You are on page 1of 3

TATACARA PERMOHONAN BAGI URUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PPPS DG41

BAGI GRADUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) YANG MENAMATKAN


PENGAJIAN SELEPAS JUN 2012

Bagi pengguna/pemohon yang masih belum mendaftar atau tidak mempunyai akaun di
JobsMalaysia, sila Klik Disini dan lengkapkan permohonan anda seperti langkah dibawah.

Bagi pengguna/pemohon yang sudah mendaftar atau mempunyai akaun di JobsMalaysia,


sila ikuti langkah-langkah berikut:

Peringatan:
Sekiranya pengguna/pemohon terlupa kata laluan, sila Klik Disini atau hubungi Jabatan
Tenaga Kerja (JTK) yang berhampiran.

1. Log Masuk, di ruangan Pilihan Sektor Kerajaan pilih Suruhanjaya Perkhidmatan


Pelajaran (SPP) dan tekan butang Kemaskini, rujuk Rajah 1 dibawah;

Rajah 1

2. Pilih Pusat Temuduga yang berhampiran, isikan kelayakan dan jawatan yang ingin
dipohon (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41) dan tekan
butang Berikut, rujuk Rajah 2.

Rajah 2
3. Dibahagian Maklumat Akademik Pemohon, Kelulusan Pengajian Tinggi seperti
dirajah 3, sila isikan maklumat ijazah perguruan atau ijazah pertama bagi pemohon
Diploma Perguruan Lepasan Ijazah(DPLI).

Rajah 3

A Pilih SARJANA MUDA KEP. DGN CGPA (mana yang berkaitan)


Atau bagi calon yang baru menamatkan pengajian tahun 2012 sila pilih
PLJR THN AKHIR (SAR. MUDA/SAR. MUDA KEP)

Pilih INSTITUT PENDIDIKAN GURU KPM


B
Atau nama institusi berkaitan ijazah pertama bagi pemohon Diploma
Perguruan Lepasan Ijazah(DPLI).

4. Bagi pemohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah(DPLI), pemohon perlu mengisi


maklumat diploma di bahagian Maklumat Akademik Pemohon, Kelayakan Badan-
badan Profesional/Ikhtisas/Sijil Kemahiran seperti dirajah 4, di ruangan Sijil
Pendaftaran daripada Badan Profesional dan Ikhtisas sila pilih DIPLOMA
PERGURUAN. Maklumat Tarikh Menjadi Ahli dan No. Ahli boleh dikosongkan.

Rajah 4
5. Dibahagian perakuan seperti dirajah 5, pilih butang Saya setuju setelah anda baca
dan fahami kenyataan di ruangan tersebut.

Rajah 5

6. Pengemaskinian anda telah selesai sekiranya skrin memaparkan kenyataan


sepertimana di rajah 6 dibawah. Klik cetak sekiranya mempunyai sambungan pada
mesin pencetak. Sekian.

Rajah 6

You might also like