You are on page 1of 3

Lelaki ini kongsikan 10 perkara menarik tentang memborong terus ke china

Abdul alif sulaiman, seorang anak muda lingkungan usia pertengahan 20an menceritakan sedikit
sebanyak pengalaman dan perkara perkara menarik tentang aktiviti memborong di china.
Pengalaman buruk didalam perniagaan apabila di tipu di dalam skim emas membuatkan pemuda ini
jatuh terduduk di dalam hidupnya. Pengalaman buruk ini tambah menghantuinya apabila hutang
kerugiaan emas itu tidak dapat di langsaikan. Nekad mencari jalan keluar dari di belenggu masalah
ini, dia nekad untuk mencari solusi dengan mencari apa kekuatan yang ada pada dirinya untuk keluar
dari masalh ini. Berbekalkan sedikit ilmu perniagaan secara online di facebook, dia nekad menjual
beberapa item yang di ambil daripada beberapa pembekal tempatan. Melihat potensi kepada
beberapa item yang di jual ini, beliau mengkaji dari mana datangnya atau dari mana sumber produk2
ini. Beliau mendapati sumber pelbagai barangan yang di jual ini ialah dari china. Tanpa berfikir
panjang dan risiko yang bakal di hadapi, dia terus pergi ke china untuk memborong barangan yang
boleh di jual di pasaran tempatan. Lokasi lebih tepat ialah Guangzhou China Ini adalah 10 tips
tentang memborong di china yang dikupaskan olehnya.

1. Mengapa China?

Seperti yang sedia kita maklum, ekonomi dunia menunjukkan yang china sedang mengejar untuk
menjadi penerajunya. Import dan eksport kini boleh dikatakn sudah di kuasai oleh kuasa ekonomi
ini. Secara amnya, kita juga maklum bahawa kebanyakkan barangan di buat di china kerana mereka
mempunyai tenaga buruh dan sumber yang sangat banyak. Jadi tidak hairanlah mereka mampu
menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan harga yang sangat murah. Malay boleh dikatakan
segala jenis barangan boleh di dapati dari sini.

2. Persediaan ke china

Untuk persediaan ke china, nasihat yang paling di titk beratkan ialah mengkaji pasaran dan validate
barangan yang anda mahu import. Apa yang di maksudkan ialah, anda sudah mempunyai target
barangan yang anda mahu import dan sudah mencuba untuk menjual di pasaran kita. Sekiranya
permintaan terhadap barangan itu tinggi, jadi boleh lah anda mencarinya di china. Bukan sukar
untuk step ini, anda juga sebenarnya boleh membuka laman web shopping seperti lazada dan
lelong.my untuk melihat hot item yang di jual dan mempunyai pasaran tinggi. Selepas itu, anda juga
harus membuat visa ke china sebelum berlepas ke china. Anda perlu tau yang visa boleh di pohon di
kedutaan china dan suka saya ingatkan bahawa syarat2 memohon visa sangat ketat dan sentiasa
berubah2. Jadi buat segera ya.

3. Hotel, makanan dan pengangkutan

Hotel , makanan dan pengankutan adalah satu perkara yang anda tidak perlu risau. Ini kerana semua
ini sangat mudah di dapati di Guangzhou china. Terdapat pelbagai kemudahan penginapan di sana.
Anda boleh menempahnya di agoda dan trivago sahaja atau menggunakan agen pelancongan di
sana. Kedai makanan halal terlalu banyak di sana kerana Guangzhou adalah pusat komuniti muslim.
Terdapat restoran mee tarik halal dan masakan arab. Salah satu restaurant yang anda perlu makan
di sana ialah restaurant Abdullah di mana ianya sangat popular bagi kalangan muslim. Pengankutan
pula sangat mudah. Pada pandangan saya, sana adalah syurga teksi kerana anda sangat mudah
mendapat teksi.
4. Cara nego dan bahasa yang digunakan

Untuk urusan jual beli, ia sangat mudah dan kebanyakkanya di lakukan di dalam bahasa inggeris.
Walaubagaimanapun, terdapat ramai penjual di sana yang tidak fasih berbahasa inggeris.
Penyelesaiannya adalah penggunaan wechat. Ini kerana di dalam applikasi wechat terdapat satu
fungsi translate. Jadi kebiasaanya, pembeli akan berkomunikasi menggunakan wechat . kebanyakkan
penjual hanya mempunyai sample di kedai mereka. Jadi anda hanya perlu membayar deposit dan
menyelesaikan bakinya semasa mereka menghantar barangan kepada anda

5. Erti “BORONG” yang ramai orang salah sangka

Ini adalah satu point yang sangat penting. Umum di sini menyangka erti borong adalah apabila anda
membeli dengan jumlah yang lebih dari kebiasaan orang biasa membeli. Contohnya, seorang
pembeli membeli 10 unit wallet dan baginya ia sudah cukup untuk harga borong. Tetapi di china,
BORONG adalah satu jenis pembelian di dalam unit yang sangat2 besar. Dengan membeli dalam
jumlah yang sangat2 besar barulah anda boleh mendapat harga yang sangat2 murah dari pembekal
tempatan. Contohnya, kami membeli wallet sebanyak 1000 unit barulah kami mendapat harga yang
sangat2 murah. Tetapi jangan takut, tidak semua barangan mempunyai MOQ yang tinggi seperti ini,
semua bergantung pada ayat manis anda ber nego bersama seller di sana.

6. Kualiti barangan dari china

Tidak dinafikan kualiti barangan di china agak sederhana, tetapi mereka kini meningkatkan kualiti
produk2 mereka. Bagi kami, kami merasakan kualiti barangan di china adalah setaraf dengan harga
murah yang kita dapat. Terdapat juga pembekal yang sudah mula mampu memberikan warranty
terhadap produk2 mereka dan ini membuktikan kualiti produk2 mereka sudah mula terjamin.

7. Apa barangan yang boleh di borong

Apa yang boleh saya katakan, Guangzhou adalah syurga memborong kerana segala jenis barangan
boleh di dapati di sana. Antara barangan yang boleh di beli ialah kain, kasut, eletronik, computer,
jam, mainan RC, household dan pelbagai jenis barangan pelik.

8. Perkara yang perlu di awasi berdasarkan pengalaman

Perkara buruk berada di mana mana tanpa kita sedari, antara perkara yang perlu anda awasi ialah
wang china palsu. Wang palsu ini sangat sukar di kesan. Ianya sering di digunakan oleh pemandu
teksi disana. Jadi anda haruslah menyediakan wang kecil sebelum menaiki teksi.

9. Prosedur Import

Setelah anda membeli barangan2, anda haruslah memilih agen shipping. Terdapat ramai agen2
shipping di sana. Pilih lah yang mempunyai track record baik. Terdapat juga agen2 datangnya dari
Malaysia dan mereka ini sangat di disyorkan. Kebiasaanya harga bagi 1 CBM ialah RM300-RM450.
Kebiasaannya shipping mengambil masa 5 – 30 hari dan terus sampai ke alamat anda.

10. Restok dari Malaysia


Anda boleh mengrestok semula barangan yang di beli dengan hanya memesan dari Malaysia sahaja.
Apa yang anda perlu lakukan ialah, anda perlu mengambil wechat pembekal di sana. Ini kerana
penggunaan whatsapp dan facebook adalah di sekat oleh kerajaan china. Jadi, anda hanya perlu
memesan order anda melalui wechat. Pembayaran dilakukan melalui transfer yang di sediakan oleh
pihak bank atau money changer. Kebiasaanya, kami boleh katakana yang pembekal yang pernah
berurusan dengan kita tidak akan menipu dan barangan akan sampai seperti yang pernah di beli
dahulu.

FB: Abdul Alif Sulaiman

0134704795

You might also like