You are on page 1of 2

Bahagian C : Membina Ulasan

Tulis lima nilai yang terdapat dalam petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan
tersebut. Tulis jawapa dalam satu perenggan.

Pasukan kompang Desa Jaya 2 berkumpul di simpang jalan sejak sepuluh minit yang lalu. Apabila
pasangan pengantin sudah siap untuk diarak ke rumah pengantin lelaki,paluan kompang pun bergema.
Pasukan kompang itu berlatih setiap hujung minggu untuk memastikan mereka tidak melakukan sebarang
kesilapan semasa membuat persembahan.

Encik Burhan mulai melatih anak-anak remaja bermain kompang agar mereka tidak membuang
masa begitu sahaja. Sikap kepimpinan yang ditunjukkan oleh Encik Burhan membuatkan beliau dihormati
oleh anak-anak muda di kampung itu. Beliau Berjaya menanamkan semangat menghargai dan mencintai
muzik tradisional Melayu dalam diri anak-anak muda.

Semangat cintakan muzik tradisional Melayu yang mengalir dalam diri Encik Burhan diwarisi
daripada bapanya. Pak Asri, bapa Encik Burhan merupakan pembuat kompang terkenal di Parit Sakai,
Muar. Hasil membuat kompang itulah yang menjadi sumber pendapatannya untuk membesarkan anak-
anaknya hingga ke menara gading. Anak-anak Pak Asri ringan tulang membantu bapa mereka
menyiapkan tempahan sekiranya ada masa lapang. Burhan bertekad untuk mempopularkan kompang agar
generasi baharu mengenali alat muzik tersebut.

___________________________________________________________________________________

You might also like