menyeluruh. Bahan kuiz telah
disediakan oleh guru mata pelajaran dan diselaras oleh Ketua Bidang untuk semakan isi
kandungan dan urusan percetakan seminggu sebelum program dilaksanakan.
Malangnya bahan tidak diserahkan kepada guru berkaitan untuk digunakan oleh murid
semasa hari yang dirancang (mengikut perancangan kuiz mata pelajaran akan
dilaksanakan mengikut PdPc guru). Ini menyebabkan kuiz diadakan dalam keadaan
‘tangkap muat’ kerana kekangan masa.
Penambahbaikan :
1. Guru mata pelajaran perlu meneliti isi kandungan bahan kuiz sebelum dihantar untuk
semakan dan percetakan.Isi kandungan perlu mengikut tahap dan kohort murid.
Maklumat asas seperti jenis mata pelajaran, tahun, nama murid, no kad
pengenalan,jumlah markah dan arahan pelaksanaan perlu dimasukkan.
2. Guru mata pelajaran lebih peka dan mengikut time frame yang telah ditetapkan oleh
Penyelaras bagi memastikan bahan kuiz siap dan dapat diedarkan oleh murid mengikut
waktu dan hari yang dirancang.

7
Secara keseluruhan kerjasama antara kumpulan adalah sangat penting kerana kejayaan sesuatu
program sangat bergantung kepada komitmen yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan.
Pelbagai idea dan maklumat baru dapat dikongsikan bersama, ini dapat menambahkan ilmu
dan kemahiran baru setiap ahli yang menjayakan program. Pada tahun ini program juga telah
melibatkan bukan sahaja di kalangan murid tetapi melibatkan semua guru, staf, pekerja
pembersihan, pekerja keselamatan dan krew kantin SMKBBS. Respons yang pelbagai
diterima daripada semua pihak menunjukkan Minggu Teknik Dan Vokaisonal 2017 telah
memberi pengalaman dan impak yang postif khususnya kesedaran tentang perubahan-
perubahan terkini dalam pendidikan.

8
7.0 RAKAMAN PERISTIWA

7.1 Majlis Perasmian Minggu Teknik Dan Vokasional (13 Mac 2017)

Majlis perasmian dihadiri oleh Pengetua, GPK 1 dan GPK Banting pelancaran Minggu teknik & Vokasional Tahun
Kokurikulum 2017.

Pengetua diminta memakai baju chef untuk menjayakan Persembahan gimik pelancaran oleh murid-murid dan
gimik pelancaran. pengetua sebagai chef terkenal.

Pengetua beraksi sebagai chef terkenal. Simbolik Perasmian Minggu BTV SMKBBS Tahun 2017
yang disempurnakan oleh Tn. Hj Norazam bin Hj. Nayan.

9
Aksi pengetua dan murid semasa gimik pelancaran Aksi pelajar dalam gimik pelancaran
Minggu Teknik dan Vokasional SMKBBS Tahun 2017

Kuiz berkaitan nama bahan-bahan yang sering digunakan di Pelajar menjawab kuiz pagi yang hadiahnya terus diberi
dapur pada waktu tersebut

Pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam menjawab Kuiz pagi yang dikendalikan oleh Pn. Habsah.
kuiz

10
7.2 Aktiviti Menghias Kek dan Cupcake (14 Mac 2017)

Pertandingan menghias kek yang turut disertai oleh staf Hasil kek yang dihias oleh guru-guru dan staf
sokongan

Salah seorang peserta cabaran teh Tarik

Guru-guru juga tidak melepaskan peluang mengambil Pelajar PVMA juga membuat jualan sempena aktiviti
bahagian dalam pelbagai pertandingan yang dijalankan menghias cupcake di kantin

Salah satu hasil kek yang dihias Antara hasil cupcake yang dihias pelajar

11
7.3 Pertandingan Reka Cipta, Pertandingan Elektronik dan PLC Ekonomi (14 Mac 2017)

Pelajar membuat ukuran dalam pertandingan rekacipta Antara hasil reka bentuk pelajar yang telah siap

Pelajar menyertai pertandingan elektronik di bengkel KHB Peserta sedang menyiapkan elektronik dalam pertandingan
yang dianjurkan

Perbincangan kumpulan PLC Ekonomi Asas guru-guru yang Pn. Suhaila sedang menerangkan isi pelajaran berkaitan
terlibat semasa PLC

12
7.4 Aktiviti Memancing dan Explorace Tani (15 Mac 2017)

Kuiz pagi yang dikendalikan oleh pelajar Sambutan luar biasa daripada guru-guru, staf dan pelajar
dalam pertandingan memancing

Taklimat pertandingan memancing oleh En. Khairul Azizi Pelajar yang membantu urus pertandingan memancing di
kepada peserta Kolam Alam Citra

Explorace tani yang dijalankan di Laman Tani SPN Peserta explorace sedang menyelesaikan tugasan yang diberi

13
7.5 Aktiviti Kuiz Pagi dan Kuiz “Kahoot” PVMA (16 Mac 2017)

Guru-guru juga turut mengambil bahagian dalam kuiz pagi Kuiz pagi yang dikendalikan oleh pelajar

Paparan kuiz “Kahoot” di papan putih di Bilik Persediaan Nombor pin yang diperlukan untuk menyertai kuiz kahoot
Memasak PVMA

Pelajar PVMA tingkatan 4 dan 5 menjawab soalan kuiz Antara soalan yang terdapat dalam kuiz ‘kahoot’ minggu
kahoot menggunakan komputer dan telefon pintar BTV

14
7.6 Majlis Penutupan Minggu Teknik Dan Vokasional (17 Mac 2017)

Sijil penghargaan diberikan kepada Ketua Bidang Teknik & En Nasbi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang
Vokasional

En. Mat Dah membuat cabutan bertuah untuk peserta Antara pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan
pertandingan memancing

Sijil penghargaan diberikan kepada salah AJK Kerja yang Pelajar memonton paparan rakaman peristiwa sepanjang
terlibat dalam menjayakan Minggu BTV minggu BTV berlangsung

15
8.0 PENUTUP

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan
Minggu Teknik Dan Vokasional Tahun 2017 terutamanya kepada Tuan Hj. Norazam Bin Hj
Nayan, Pengetua SMK Bandar Baru Serting, pentadbir dan barisan guru Bidang Teknik dan
Vokasional SMK Bandar Baru Serting yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi
memastikan Minggu Teknik Dan Vokasional berjalan lancar. Ribuan terima kasih juga
diucapkan kepada semua warga SMK Bandar Baru Serting yang turut memberi kerjasama yang
jitu dalam menjayakan program ini. Syukur Alhamdulillah Minggu Teknik Dan Vokasional
SMK Bandar Baru Serting Tahun 2017 telah dapat dilaksanakan dengan lancar. Melalui
minggu teknik dan vokasional diharapkan dapat melahirkan para pelajar yang menyedari akan
kepentingan bidang ini dalam akademik dan kerjaya seterusnya berminat untuk berkecimpung
dalam bidang keusahawanan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang menunjukkan
kesungguhan dan memberikan kerjasama kepada pihak penganjur. Bagi pihak Bidang Teknik
Dan Vokasional memohon ampun dan maaf andai ada kekurangan dan kekhilafan sepanjang
Minggu Teknik Dan Vokasional dilaksanakan. Semoga pada masa hadapan program
seumpama ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

16
LAMPIR
AN

17
SENARA
I
PEMEN
ANG

18
TEKS
UCAPA
N
MAJLIS
PERASM
IAN

19
BUKU
PROGR
AM
MAJLIS
PERASM
IAN
20
TEKS
UCAPAN
MAJLIS
PENUTU
PAN

21
BUKU
PROGRA
M
MAJLIS
PENUTU
PAN

22
KERTAS
KERJA

23
BULETI
N MTV

24
LAIN-
LAIN

25

You might also like