You are on page 1of 2

Bahan Doh Pizza :

280 g tepung berprotein tinggi


15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera

Bahan-bahan topping :
Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella

* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak
lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh
di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

Cara-cara membuat pizza :


1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran
dan uli hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga
licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn
sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh
mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan
adunan kepada dua bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang
sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung
semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan
1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian
lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.

Sekiranya anda tidak mempunyai sos pizza, cuba gunakan resepi berikut :

Sos Pizza
1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa

Cara membuat sos:


Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat

You might also like