Professional Documents
Culture Documents
Hakcipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik
secara sebahagian atau keseluruhan, tanpa izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
KANDUNGAN ........................................................................................ 5
KATA ALU-ALUAN ................................................................................... 8
RINGKASAN EKSEKUTIF ............................................................................ 9
BAB 1: PERKEMBANGAN PEMBESTARIAN SEKOLAH ............................................ 10
Pengenalan ...................................................................................... 10
Perkembangan Instruksi Berteraskan ICT ................................................... 10
Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) ................................... 12
Sekolah Bestari ................................................................................. 13
Komponen Sekolah Bestari ................................................................. 13
Ciri-ciri Sekolah Bestari ..................................................................... 14
Fasa Pelaksanaan Sekolah Bestari ......................................................... 14
Pembestarian Sekolah ......................................................................... 15
Matlamat Pembestarian Sekolah ........................................................... 15
Pencapaian Pembestarian Sekolah ........................................................ 15
Aspirasi Negara ................................................................................. 19
Rancangan Malaysia Ke-11 .................................................................. 19
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 ................................. 20
Digital Malaysia............................................................................... 21
Aspirasi Pembestarian Sekolah: Fokus Gelombang 4 Fasa 2 (2016 – 2020) ............. 22
BAB 2: HALA TUJU STRATEGIK PEMBESTARIAN SEKOLAH .................................... 24
Pengenalan ...................................................................................... 24
Tujuan Dokumen Pelan Strategik Pembestarian Sekolah ................................. 24
Visi, Misi dan Dasar Pembestarian Sekolah ................................................. 25
Visi ............................................................................................. 25
Misi ............................................................................................. 25
Dasar Pembestarian Sekolah ............................................................... 25
Strategi Pelaksanaan Pembestarian Sekolah ............................................. 25
Penggunaan ICT yang optimum berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan kepada
sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara bertaraf dunia, seperti yang
digariskan di bawah Anjakan 7, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) iaitu
Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia.
Adalah diharapkan Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 – 2020 dapat menjadi panduan
utama kepada semua warga sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti Pembestarian
Sekolah yang disasarkan sehingga 2020 untuk membestarikan sekolah secara menyeluruh dan
terancang.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
penghasilan Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 – 2020 ini. Semoga usaha murni ini
memberi manfaat kepada semua warga sekolah, warga pendidikan, dan komuniti
keseluruhannya.
Teras 2 : Pembestarian pengajaran guru Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak
Teras 3 : Pembestarian pembelajaran murid Perdana Menteri Malaysia
Pengenalan
Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, yang menggariskan
aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial,
kerohanian, psikologi dan budaya, Malaysia sentiasa berusaha untuk melaksanakan transformasi
sistem pendidikannya bagi menjamin kualiti serta keberhasilan modal insan yang
berpengetahuan dan berdaya saing agar setanding pada peringkat global.
CABARAN 6
Mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke depan, yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan
Pembangunan modal insan merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan
pertumbuhan ekonomi negara. Ketersediaan pasaran tenaga kerja yang berkemahiran tinggi
amat penting untuk menyokong pelaksanaan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy).
Justeru, dalam aspek kehidupan yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
setiap murid di Malaysia perlu dilengkapkan dengan kemahiran baharu yang diperlukan untuk
merebut peluang dan mendepani cabaran abad ke-21. Bagi menghadapi impak globalisasi hasil
daripada perubahan pesat teknologi sedunia, generasi muda Malaysia perlu mempunyai
pengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berupaya berkomunikasi dengan
berkesan dan mempunyai kepimpinan yang mantap. Selain itu, mereka juga perlu diterapkan
dengan nilai, etika dan jati diri agar mereka dapat menjadi warganegara yang
bertanggungjawab.
Pada tahun 1991, pengaruh teknologi maklumat atau information technology (IT) dan
kemudiannya teknologi maklumat dan komunikasi atau information and communication
technology (ICT) pada tahun 1996 telah menukarkan hala tuju teknologi instruksional dalam
bidang pendidikan.
Dasar Wawasan 2020 telah memacu penggunaan ICT secara meluas dalam pendidikan negara
melalui projek perdana Koridor Raya Multimedia pada tahun 1997 iaitu Projek Sekolah Bestari.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh KPM untuk membudayakan ICT dan merapatkan jurang
digital, antaranya melaksanakan Projek Makmal Komputer pada tahun 1999 melalui
kelengkapan peralatan komputer beserta kemudahan LAN dan Internet di makmal komputer
sekolah, melaksanakan pelbagai kursus berkaitan ICT untuk guru terlatih dan guru pra-
perkhidmatan, melaburkan sebanyak RM 401.1 juta sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-8
2001 – 2005 bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari yang menekankan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.
Sejajar dengan pelaksanaan projek Sekolah Bestari, penyediaan capaian Internet jalur lebar
melalui projek SchoolNet dilaksanakan di semua sekolah dan bagi memudahkan murid mencari
maklumat melalui konsep pembelajaran kendiri, projek Pusat Akses Sekolah diperkenalkan pada
tahun 2006. Selain itu, KPM juga menyediakan sumber pendidikan berteraskan ICT melalui
rancangan TV Pendidikan, yang kemudiannya disalurkan secara digital melalui EduWebTV dan
perisian bahan courseware yang digunakan bagi menyokong PdP yang berkualiti. Sumber
Mulai tahun 2011, projek 1BestariNet, iaitu projek capaian Internet ke sekolah yang merupakan
penambahbaikan terhadap projek SchoolNet dimulakan. 1BestariNet memperkenalkan
penyelesaian end-to-end dengan menyediakan platform persekitaran pembelajaran maya
(Virtual Learning Environment – VLE) bagi meningkatkan penggunaan ICT oleh guru dan murid
pada bila-bila masa di mana sahaja. Platform persekitaran pembelajaran maya dapat digunakan
samada semasa waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan.
Kesemua inisiatif ICT yang dibekalkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa, menunjukkan
komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan modal insan mampu berdaya saing di
peringkat global dan sesuai dengan keperluan ekonomi negara.
Rajah 2: Logo Koridor Raya maklumat dan komunikasi (ICT) yang dinamik; dan menjadi
Multimedia (MDEC, 2005) teras utama kepada syarikat multinasional seperti syarikat
asing dan syarikat tempatan untuk mengeluarkan produk
multimedia dan komunikasi serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang
berkaitan dengan ICT.
•Sekolah Bestari
Salah satu daripada aplikasi perdana •Kad Pelbagai Guna
tersebut, di bawah kategori •Teleperubatan
Pembangunan Multimedia, ialah •Kluster R&D
•Rangkaian Pengilang Sedunia
Sekolah Bestari, yang dilancarkan oleh
•Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan
Perdana Menteri Malaysia ke-4, YAB
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, pada Rajah 3: Tujuh Aplikasi Perdana (MDEC, 2005)
Julai 1997.
Sekolah Bestari ditakrifkan sebagai sebuah institusi pembelajaran yang direka semula secara
sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan
pentadbiran sekolah (PdT) bagi menyediakan murid untuk menghadapi cabaran Zaman
Maklumat.
4. Proses
Sekolah Bestari dibekalkan dengan
pelbagai sumber (input) untuk
menjana keberhasilan (outcomes)
yang dikehendaki.
5. Teknologi
Teknologi digunakan sebagai
pengupaya dalam PdP, pengurusan
dan pentadbiran serta komunikasi
dengan pihak luar.
6. Dasar
Dasar diwujudkan untuk keperluan
Sekolah Bestari dan Pembestarian
Sekolah.
Ciri-ciri Sekolah Bestari Rajah 5: Komponen Sekolah Bestari (BTP KPM, 2011)
Pembestarian sekolah merupakan proses transformasi semua institusi pembelajaran yang diurus
semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah untuk menyediakan kanak-kanak menghadapi era maklumat.
Pembestarian Sekolah merupakan satu agenda nasional dan mekanisme bagi merealisasikan
transformasi tersebut adalah seperti berikut:
Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan murid
Membangunkan modal insan yang berkemahiran ICT untuk memenuhi keperluan masa
hadapan
Mewujudkan
Mengenal pasti Pencapaian Pembestarian
Menilai semula kekuatan dan
visi dan misi
situasi sekolah kelemahan Sekolah
sekolah
sekolah
Pencapaian pembestarian sekolah
boleh diukur dengan melihat ciri-
Menilai semula Mewujudkan ciri murid yang dihasilkan,
Mengambil
kemajuan pelan pelaksanaan pengajaran dan
tindakan yang
pembestarian pembestarian
bersesuaian pembelajaran, pengurusan dan
sekolah sekolah
pentadbiran sekolah, kemahiran
guru, penglibatan komuniti dan
Rajah 8: Perancangan Pembestarian Sekolah (BTP KPM, 2004) pencapaian murid, guru dan
sekolah.
Empat (4) bidang utama SSQS ialah modal insan (pembangunan kompetensi ICT pentadbir, guru
dan murid) 40%, penggunaan ICT (pengintegrasian ICT dalam PdP serta PdT) 40%, aplikasi
(sistem yang digunakan di sekolah) 10% dan infrastruktur (teknologi sedia ada di sekolah) 10%.
Rajah 13: Pencapaian Tahap Bestari Berbanding Jumlah Sekolah yang Terlibat dalam
Penarafan Pembestarian Sekolah
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu strategik yang masih memerlukan perhatian bagi
membolehkan semua sekolah mencapai tahap Bestari terutamanya yang melibatkan sekolah-
sekolah di kawasan pedalaman. Antaranya, perbelanjaan besar yang diperlukan untuk sampai
ke sekolah-sekolah ini, peralatan ICT yang telah usang, bekalan elektrik yang terhad, kurangnya
peluang bagi guru-guru untuk menghadiri sesi latihan dan pembangunan profesionalisme
berterusan, dan sumber digital yang terhad kerana akses yang terhad.
Rancangan Malaysia Ke-11 merupakan perancangan akhir dalam mencapai Wawasan 2020 dan
menjadi asas kepada pembangunan masa hadapan negara. RMKe-11 yang berasaskan Strategi
Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) memberikan tumpuan terhadap penyampaian
keberhasilan berimpak tinggi yang cepat kepada ekonomi modal (capital economy) dan ekonomi
rakyat (people economy) dengan kos berpatutan. Bertemakan Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat,
RMKe-11 memberikan lebih tumpuan kepada ekonomi rakyat, iaitu rakyat menjadi tunjang dan
keutamaan dalam semua usaha pembangunan negara.
Bagi mencapai matlamat ini, RMKe-11 merencana pertumbuhan mampan menerusi enam teras
strategik yang merealisasikan matlamat Malaysia mencapai status negara maju dan inklusif
menjelang tahun 2020.
Rajah 14: Teras Strategik Rancangan Malaysia Ke-11 (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri, 2015).
Pelan Tindakan:
• Penambahbaikan perundangan dan institusi bagi
mentransformasi pasaran buruh
• Pengarusperdanaan dan peluasan akses kepada program TVET
yang berkualiti
• Peningkatan kemahiran tenaga kerja melalui pembelajaran
sepanjang hayat
• Penambahbaikan penyampaian pendidikan melalui
peningkatan akses dan pendidikan berkualiti
Rajah 15: Teras Ketiga RMK-11 (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri, 2015).
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 digubal bagi memenuhi keperluan
untuk mentransformasi sistem pendidikan negara. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi
dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, Malaysia perlu melaksanakan
perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan
pencapaian semua murid.
Proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar
setiap murid mampu memiliki dan menguasai
kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Justeru,
strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang
mantap, merangkumi sistem penyampaian yang
berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan berkesan
adalah kritikal bagi merealisasikan usaha peningkatan
kemenjadian murid.
Untuk bersaing dengan negara termaju di dunia,
sistem pendidikan di Malaysia perlu berupaya
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan,
mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai
kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.
Selain itu, setiap murid di negara ini perlu diterapkan
dengan nilai, etika, dan rasa tanggungjawab sebagai warganegara agar mereka dapat membuat
pilihan yang tepat untuk diri mereka, keluarga, dan negara serta berupaya mengharungi dan
mengatasi cabaran masa depan. Antara perubahan dalam PPPM ialah semakan semula kurikulum
pendidikan untuk menerap dan membangunkan kemahiran abad ke-21 seperti berfikiran kritis
dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang.
Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan menyediakan negara untuk bersaing di
peringkat antarabangsa, PPPM memperkenalkan aspirasi sistem dan aspirasi murid.
Digital Malaysia
Digital Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak pada Mei 2011, bagi mengemas kini dan menyelaras Koridor Raya Multimedia
(MSC) berdasarkan keperluan terkini. Digital Malaysia merupakan satu program peringkat
kebangsaan yang bertujuan untuk memacu negara sebagai sebuah ekonomi digital yang maju
menjelang 2020. Inisiatif ini berhasrat untuk mewujudkan satu ekosistem digital yang
mempromosi dan memperluas penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam
semua aspek ekonomi, supaya masyarakat dapat berhubung secara global dan berinteraksi
secara masa sebenar (real time). Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan Pendapatan
Pemerkasaan Pembestarian Sekolah diharapkan dapat meningkatkan Kemahiran Abad Ke-21 dan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid-murid di Malaysia. Keberhasilan
murid yang dihasratkan ialah kompetensi digital melalui tiga aspek utama iaitu teknologi,
kognitif dan kewarganegaraan digital (digital citizenship) di mana mereka berupaya
menggunakan teknologi secara bertanggungjawab, beretika dan selamat.
Gabungan strategi pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum bagi meningkatkan kompetensi
digital dan mengasah bakat murid sebagai penghasil inovasi digital dibuat secara formal melalui
kurikulum yang mengintegrasikan ICT dalam lapan mata pelajaran utama bagi sekolah rendah
dan melalui kurikulum subjek Asas Sains Komputer dan Sains Komputer bagi sekolah menengah.
Melalui kurikulum ini, pemikiran komputasional iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
berdasarkan konsep sains komputer, seperti penguraian, penjujukan dan algoritma diajar
kepada murid untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyelesaikan
masalah dunia sebenar dan secara kreatif dan inovatif. Selain itu, bakat murid digilap melalui
aktiviti kokurikulum, kepimpinan dan pertandingan yang berteraskan ICT, yang diberi nafas dan
perspektif baharu berdasarkan keperluan pembangunan modal insan masa hadapan. Adalah
menjadi aspirasi Pembestarian Sekolah untuk melahirkan generasi bestari yang kompeten dan
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat serta memberi manfaat kepada pertumbuhan
ekonomi negara.
Pengenalan
Visi
Misi
Dasar Pembestarian Sekolah telah dinyatakan dengan jelas dalam Buku Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Pernyataan Dasar Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut:
1. Mengoptimumkan penggunaan semua inisiatif ICT sedia ada di sekolah yang merangkumi
tiga perkara utama, iaitu perkakasan, perisian dan modal insan.
2. Menjadikan Sekolah Bestari sedia ada sebagai penanda aras kepada pembestarian
sekolah.
3. Memperluas pembekalan kemudahan ICT kepada semua sekolah mengikut norma yang
ditetapkan.
4. Memperluas penyediaan kemudahan akses internet kepada semua institusi pendidikan.
Melalui keempat-empat bidang ini, transformasi pembestarian sekolah akan berlaku dan dapat
menghasilkan aspirasi murid seperti yang dihasratkan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025. Akhirnya, modal insan yang bestari serta mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat berjaya dilahirkan.
Bagi mencapai matlamat strategik Pembestarian Sekolah, keempat-empat teras ini perlu
digabung jalin supaya persekitaran Pembestarian Sekolah yang kondusif dapat diwujudkan.
Persekitaran Pembestarian Sekolah yang kondusif berdasarkan International Society for
Technology in Education (ISTE) Essential Conditions mempunyai elemen-elemen berikut:
7 Pembangunan Profesional Peluang dan pelan pembangunan profesional berkaitan ICT serta
Berterusan penetapan masa untuk sesi latihan dan perkongsian amalan terbaik
8 Sokongan Teknikal Bimbingan dan khidmat bantu yang konsisten untuk menyelenggara,
membaik pulih, mengganti dan menggalakkan penggunaan ICT dan
sumber pendidikan digital
9 Kerangkakerja Kurikulum Standard kandungan dan sumber pendidikan digital yang berkaitan
dengan kurikulum selari dengan gaya pembelajaran dan gaya kerja era
digital
10 Pembelajaran Berpusatkan Murid Perancangan, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta penilaian
berpusatkan kepada keperluan, kebolehan dan keupayaan murid
13 Dasar Sokongan Dasar, perancangan kewangan, akauntabiliti dan struktur insentif untuk
menyokong pengintegrasian ICT dan sumber pendidikan digital untuk
menyokong pembelajaran dan pengoperasian harian sekolah
14 Sokongan Pihak Luar Dasar dan inisiatif di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan
untuk menyokong dan membantu sekolah dan guru dalam
pengintegrasian ICT bagi mencapai kurikulum dan pencapaian tahap
bestari sekolah
Analisis SWOT yang dilaksanakan berkaitan Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut:
Kekuatan (Strengths)
Murid belajar menggunakan sumber digital yang luas dan pelbagai
Murid mempunyai kemahiran ICT yang dapat membantu dalam persekitaran kerja abad ke-21
Murid mengamalkan pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat
Guru mempunyai kemahiran ICT
Guru dan murid melaksanakan PdP secara interaktif
ICT membantu pembelajaran murid bekeperluan khas
Guru mengguna pakai bahan bantu belajar (BBB) yang diguna semula
Pembekalan komputer di semua sekolah
Dasar penyenggaraan peralatan ICT yang komprehensif
Kurikulum ICT yang mantap
Penyediaan persekitaran pembelajaran maya (VLE)
Rangkaian Internet di semua sekolah
Peluang mengetengahkan inovasi ICT dalam PdP dan PdT
Perkhidmatan sokongan disediakan
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP dan pentaksiran
Dasar ICT yang mantap
PPPM berkaitan ICT adalah jelas
Pembelajaran dapat dilaksanakan pada bila-bila masa di mana sahaja (ubiquitous learning)
Kelemahan (Weaknesses)
Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan Pembestarian Sekolah yang kurang mantap
Pentadbir sekolah lebih fokus kepada pencapaian akademik
Pentadbir sekolah tidak menjadi role model dalam penggunaan ICT
Penggunaan kemudahan dan peralatan ICT yang tidak optimum
Pentadbir kurang melaksanakan program perkongsian pintar ICT
Pengurusan repositori pengetahuan yang kurang mantap
Pemantauan penggunaan ICT
Guru kurang menggunakan sumber pendidikan dalam PdP
Guru selesa mengamalkan PdP secara tradisional
Guru kurang mahir mengintegrasikan ICT dalam PdP
Guru dibebani dengan tugas perkeranian
Murid kurang peluang untuk menggunakan ICT semasa di sekolah
Peluang (Opportunities)
Stakeholders yang komited
Perkongsian pintar dengan sekolah lain, agensi kerajaan, swasta, universiti, komuniti, ibu bapa
Inisiatif RMKe-11, PPPM 2013 -2025 dan Digital Malaysia yang mempunyai hala tuju yang jelas
Perkembangan teknologi yang pesat
Perisian open source yang boleh digunakan untuk PdP
Kos teknologi yang semakin murah
Sumber rujukan berkaitan ICT yang tidak terhad
Kolaborasi dengan kelompok pakar (Communities of Practice) secara terbuka di pelbagai peringkat
Bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran ICT
Peluang meningkatkan taraf ekonomi melalui ICT
Tenaga kerja yang mahir menyokong pertumbuhan sosio ekonomi negara
Cabaran (Threats)
Sumber kewangan yang terhad
Teknologi lebih banyak digunakan untuk tujuan sosial dan hiburan berbanding pendidikan
Ancaman keselamatan siber
Jurang digital antara bandar dan luar bandar
Persepsi komuniti masih mementingkan pencapaian akademik
Kesedaran etika dalam penggunaan Internet yang masih di tahap yang rendah
Teknologi sebagai satu keperluan
Pengenalan
Pemimpin sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam transformasi Pembestarian
Sekolah. Sebarang perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan
dan pentadbiran (PdT), penilaian, akauntibiliti dan infrastruktur sukar berlaku tanpa
kepimpinan yang berkesan serta wujudnya budaya yang menyokong kepada perubahan kerana
transformasi merupakan satu proses evolusi penambahbaikan yang berterusan dan mengambil
masa yang panjang. Kerap kali sekolah-sekolah yang cemerlang dalam Pembestarian Sekolah
mempunyai pemimpin yang berkesan dalam organisasi sekolah di pelbagai peringkat yang
diketuai oleh terdiri daripada pengetua / guru besar dan disokong oleh guru, staf sokongan dan
komuniti sekolah, antaranya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Lembaga Pengelola Sekolah,
komuniti setempat dan industri tempatan.
1. Kepimpinan Berwawasan
• Pemimpin sekolah memberi inspirasi serta memimpin pembangunan dan pelaksanaan visi sekolah
mengintegrasikan teknologi untuk menggalakkan kecemerlangan sekolah dan menyokong
transformasi organisasi
• Pemimpin sekolah membina, menggalak, dan mengekalkan budaya pembelajaran era digital yang
menyediakan persekitaran pendidikan yang dinamik, sesuai dan interaktif kepada semua murid
4. Penambahbaikan Sistemik
• Pemimpin sekolah menyediakan kepimpinan dan pengurusan era digital untuk menambahbaik
organisasi secara berterusan melalui penggunaan teknologi dan penyebaran informasi yang efektif
5. Kewarganegaraan Digital
• Pemimpin sekolah menjadi suri teladan dan memahami dan bertanggungjawab berkaitan isu-isu
sosial, etika dan undang-undang yang melibatkan budaya digital
Strategi
Strategi pelaksanaan bagi teras strategik Pembestarian Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
adalah seperti berikut:
Strategi 1 : Memastikan hala tuju Pembestarian Sekolah berdasarkan misi, visi dan kapasiti
sekolah dicapai
Strategi 2 : Menjadi suri teladan (role model) dalam penggunaan ICT pengurusan dan
pentadbiran sekolah (PdT)
Strategi 7 : Meningkatkan kolaborasi dengan ibu bapa, komuniti, agensi dan industri
Pelan Tindakan
Jadual 8: Pelan Tindakan Pembestarian Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
downtime
Waktu operasi
Makmal Komputer,
Pusat Akses, Pusat
Sumber Sekolah
dan bilik-bilik khas
lain
Bilangan aktiviti
literasi maklumat /
literasi digital yang
dilaksanakan
perkongsian Pelan
Tindakan
Pembestarian
Sekolah kepada
pihak
berkepentingan
Pengenalan
Kepesatan perubahan teknologi memberi impak yang besar kepada pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah. Kemudahan ICT meyokong pelaksanaan PdP namun tidak akan
dapat menggantikan peranan guru sebagai pemimpin dalam pelaksanaan PdP dan pengurusan
bilik darjah. Walau bagaimanapun, ICT berupaya mengubah amalan profesional guru dari segi
pelaksanaan pedagogi dan memberi impak terhadap pencapaian murid.
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan ICT yang efektif bermula dengan inisiatif guru yang
mencabar pemahaman dan pemikiran murid melalui perbincangan dalam kumpulan besar mahu
pun dalam tugasan sama ada secara individu atau kumpulan kecil, menggunakan ICT sebagai
alat bantu belajar. ICT dilihat sebagai satu sumber pendidikan yang berupaya menyokong
transformasi gaya pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru kepada kaedah
pembelajaran berpusatkan murid.
Terdedah kepada perubahan teknologi yang pesat, guru perlu diberikan latihan dan
pembangunan profesionalisme secara berterusan agar dapat melaksanakan tugas profesional
mereka sebagai guru mengikut peredaran semasa era digital. Kejayaan pelaksanaan
Pembestarian Sekolah terletak kepada guru yang berpengetahuan dari segi teknologi,
kandungan dan pedagogi, yang mampu mengintegrasikan pengetahuan tersebut dalam
pelaksanaan PdP.
Pengetahuan Guru
Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas untuk
mengintegrasikan ICT dalam PdP dengan berkesan.
Kerangka kerja Pengetahuan Guru berkaitan
Kandungan (Content), Pedagogi (Pedagogy) dan
Teknologi (Technology) atau lebih dikenali sebagai
Technological Pedagogical Content Knowledge
(TPACK) menerangkan tahap pengetahuan guru
untuk menggunakan teknologi secara efektif dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Kerangka kerja TPACK terbahagi kepada tiga iaitu
Pengetahuan berkaitan Kandungan (CK), Pedagogi
(PK) dan Teknologi (TK). TPACK melihat hubungkait
ketiga-tiga pengetahuan ini secara bersepadu.
Selain daripada tiga pengetahuan asas tersebut
(iaitu CK, PK dan TK), terdapat empat lagi bentuk
pengetahuan yang boleh diaplikasikan oleh guru
Rajah 21: TPACK (TPACK.org, 2012)
Setiap guru secara individu adalah berlainan dari segi kemahiran, pengalaman, budaya,
demografi, tahun / tingkatan yang diajar, atau pun subjek yang diajar. Kesimpulannya, tiada
guru mempunyai kombinasi kandungan, teknologi dan pedagogi yang sama dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang
guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga pengetahuan tersebut, sudah pasti Pembestarian
Sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kerangka kerja ini menyediakan panduan untuk memantau dan menilai transformasi dalam
pembudayaan Pembestarian Sekolah. Terdapat tiga pendekatan yang saling berhubungkait yang
menghubungkan dasar pendidikan dengan pembangunan ekonomi dan sosial melalui penggunaan
ICT seperti berikut:
1. Literasi Teknologi – Meningkatkan keupayaan murid, guru, pentadbir dan warga sekolah
mengintegrasikan kemahiran ICT dalam kurikulum sekolah.
Kerangka kerja ini boleh digunakan untuk mengukur tahap pengintegrasian ICT dalam PdP dan
PdT di sekolah dan dapat meningkatkan peluang guru mengikuti program pembangunan
profesionalisme berterusan. Dengan cara ini, penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
Strategi
Strategi pelaksanaan bagi teras strategik Pembestarian Pengajaran Guru adalah seperti berikut:
e-Portfolio
Sistem
Pentaksiran
Pengenalan
Pada asasnya, murid abad ke-21 merupakan murid yang dilahirkan setelah 43 tahun negara
mencapai kemerdekaan. Dalam tempoh ini Malaysia mempunyai aspirasi yang tinggi untuk
mencapai status negara maju menjelang 2020 dan telah merangka strategi hebat untuk
mencapai kejayaan melalui Dasar Wawasan Negara (2001-2010), yang bertujuan untuk
memperkukuhkan daya saing dan daya tahan serta mewujudkan masyarakat yang saksama bagi
memastikan kestabilan dan perpaduan negara, dan Dasar Transformasi Negara (2011-2020)
melalui pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) supaya negara berupaya menjadi ekonomi
berpendapatan tinggi yang inklusif serta mampan.
Dalam konteks pendidikan, Kemahiran Abad Ke-21 bermaksud kemahiran yang diperlukan untuk
memenuhi keperluan baharu dalam senario PdP moden dalam era digital dengan kemunculan
teknologi baharu. Kemahiran ini bermaksud kompetensi menggunakan peralatan digital yang
digerakkan oleh teknologi baharu supaya proses PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ini
melibatkan kreativiti, kemahiran berfikir, kebolehan membuat wajaran dan inovasi yang lebih
mantap dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya berbanding kaedah PdP lama yang tidak
disokong oleh ICT.
Kemahiran Abad Ke-21 memberi peluang pembelajaran yang lebih meluas kepada murid.
Mereka bukan sahaja belajar tentang isi kandungan malah fokus kepada penjanaan ilmu dan
penyelesaian masalah dalam dunia sebenar. Murid perlu menguasai kemahiran spesifik yang
berdasarkan kandungan, kemahiran generik dan kemahiran ICT dengan adanya sistem sokongan
yang inovatif.
Berdasarkan Kerangka Kerja bagi Pembelajaran Abad Ke-21 yang dihasilkan oleh Partnership for
21st Century Learning, Kemahiran Abad ke-21 melibatkan pemikiran kritis, komunikasi,
kolaborasi dan kreativiti (4Cs: critical thinking, communication, collaboration, creativity),
berdasarkan pengetahuan dalam mata pelajaran teras dan meliputi kemahiran belajar dan
inovasi; kemahiran maklumat, media dan teknologi; serta kemahiran hidup dan kerjaya.
Murid berupaya
berkomunikasi dengan
efektif, secara lisan dan
Murid berupaya Murid berupaya
bukan lisan dalam
menggunakan pelbagai menggunakan kaedah
pelbagai konteks.
teknik untuk menjana penaakulan yang
Kolaborasi dengan
idea serta menilai dan bersesuaian dengan
individu yang lain dalam
menambah baik idea situasi bagi membuat
kumpulan penting untuk
secara kreatif dan keputusan bagi
memupuk kesedaran
inovatif. menyelesaikan masalah.
tanggungjawab bagi
mencapai matlamat
bersama.
Murid mempunyai
kebolehan untuk
Literasi
Maklumat mengakses, menilai,
mengguna dan
mengurus maklumat.
Murid berkebolehan
menganalisis tujuan dan
kesesuaian media serta
isu-isu yang berkaitan Literasi
dengan mengakses, Media
mengguna dan
membangunkan bahan
media.
Murid berkebolehan
Literasi mengaplikasi teknologi
ICT dengan berkesan
dalam pembelajaran
dan urusan kehidupan
seharian.
Rajah 27: Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi (BTP KPM, 2011)
Kepimpinan dan
Tanggungjawab
Di Malaysia, KPM telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada peringkat
antarabangsa. Bagi mencapai hasrat tersebut, kurikulum kebangsaan digubal untuk
melahirkan murid Malaysia yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu,
berprinsip, bermaklumat, penyayang, patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi, dan bekerja dalam pasukan dengan berkesan. Kemenjadian murid ini
digabungkan dalam enam aspirasi murid. Kurikulum KSSR dan KSSM yang mencerminkan
kemahiran dan kompetensi ini.
Rajah 29: Aspirasi Murid dalam PPPM 2013 -2025 (KPM, 2013)
Di peringkat pengajian tinggi, Falsafah Pendidikan Kebangsaan terus dijadikan asas kepada
pendidikan seimbang untuk membangunkan aspirasi pelajar. Sistem pendidikan daripada
peringkat prasekolah hingga pendidikan tinggi mempunyai visi yang sama dari segi keberhasilan
dan kepentingannya kepada setiap pelajar. Aspirasi murid dalam PPPM adalah sama dengan
enam atribut dalam PPPM Pendidikan Tinggi iaitu etika dan kerohanian, kemahiran memimpin,
identiti nasional, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan.
Rajah 31: Aspirasi Murid dalam PPPM (2015 – 2025) Pengajian Tinggi (KPM, 2015)
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah
membangunkan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS) pada tahun
2015 bagi mengukur kompetensi digital murid. DCS ialah satu alat pengukuran yang boleh
digunakan untuk membantu guru dan murid untuk mengetahui tahap kemahiran digital murid,
kekuatan dan potensi mereka. Indikator DCS dibina berdasarkan piawaian tempatan dan
antarabangsa, antaranya Set Kemahiran ICT KPM (MOE ICT Skills Set), International Society for
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS) terdiri daripada domain
berikut:
Jadual 11: Standard Kompetensi Digital – DCS (MDEC & MOE, 2015)
Murid menunjukkan kefahaman yang Murid menunjukkan kecekapan Murid menunjukkan keupayaan
jelas terhadap konsep dan operasi penggunaan teknologi maklumat dan untuk merumuskan isu, mengenal
teknologi komunikasi dengan berkesan, pasti masalah, menyediakan
bertanggungjawab dan mengikut penyelesaian dan membuat
undang-undang keputusan melalui kemahiran
pemikiran kritis dan kreatif untuk
membina pengetahuan; merancang,
melaksana dan menguruskan projek;
menggunakan alat digital dan
sumber digital yang sesuai
INDIKATOR
Konsep dan Operasi Teknologi Menilai dan menggunakan Mencipta dan membangunkan
maklumat secara kandungan
Memahami dan mengaplikasi
bertanggungjawab
konsep dan operasi teknologi Mencipta kandungan melalui
Mengenal pasti, menilai dan media dan teknologi secara
Literasi Maklumat Digital
memilih sumber dalam talian kreatif
Mengakses dan mencari yang berwibawa sebelum
Menilai dan mengkaji semula
maklumat dalam talian penggunaan dan perkongsian
kandungan yang telah dicipta
Menilai maklumat Menilai dan menggunakan sendiri atau oleh orang lain
maklumat secara selamat untuk tujuan baharu
Menyusun, menyimpan,
mendapatkan semula dan Mengenal pasti dan Penyelesaian masalah dan
menyampaikan maklumat menguruskan risiko yang timbul membuat Keputusan
daripada penggunaan teknologi
Menyusun dan menyimpan data Mengambil beberapa siri
(kecurian identiti, buli siber dll.)
menggunakan format yang langkah menyelesaikan
sesuai Menilai dan menggunakan masalah dan membuat
Menyimpan dan mendapatkan maklumat dan teknologi secara keputusan (Algoritma dan
semula maklumat dan beretika dan mengikut undang- Prosedur)
kandungan uandang
Memecah kecil masalah /
Komunikasi, Kolaborasi dan Memahami tingkah laku yang tugasan kepada bahagian yang
Perkongsian beretika dan implikasi undang- lebih mudah diurus (Penguraian
undang dalam penggunaan Masalah)
Menggunakan teknologi dan
maklumat dan teknologi
berkongsi sumber untuk kerja Mengurus sumber untuk
kumpulan dan proses melaksanakan tugas secara
kolaborasi selari bagi mencapai matlamat
(Penyelesaian Selari)
Pelan Tindakan
S3.2: Pelaksanaan dan Kemahiran ICT murid Kadar kompetensi 2016 - 2020
Meningkatkan pengintegrasian ditingkatkan ICT murid
kemahiran ICT murid aktiviti berkaitan ICT
Kemahiran Bilangan
melalui aktiviti melalui kelab /
kepimpinan murid pertandingan yang
kokurikulum persatuan / badan
dapat diserlahkan mengiktegrasikan
beruniform
ICT
Pelaksanaan aktiviti
Bilangan
kepimpinan murid
perkongsian pintar
berkaitan ICT
berkaitan ICT
Pelaksanaan
Pengenalan
Peranan dan Fungsi Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah seperti berikut:
1. Menjadi peneraju utama dalam mekanisme pengintegrasian inisiatif ICT bagi program
pembestarian sekolah.
2. Membuat dasar dan menentukan hala tuju program-program dalam pembestarian
sekolah.
3. Memantau pelaksanaan pelan tindakan program pembestarian sekolah dan
mengesyorkan tindakan-tindakan pembetulan serta penambahbaikan program.
4. Menetapkan hala tuju bagi membangunkan kaedah-kaedah pemantauan dan penilaian
kemajuan program pembestarian sekolah antara Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan pelbagai agensi lain yang terlibat.
Catatan:
Keahlian mengikut kesesuaian
Peranan dan Fungsi : Menyelaras program dan aktiviti pembestarian sekolah di peringkat
KPM
Catatan:
Keahlian mengikut kesesuaian
Peranan dan Fungsi : Menyelaras program dan aktiviti pembestarian sekolah di peringkat
negeri
Catatan:
Keahlian mengikut kesesuaian
Peranan dan Fungsi : Menyelaras program dan aktiviti pembestarian sekolah di peringkat
sekolah
Rajah 33: Piawaian ISTE untuk Jurulatih / Pembimbing / Pegawai Teknologi Pendidikan
(ISTE, 2014)
Perkongsian Pintar
Konsep perkongsian pintar dalam pelaksanaan Pembestarian Sekolah amat digalakkan untuk
mempercepatkan kadar transformasi Pembestarian Sekolah bagi penyediaan persekitaran yang
kondusif, dan kemahiran ICT yang kemaskini berdasarkan perubahan teknologi dari semasa ke
semasa.
Matlamat memperhebatkan jalinan perkongsian pintar adalah seperti berikut:
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT terkini
Kementerian
PERKONGSIAN
PINTAR Syarikat
Pertubuhan Berkaitan
Antarabangsa Kerajaan
(GLC)
Pertubuhan
Agensi Swasta
Bukan
dalam dan
Kerajaan
Luar Negara
(NGO)
Kini, konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) diperkenalkan di
Malaysia oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2009, untuk memberikan pendekatan
perkongsian pintar yang kreatif dan sistematik bagi mewujudkan nilai yang tinggi pada kos yang
rendah. Strategi Lautan Biru dapat memupuk kreativiti dan inovasi dalam penyampaian
perkhidmatan awam; serta dalam kerjasama kerajaan dengan sektor swasta dan sosial bagi
pembangunan negara.
Strategi
Strategi pelaksanaan bagi teras strategik Pemerkasaaan Sokongan Berterusan adalah seperti
berikut:
Strategi 9 : Menyelaras program kolaborasi dengan agensi kerajaan, swasta, komuniti dan
industri
Pelan Tindakan
Jadual 18: Pelan Tindakan Pemerkasaan Sokongan Berterusan
S4.1:
Memantapkan Penglibatan dalam Tahap pembestarian Peratus pencapaian 2016 - 2020
perkhidmatan Program Outreach sekolah ditingkatkan program
sokongan Pembestarian Pembestarian
Penghasilan sumber
Sekolah kepada Sekolah yang
pendidikan digital
sekolah yang belum dirancang
ditingkatkan
mencapai tahap
Tahap pencapaian
bestari Tahap pembudayaan
sekolah dalam
ICT dalam kalangan
Penglibatan dalam SSQS
warga sekolah
Program Sekolah
ditingkatkan Bilangan aktiviti
Pemangkin /
Pembestarian
Champion Schools Kompetensi ICT guru
Sekolah yang
kepada sekolah dan murid ditingkatkan
disertai di peringkat
yang telah
zon / daerah / negeri
mencapai tahap
/ kebangsaan
bestari
Tahap pencapaian
Penyelarasan
tertinggi dalam
program
pembestarian
pembestarian
sekolah
sekolah
Penglibatan aktif
dalam JK
Pembestarian
Sekolah peringkat
zon / daerah / negeri
/ kebangsaan
S4.2:
Menggalakkan Latihan dalam Penggunaan ICT Bilangan Latihan 2016 - 2020
penggunaan ICT Perkhidmatan dalam PdP dan PdT dalam perkhidmatan
dalam PdP dan PdT (LADAP) ditingkatkan berkaitan ICT yang
dilaksanakan
Pengurusan Tahap pembudayaan
Perubahan ICT dalam kalangan Tahap pencapaian
warga sekolah sekolah dalam
Perkongsian
Inovasi Digital
S4.5:
Menyediakan khidmat Saluran aduan Program pembestarian Bilangan aduan 2016 - 2020
sokongan teknikal permasalahan sekolah dilaksanakan yang berjaya
bagi penyelesaian peralatan ICT dengan lancar diselesaikan
masalah / aduan
Khidmat sokongan Perkhidmatan Bilangan
teknikal sokongan teknikal perkhidmatan
yang mantap sokongan teknikal
Pasukan Pemimpin
ICT dalam kalangan Kepimpinan ICT murid Laporan Pasukan
murid ditingkatkan Pemimpin ICT
dalam kalangan
murid
S4.6:
Memastikan akses, Pengemaskinian Program pembestarian o Bilangan komputer 2016 - 2020
kemudahan dan data infrastruktur sekolah dilaksanakan yang berfungsi
persekitaran sekolah ICT dengan lancar - Bilangan
menyokong kemudahan fizikal
Penyenggaraan Kemudahan fizikal
pelaksanaan yang kondusif dan
peralatan ICT dan yang kondusif dan
Pembestarian Sekolah berfungsi
rangkaian berfungsi
- Nisbah murid:
Pelan Tindakan komputer
Pembestarian - Nisbah kelas:
Sekolah projektor LCD
Kadar gangguan
downtime
Pencapaian Pelan
Tindakan
Pembestarian
Sekolah
S 4.7:
Melaksanakan Technology Updates Kompetensi pegawai Bilangan Latihan 2016 - 2020
pembangunan ditingkatkan dalam Perkhidmatan
Latihan dalam
profesionalisme (LADAP)
Perkhidmatan Pengurusan
berterusan
(LADAP) penyampaian Bilangan pegawai
perkhidmatan yang kompeten
Kelompok Pakar
pendidikan yang dalam teknologi
(Communities of
mantap dan berkesan pendidikan
Practice)
Produktiviti Tahap Matriks
Lawatan Penanda
ditingkatkan Kompetensi
Aras
pegawai
Massive Open
Online Courses
(MOOCs)
Niche Area
Pengurusan
pengetahuan
Pakar rujuk
S4.8:
Memantapkan Pemantapan JK Penyelarasan Bilangan Mesyuarat
kepimpinan dalam Pembestarian pelaksanaan program JK Pembestarian
pelaksanaan Sekolah di semua pembestarian Sekolah Sekolah
Pembestarian Sekolah peringkat
Pelaporan Peratus pencapaian
Penyediaan Pelan pelaksanaan pelan strategik
Strategik Pembestarian Sekolah sekolah
Pembestarian secara berterusan
Sekolah
Program Mentor-
Mentee
Pengurusan
Perubahan
S4.9:
Menyelaras program Program kerjasama Meningkatkan Bilangan program / 2016 - 2020
kolaborasi dengan dengan agensi kerjasama dengan aktiviti perkongsian
agensi kerajaan, kerajaan, swasta agensi kerajaan, pintar dengan
swasta, komuniti dan komuniti dan industri swasta, komuniti dan agensi kerajaan,
industri industri swasta, komuniti
Perkongsian
· dan industri
kepakaran
Bilangan program /
Program Strategi
aktiviti yang
Lautan Biru (Blue
dilaksanakan secara
Ocean Strategy -
Corporate Social
BOS)
Responsibility (CSR)
·
Pengenalan
Pembestarian sekolah merupakan agenda negara untuk mentransformasi pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) sesuai dengan era masyarakat berpengetahuan (knowledge
society) abad ke-21. Pelaburan besar kerajaan melalui agenda Koridor Raya Multimedia (MSC)
dan kini Digital Malaysia berhasrat untuk menyediakan generasi muda dengan kemahiran yang
diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan
ekonomi keseluruhannya, selain daripada menyumbang kepada pertumbuhan industri ICT
negara.
Kini pada Gelombang 4 (Kelestarian dan Konsolidasi), Pembestarian Sekolah perlu dijayakan
secara bersama oleh pelbagai pihak berkepentingan agar semua sekolah mencapai tahap bestari
pada tahun 2020.
Sehubungan itu, Pelan Strategik Pembestarian Sekolah ini amat bergantung kepada pelaksanaan
dan penilaian yang mantap. Melalui strategi dan pelan tindakan, program pemantapan
pengupaya dan lonjakan dilaksanakan bagi mencapai petunjuk prestasi yang diharapkan
berdasarkan sasaran yang ditetapkan.
1. Kualiti Kepimpinan
• Memastikan pemimpin sekolah mempunyai kepimpinan proaktif dalam perancangan, pembangunan dan
pencapaian visi berkaitan pengintegrasian ICT dalam PdP dan PdT
• Menggalakkan pengintegrasian ICT dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum
• Menggalakkan inovasi baharu dalam PdP dan PdP
2. Kualiti Guru
• Memastikan guru mempunyai pengetahuan dalam kandungan, pedagogi dan teknologi untuk
mengintegrasikan ICT dalam PdP secara efektif
• Mempelbagaikan kaedah pengajaran berpusatkan murid dan kaedah pentaksiran
• Melaksanakan pembangunan profesionalisme berterusan bagi menangani perubahan teknologi dari semasa
ke semasa
3. Kualiti Murid
• Memastikan murid mempunyai standard kompetensi digital yang tinggi
• Memastikan murid mempunyai kepimpinan dan autonomi dalam melaksanakan pembelajaran sepanjang
hayat melalui penggunaan ICT
5. Sokongan Berterusan
• Memastikan sokongan ibu bapa, komuniti, agensi dan industri dalam menjayakan aktiviti Pembestarian
Sekolah
• Bekerjasama dengan pihak berkepentingan di semua peringkat untuk meningkatkan kemudahan dan
kemahiran ICT sekolah
• Memastikan sistem pengurusan program sokongan / bimbingan adalah cekap
• Memastikan tadbir urus yang mantap dan sistem penilaian yang berkesan
• Memastikan pegawai pendidikan mempunyai aras kemahiran ICT dalam PdP yang tinggi
Penasihat:
Tuan Haji Zaidi bin Yazid
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengerusi 1:
Tuan Haji Mohd Haliza bin Mohd Adnan
Timbalan Pengarah
Pembangunan Pendidikan Bestari
Pengerusi 2:
Encik Teoh Boon Hai
Timbalan Pengarah
Pembangunan Teknologi Pendidikan
Penyelaras:
Dr Suhaimi Kadir
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pembestarian Sekolah
Editor:
Puan Fadzliaton binti Zainudin
Sektor Pembestarian Sekolah
AHLI JAWATANKUASA
Puan Roslawati binti Abdul Wahab Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Strategik
Tuan Haji Zulkefli bin Hj. Muhammad Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan
Grafik:
Encik Mohd Yassim bin Ngah
Sektor Penyiaran Pendidikan