You are on page 1of 4

KAWASAN BERMAIN DAN KEDUDUKAN PEMAIN

Kawasan bermain bagi setiap pemain :


POSISI PEMAIN KAWASAN DIBENARKAN

(GS) - Penjaring Gol 1,2

(GA) - Penyerang Gol 1,2,3

(WA) - Penyerang Tepi 2,3

(C) - Pemain Tengah 2,3

(WD) - Pengadang Tepi 3,4

(GD) - Pengadang Gol 3,4,5

(GK) - Penjaga Gol 4,5

Keluar kawasan

Seseorang pemain boleh menjangkau dan mengambil bola dari kawasan di luar
kawasan bermainnya tetapi pemain dengan atau tanpa bola akan dianggap keluar kawasan jika
memasuki kawasan selain daripada kawasan bermainnya. Jika keadaan ini berlaku, pemain
tersebut akan dikenakan penalti dan seterusnya hantaran percuma akan diberikan kepada
pasukan lawan di tempat di mana kesalahan berlaku.
TUGAS-TUGAS SETIAP PEMAIN

 Penjaga gol (goal keeper = GK)

Menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan mahupun di
luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Di antara
tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam
kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).

 Pengadang gol (goal defence = GD)

Menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) pasukan pihak lawan sama
ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh
menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau
kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada
membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah.

 Pengadang sayap (wing defence = WD)

Merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan


hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan
jaringan. WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaksemasa bole di hantar
ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan,
WD akan mengawal WA.
Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa
bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

 Pemain tengah (centre = C)


Memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan
merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kasawan C
hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan
kecuali di kawasan D.

 Penyerang sayap (wing attack = WA)

Juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke
kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan
penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

 Penyerang gol (goal attack = GA)

Ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasama dengan pemain tengah,


penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan
bertindak sebagai penyerang.

 Penjaring gol (goal shooter = GS)

Bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan.

You might also like