You are on page 1of 5

SK KUALA POMSON

43100 HULU LANGAT , SELANGOR


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI – 1/ 2015
__________________________________________________________________________

TARIKH : Disember 2014 (KHAMIS )


MASA : 010.30 Pagi
TEMPAT : ANJUNG BUDI SK KUALA POMSON
KEHADIRAN : 1. PN. HJH AINON BINTI MOHAMED SALEHUDDIN ( GB)
2. EN. HASNUL HADI BIN ROZALI KP SN
3. EN. MOHAMMAD FAIZ B. AHMAD PUDZI GURU SAINS

AGENDA MESYUARAT:
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.


1.2 Pengerusi membaca dan menerangkan tugas-tugas Panitia mengikut edaran yang
telah dibuat.
Tindakan: ( Untuk makluman )
1.3 Pengerusi memohon cadangan daripada semua yang hadir untuk menentukan
bilangan mesyuarat untuk Panitia Sains. Semua guru yang hadir telah bersetuju
sebulat suara untuk mengadakan mesyuarat panitia sebanyak tiga kali setahun.
Namun begitu, jika ada keperluan mesyuarat akan dipanggil contohnya untuk
melaksanakan sesuatu program panitia.
Tindakan: ( Guru Mata Sains )
2.0 Ucapan Guru Besar :
2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan kesudian menjemput
beliau hadir bersama dalam mesyuarat Panitia Sains Kali Ke-1/2015 ini. Beliau
menasihatkan dan berharap semua guru yang hadir mematuhi arahan-arahan yang
terkandung dalam setiap SPI yang diedarkan.
Tindakan: ( Untuk makluman guru )
2.2 Beliau juga berharap segala perkara yang akan dan telah dirancang dapat dilaksanakan
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Guru-guru hendaklah memberi kerjasama
sepenuhnya untuk menjayakan semua perancangan.
Tindakan: ( Untuk makluman guru )
3.0 Dasar dan Ketetapan Panitia Sains:
3.1 Mesyuarat telah memutuskan sukatan untuk setiap kelas hendaklah dihabiskan selewat-
lewatnya sebelum peperiksaan akhir . Walau bagaimanapun perkara ini tetakluk kepada
keperluan sesuatu kelas.
Tindakan: ( Guru Mata Pelajaran SN )

3.2 Bahan bantu mengajar atau BBM hendaklah sentiasa disediakan setiap kali guru-guru
menjalankan PdP di dalam kelas.
Tindakan: ( Guru Mata Pelajaran SN )

3.3 Mesyuarat telah memutuskan pada tahun 2014 akan diadakan beberapa ujian dan
peperiksaan antaranya ialah:
3.4.1 Ujian Bulanan 1
3.4.2 PKSR 1
3.4.3 Ujian Bulanan 2
3.4.5 Percubaan Setara UPSR
3.4.6 Ujian Lonjakan Berasaskan Sekolah/ULBS
3.4.7 UPSR
3.4.8 Peperiksaan Akhir Tahun

3.4 Bilangan latihan untuk diberikan kepada murid-murid adalah berdasarkan kepada SPI
BIL.12/2004 Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah Kepada Murid Sekolah. Guru-
guru bolehlah berbincang dengan rakan-rakan lain dengan mengambil kira beberapa faktor
yang termaktub dalam SPI tersebut.
Tindakan: ( Guru Mata Pelajaran SN )
3.5Untuk tindakan guru seterusnya, setelah memberikan latihan atau kerja rumah hendaklah
dibuat semakan konstruktif, kemas kini dan pembetulan bagi setiap kesalahan hendaklah
dibuat. Guru-guru disarankan merujuk perkara ini dalam buku ringkasan mengajar atau
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM-versi 2010) – standard 4, Pembelajaran dan
Pengajaran.
Tindakan: ( Guru Mata Pelajaran SN )

3.6Penggunaan buku rujukan dan buku kerja tambahan untuk kegunaan murid-murid
hendaklah diteliti dan disemak terlebih dahulu sebelum guru-guru memutuskan untuk
digunakan.
Tindakan: ( Guru mata pelajaran SN )

3
4.0 Pengagihan Tugasan Panitia:
4.1 Penyediaan RPT untuk setiap guru yang mengajar sains hendaklah berdasarkan HSP
yang telah dibekalkan oleh pihak PPK. Untuk yang terlibat dengan KSSR perlulah
memastikan menggunakan sukatan yang terkini yang biasanya diperoleh setiap kali
tamat berkursus atau pun daripada taklimat terkini yang diberikan.
Tindakan: ( Guru mata pelajaran SN )
4.2 Berkaitan dengan penyediaan soalan-soalan untuk ujian bulanan dan peperiksaan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah guru-guru yang terlibat dengan pembinaan soalah
hendaklah menyediakan soalan-soalan mengikut aras yang sesuai dan panduan
pembinaan soalan yang sepatutnya.
Tindakan: ( Guru mata pelajaran SN )

5.0 Kokurikulum Dalam Panitia:


5.1 Puan Ropitah binti Ismail mencadangkan semua guru Sains mewujudkan sudut mata
pelajaran di setiap kelas yang mereka masuk mengajar tanpa menunggu disediakan oleh
guru kelas. Pada sudut mata pelajaran tersebut guru bolehlah menampal bahan-bahan
yang berkaitan dan sentiasalah dikemaskinikan. Guru juga boleh menggabungjalinkan
dengan sudut nilam. Selain daripada itu, aktiviti kuiz berkaitan kemahiran bahasa juga
boleh digunakan.
Tindakan: ( Guru mata pelajaran SN )

6.0 Pengurusan Profesional:


6.1 Berkaitan dengan perkembangan staf, guru-guru yang telah menghadiri kursus, taklimat
atau mesyuarat hendaklah mengadakan program perkembangan staf secepat mungkin
agar ilmu yang diperoleh dapat disampaikan dan dikongsikan bersama rakan-rakan guru
yang lain.
Tindakan: ( Guru mata pelajaran SN )
6.2 Perancangan panitia yang telah dibuat dalam plan strategik terutamanya plan operasi dan
taktikal hendaklah merangkumi semua kelas dan mengambil kira faktor yang menjurus
kepada peningkatan kualiti. Pemantauan oleh rakan sejawat juga boleh membantu
sebagai seorang penilai untuk memastikan sesuatu yang telah dirancang itu berjaya atau
memerlukan penambahbaikan.
Tindakan: ( Guru mata pelajaran SN )

7.0 Hal-hal Lain:

7.1 Encik Hasnul Hadi selaku Ketua Panitia berharap segala perancangan yang telah dibuat
akan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi memastikan pencapaian Sains akan
meningkat ke tahap yang sepatutnya. Selain daripada itu, apa-apa sahaja dapatan yang
diturunkan daripada kementerian haruslah dilaksanakan.

Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Surah Al Asr pada jam 01.00 Petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................... ....................................................
( HASNUL HADI B. ROZALI ) ( )
Ketua Panitia Sains,
SK Kuala Pomson.
8

You might also like