You are on page 1of 7

HAL EHWAL MURID

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KINABUTAN


Peti Surat 60267
91012 Tawau Tel : 089-912161
SABAH Fax : 089- 913690
Email : xea3062@gmail.com

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS
UNIT HAL EHWAL MURID SMK KINABUTAN KE
UNIT HAL EHWAL MURID SMK KUHARA TAWAU

1.0 PENGENALAN

Jauh berjalan luas pandangan banyak pengalaman dan bertambah pengetahuan. Menyedari hakikat inilah
maka unit HEM SMK Kinabutan berhasrat untuk mengadakan lawatan penanda aras sebagai memenuhi
aktiviti tahunan kami sekaligus dapat menerapkan segala nilai-nilai murni yang akan diperolehi ke dalam diri
guru dan sekolah keseluruhannya. Dengan adanya sedikit maklumat, pengetahuan dan pengalaman yang
diperolehi nanti sedikit sebanyak memberi impak yang besar khususnya unit HEM SMK Kinabutan bagi
mewujudkan rangkaian kerjasama dalam aspek pengurusan unit HEM SMK Kuhara yang cemerlang dan
efisyen. Selaras dengan itu, usaha mendapatkan idea-idea dan inspirasi langkah-langkah meningkatkan
prestasi perlu dilaksana dengan mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SMK Kuhara.
Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat disandarkan sebagai langkah merencana
kecemerlangan akademik dan sahsiah agar setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya meletakkan
kecemerlangan sebagai agenda utama mereka.
Lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu kerja antara kedua-dua
buah sekolah, malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu mencapai kecemerlangan dan
kemenjadian pelajar.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kejayaan sekolah lain agar dapat diolah dan
disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pelajar di SMK Kinabutan
2.2 Mengadakan program kolaborasi bagi bertukar-tukar idea berkaitan pengurusan unit HEM
2.3 Mengeratkan hubungan antara kerjasama antara guru SMK Kinabutan dan guru SMK Kuhara

3.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 03 NOVEMBER 2017


Tempat Lawatan : SMK Kuhara
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi – 1.00 tengahari

4.0 SASARAN
Semua Ketua Unit HEM
5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
[Rujuk Lampiran 1]

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


[Rujuk Lampiran 2]

7.0 TENTATIF PROGRAM


[Rujuk Lampiran 3]

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak tuan. Sesungguhnya
pihak jawatankuasa pelaksana menaruh harapan yang tinggi agar program ini dapat dilaksanakan. Semoga
program ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Segala
jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh; Diluluskan dan disahkan oleh;

............................................. .............................................. ..................................


(HJ. KISMAN BIN INDON) (MOHD NAZIR BIN SULASI) (CHOO KOK KIN)
Penyelaras Program Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pengetua
SMK Kinabutan Tawau SMK Kinabutan Tawau SMK Kinabutan Tawau

Lampiran 1

JAWATAN KUASA INDUK


En. Choo Kok Kin
Penasihat
Pengetua

En. Mohd Nazir Bin Sulasi


Timbalan Pengerusi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha Pn. Norliah Bt Ahmad

Penyelaras Program Hj. Kisman Bin Indon

Bendahari Pn. Salmah @ Samah Bt Abdullah @ Malah

JAWATAN KUASA KERJA

Ajk Cenderamata Pn. Nur Qayra Pang Abdullah

Jurugambar En. Fairuz Azizul Bin Adnan

Ajk Pengangkutan En. Baharudin Bin Bali

Ajk Laporan dan Dokumentasi Pn. Noraini Binti Lapawi

Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Kuantiti Anggaran Harga

1 Pengangkutan bas 1 bas RM150.00

2 Cenderahati Plaque RM50.00

JUMLAH RM200.00

Lampiran 3

TENTATIF PROGRAM
LAWATAN PENANDA ARAS HAL EHWAL MURID KE SMK KUHARA
04 NOVEMBER 2017

Masa Aktiviti
07:00 Pagi Sarapan di SMK Kinabutan
08.00 Pagi Bertolak dari SMK Kinabutan
Tiba di SMK Kuhara
09:00 Pagi
Ucapan Penghargaan menerima kunjungan
10:00 Pagi Taklimat Unit HEM SMK Kuhara oleh PKHEM & Ketua Unit masing-masing.
Lawatan ke Sekitar Sekolah
1. 3K
2. Surau
3. Bimbingan & Kaunseling
4. Disiplin
11:00 Pagi 5. Majlis Ketua Kelas
6. SPBT
7. PPDa
8. Kantin
9. Asrama
10. Tandas
12:00 Tengah Hari Jamuan di SMK Kuhara
01:00 Petang Bertolak balik ke SMK Kinabutan.
HAL EHWAL MURID
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KINABUTAN
Peti Surat 60267
91012 Tawau Tel : 089-912161
SABAH Fax : 089- 913690
Email : xea3062@gmail.com

Rujukan Kami : SMKKT/600-1/7/10(10)


Tarikh : 27 September 2017

Pengetua,
SMK Kinabutan Tawau,
Peti Surat 91012,
60267 Tawau.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK KUHARA

Perkara di atas dirujuk.

02. Hal Ehwal Murid SMK Kinabutan akan mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SMK Kuhara pada ketetapan
berikut:

Tarikh : 03 November 2017


Masa : 7.30 pagi – 1.00 tengahari

03. Sehubungan dengan itu, Unit HEM SMK Kinabutan Tawau memohon peruntukan kewangan sebanyak
RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja) bagi melaksanakan program ini.

04. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.............................................
(MOHD NAZIR BIN SULASI)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK Kinabutan Tawau.

Sk. Fail

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KINABUTAN


Peti Surat 60267
91012 Tawau Tel : 089-912161
SABAH Fax : 089- 913690
Email : xea3062@gmail.com

Rujukan Kami : SMKKT/600-1/7/10(10)


Tarikh : 27 September 2017

Pengetua,
SMK Kuhara Tawau,
Peti Surat 843,
91008 Tawau.

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS UNIT HAL EHWAL MURID SMK KUHARA
TAWAU

Perkara di atas dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Hal Ehwal Murid SMK Kinabutan memohon mengadakan Program
Lawatan Penanda Aras Unit Hal Ehwal Murid SMK Kuhara Tawau seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 03 November 2017


Masa : 7.30 pagi – 1.00 tengahari

03. Pihak kami berbesar hati agar permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan demi
memantapkan lagi pengurusan unit HEM SMK Kinabutan Tawau.

04. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.............................................
(CHOO KOK KIN)
Pengetua,
SMK Kinabutan Tawau.

Sk. Fail

You might also like