You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERKASA

36400 HUTAN MELINTANG


PERAK

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH

“SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU”

ANJURAN:
JAWATANKUASA SURAU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERKASA
36400 HUTAN MELINTANG
PERAK
1.0 MUQADDIMAH

Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau
menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan yang dilaksanakan di sekolah seperti
Sambutan Maal Hijrah , Program Maulidur Rasul , Sambutan Peristiwa Isra’ Mikraj , Program Solat
Hajat dan program-program motivasi seperti Amali Pengurusan Jenazah , Amali Haji dan Umrah dan
lain-lain.

Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang
dijalankan di surau. Maka program untuk menaiktaraf surau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Perkasa perlu dijalankan untuk keselesaan semua pihak. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak
Surau Sekolah untuk mencari dana dan memperbaiki prasaran di surau. Walau bagaimana pun ,
masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki, maka usaha menaiktaraf surau sekolah SMK Seri
Perkasa perlu diteruskan lagi.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menjadi medan dakwah yang selesa bagi warga Muslim di SMK Seri Perkasa.
2.2 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap kepada pelajar-pelajar
Islam terutama pelajar-pelajar asrama SMK Seri Perkasa.

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Menaiktaraf Surau ialah :

3.1 Memasang penghawa dingin di bahagian tempat solat pelajar perempuan.


3.2 Memasang awning di tempat laluan pelajar.
3.3 Menyediakan PA system yang sempurna untuk kegunaan solat jemaah dan aktiviti di surau.
3.4 Membesarkan kawasan surau untuk menampung bilangan pelajar.

4.0 NAMA PROGRAM

”Program menaiktaraf Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa , Hutan Melintang, Perak”

5.0 TEMA

“SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU ”.


6.0 JAWATANKUASA SURAU

Rujuk Lampiran

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH

1 Penghawa dingin RM 10,000.00

2 Tingkap “Sliding” RM 4,000.00

3 Menaiktaraf stor RM 3,000.00

4 Menaiktaraf tandas RM 3,000.00

5 Rawatan anai-anai RM 2,000.00

JUMLAH RM 22,000.00

8.0 SUMBER PENDAPATAN

8.1 Kutipan derma daripada guru-guru dan pelajar SMK Seri Kota
8.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta

9.0 PENUTUP

Akhir kalam , adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau ini berupaya mencapai objektif
yang telah digariskan demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar dalam meningkatkan syiar Islam.
Sumbangan Tuan / Puan boleh dibuat secara tunai / cek atas nama Bendahari Tabung Surau SMK
Seri Kota / akaun Bank Muamalat 0401-0025831-72-9 . Semoga sumbangan Tuan / Puan diberkati
Allah , Insya Allah.

Sekian , Wassalam .

Disediakan oleh , Disahkan oleh :

….................................... …..............................

You might also like