You are on page 1of 6

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 6 PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

6.1 Sinopsis

Dalam melaksanakan sesuatu proses penyelidikan tindakan, memerlukan satu perancangan


dan cadangan bermula pada peringkat awal lagi. Rancangan dan cadangan yang baik dan teliti
akan menentukan kelancaran proses penyelidikan tindakan yang akan dilaksanakan. Bab ini
akan membincangkan proses perancangan dan cadangan dalam penyelidikan tindakan.
Sekiranya guru akan melakukan kajian tindakan dalam seting bilik darjah atau sekolahnya, satu
kertas cadangan perlu dibuat untuk mengemukakan kepada pengurus sekolah. Kertas
cadangan itu perlu mendapat sokongan daripada pentadbir sekolah dan pihak atasan yang
lebih tinggi untuk membolehkan sokongan dan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat,
atau menjadi pembantu penyelidik , atau sumbangan teknikal dan kewangan akan diberikan.
Kertas cadangan perlu dibina mengikut format tertentu yang akan dilaksanakan mengikut
turutan.

6.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan

59
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

6.3 Kerangka konsep Tajuk 6

Penyelidikan Tindakan:
Rancangan Dan Cadangan

Fokus / aspek amalan Merancang pelan Jadual kerja


bagi penambahbaikan tindakan

Soalan kajian Melaksana pelan Perbelanjaan


tindakan

Sumber literatur Mengumpul data


Sumber rujukan

Subjek kajian Refleksi : analisis dan


huraian data

6.3.1 Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan


Penyelidik perlu menyediakan penerangan tentang isu dan masalah bilik darjah yang
telah dikenalpasti. Bagaimanakah anda mengenalpasti masalah tersebut? Jelaskan
tentang murid yang terlibat dan kemungkinan kemungkinan punca isu dan masalah.
Sekiranya fokus kajian bukan merupakan masalah dalm bilik darjah tetapi penyelidik
sekadar ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perubahan yang boleh
dilakukan atau keinginan memperbaiki sesuatu amalan, maka jelaskan juga matlamat
keinginan , perubahan atau penambahbaikan yang ingin dicapai.

6.3.2 Soalan Kajian


Dengan berpandukan fokus atau masalah kajian, penyelidik perlu membina soalan
soalan kajian. Pastikan bahawa soalan soalan itu relevan dengan fokus kajian. Huraian
mengenainya telah dibuat di bawah tajuk Proses Kajian Tindakan di atas.

60
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

6.3.3 Sumber literatur


Pencarian menyeluruh literatur menggunakan menggunakan sumber sumber
perpustakaan termasuk di perpustakaan maya seperti pengkalan data, teks, jurnal,
laporan tesis dan penyelidikan, akhbar, penerbitan rasmi, internet atau pakar. Maklumat
yang diperolehi akan dapat membantu dan menyokong keperluan penyelidikan.
Tinjauan literatur perlu dibuat secara meluas dan mendalam serta dapat menjelaskan
isu atau masalah secara komprehensif. Penulisan tinjauan literatur perli mengikut gaya
dan format tertentu. Contohnya format APA ( American Psychology Association ) atau
MLA

6.3.4 Subjek Kajian


Persampelan kaedah memilih sampel atau subjek kajian yang terdiri daripada manusia,
peristiwa , konsep( seperti motivasi) atau objek ( seperti komputer) yang ingin dikaji.
Sampel merupakan sebahagian daripada populasi manakala subjek adalah individu
yang terlibat secara langsung dengan kajian. Subjek boleh diambil daripada seluruh
populasi dalam sebuah kelas. Contoh subjek ialah kesemua 29 orang pelajar tingkatan
4B. Sampel pula dipilih sebahagian daripada populasi sebuah sekolah. Strategi
pemilihan sampel secara rawak atau tidak akan membolehkan penyelidik mensasarkan
teknik pengumpulan data. Adakah perlu untuk menetukan saiz sampel yang dipilih
sama ada kesemua sampel dalam satu kumpulan kecil atau sebilangan daripada
populasi. Saiz sampel dibuat dengan menggunakan rumus tertentu secara spesifik.

6.3.5 Merancang pelan tindakan


Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci tentang perancangan pelan tindakan. Ini
merangkumi menjelaskan matlamat cadangan pelan tindakan yang berkait dengan masalah
yang ingin diselesaikan, sebab-sebab cadangan pelan tindakan di ambil berdasarkan asas
pemikiran atau teori dan menyenaraikan tindakan-tindakan atau aktiviti yang dicadangkan.

6.3.6 Melaksana pelan tindakan


Penyelidik perlu menjelaskan proses pelaksanaan pelan tindakan yang dijalankan secara
terperinci. Penjelasan ini perlulah merangkumi cara pelan tindakan dilaksanakan, pemerhatian

61
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan, refleksi ke atas pengajaran, cara mentadbir ujian dan
menganalisis data.

6.3.7 Mengumpul data


Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang akan digunakan
untuk mengumpul data. Contohnya pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidik
atau eksperimen. Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi, dan
kemahiran penyelidik. Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuan
triangulasi.

6.3.8 Refleksi : Analisis dan huraian data


Nyatakan bagaimana data diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah
perisian SPSS digunakan? Sekiranya perisian SPSS digunakan, nyatakan versinya
dengan lengkap. Terdapat perbezaan antara menganalisis data dan ini bergantung
kepada sama ada penyelidikan yang dilakukan itu adalah penyelidikan kualitatif atau
kuantitatif. Data yang dikumpul juga boleh berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Oleh itu
jelaskan perinciannya.

6.3.9 Jadual Kerja


Jadual kerja perlu dirancang dan dibina untuk membolehkan penyelidikan dijalankan
mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI TARIKH


1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Feb – Mac
2 Menulis proposal kajian April
3 Merancang tindakan April
4 Melaksanakan tindakan 1 2 – 31 Mei
5 Analisis tindakan 1 4 – 6 Jun
6 Analisis pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan 5 – 8 Julai
tahun
7 Melaksanakan tindakan 2 1 – 30 Ogos

62
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

8 Analisis tindakan 2
9 Analisis pencapaian murid dalam ujian setara 2 10 – 12 Oktober
10 Refleksi kajian 15 Oktober
11 Menulis laporan kajian

Jadual 1 Contoh jadual kerja

6.3.10 Perbelanjaan
Rangkakan cadangan perbelanjaan yang akan digunakan sepanjang penyelidikan dan
tindakan yang akan dilakukan. Berikut adalah contoh tentang jangkaan perbelanjaan.

BIL BAHAN KOS (RM)


1 Kertas A4 (5 rim) 50.00
2 Bahan cetakan riso 50.00
3 Dakwat setakan komputer 150.00
4 Lain-lain 50.00
JUMLAH RM300.00

Jadual 2 Contoh perbelanjaan

6.3.11 Sumber rujukan


Senarai sumber rujukan atau bibliografi perlu dibuat untuk menyatakan sumber-sumber
rujukan yang telah diambil untuk menyokong penyelidikan. Senarai ini membolehkan
pembaca membuat rujukan berkaitan perkara yang dituliskan menurut pandangan orang
lain atau penulis asal bahan rujukan. Ia juga merupakan satu cara menunjukkan bahawa
penyelidik bertanggungjawab dengan perkara yang dikemukakan di samping untuk
mengelakkan amalan palagiat. Sekiranya tinjauan literatur ditulis mengikut gaya dan
format APA, maka sumber rujukan juga perlulah ditulis mengikut format APA.

6.3.12. Reka bentuk ujian


Penyelidk perlu mengemukakan secara terperinci reka bentuk penyelidikan yang
digunakan itu merupakan rekabentuk kualitatif ( etnografi, fenomena, kajian kes) atau
kuantitatif (korelasi, expost-facto) atau eksperimental(eksperimen sebenar, kuasi

63
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

eksperimen atau pre eksperimen). Sekiranya penyelidik menggunakan penyelidikan


eksperimental , nyatakan juga bentuk rawatan yang akan digunakan.

Latihan

Apakah yang anda faham mengenai cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan
dan sejauh mana ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah penyelidikan tindakan
anda.

64

You might also like