You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN : KEM PECUTAN IMTIAZ SMA 2012

1. PENGENALAN
Kejayaan dalam peperiksaan merupakan target semua pelajar dan menjadi harapan yang
menggunung bagi ibu bapa dan guru-guru. Lantaran satu usaha haruslah dijalankan agar
harapan dan target tersebut dapat dicapai. Oleh itu satu program yang dinamakan Kem
Pecutan Imtiaz SMA akan diadakan bagi membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan
dengan lebih lancar dan berkesan. Berdasarkan pemerhatian semasa, didapati sebahagian
besar daripada para pelajar masih belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi
peperiksaan SMA yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi.

2. OBJEKTIF
Objektif-objektif yang ingin dicapai daripada program ini adalah seperti berikut:
i. memberi pendedahan akan teknik menjawab soalan dalam peperiksaan
ii. memberi pendedahan teknik-teknik pembahagian masa yang berkesan
iii. memgenalpasti dan menggilap potensi dan kebolehan akademik pelajar
iv. menyediakan ruang kepada pelajar berbincang dan bertukar idea dalam menjawab
soalan peperiksaan

3. KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasaran bagi kem ini ialah para pelajar tingkatan empat SMA Al-Basriah seramai
32 orang. Rujuk Lampiran A.

4. TENAGA PENGGERAK
Kem ini akan digerakkan oleh Unit Peperiksaan. Rujuk Lampiran B. Kem ini juga akan
disokong oleh semua guru mata pelajaran tingkatan 4. Rujuk Lampiran C.

5. TENTATIF KEM
Berikut adalah cadangan tentatif Kem Pecutan Imtiaz SMA 2012 :

Tarikh : 05 hingga 07 Oktober 2012


Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : FELDA Residence Tekam

Bagi perincian pengisian sila rujuk Lampiran D.

1
KERTAS CADANGAN : KEM PECUTAN IMTIAZ SMA 2012

6. SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN


Sumber kewangan yang dicadangkan bagi menjayakan kursus ini adalah seperti :
a- Sekolah
b- PIBG SMA Al-Basriah
c- Majlis Ugama Islam Pahang
d- Yuran peserta

Anggaran Perbelanjaan :

Bil Anggaran Pendapatan Jumlah (RM) Anggaran Perbelanjaan Jumlah


Penginapan & Makan Pelajar
1 Sekolah (MUIP) RM 2,080.00 RM 3,520.00
RM 110.00 X 32
Penginapan & Makan Guru
2 PIBG RM 920.00 RM 440.00
Pengiring RM 110.00 X 4
3 Yuran Peserta RM 960.00

JUMLAH RM 3,960.00 JUMLAH RM 3,960.00

7. PENUTUP
Semoga kertas cadangan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan pihak pentadbiran
sekolah demi usaha menjadikan SMA Al-Basriah, sekolah yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Sekian.

Disediakan oleh:

.........................................
(NOR ASMAH BINTI MOHD SOUD)
SU PEPERIKSAAN SMA ,
SMA AL-BASRIAH KUALA TEMBELING,
27020 JERANTUT.

You might also like