You are on page 1of 1

NELAYAN MURAH HATI

Ada seorang Nelayan yang sangat murah hati. Nelayan ini selalu menolong
orang yang susah. Pada suatu hari, seorang Pak Cik yang berusia sedang berjalan-
jalan untuk membeli ikan. Pak Cik itu bertanya kepada nelayan itu, ‘’berapakah
harga ikan itu ?’’ tanya Pak Cik itu kepada Nelayan. ‘’RM 5.00 sekilo Pak Cik ’’, jawab
Nelayan itu. Pak Cik itu pun menjawab, ‘’ Oh, sebenarnya saya mencari ikan untuk
anak-anak Pak Cik di rumah, tetapi Pak Cik hanya ada RM 2.00 ringgit sahaja. Boleh
kah Pak Cik membeli ikan kamu untuk harga RM 2.00 ? ’’ Tanya Pak Cik itu kepada
Nelayan. Tanpa berfikir panjang, nelayan itu memberikan Sekilo Ikan kepada Pak
Cik tersebut. “ Nah, ambil lah ikan ini Pak Cik, saya ikhlas memberikannya kepada
Pak Cik ’’ kata nelayan itu sambil memberikan ikan itu kepada Pak Cik. “ Terima
kasih, kamu sangat murah hati, semoga kamu menjadi nelayan yang sangat berjaya
’’, Kata Pak Cik itu kepada Nelayan sambil menghulurkan duit RM 2.00. Nelayan itu
menerima duit itu walaupun ianya tidak mencukupi.

Sejak daripada hari itu, rezeki Nelayan itu semakin bertambah-tambah.


Ramai pelanggan yang membeli ikan daripadanya. Selepas beberapa bulan, nelayan
itu berjaya membuka sebuah restoran makanan laut hasil jualan ikannya sebelum
ini. Atas kesungguhan Nelayan itu, akhirnya dia menjadi orang yang sangat dikenali
di kawasan itu atas kejayaannya dan sifatnya yang murah hati.

Kawan-kawan sekalian, pengajaran daripada cerita ini ialah, kita mestilah


menolong orang yang susah pada bila-bila masa. Jika kita memberikan sesuatu
kepada orang yang susah, kita akan mendapat balasan yang setimpal daripada
Tuhan. Itu sahaja cerita saya pada hari ini. Jumpa lagi.

You might also like