You are on page 1of 2

Soalan : Pada peringkat pra konvensional berdasarkan teori Lawrence Kohlberg,

bincangkan kesan sekiranya ibu bapa ataupun guru mengabaikan atau tidak
menekankan peringkat ini kepada perkembangan moral kanak-kanak tersebut.

Peringkat pra konvensional merupakan peringkat yang paling bawah dalam penaakulan
moral. Pada peringkat ini, perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan
diterima akibat perlakuan tersebut. Peringkat pertama merupakan orintasi kepatuhan dan
hukuman. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan
dendaan. Peringkat kedua pula merupakan orientasi ganjaran peribadi kepentingan diri.
Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu
dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan kepada penilaian terhadap kesan ke atas mereka.

Peringkat ini dilihat sebagai asas dalam pembentukan moral kanak-kanak yang mana ia lebih
kepada menfokuskan kepatuhan kanak-kanak terhadap sesuatu arahan yang dikeluarkan.
Kegagalan ibu bapa atau guru dalam menekankan peringkat ini terhadap kanak-kanak akan
memberikan impak yang buruk terhadap pembentukan moral kanak-kanak tersebut. Perkara
ini boleh dilihat menjadi kesan jangka masa yang panang terhadap kanak-kanak tersebut.

Seperti yang telah diterangkan tadi, terdapat dua peringkat dalam peringkat pra konvensional
yang mana kedua-duanya merupaka elemen penting terhadap proses pembentukan moral
kanak-kanak. Oleh itu, wujud bayak kesan negative yang kita boleh lihat terhadap kanak-
kanak tersebut sekiranya peringkat ini diabaikan.

Antara kesan yang kita boleh lihat ialah kanak-kanak yang diabaikan atau tidak ditekankan
dengan peringkat ini akan mengalai masalah tingkah laku yang ketara. Hal ini demikian,
mereka tidak pernah ditekankan dengan konsep mematuhi arahan yang diberikan oleh orang
lain. Oleh itu, melalui peredaran masa dan mereka membesar dengan membawa satu
keperibadian untuk tidak mematuhi arahan atau tidak patuh dengan orang lain.

Bukankah perkara ini dilihat kan mendatangkan pelbagai masalah kepada kita kemudian hari?
Seterusnya, pada peringkat yang kedua iaitu merupakan orientasi ganjaran peribadi dan
kepentingan diri. Penabaian dalam peringkat ini juga boleh menimbulkan pelbagai onar
kemudian hari. Pnabaian yang dilakukan sama ada ibu bapa mahupun guru terhadap
peringkat ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi keperibadian kanak-kanak ini yang mana
mereka tidak di didik dengan nilai murni yang sepatutnya. Sebaliknya, mereka lbih bersifat
agresif dalam mementingkan diri mereka dahulu sebelum orang lain. Perkara ini bukanlah
perkara yang tidak baik. Tetapi, ini menunjukkan bahawa sifat keperimanusiaan di dalam diri
mereka itu kurang daripada yang septutnya.
Seperti yang kita tahu, setiap kanak-kanak yang normal di didik untuk berkasih saying sesame
manusia. Maka, dengan sifat pentingkan diri sendiri ini jelas menunjukkan bahawa sikap
berkasih saang itu kurang. Sekaligus ini menjadikan kita ibarat melahirkan barisan pewaris
yang kurang berkeperibadian unggul untuk memacu masa hadapan yang lebih cerah.

Sehubungan dengan itu, perkara ini jelas menunjukkan banyak kesan negatif yang akan
berlaku sekiranya kanak-kanak ini tidak diberikan penekanan terhadap peringkat pra
konvesional.

You might also like