You are on page 1of 15

Etika Pentadbiran Awam

GMGA 2033
No Matrik 230474

ULASAN JURNAL
AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

1.0 Objektif

Tugasan ulasan jurnal yang diberikan pada kali ini adalah bertemakan
Pembaziran Dalam Perkhidmatan Awam bagi mencari punca dan penyebab
kepada pembaziran yang berlaku dalam perkhidmatan awam. Saya memilih jurnal
Akauntabiliti Dan Intergriti Dalam Pengurusan Kewangan ( YAB Tun
Abdullah Haji Ahmad Badawi – Majlis Perdana Persidangan Awam Ke-5 )
Dan ( Samuel Johnson ). Objektif ulasan jurnal ini adalah mencari penyelesaian
dan panduan kepada pihak pengurusan dan kakitangan awam itu sendiri dalam
memastikan tiada berlakunya pembaziran dalam perkhidmatan awam selepas ini.

2.0 Tema

Definisi akauntabiliti Dan Intergriti


Akauntabiliti adalah merujuk kepada kewajipan penjawat awam secara
menyeluruh dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanat yang telah
diberikan dengan memastikan segala tugasan dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab dan penuh dedikasi tanpa memetingkan diri sendiri dalan
melakukan apa sahaja tugasan yang telah diberikan.

Intergriti pula merujuk kepada nilai-nilai murni seperti jujur, amanah,telus


adil dan saksama termasuklah bertanggungjawab keatas segala keperluan
pejabat yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan tiada berlakunya
pembaziran disebabkan oleh kelalaian, sikap sambil lewa dan mementingkan diri
sendiri.

1
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

Akauntabiliti Dan Intergriti Dalam Pengurusan Kewangan


Pengurusan kewangan adalah merujuk kepada proses perancangan,
pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, modal (wang tunai), barangan
(aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesuatu organisasi. Dengan
mengamalkan nilai tadbir urus yang baik, segala perancangan dapat diselaraskan
dengan peruntukkan yang sedia ada agar pembaziran sumber-sumber yang ada
tidak berlaku dan dapat dikawal selia dengan baik dan teratur.

Secara keseluruhannya, akauntabiliti dan integrity dalam pengurusan


kewangan menjamin bahawa wang awam dapat diuruskan dengan baik dan sekali
gus dapat meningkatkan keyakinan orang awam tentang pengurusan kewangan
kerajaan khususnya perkhidmatan awam serta mengelakkan daripada terbukanya
peluang gejala rasuah berlaku dalam perkhidmatan awam.

Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Perolehan Kerajaan


Mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957, Perolehan Kerajaan merujuk
kepada kepada proses mendapatkan input-input yang diperlukan oleh sesebuah
organisasi dengan cekap pada kos yang paling menguntungkan (value for money)
dan memenuhi keperluan pelanggan yang dilaksanakan secara terbuka, adil dan
saksama kepada semua pembekal dan kontraktor yang berkelayakan dan
diuruskan dengan cekap dan teratur tertakhluk kepada undang-undang prosedur
dan arahan yang berkuat kuasa.

Perolehan kerajaan dikatakan sebagai bidang pengurusan kewangan yang


paling berisiko untuk berlakunya pembaziran, ketirisan, penyelewengan, salah
guna kuasa, salah laku, dan rasuah.

Penerapan Prinsip Akauntabiliti Dan Intergriti Untuk Memastikan Value


For Money Dalam Perolehan Kerajaan
Penghayatan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam oleh
penjawat-penjawat awam. Ia dapat membimbing dan menjadi pegangan kepada

2
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

penjawat awam dalam membentuk akhlak yang mulia dalam melaksanakan tugas.
Kerajaan juga telah melaksanakan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem
Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia khususunya melalui penubuhan
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Carta 1: Peratus Pengeluaran Industri Elektrik Dan Elektronik


Mengikut Komponen.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

komponen ini hanya berjaya dipasarkan dalam negara sahaja. Ini kerana produk
keluaran negara ini mungkin tidak dapat mendapat keyakinan kepada penguna
luar negara.

3.0 EKSPORT DAN IMPORT INDUSTRI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Eksport ialah barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dan dijual ke
luar negara manakala import pula ialah barangan yang dibeli oleh sesebuah

3
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

negara dari negara lain. Ini bererti eksport dan import merupakan aktiviti ekonomi
yang berkait rapat dan tidak dapat dipisah antara satu sama lain. Peningkatan
serta perkembangan pesat dalam Industri E&E memberi impak kepada nilai
eksport negara. Daripada jumlah keseluruhan eksport Malaysia, industri E&E
merupakan penyumbang terbesar kepada nilai keseluruhan eksport negara. Pada
2014, nilai eksport keluaran Industri E&E adalah sebanyak 37.4% daripada jumlah
keseluruhan nilai eksport negara pada tahun tersebut. Ini membuktikan bahawa
industri E&E merupakan antara pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia. Namun
demikian eksport industri E&E sedikit merosot jika dibandingkan dengan jumlah
eksport industri tersebut pada tahun 2010 yang mencatatkan jumlah 39.07%. Hal
ini disebabkan permintaan terhadap barangan E&E berlaku peningkatan pada
tahun 2010 oleh negara China dan Negara Ekonomi Perindustrian Baharu Asia
yang mana negara ini pada tahun-tahun tersebut merupakan pengeluar utama
kepada barangan siap sepenuhnya yang berasaskan kepada E&E.

Rajah 1: Menunjukkan Eksport Malaysia Mengikut Rakan


Perdagangan Pada Tahun 2014
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

4
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

Pada tahun 2014, jumlah eksport negara bagi keluaran E&E mengikut rakan
perdagangan adalah seperti ditunjukkan pada rajah 1 dibawah. Daripada rajah
tersebut dapat dilihat bahawa RR China merupakan destinasi eksport industri E&E
negara dengan nilai eksport sebanyak 12.01%. Ini diikuti oleh Jepun sebanyak
10.8% dan Amerika Syarikat 8.4%. Manakala Negara Ekonomi Perindustrian
Baharu seperti Singapura, Hong Kong, Taipei dan Korea juga merupakan
destinasi eksport E&E negara dengan nilai eksport 25.9%. Laporan nilai eksport
E&E negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ini
menunjukkan bahawa industri tersebut terus berkembang pesat seiring dengan
permintaan dan keluaran industri E&E. Malaysia merupakan negara pengeksport
bagi industri E&E dan bukanlah Negara pengimport bagi bagi komponen tersebut.
Kebanyakan komponen- komponen E&E yang hendak digunakan oleh industri
pengilangan untuk mengeluarkan barangan siap sepenuhnya, sumber E&E
datang daripada industri E&E tempatan.

4.0 PELABURAN DOMESTIK DAN PELABURAN ASING DALAM INDUSTRI


ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Kemelesetan ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa


implikasi negatif terhadap Negara. Pertumbuhan ekonomi yang lembab telah
mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan menambahkan hutang
negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru
demi menarik kemasukan pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah
mempercepatkan kemajuan negara. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk
menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Teknologi muktahir merupakan
salah satu sumbangan pelaburan asing ke Malaysia. Hal ini demikian kerana,
pelaburan asing membolehkan pemindahan teknologi moden ke negara ini.
Malaysia masih kekurangan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek
latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi moden. Masalah ini merupakan

5
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

satu penghalang yang menyekat kemajuan sektor perindustrian. Pelabur- pelabur


asing akan membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta
tenaga profesional yang pakar dan produktif. Mereka juga akan melaksanakan
pelbagai program untuk melatih buruh tempatan demi mengembangkan
pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke
dalam projek pelaburan mereka. Selain itu, pendapatan negara akan bertambah
dengan adanya kemasukan pelaburan asing ini.Hal ini kerana, pengaliran wang ke
luar negera akan berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan
dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke
negara-negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini
diproses menjadi barangan siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan
harga yang lebih tinggi. Kemasukan pelaburan asing membolehkan banyak modal
dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang perusahaan tempatan. Bahan-bahan
tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini. Dengan cara ini, harga
dan penggunaan bahan mentah tempatan lebih terjamin.

Carta 2: Menunjukkan Jumlah Pelaburan Domestik Dan


Pelaburan Swasta Mengikut Tahun 2010 Hingga 2014.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Industri E&E Malaysia berterusan menarik perhatian dan minat pelabur

6
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

asing. Dengan kepelbagaian inisiatif dan kemudahan yang ditawarkan kepada


bakal pelabur oleh kerajaan, Malaysia terus kekal sebagai destinasi Pelaburan
Asing di rantau ASEAN. Lebih menarik lagi, industri ini terus menarik sebahagian
besar pelaburan pada tahun 2014 ketika pengeluar utama sedang mengukuhkan
kedudukan di rantau ini menjelang penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN.
Didalam persekitaran ekonomi global yang penuh risiko dan ketidaktentuan,
pelabur asing kekal yakin terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing.
Pelaburan asing yang berjaya diluluskan kerajaan Malaysia untuk Industri E&E
pada tahun 2014 sebanyak RM39.6 billion berbanding tahun sebelumnya iaitu
sebanyak RM30.5 billion pada tahun 2013.
Dalam pelaburan Domestik pula, sebanyak RM32.3 billion telah diluluskan
pada tahun 2014 berbanding sebanyak RM21.6 billion pada tahun 2013.
Peningkatan nilai ini menyerlahkan lagi keunggulan Malaysia sebagai lokasi
pilihan bagi aktiviti E&E bernilai ditambah tinggi di rantau ASEAN. Kejayaan ini
didorong oleh kemudahan-kemudahan serta inisiatif pelaburan yang ditawarkan
oleh Malaysia. Nilai mata jumlah pelaburan domestik yang terus meningkat ini
mencerminkan iklim ekonomi Malaysia terus berkembang pesat.
Antara negara yang mejadi pelabur utama di Malaysia dalam industri E&E ini
ialah Jepun dengan nilai pelaburan sebanyak RM10,870 juta, diikuti Kesatuan
Eropah (EU) sebanyak RM8,359 juta, Singapura sebanyak RM7,822 juta, China
sebanyak RM4,752 juta, Korea sebanyak RM1,547 juta dan Amerika Syarikat
sebanyak RM1,350 juta. Meskipun dikelilingi kelembapan ekonomi global,
Malaysia berterusan menarik pelaburan Asing yang mengalakkan dalam industri
E&E. Dengan nilai pelaburan asing yang terus meningkat dalam industri E&E
selain disokong oleh industri dan sektor lain telah meletakkan Malaysia sebagai
Negara ke-19 paling berdaya saing dari segi perdaganggan antarabangsa.

5.0 KESTABILAN PASARAN BURUH PENYUMBANG KEPESATAN


INDUSTRI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

7
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

Faktor pemintaan dan penawaran terhadap guna tenaga yang berterusan


dan stabil dalam pasaran buruh di Malaysia telah membawa kepada kepesatan
industri elektrik dan elektronik Negara. Ini kerana guna tenaga yang mencukupi
merupakan foktor kepada perkembangan industri E&E dan memastikan
kelangsungan kemakmurannya. Di Malaysia pasaran buruh yang mengeluarkan
guna tenaga mahir, separa mahir dan kurang mahir terus menjadi antara faktor
penyumbang kepada kepesatan industri E&E.
Faktor terpenting yang mempengaruhi permintaan dan penawaran guna
tenaga ialah peralihan demografi Negara. Penduduk Malaysia pada tahun 2010
alah seramai 28.6 juta orang dan telah meningkat kepada 30.8 juta orang pada
tahun 2015 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016). Walaubagaimanapun, dalam
tempoh Rancangan Malaysia Ke-10, kadar pertumbuhan penduduk berkurang
kepada 1.3% setahun berbanding dengan 1.9% dalam tempoh Rancangan
Malaysia Kesembilan disebabkan penurunan dalam kadar kesuburan kepada
2.1% pada tahun 2015, iaitu bersamaan dengan paras penggantian1. Penurunan
kadar kesuburan ini boleh menghalang keupayaan pasaran buruh untuk membuat
penyesuaian selaras dengan perubahan ekonomi.
Pasaran buruh bagi negara maju seperti Malaysia adalah bercirikan
pemadanan yang cekap antara permintaan dengan penawaran dan pewujudan
sistem sokongan pasaran buruh yang komprehensif. Dalam tempoh Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015 antara kemajuan yang telah dicapai
termasuklah peningkatan peluang pekerjaan dan pengukuhan institusi pasaran
buruh. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020,
beberapa anjakan strategik akan dirangka bagi menambah baik kecekapan
pasaran buruh yang bertujuan meningkatkan produktiviti, menambah baik struktur
upah dan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti; memperkemas
undang-undang perburuhan dan maklumat pasaran buruh; dan mengurus pekerja

1
Paras penggantian ialah kadar kesuburan iaitu pada lazimnya 2.1 anak bagi setiap wanita dalam tempoh umur kesuburannya antara 15 -
49 tahun. Pada paras penggantian, negara mengalami pertumbuhan penduduk sifar. Walau bagaimanapun, momentum penduduk akan
menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk yang positif bagi beberapa tahun

8
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

asing berkemahiran rendah dengan lebih berkesan. Penekanan akan diberikan


bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri dalam ekonomi.
Dalam tempoh RMKe-10, ekonomi mengekalkan guna tenaga penuh 2 .
Kadar pengangguran berkurang daripada 3.3% pada tahun 2010 kepada 2.9%
pada tahun 2015. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada kadar
5.3% dan mewujudkan 1.8 juta pekerjaan baharu. Sebanyak 1.3 juta atau 71.5%
daripada pekerjaan ini dalam sektor perkhidmatan dan 431,000 atau 23.6% dalam
sektor pembuatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2 dibawah. Sektor
pembinaan dan pertanian mencatat sedikit peningkatan iaitu 78,000 dan 11,000
masing-masing. Sementara itu, pewujudan pekerjaan dalam sektor perlombongan
dan pengkuarian telah berkurangan disebabkan pertumbuhan KDNK yang rendah
dalam sektor ini.

Rajah 2 : Menunjukkan Pewujudan Pekerjaan Mengikut Sektor,


Bagi Tahun 2010 - 2010
Sumber: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

2
Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mentakrifkan guna tenaga penuh sebagai kadar pengangguran di bawah 4%.

9
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

6.0 SIGNIFIKAN KADAR INFLASI DALAM INDUSTRI ELEKTRIK DAN


ELEKTRONIK

Pertumbuhan ekonomi dan kestabilan tingkat harga adalah penting untuk


sesebuah negara, begitu juga dengan Malaysia, kedua-dua matlamat ini tidak
boleh dipisahkan. Hubungan inflasi dengan pertumbuhan ekonomi sering
dikaitkan dengan dengan kepesatan pembangunan industri-industri di Malaysia.
Kadar inflasi menyebabkan kos relatif bagi barang modal, maka wujud
berkurangan dalam pembelian barang modal, pelaburan akan berkurang lalu
mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, iaitu wujud hubungan negatif antara inflasi
dan pertumbuhan ekonomi terutama dalam sektor-sektor utama negara. Inflasi
meningkatkan kos memegang wang maka secara langsung meningkatkan
keinginan permintaan aset-aset kewangan dan membawa pertumbuhan (Tobin,
1965). kajian yang dijalankan terhadap hubungan struktur antara inflasi dengan
pertumbuhan ekonomi, didapati bahawa wujud dua keadaan hubungan inflasi
dengan pertumbuhan ekonomi dan pemotongannya adalah pada 8%, dimana
kadar inflasi yang lebih tinggi daripada itu akan menghasilkan hubungan negatif
terhadap pertumbuhan ekonomi (Sarel, 1996). Kadar inflasi yang tinggi memberi
kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi, oleh itu pihak penggubal dasar
harus memastikan wujudnya kestabilan tingkat harga dalam negara, tetapi
persoalannya berapakah nilai ufuk inflasi bagi keadaan di Malaysia dan apakah
kesannya kepada industri E&E di Malaysia?
Berdasarkan Rajah 3 dapat disimpulkan bahawa kadar inflasi di Malaysia
terus kekal stabil. Kesatabilan ini telah menjamin ekonomi Malaysia terus
bertumbuh dan berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi dunia masa
kini. Inflasi yang terus kekal rendah sejak tahun 1991 hingga tahun 2009 adalah
antara faktor penyumbang kepada pertumbuhan industri E&E di negara ini.
Dengan kadar inflasi yang rendah, permintaan dan penawaran terhadap barangan
E&E telah meningkat dan dapat dipasarkan dengn begitu berjaya. Daripada Rajah
3 juga dapat diperhatikan bahawa pada tahun 1997 dan tahun 2009 berlaku sedikit

10
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

kejatuhan dari segi KDNK negara. Ini kerana pada tahun 1997 dan tahun 1998
Malaysia bergelut dengan Krisis Matawang serantau di mana nilai ringgit terus
jatuh dengan tiada tanda-tanda pemulihan. Pada tahun 2009 pula dunia sedang
mengalami tempias daripada nilai Dolar Amerika Syarikat yang terus jatuh akibat
daripada krisis subprime yang berlaku dalam pasaran perbankkan di negara
tersebut.

Rajah 3: Menunjukkan Hubungan Antara Kadar Inflasi Dan Pertumbuhan KDNK


Sumber: Jurnal Kajian UKM Tahun 2010

Kedua-dua keadaan ini telah mempengaruhi ekonomi negara secara


langsung. Berdasarkan kepada penerangan ini dapat disimpulkan bahawa inflasi
juga memainkan peranan yang cukup besar dalam aktiviti ekonomi negara
terutama kepada industri E&E Malaysia.

7.0 PENUTUP

Industri E&E yang merupakan tulang belakang kepada sektor perkilangan

11
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

eksport Negara adalah bahagian penting dalam strategi pertumbuhan ekonomi


jangka panjang Malaysia terutamanya dalam tiga ekosistem utama iaitu teknologi
semikonduktur, solar dan diod pemancar cahaya (LED). Ketiga-tiga industri ini
memiliki prospek pertumbuhan yang cerah kerana didorong peralihan
fundamental dalam corak penggunaan tenaga dan perilaku penguna, di mana
Gartner menjangkakan jualan semikonduktur seluruh dunia akan mencecah
AS$358 billion pada tahun 2017 memandangkan inovasi dalam
application-specific standard products (ASSP) bagi telefon pintar, solid-state
drives (SSD) dan ultramobile, berterusan membangunkan Internet of Thing (IoT).
Malaysia menjangkakan IoT bakal menjadi trend utama seterusnya dalam
industrI E&E. Sekalipun Malaysia pernah menguasai eksport global bagi peralatan
pejabat dan Komputer semasa era kegemilangannya, kebanyakan nilai tambah
adalah dalam pembungkusan dan pemasangan hiliran. Menjelang era IoT,
Malaysia berhasrat mengungguli peranan yang lebih besar dalam segmen huluan
dengan menjadi hub R&D dan custom manufacturing. Sejak 40 tahun yang lalu,
Negara telah membangunkan asas perindustrian bagi keseluruhan rantaian nilai
semikonduktur yang akan menjadi bahagian penting dalam strategi pertumbuhan.
Kaedah dalam meluaskan ekosistem industri E&E telah tersedia di Malaysia
dalam bentuk infrastruktur yang baik, asas perindustrian E&E yang begitu mantap
selain memliki jumlah tenaga kerja yang berbakat untuk penambahbaikan dan
pembaharuan. Projek dalam reka bentuk dan pembaharuan (D&D) dalam industri
E&E telah meletakkan nama Malaysia di peta dunia sebagai antara Negara
pengeluar utama produk berasaskan E&E. Selain daripada itu, dengan bantuan
institusi pendidikan di Malaysia yang membantu menyebarkan ilmu dalam bidang
E&E telah membantu hasrat Negara dalam menjadikan Malaysia sebagai hub
industri E&E di rantau ASEAN. Selain menyebarkan ilmu, institusi pendidikan
dalam menganjurkan inovasi.
Oleh yang demikian, sumbangan industri E&E Malaysia begitu signifikan
terhadap perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dengan jumlah
eksport yang terus meningkat dari tahun ke tahun telah menyumbang kepada
kestabilan dalam Imbangan Pembayaran Negara. Selain daripada nilai eksport

12
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

industri E&E, pelaburan domestik dan pelaburan asing juga turut memainkan
peranan dan menyumbang kepada tingkat ekonomi Malaysia. Dengan kadar
pelaburan asing yang terus meningkat dan stabil telah memastikan Malaysia terus
mengalami pengaliran masuk teknologi dalam industri ini. Aliran masuk teknologi
tinggi yang berterusan hasil dari nilai pelaburan asing telah meletakkan asas
kepada Malaysia sebagai sebuah Negara perindustrian yang baru muncul.
Pasaran buruh Negara yang terus stabil dengan permintaan dan penawaran guna
tenaga yang seimbang telah membawa kepada pertumbuhan industri E&E.
Dengan adanya penawaran guna tenaga mahir, separuh mahir dan kurang mahir
pengeluaran industri E&E telah meningkat dari tahun ke tahun. Ini menbolehkan
Malaysia menguasai pasaran industri ini di dunia terutamanya rantau ASEAN.
Nilai inflasi yang kekal releven juga merupakan faktor penyumpang kepada
kestabilan industri E&E. Tingkat harga penguna yang kekal stabil adalah
penyumbang kepada signifikan inflasi terhadap pertumbuhan dan perkembangan
industri E&E Malaysia.

13
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

BIBLIOGRAFI

Aliya Rosa., Rahmah Ismail., & Noorasiah Sulaiman,. (2012). Globalisation and
Labour Productivity in the Malaysian Manufacturing Sector. Review of
Economics & Finance, 2, 76-86.

Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Laporan Program Transformasi Ekonomi


(ETP), (2012). Kuala Lumpur. Pencetakan National Malaysia Bhd.

Jabatan Perangkaan Malaysia. Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan


Tahunan, pelbagai tahun. Kuala Lumpur. Pencetakan Nasional Malaysia Bhd.

Ishak Yussof & Nor Aini Haji Idris (2009). Dasar dan strategi pembanguan
ekonomi Malaysia: Satu penilaian dalam ekonomi Malaysia ke arah
pembangunan seimbang, disunting oleh Nor Aini Haji Idris dan Ishak Yussof.
Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malaysia (2011). Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015. Kuala Lumpur.


Pencetakan Nasional Malaysia Bhd.

Rahmah Ismail, Nasri Bachtiar, Zulkifly Osman & Zulridah Mohd Noor (2003).
Peranan buruh asing terhadap pertumbuhan output, kesempatan kerja dan
upah dalam sektor pembuatan di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia
37:103-128.

14
Etika Pentadbiran Awam
GMGA 2033
No Matrik 230474

Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur.


Pencetakan Nasional Malaysia Bhd

Malaysia (2011). Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015. Kuala Lumpur.


Pencetakan Nasional Malaysia Bhd.

15

You might also like