You are on page 1of 4

Senarai Tanggungjawab Guru Bertugas

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum


persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah
berakhir.

2. Guru bertugas perlu berada di setiap pintu masuk sekolah sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh ketua kumpulan masing-masing.

3. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke


rumah.

4. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang


memohon.

5. Mengawasi murid menepati waktu datang ke sekolah dan waktu pulang dari
sekolah.

6. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

7. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan.

8. Menulis catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang


hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas, antara perkara-
perkara yang dicatat ialah:

8.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan

8.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit

8.3 lawatan-lawatan / pelawat

8.4 ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan

8.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan

9. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau
perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU
TUGAS GURU DARJAH

 Memupuk budaya bersalaman,memberi salam,berterima kasih dan budaya sekolahku


rumahku di kalangan murid-murid.
 Bertanggungjawab atas kebersihan murid dan bilik darjah.
 Menyusun bilik darjah agar sentiasa berkadaan kemas dan bersih.
 Menyediakan sudut kenyataan,sudut bacaan,sudut-sudut pembelajaran dan sebagainya
dalam bilik darjah.
 Â Mnegawal perabot-perabot dalam bilik darjah.
 Menyediakan senarai peralatan di dalam bilik darjah.
 Mengemaskini rekos PKBS,program Nilam dan fail murid.
 Menyempurnakan dan menyimpan rekod kesihatan yang dikehendaki oleh pejabat
kesihatan.
 Mameastikan nama murid di darjahnya telah didaftarkan di dalam buku pendaftaran.
 Mengawasi buku teks yang dipinjam murid-murid.
 Mengemaskini buku jadual kedatangan murid.
 Melatih dan membentuk murid-murid agar mematuhi peraturan sekolah.
 Menyediakan jadual waktu darjah.
 Mengemaskini buku rekod mengajar.
 Menyediakan jadual tugas mingguan pelajar.
 Mengisi pelbagai borang yang dikehendaki dari semasa ke semasa.
 Berkerjasama dengan pelawat,penyelia dan sebagainya.
 Mengelolakan urusan peperiksaan.
 Mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama 3
hari berturut-turut.
 Seberapa boleh memberi kerjasama kepada ibu bapa murid yang mengalami masalah
kesihatan,kelakuan dan sebagainya.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dan ditentukan oleh Guru Besar.

TUGAS GURU MATAPELAJARAN

 Melahirkan rasa penuh keinsafan,belas kasihan,timbang rasa dan bertanggungjawab


terhadap semua murid.
 Menyediakan target pencapaian setiap mata pelajaran.
 Menyediakan dengan sebaik-baiknya rancangan pembelajaran.
 Memecahkan mata pelajaran kepda tajuk,gerak kerja serta mencatatkan alat-alat yang
perlu dan sesuai digunakan.
 Menyediakan carta-carta bahan bantu mengajar dan lembaran kerja bagi
meningkatkan mutu pembelajaran dan pembelajaran.
 Membuat saranan melalui panitia mata pelajaran bagi menyediakan buku-buku
panduan dan rujukan yang terbaik.
 Mengadakan perbengkelan untuk menyediakan soalan-soalan/penilaian bahan bantu
mengajar dan sebagainya.
 Memastikan alat-alat yang digunakan bagi setiap mata pelajaran mencukupi.
 Memastikan semua buku kerja murid dihantar mengikut bilangan yang diarahkan
untuk disemak.
 Menyediakan pengunjuran mata pelajaran untuk setiap murid-murid Tahap 2.

TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN / AJK PANITIA

 Menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang dikemaskini.


 Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran.
 Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji
sertamencari jalan untuk meningkatkan taraf pencapaian.
 Menentukan jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau
rujukan guru.
 Bertanggungjawab untuk menentukan pembelian alatan.
 Menyemak buku latihan dan rampaian murid-murid.
 Membuat anggaran pembelajaran tahunan dengan persetujuan pihak sekolah.
 Bersama-sama memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan meninggikan
prestasi pelajar.
 Mengadakan mesyuarat panitia setiap 3 bulan sekali atau lebih kerap.
 Menganjurkan kursus dalaman untuk guru-guru panitia
 Menentukan aktiviti sepanjang tahun beserta tarikh jangkaan.
 Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Guru Besar.

TUGAS GURU PENYELARAS

 Menentukan keselarasan dalam semua aspek P&P.


 Menentukan keselarasan soalan-soalan ujian peperiksaan.
 Menganalisa keputusan peperiksaan bagi semua mata pelajaran serta mengkaji dan
mencari jalan secara persepakatan untuk meningkatkan taraf pencapaian.
 Menyelia pengunjurandan bersama-sama guru kelas serta guru mata pelajaran
menyediakan pengunjuran Tahap 2.
 Bertanggungjawab untuk memantau dan membantu memastikan kebersihan dan
kelengkapan peralatan kelas.
 Membantu pentadbir sekolah unutk menyelia P&P dan menyelia buku kerja apabila
diperlukan.
 Mengadakan mesyuarat atau perbincangan bersama untuk mencari persetujuan
bersama terutama dalam P&P.
 Bersama-sama bertanggungjawab mengekalkan dan meninggikan prestasi pelajar.
 Memastikan semua program yang dirancang untuk kelas berkenaan dapat
dilaksanakan dengan lancar.
 Memaklumkan kepada pihak pentadbiran sebarang masalah.
 Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN


 Berada di sekolah 10Â minit sebelum loceng pertama berbunyi.
 Memberikan perhatian terhadap kebersihan dan disiplin murid serta
kepatuhan kepada peraturan sekolah dan mengambil tindakan yang
sewajarnya.
 Membuat pengumuman tentang program-program dan aktiviti-aktiviti
dalam minggu ia bertugas.
 Mengurus budak sakit,mengalami kecederaan adan mendapat
kebenaran menningglakan sekolah.
 Melawat kantin sekolah,termasuk tempat memasak dan menyediakan
makanan serta mengawasi kebersihan dan peraturan kantin.
 Mengurus dan mengendalikan perhimpunan sekolah pagi Isnin.
 Mengawasi tatatertib pelajar di kantin.
 Memastikan pihak pengusaha kantin dan pekerja-pekerja mematuhi
peraturan.
 Melawat dan mengawasi kebersihan bilik darjah,surau,pusat
sumber,tandas dan lain-lain.
 Menyediakan laporan dalam buku laporan bertugas.

You might also like