You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS

42700 BANTING SELANGOR

MINIT MESYUARAT
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
BILANGAN 2 TAHUN 2017

Tarikh : 27 Mac 2017

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Bilik Guru Besar

Pengerusi : Puan Rokiah binti Md Nor Guru Besar

Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Puan Rokiah binti Md Nor Guru Besar ( Pengerusi )
2. Encik Rumaizi bin Ahmad Penolong Kanan Pentadbiran
3. Encik Mohd Fazil bin Hashim Penolong Kanan HEM
4. Encik Mohd Raihan bin Kasim Penolong Kanan Kokurikulum

Turut Hadir
1. Tiada

Tidak Hadir (Bersebab)


1. Tiada

Pencatat / Urusetia Mesyuarat :


1. Encik Mohd Raihan bin Kasim Penolong Kanan Kokurikulum

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru penolong kanan kerana sudi
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pengurusan dan pentadbiran bilangan yang ke-2.

1.2. Berharap semoga dengan kehadiran semua pada pagi ini akan memberi sinar baru dalam usaha
sekolah bergerak ke arah Tranformasi Sekolah 2.0

1.3 Walaupun semua dalam kesibukan menyiapkan SKPMg2 namun mesyuarat ini merupakan
sebahagian daripada peluang pengurusan sekolah berbincang dan bermusyawarah dalam semua
perkara berkaitan bagi memaju ke arah kecemerlangan sekolah.

1.4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang kini sedang bergerak dalam gelombang
kedua dan kita selaku pentadbir dan pengurus sekolah harus bertindak menjadi sebahagian
daripada penjana yang penting pada ketika ini.

1.5 Kita juga tidak boleh leka dalam usaha mencapai hala tuju sekolah iaitu memastikan kemenjadian
murid tercapai dengan jayanya.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Tiada Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu


Tindakan : Makluman

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Tiada Perkara Berbangkit

Tindakan : Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Puan Rokiah bt. Md Nor - Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis

4.1.1 SK Sungai Manggis telah terpilih antara salah sebuah sekolah dalam program Tranformasi
Sekolah bagi Fasa 2

4.1.2 Untuk makluman, bagi program Tranformasi Sekolah fasa 2 ini telah melibatkan satu sekolah
di setiap daerah negeri selangor kecuali daerah Sabak Bernam.

4.1.3 Bagi fasa 3 pula 400 sekolah akan terlibat dan menjelang 2025 semua sekolah di Malaysia
akan terlibat secara keseluruhannya.
.
4.1.4 Beberapa siri modul kursus perlu dihadiri oleh guru besar dan penolong kanan pantadbiran
bagi memperolehi input tentang perlaksanaan program Tranformasi Sekolah fasa 2 ini.

4.1.5 Antara siri kursus yang perlu dihadiri adalah seperti berikut :
4.3.1.1 Modul 1 - 13 hingga 17 Mac 2017
4.3.1.2 Modul 2 - 10 hingga 14 April 2017
4.3.1.3 Modul 3 - 03 hingga 07 Julai 2017
4.3.1.4 Modul 4 - 04 hingga 18 Ogos 2017
4.3.1.5 Modul 5 - 02 hingga 06 Oktober 2017

4.1.6 Selepas selesai menghadiri kursus modul 2, pihak sekolah akan mula dipantau oleh IAB, IPG,
PPD, SIP+, SIC+ untuk melihat perkembangan program Tranformasi Sekolah yang telah
dilaksanakan.

4.1.7 Dalam Tranformasi Sekolah ini juga melibatkan Rakan Elit iaitu IAB dan IPG dalan selain itu
adalah :
4.1.5.1 SLT iaitu Senior Leadership Teacher - PGB
4.1.5.2 SIT iaitu Smart Improvement Teacher - Semua Penolong Kanan
4.1.5.3 MLT iaitu Model Leader Teacher - Ketua Panitia, Guru Cemerlang, Guru Data

4.1.8 Program Intervensi Tranformasi Sekolah atau PinTas juga akan diperkenalkan iaitu program
yang akan berjalan selepas semua model direalisasikan untuk tujuan penambahbaikan.
4.1.9 SK Sungai Manggis akan menerima peruntukan sebanyak RM 7660 bagi menjayakan
program Tranformasi sekolah ini.

4.1.10 Sebahagian peruntukan akan diturunkan pada bulan April manakala sebahagian lagi mengikut
prestasi perbelanjaan yang tunjukkan. Semua peruntukan perlu digunakan untuk murid di
bawah OS42000

4.1.11 Program Coaching dan Mentoring juga perlu bergerak dengan mewujudkan jawatankuasa
Tranformasi Sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar.

4.1.12 Jawatankuasa yang dicadangkan adalah seperti berikut :


a) Pengerusi : Guru besar
b) Naib Pengerusi : Semua penolong kanan
c) Setiausaha : Azliana Hayati binti
d) Ajk : Ketua Panitia
: Pembantu Tadbir
: Wakil PIBG
: Wakil PPD
: Wakil Polis

4.1.13 Mesyuarat induk pertama akan diadakan pada 8 April 2017 bersamaan hari Sabtu.

4.1.14 Mengikut perancangan penataran untuk guru tentang Tranformasi Sekolah akan diadakan
terlebih dahulu pada 04 April 2017, hari Selasa jam 2.30 petang.

4.1.15 Pembugaran kelas abad 21 juga akan diadakan pada 29 April 2017 jam 2.30 petang.

4.1.16 Manakala Coaching dan Mentoring antara guru besar dan penolong kanan akan terus
berjalan dari semasa ke semasa.

4.1.17 Secara keseluruhannya Program Tranformasi sekolah berkaitan gelombang2 di bawah


PPPM 2013-2025 dan mesti melaksanakan Pengajaran Abad 21 agar objektif akan tercapai.

4.1.18 Oleh itu, 5 komponen akan bergerak seiring iaitu


a) Penglibatan PdPC bermakna
b) Pembelajaran dan prestasi Murid
c) Guru berkualiti
d) Pemimpin berkesan
e) Sokongan PIBG dan komuniti

4.1.19 Secara keseluruhanya, semua perancangan dan program yang diatur dan disusun ini
diharapkan akan dapat memberi impak yang positif kepada pihak sekolah dalam mencapai
visi dan misi sekolah iaitu misi untuk

Makluman
4.2 Encik Rumaizi bin Ahmad - Penolong Kanan Pentadbiran

4.2.1 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa jadual waktu siri 2 telah mula diguna pakai pada
06 Mac 2017.

4.2.2 Jadual waktu siri 2 ini telah berjalan dengan lancar setakat hari ini mendapat respon positif
daripada guru-guru.

4.2.3 PK Pentadbiran turut memaklumkan bahawa perancangan strategik unit kurikulum telah
dikumpulkan mengikut panitia dan semua panitia telah berjaya menghantar serta
menyiapkannya.

4.2.4 Perbincangan perancangan pelan strategik diperingkat sekolah pula dicadangkan agar
diadakan pada hari Khamis bersamaan 30 Mac 2017, jam 1.30 petang.

4.2.5 Ujian bulanan yang pertama iaitu UB1 telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar untuk
mata pelajaran teras sahaja.

4.2.6 Semua guru sedang dalam proses mengisi markah di dalam Sistem Aplikasi Peperiksaan
Sekolah (SAPS) manakala mata pelajaran tiada peperiksaan perlu diisi dengan markah "0".

4.2.7 Bagi keputusan pencapaian UB 1, telah dicadangkan untuk memberi hadiah kepada murid
yang mendapat tempat pertama dalam setiap kelas.

4.2.8 Pencerepan guru pula akan bermula pada bulan April dan jadual pencerapan guru akan
diedarkan dalam masa terdekat.

4.2.9 Senarai pembahagian guru dan borang penilaian akan diagihkan kepada semua pentadbir.

4.2.10 Pemberian markah pencerapan perlu mengikut kebijaksanaan serta memastika guru
mengajar cenderong ke arah pengajaran dan pembelajaran abad 21.

Tindakan: Semua

4.3 Encik Mohd Fadil Bin Hashim - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4.3.1 Unit HEM telah dapat menyelesaikan hampir 91% pemberian KWAMP fasa 1 kepada murid-
murid yang layak menerimanya.

4.3.2 Bagi ibu ibu bapa yang masih gagal untuk hadir mengambilnya, pihak unit HEM akan
mengeluarkan surat makluman susulan sebagai peringatan.

4.3.3 Manakala online KWAMP bagi fasa 2 seperti makluman yang telah diemailkan ke sekolah
juga telah selesai diisi dan guru besar telah mengesahkannya.
4.3.4 Bagi maklumat kehadiran murid pula, setakat hari ini purata kehadiran murid adalah 89%
hingga 90%.

4.3.5 Walau bagaimana pun peratus kehadiran murid ini akan terus diperbaiki dengan memastikan
kehadiran murid mencapai 95% ke atas.

4.3.6 Surat peringatan dan amaran kehadiran akan dikeluarkan kepada murid yang tidak hadir
tanpa sebab melebihi 3 hari berturut-turut.

4.3.7 Namun begitu, unit HEM akan membuat tindakan susulan lain seperti pergi ke rumah penjaga
serta mendapatkan maklumat secara terus kepada murid yang sering tidak hadir ke sekolah.

4.3.8 Cadangan agar unit HEM mengeluarkan panduan serta senarai semak buku kedatangan
kepada guru-guru untuk tujuan keseragaman juga telah dipersetujui.

4.3.9 Sebarang tindakan disiplin untuk murid bermasalah perlu mengikut peraturan dan sebarang
tindakan seperti rotan perlu mengikut punca kuasa yang dibenarkan.

4.3.10 Guru AJK kantin telah menghadiri taklimat berkaitan kantin dan memaklumkan bahawa
laporan kendiri kantin perlu diubah mengikut panduan yang baru.

4.3.11 Unit HEM akan menyediakan buku laporan kendiri kantin yang baru dan mengikut format
terkini dalam masa terdekat.
Tindakan: Makluman

4.4 Encik Mohd Raihan bin Kasim - Penolong Kanan Kokurikulum

4.4.1 PK Kokurikulum memaklumkan bahawa sekolah telah selesai menyertai 5 acara dalam MSSD
Kuala Langat iautu;
4.4.1.1 Merentas Desa
4.1.1.2 Badminton
4.1.1.3 Sepak Takraw
4.1.1.4 Olahraga
4.1.1.5 Catur

4.4.2 Sk Sungai Manggis akan menyertai 2 acara lagi dalam MSSD Kuala Langat iaitu Bola Sepak
dan bola Jaring yang akan berlangsung dalam bulan April dan Mei.

4.4.3 Pihak sekolah juga telah berjaya menjadi tuan rumah dalam pertandingan Catur MSSD Kuala
Langat yang telah diadakan di Vactoria International School pada 06 Mac hinga 09 Mac
2017.

4.4.4 Untuk ke peringkat negeri pula, guru besar akan bertindak sebagai ketua kontijen catur yang
akan diadakan di daerah Kuala Selangor pada 08 Mei hinga 11 Mei 2017.

4.4.5 Laporan dan dokumentasi berkaitan pascanilai bagi kejohanan catur MSSD akan dibuat
selepas tamat kejohanan di peringkat Kebangsaan.
4.4.6 Makluman perkhemahan perdana akan diadakan pada 21 April hingga 22 April 2017 iaitu hari
Jumaat dan Sabtu bertempat di SK Sungai Manggis.

4.4.7 Perkhemahan Perdana pada kali ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru tanpa
khidmat pihak konsultan seperti tahun sebelum.

4.4.8 Makluman dan mesyuarat pertama perkhemahan bersama guru akan diadakan pada 5 April
2017 iaitu pada hari Rabu bertempat di bilik komputer.

4.4.9 Sukan tahunan sekolah pula akan diadakan pada 25 Mei 2017 iaitu pada hari Khamis
bertempat di padang SK Sungai Manggis.

4.4.10 Namun begitu, tarikh sebenar tetap berpandu perlaksanaan Peperiksaan Pertengahan
Tahun bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

4.4.11 Ujian Segak penggal pertama sedang giat dijalankan oleh guru pendidikan jasmani yang
terlibat bagi memudahkan pengisian markah PAJSK penggal pertama seperti tahun
sebelum.

4.4.12 Ujian segak ini dijangkakan akan selesai pada April dan semua markah bagi penggal
pertama akan diisi sebelum 31 Mei 2017

4.4.13 Semua tuntutan makan bagi semua kejohanan MSSD Kuala Langat yang disertai oleh
sekolah telah selesai dibayar kepada pihak pengusaha kantin.

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru besar memaklumkan SKPMg2 akan ditutup 31 Mac 2017 dan berharap semua ruangan dapat
diisi selewatnya 30hb Mac.

5.2 Standard 1 dan 2 akan diisi secara bersama guru besar dan penolong kanan di makmal komputer
pada hari Selasa 28 Mac 2017 jam 10.30 pagi.

5.3 Perancangan strategik sekolah juga perlu dibincangkan dengan kadar segera kerana perlu dibawa
pada kursus modul 2 tranformasi sekolah yang akan datang.

5.4 Semua bersetuju untuk berbincang mengenai perancangan strategik sekolah pada 30 Mac, Khamis
jam 2.00 petang.

5.5 Guru besar juga berharap semua fail-fail dapat dikemaskini mengikut panduan SPSK.

5.6 Pemakaian seragam unit uniform pada setiap hari Rabu juga akan mula dikuatkuasa pada bulan
April yang akan datang.

5.7 Guru besar juga memaklumkan bahawa 3 orang guru telah mohon bertukar di dalam eg-tukar dan
telah disokong oleh guru besar.
5.8 Pihak sekolah juga sedang dalam perancangan untuk memohon bangunan baru bagi menampung
ketiadaan bilik-bilik khas seperti :
5.8.1 Bengkel RBT
5.8.2 Bilik Muzik
5.8.3 Bilik Seni
5.8.4 Bilik Kesihatan
5.8.5 Bilik Pendidikan Islam
5.8.6 Bilik Moral
5.8.7 Bilik Mesyuarat
5.9 Namun begitu, kertas kerja perlu disediakan terlebih dahulu bagi menyatakan keperluan dan
manfaat pembinaan bangunan baru tersebut.

5.10 Tembok berhampiran pintu pagar sekolah juga telah dinaik taraf bagi menaikkan papan tanda
nama sekolah yang baru berhampiran pintu masuk sekolah.

5.11 Tugu bulatan berhampiran kawasan parkir luar sekolah juga dipersetujui untuk dinaik taraf dengan
meletak papan panel maklumat yang memberi manfaat kepada murid.

5.12 Semua pentadbir juga bersetuju dengan cadangan membuat baju batik rasmi sekolah berwarna
ungu.

5.13 Pk kokurikulum memaklumkan bahawa baju sukan dalam proses mengambil saiz dan diuruskan
oleh ustaz Zakaria.

Tindakan: Makluman

6. PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.40 tengah hari.


6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ahli mesyuarat.

Urus Setia Disahkan oleh :

Pentadbiran SK Sungai Manggis .............................................


Tarikh : 15 Februari 2016

You might also like