You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGKUANG

BIL 1/2017

Tarikh : 04 Januari 2017

Masa : 2.40 Petang

Tempat : Makmal Biologi 1 SMKM

Kehadiran :

1. Pn. Faizah bt Abdullah 6. Pn. Noor Fareha binti Kashim


2. Pn. Nurshazwani binti Bakri 7. Pn. Rohana binti Sedik
3. Pn. Nor Shuhadabinti Abu Hassan 8. Pn. Norwahidayah binti Wahab
4. Pn. Zaliyaton Nasirah binti Si Ramli 9. Pn. Nurhayati binti Ismail
5. Pn. Rehan Suwarni binti Abu bakar 10.Pn. Nazifa Husna binti Shafie

Tidak hadir (bersebab):

1. Pn. Jamilah binti Ahmad

CATATAN MESYUARAT

1.0 Perutusan Pengerusi

Mesyuarat dimulakan dengan mengalu-alukan kehadiran semua guru sains ke mesyuarat Panitia
Sains Kali Pertama bagi sesi 2016.Pengerusi juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
semua guru yang bekerja sama dalam menjayakan semua program yang dijalankan oleh Panita
Sains.
Tindakan: Makluman
2.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyurat Lalu

Minit mesyuarat disahkan oleh Pn Nor Shudaha bt Abu Hassan dan disokong oleh En Amir bin
Din.
Tindakan: Makluman

3.0 Ujian dan Peperiksaan

Guru-guru boleh rujuk buku manual sekolah bagi melihat tarikh terkini ujian dan peperiksaan yang
akan berlangsung pada tahun 2017. Penyediaan soalan ujian dan peperiksaan perlu disertakan
dengan JSU, JSI dan analisis item kepada Ketua Panitia selepas peperiksaan. Soalan -soalan yang
disediakan harus mempunyai aras tinggi, aras sederhana dan aras rendah (4:3:3). Setiapkali
peperiksaan guru mata pelajaran mesti sediakan analisis item baru dan disertakan satu salinan
pada ketua panitia.
Penyediaan soalan bagi tahun 2017 sila rujuk Lampiran 1.
Tindakan: Guru Penyedia Soalan

4.0 Headcount

Guru-guru perlu membuat headcount dan dihantar kepada ketua panitia. Headcount yang perlu
disediakan adalah seperti berikut:
 Tingkatan 1 – rujuk UP1 2017
 Tingkatan 3 dan 5 – rujuk GPMP yang ditetapkan oleh sekolah
 Tingkatan 2 dan 4 – rujuk PAT 2016
Tindakan: Guru m/pelajaran

5.0 Peningkatan prestasi mata pelajaran

Guru-guru perlu membentangkan prestasi mata pelajaran setiap pelajar di dalam kelas yang
diajar. Guru-guru juga perlu merancang program yang digunakan untuk pelajar tersebut bagi
meningkatkan prestasi pelajar. Sasaran Tahunan bagi PT3 bagi tahun 2017 adalah 3% dari GPMP
tahun 2016.
Tindakan: Guru m/pelajaran

6.0 Buku Rekod Mengajar

Buku Rekod Mengajar perlu dihantar kepada pengetua pada 20 /1/17 dan kepada PK serta GK
mengikut takwim yang telah ditetapkan di dalam buku manual pengurusan sekolah.
Penghantaran Buku Rekod Persediaan Mengajar pada hari Jumaat perlu ditulis bagi hari pertama
persekolahan bagi minggu seterusnya. Bagi guru yang tiada kelas pada hari berkenaan buku rekod
perlu ditulis membuat persediaan bahan pengajaran dan jangan tulis tiada kelas.
Tindakan: Semua guru

7.0 Pelan strategik

Ketua panitia perlu menyediakan pelan strategik dan hantar kepada SU Kurikulum.
Tindakan: K.Panitia

8.0 Sukatan mata pelajaran

Sukatan pengajaran bagi tingkatan 3 perlu dihabiskan sebelum awal Ogos 2017 manakala bagi
pelajar tingkatan 5 sebelum pertengahan bulan Ogos 2017. Sukatan pengajaran bagi tingkatan
1,2dan 4 perlu dihabiskan mengikut perancangan tahunan yang telah dibuat. Guru – guru perlu
memastikan amali yang telah dicadangkan oleh pihak JPN dilaksanakan. Setiap guru dan
pembantu makmal telah diberi satu salinan amali yang wajib dijalankan bagi setiap mata pelajaran
tingkatan 1,2,3,4 dan 5.
Tindakan: Guru m/pelajaran

9.0 Kerja kursus

Guru-guru perlu menyiapkan kerja kursus mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Tindakan: Guru m/pelajaran

10.0 Program-program Khas Sekolah

Program khas sekolah berlaku sepanjang tahun di bawah Pn.Faizah.


Bagi guru –guru yang ingin membuat program, perlu merujuk pada PKP dan ditulis dalam buku
yang telah disediakan oleh beliau bagi mengelakan pertindihan program yang pelajar yang sama.
Tindakan: Guru m/pelajaran

11.0 Pencerapan Buku

Pencerapan guru berlaku 2 kali setahun dibawah Pn Rasyadah manakala pencerapan buku kerja
pelajar akan disemak 2 kali setahun dibawah pengurusan En Fauzi.
Tindakan: Guru m/pelajaran
12.0 Pengurusan Bilik Darjah

Guru tingkatan harus susun meja dalam kelas mengikut susunana 4 atau 6 mengikut abad ke 21.
Tindakan: Makluman

13.0 Perbelanjaan Kewangan Panitia

Cadangan perbelanjaan Panitia adalah seperti berikut iaitu dari:


Januari hingga Jun - lebih daripada 60% daripada peruntukan
Julai hingga Ogos - lebih daripada 90% daripada peruntukan dan
September hingga Oktober - 100%
November - tiada lagi pembelian
Barang sama yang dibeli lebih daripada RM100.00 tidak boleh dijadikan dua resit untuk dibuat
tututan.
Tindakan: K.Panitia

14.0 Hal-hal Lain

Minggu Sains dan Matematik akan diadakan pada bulan April. Pembahagian tugas pada Minggu
Sains dan Matematik adalah seperti berikut:

 Panitia Sains Tulen – kertas kerja


 Panitia Sains – gimik pembukaan
 Panitia Matematik – gimik penutup
Tindakan: Makluman

13.0 PENUTUP

Pengerusi berharap semua guru akan terus memberi komitmen dan usaha mereka dalam mendidik dan
melahirkan anak bangsa yang barjaya .
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkanoleh:

……………………………….. ………………………………………
Rehan Suwarni binti Abu Bakar Nurshazwani binti Bakri
KP Sains

You might also like