You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT,

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,


43650 BANDAR BARU BANGI ,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TELEFON : 03 – 89256971 / FAX : -03-89256975

Ruj. Kami : SKJ4 100-11/2/4( )


Tarikh : 15 Jun 2015

Kepada,

En. Nazari Bin Mohd Isa


Nazlela Training
No. 44 Jalan K/P 4,
Taman Krubong Perdana,
75260 Melaka

JEMPUTAN KE PROGRAM ’MATH PERFECT’ UNTUK PELAJAR TAHUN 6

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan


program di atas secara berturutan bagi kesinambungan pembelajaran. Jadualnya adalah
seperti berikut:

Tarikh / Masa : 19 Jun 2015 (8.00 pagi – 12.00 tengahari)


19 Jun 2015 (2.00 petang – 6 petang)
20 Jun 2015 (8.00 pagi – 12.00 tenghari)

Tempat : SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi

3. Sehubungan dengan itu pihak sekolah amat berbesar hati untuk menjemput
Encik Nazari Bin Mohd Isa untuk hadir sebagai penceramah bagi program tersebut.

4. Kerjasama tuan untuk menjayakan program ini sangat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘KETEKUNAN DAN KEJUJURAN’


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………..
(PN. MISLIA BINTI UJANG)
GPK Kurikulum
SK Jalan Empat
Bandar Baru Bangi

You might also like