You are on page 1of 3

Pandangan Mcintosh mengenai asal usul kaum pribumi Indian di benua Amerika

Utara.

Kaum Indian merupakan suku kaum yang pertama menduduki Amerika. Kependudukan
mereka di Amerika telah berlaku sejak 20 000 tahun lalu. Kaum pribumi Indian terbahagi
kepada pelbagai puak dan puak yang memiliki jumlah terbesar adalah Puak Ponwhatan.
Kaum ini telah sampai ke Amerika kerana mengembara mengikut haiwan buruan lalu
menetap di Amerika. Terdapat 700 bahasa dan setiap puak masing-masing memiliki bahasa
rasmi tersendiri. Misalnya, puak Inca dengan bahasa rasminya Quechua. Kaum pribumi
Indian dilihat agak berbeza dengan kaum-kaum yang lain di Amerika. Hal ini jelas
perbezaannya dalam politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, kaum pribumi Indian
mengamalkan sistem matrilineal/keibuan. Sistem ini lebih mementingkan hak diberikan
kepada isteri berbanding suami. Dalam ekonomi pula, wanita dan lelaki masing-masing
mempunyai tugas tersendiri. Wanita akan bertani, manakala lelaki akan pergi memburu dan
memancing. Kaum ini juga menjalankan kegiatan perdagangan sebagai punca ekonomi.
Kaum ini lebih memilih untuk tinggal di lembah sungai dan kawasan gunung sebagai
petempatan mereka. Di gunung, mereka akan melakukan upacara keagamaan iaitu upacara
Capococha.

Ramai sarjana yang mengutarakan pendapat mengenai asal usul kaum pribumi
Indian. Mcintosh adalah antaranya dan beliau bersetuju bahawa orang pertama yang
menemui masyarakat pribumi Indian adalah Christopher Colombus. Di Amerika, pribumi
Indian bermukim di kawasan jauh ke pedalaman dan jarang berkomunikasi dengan kawasan
luar. Di Amerika Utara, mereka membangunkan permukiman dan mengembangkan budaya
mereka yang sesuai dengan lingkungan mereka. Disitu, mereka mempunyai sistem
organisasi tersendiri mengikut suku kaum masing-masing. Walaubagaimanapun, mereka
jarang berkomunikasi sesama kaum walaupun datang daripada tamadun yang sama.
Perpindahan mereka ke amerika berlaku kerana aktiviti memburu sehingga berjaya
merentasi selat bering. Sampainya di Amerika Utara, mereka mendirikan petempatan dan
berlaku perpecahan akibat daripada bencana alam. Menurut Mcintosh, kaum pribumi Indian
berasal daripada benua asia. Pendapat ini telah disokong oleh beberapa hujah seperti
kedudukan geografi dan terdapatnya persamaan dalam beberapa aspek seperti bahasa,
agama dan kepercayaan, ciri fizikal, perkahwinan, pakaian dan perhiasan.

Persamaan antara kaum pribumi indian dan asia dapat dilihat dalam aspek agama
dan kepercayaan. Kaum pribumi Indian di Utara menganut agama animisme iaitu
mengunakan simbol-simbol sebagai kepercayaan mereka. Anutan mereka tidak sama
dengan kaum pribumi yang berada di amerika tengah dan selatan. Kaum pribumi indian
melakukan upacara pemujaan untuk kesejahteraan hidup. Sebagai contoh, mereka
melakukan penyembahan The Supreme Deity iaitu menyembah roh-roh nenek moyang
untuk mendapatkan perlindungan dan keberkatan. Mereka juga mempercayai konsep God
Of War. Bagi Mcintosh, amalan ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan
masyarakat asia. Hal ini kerana, kaum tongusi di asia juga mengamalkan penyembahan
Supreme Being yang konsepnya dan tujuannya sama seperti mananya upacara The
Supreme Deity kaum pribumi indian Amerika Utara. Malah, kepercayaan terhadap God Of
War juga diamalkan oleh puak Coriack di asia. Persamaan ini memperlihatkan kaum pribumi
indian berasal daripada benua asia.

Asal usul kedatangan kaum pribumi indian juga dapat dikenalpasti melalui ciri fizikal.
Persamaan antara kaum ini dengan kaum di benua asia terdapat pada personaliti, ciri-ciri
dan kulit. Kaum pribumi indian di Amerika Utara mempunyai ciri luaran yang tersendiri
seperti tinggi, tulang pipi yang tinggi, tubuh badan yang kuat, muka bulat, leher panjang,
dahi kecil, bibir tebal dan hidung besar. Kesemua ciri ini adalah sama seperti kaum Tongusi
dan Coriaks yang berada di benua asia. Perkara ini menguatkan lagi pendapat mengenai
asal usul kaum pribumi indian.

Selain itu, aspek bahasa juga boleh dijadikan sebagai petunjuk kepada tempat asal
usul kaum pribumi indian di Amerika Utara. Kaum ini mempunyai 3 jenis bahasa utama iaitu
Huron, Algonquin dan Siouxs. Sumber 3 jenis bahasa ini adalah sama seperti sumber bahasa
yang digunakan oleh kaum Tongusi dan Coriaks. Oleh itu, Mcintosh juga berpendapat
bahawa orang asli amerika dan asia memiliki persamaan dalam kosa kata, tatabahasa dan
lain-lain. Misalnya, sebutan bagi mata bagi kaum pribumi Indian dan Asia adalah sama iaitu
Ne. Bahasa Huron yang dituturkan oleh pribumi indian mengambil bahagian tertinggi dala
penyebutan idiom Asiatic yang sebahagiannya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Asia.

Seterusnya pandangan Mcintosh mengenai asal usul kaum pribumi indian di Amerika
Utara dapat dilihat dalam aspek pemakaian dan perhiasan. Pakaian masyarakat pribumi
indian diperbuat daripada persekitaran. Masyarakat yang berada di iklim panas akan
mengunakan kulit haiwan seperti kerbau untuk dijadikan pakaian. Manakala yang berada di
iklim sejuk mengunakan kulit rusa sebagai pakaian. Namun begitu, terdapat juga kaum ini
yang tidak mengunakan pakaian dengan hanya mencacah lukisan pada badan mereka. Stiap
suku ini mempunyai pakaian yang berbeza yang dapat diketahui melalui perbezaan dalam
corak,warna dan rekaan. Ada juga yang mengunakan perhiasan di kepala dan pengunaan
perhiasan tersebut memiliki maksud tersendiri. Pendapat mengenai kaum ini datang
daripada benua asia diperkukuhkan lagi apabila masyarakat pribumi di asia juga
mewarnakan kulit sepertimana yang dilakukan oleh kaum pribumi indian. Mewarnakan kulit
mempunyai tujuan tersendiri iaitu untuk bersembunyi daripada musuh dan melemahkan
musuh.

Akhir sekali dalam perkahwinan. Seandainya seseorang lelaki kaum pribumi indian
Amerika Utara menyukai dan ingin mengahwini seorang wanita, dia perlu memberikan
hadiah kepada perempuan yang disukainya. Sekiranya wanita itu menerima hadiah
berkenaan, itu beerti lamaran itu diterima. Perkahwinan harus dipersetujui oleh ibu bapa
terlebih dahulu. Setelah berkahwin, pasangan akan membina rumah sendiri sebagai tanda
mendirikan rumah tangga. Namun, jika si isteri telah ditangkap berzina dengan orang lain,
perempuan itu akan diceraikan lalu dihina dengan cara memotong rambut.

Kesimpulannya, kaum pribumi indian dan penduduk di benua asia sememangnya


memiliki banyak persamaan iaitu dari aspek agama, kepercayaan, ciri fizikal, bahasa,
pemakanan, perhiasan dan perkahwinan. Persamaan ini mengukuhkan pendapatkan
Mcintosh mengenai pandangannya mengenai asal usul pribumi indian amerika utara iaitu
daripada benua asia.

You might also like