You are on page 1of 2

Skrip Pengacara Majlis

Bismillahirohmanirrohim, assalamualikum warohmatullahiwabarokatuh,..dan salam sejahtera.

Diminta murid-murid meluruskan barisan. Angkat tangan..(Tunggu)….jatuh tangan…..(Tunggu).

1. Sedikit Pengumuman.

Dijemput semua guru duduk di kerusi yang disediakan sebelum perhimpunan dijalankan.

Perhatian kepada guru bertugas pada minggu ini, diminta berada di belakang barisan pelajar sebelum
perhimpunan rasmi dimulakan. Guru bertugas pada minggu ini ialah,

1………………………………………………………………………………………………………

2………………………………………………………………………………………………………

2. Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..dan salam sejahtera.

Yang berusaha,_______________________________________________________________, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Parit,

Yang dihormati,________________________________________________________________,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang dihormati penolong-penolong kanan, guru-guru, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

3. Guru-guru dan murid-muird sekalian,

Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah,
Lagu Aku Negaraku, dan Lagu Perak Excellent. Semua guru dan murid-murid diminta berdiri tegak
semasa menyanyikan lagu.

4.Seterusnya, majlis menjemput ……………………………………………………………pengawas


bertugas pada minggu ini untuk mengetuai pembacaan ikrar Rukun Negara. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas pembacaan ikrar itu tadi. Guru-guru dan murid-murid dijemput
duduk.
5. Hadirin hadirat yang dimulikan, majlis menjemput guru bertugas pada minggu lepas iaitu,
……………………………………………………………………………………………………
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

6. Hadirin dihormati, majlis diteruskan lagi dengan ucapan (Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong
Kanan Hem, Penolong Kanan Kokurikulum)………………………………………………………….
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

7. Hadirin yang dikasihi, tibalah kita ke acara kemuncak pada pagi ini, ucapan oleh Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Parit ………………………………………………sebagai penutup perhimpunan
rasmi pada pagi ini. Majlis dengan takzimnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha Guru Besar Sekolah kebangsaan Parit atas
ucapan sebentar tadi.

8. Perhimpunan rasmi sudah sampai ke penghujungnya, bagi mengakhiri perhimpunan rasmi pada
pagi ini majlis menjemput wakil pengawas sekolah………………………………………………….
untuk mengetuai pembacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih kepada wakil pengawas sekolah atas pembacaan doa sebentar tadi.

Perhimpunan rasmi berakhir di sini. Guru-guru boleh bersurai dan murid-murid berbaris mengikut
kelas masing-masing dalam keadaan tertib dengan memberi kerjasama kepada pengawas sekolah
melakukan pemeriksaan mingguan.

Pengawas sekolah boleh mengambil tempat sekarang. Pemeriksaan boleh dijalankan sekarang.

Sekian, terima kasih.

You might also like