You are on page 1of 2

1.

Isu / Masalah

Pelaksanaan rancangan pengajaran saya tidak dapat dilaksanakan dengan lancar


kerana terdapat sedikit kesilapan sewaktu saya meyediakan rancangan pengajaran
harian. Saya menganggarkan kelas yang akan saya ajar telah menguasai proses
perpuluhan dan peratus. Oleh itu, saya telah merangka aktiviti yang agak mencabar.
Namun demikian, sewaktu melaksanakan aktiviti P&P yang pertama, saya dapati
kebanyakan murid masih rendah tahap pencapaian mereka berbanding daripada
apa yang telah saya anggarkan. Situasi ini menyebabkan saya terpaksa menukar
rentak pengajaran dan rancangan pengajaran yang telah saya sediakan tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana saya tidak berkesempatan untuk berkenal-kenalan dengan
murid sekaligus menilai tahap pencapaian mereka. Anggaran saya melebihi
daripada yang sepatutnya.

3. Cadangan untuk Memperbaiki

a) Saya perlu mengenalpasti terlebih dahulu tahap murid sebelum merangka


rancangan pengajaran harian.
b) Bimbingan daripada guru pembimbing adalah penting supaya saya tahu
kaedah yang perlu digunakan untuk mengajar murid-murid ini.
c) Cadangan dan pandangan penambahbaikan daripada kawan-kawan praktikal
yang lain perlu diambil kira kerana mereka telah mempunyai pengalaman
mengajar dan tahu tahap murid.
d) Saya perlu merangka aktiviti yang sesuai dengan tahap murid-murid ini serta
dapat menarik minat mereka untuk terus belajar.
e) Peneguhan positif harus diberikan bagi menggalakkan murid-murid
melibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P berlangsung.
4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Perancangan aktiviti yang
bersesuaian dengan tahap murid adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses
P&P. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif
pengajaran yang telah dirancang tidak akan dapat dicapai sepenuhnya.

5. Penilaian Kejayaan

Bimbingan daripada guru pembimbing yang berpengalaman amat diperlukan bagi


saya membaiki setiap kelemahan. Saya perlu menyediakan set soalan yang sesuai
dengan topik yang diajar untuk menilai tahap pencapaian murid sebaik sahaja
selesai sesi P&P.

6. Tindakan Susulan

Semasa membuat perancangan pengajaran, saya perlu menimbangkan aktiviti-


aktiviti yang sesuai dengan tahap pencapaian murid. Saya juga perlu menyediakan
set soalan yang sesuai dengan topik yang diajar untuk menilai tahap pencapaian
murid sebaik sahaja selesai sesi P&P.

You might also like