You are on page 1of 12

LULUHAWA

Konsep luluhawa .

Luluhawa merupakan proses pemecahan, peleraian ,pereputan dan penguraian batuan di


permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu menyebabkan berlakunya perubahan
fizikal atau kandungan kimia batuan oleh agen-agen luluhawa seperti iklim ( suhu, hujan dan fros )
serta biotik (Tumbuhan , haiwan dan mikroorganisma)

Kata kunci ·
Proses pemecahan, pereputan dan penguraian batuan ·
Menyebabkan berlakunya perubahan fizikal atau kandungan kimia batuan ·
Agen-agen luluhawa seperti iklim ( suhu , hujan dan fros ) serta bioti

FAKTOR-FAK TOR YANG MEMPENGARUHI LULUHAWA BATUAN

Faktor Semulajadi

1. Bentuk muka bumi.

Aktif di kawasan bercerun berbanding dengan kawasan yang bentuk muka buminya rata. Batuan di
kawasan bercerun sentiasa terdedah kepada agen-agen luluhawa kerana bahan-bahan regolit yang
terluluhawa tidak kekal lama di kawasan tersebut ( sentiasa dipindahkan oleh agen hakisan seperti
air mengalir, glasier ) .

Sebaliknya di kawasan yang bentuk muka buminya rata, bahan-bahan regolit hasil kegiatan
luluhawa sentiasa melitupi bahagian batuan daripada terdedah dan keadaan ini menyebabkan
kegiatan luluhawa terganggu.

Cerun yang menghadap angin lazim akan menerima jumlah hujan tahunan yang lebat berbanding
cerun yang membelakangi arah tiupan angin. Hujan yang lebat akan menggalakkan berlakunya
luluhawa kimia di kawasan cerun yang mengadap angin lazim tersebut tersebut.

1
2. Iklim

Unsur-unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa ialah suhu, bahangan matahari, hujan dan fros.

( a ) Bahang matahari dan suhu

Mempengaruhi kegiatan luluhawa sama ada luluhawa kimia ataupun luluhawa fizikal/mekanikal. Di
kawasan gurun panas julat suhu harian yang tinggi menyebabkan berlakunya luluhawa
fizikal/mekanikal melalui proses pengembangan dan pengecutan. Pada waktu siang bahang matahari
yang diterima di kawasan gurun panas adalah tinggi menyebabkan suhunya tinggi (lebih daripada
40⁰ C ) dan keadaan ini menyebabkan batuan di kawasan tersebut mengembang. Pada waktu malam
suhu di kawasan ini jatuh secara mendadak ( kurang daripada 10⁰ C ).Penurunan suhu secara
mendadak ini menyebabkan batuan di kawasan tersebut mengecut. Proses kembang-kecut yang
berlaku secara berulangkali dalam tempoh yang lama menyebabkan batuan di kawasan tersebut
mengelupas dan akhirnya pecah.

Suhu juga mempengaruhi kegiatan luluhawa kimia khususnya di kawasan tropika lembab. Suhu yang
sentiasa tinggi sepanjang tahun ( purata 27 ⁰C ) menyebabkan kegiatan luluhawa kimia
aktif sepanjang tahun. Menurut Van Den Hof setiap kenaikan suhu sebanyak 1 ⁰C akan
meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10 %.

( b ) Hujan

Membekalkan sumber air untuk sebarang proses luluhawa. Semua proses luluhawa kimia seperti
larutan, pengkarbonan, penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis memerlukan air untuk tindak
balas kimia. Hujan yang lebat di kawasan tropika lembap ( melebihi 2000 mm ) menyebabkan proses
luluhawa kimia berlaku dengan pesat di kawasan tersebut.

( c ) Fros

Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan, fros amat berkesan untuk
memecahkan batuan di kawasan tersebut dalam bentuk luluhawa fizikal. Pada waktu siang air hujan
akan memasuki rekahan batuan di kawasan tersebut dan pada waktu malam apabila suhu jatuh di
bawah takat beku air yang terdapat dalam rekahan tersebut akan membeku. Apabila air dalam
rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahan tersebut telah mengembang sebanyak 10 %
daripada isipadu asalnya. Pengembangan ini akan menyebabkan tekanan yang kuat pada dinding
rekahan batuan yang berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi besar. Proses beku dan cair akan
berlaku secara berulangkali sehingga batuan tersebut akhirnya pecah.

3. Jenis batuan.

Batuan yang berbeza mempunyai daya ketahan yang berbeza terhadap luluhawa. Batuan yang
lembut daripada jenis enapan seperti batu kapur dan batu pasir lebih mudah terluluhawa misalnya
melalui proses larutan dalam luluhawa kimia. Batuan yang lebih keras seperti feldspar dan kuarza
lebih tahan terhadap luluhawa sama ada luluhawa kimia atau fizikal. Ketahanan sesuatu batuan itu
terhadap luluhawa bergantung kepada kandungan mineral, warna dan struktur rekahan yang
terdapat pada batuan tersebut.

2
(a ) Kandungan mineral Ketahanan mineral yang terdapat dalam batuan terhadap luluhawa adalah
berbeza-beza. Batuan yang mengandungi bahan yang boleh menyerap air akan mengalami luluhawa
kimia melalui tindakan penghidratan. Antara kandungan kimia batuan yang biasanya mengalami
penghidratan ialah kalsium sulfat ( anhidrit ), feldspar dan mika. Batuan yang mengandungi banyak
sebatian besi ( ferum ) akan mudah terluluhawa melalui tindakan pengoksidaan.

( b ) Warna batuan Batuan yang berwarna gelap biasanya mengalami tindakan luluhawa yang lebih
giat kerana lebih banyak menyerap dan menyimpan haba bahang matahari berbanding batuan yang
berwarna cerah yang kurang menyerap dan menyimpan haba. Contoh batuan gelap ialah gabro,
olivin, augit dan biotit menyerap lebih banyak bahang daripada matahari berbanding batuan yang
mempunyai permukaan yang lebih cerah seperti felsfar, kuarza, dan muskovit yang lebih
memantulkan balik sebahagian bahang matahari yang diterimanya.

( c ) Struktur rekahan Struktur retakan dan rekahan yang wujud di permukaan batuan akan
memudahkan air dan hablur ais ( fros ) bertindak ke atas batuan tersebut. Proses beku dan cair (
pengembangan ) yang berlaku dalam struktur rekahan batuan menyebabkan rekahan tersebut
bertambah membesar dan akhirnya pecah kerana isipadunya bertambah sebanyak 10 %. Struktur
retakan dan rekahan pada permukaan batuan juga penting dalam menggalakkan berlakunya
luluhawa kimia ke atas batuan. Apabila berlakunya hujan, air hujan tersebut akan masuk ke dalam
rekahan tersebut dan berlakulah tindakan luluhawa kimia secara pengkarbonan dan larutan seperti
mana yang berlaku ke atas batu kapur.

4.Tumbuh-tumbuhan.

Tumbuh- tumbuhan membekalkan asid, gas-gas dan sebatian kimia bagi mempercepatkan tindakan
balas kimia terhadap batuan. Contoh karbon dioksida yang dilepas ke udara akibat pepeluhan
tumbuhan akan dilarutkan oleh air hujan lalu membentuk asid karbonik lemah. Asid karbonik lemah
ini amat sangat diperlukan dalam proses pengkarbonan, dan larutan yang bertindak balas dengan
batuan seperti batu kapur dan dolomit. Tumbuhan juga membantu dalam proses luluhawa
fizikal. Pembesaran akar-akar tumbuhan boleh meretak dan memecahkan sesuatu batuan. P. Birot
( 1966 ), menjelaskan bahawa akar-akar pokok yang lebarnya 10cm dan satu meter panjang apabila
memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar akan berupaya untuk
menggerakkan satu bongkah batuan seberat 10 tan.

5. Tindakan hidupan dalam tanah.

Tindakan hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak langsung dapat
membantu kegiatan luluhawa. Hidupan dalam tanah sentiasa melonggarkan sruktur tanah dengan
mengorek lubang dan memindahkan tanah ke permukaan. Apabila berlakunya hujan air akan masuk
jauh ke dalam tanah melalui lubang-lubang ini dan kesannya luluhawa akan berlaku jauh ke dalam
tanah.

3
6. Mikroorganisma .

Terdapat mikroorganisma daripada jenis kulat, yang hidup di atas batuan akan mengeluarkan asid
organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu
mempercepatkan tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut.

7. Faktor Masa

Batuan yang lebih keras seperti batu daripada kumpulan igneus memerlukan masa yang lebih lama
untuk terluluhawa berbanding batuan lemah dan lembut daripada kumpulan enapan.

8.Aktiviti manusia.

Aktiviti manusia seperti menjalankan aktiviti pertanian dapat mendedahkan batuan di dalam tanah
melalui aktiviti membajak tanah.

JENIS-JENIS LULUHAWA

Luluhawa batuan secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

1. luluhawa mekanikal/ fizikal,


2. luluhawa kimia / dalaman,
3. luluhawa biologi

LULUHAWA FIZIKAL

Konsep luluhawa fizikal Luluhawa mekanikal/fizikal merupakan proses pemecahan , penghancuran,


pereputan dan penguraian / peleraian batuan induk di permukaan bumi atau hampir permukaan
bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa fizikal seperti iklim ( suhu, hujan dan fros ) serta biotik
(mikroorganisma, tumbuhan dan haiwan) dengan tanpa mengubah kandungan kimia batuan.

Kata kunci ·
 Proses pemecahan, penghancuran, pereputan dan penguraian /peleraian batuan ·
 Agen-agen luluhawa mekanikal/fizikal seperti iklim ( suhu , hujan dan fros )
serta biotik (mikroorganisma, tumbuhan dan haiwan)·
 Tanpa mengubah kandungan kimia batua

4
PROSES LULUHAWA FIZIKAL

1. Pengembangan hablur garam.

Proses ini berlaku secara meluas di kawasan gurun panas. Pemanasan matahari yang melampau
di kawasan ini menyebabkan air di bawah tanah ditarik ke atas oleh daya rerambut ( capillary force )
dan tersejat ke permukaan. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam akan tertinggal di dalam
rongga atau retakan batuan ( batu pasir ). Proses sejatan yang berterusan akan menyebabkan
kuantiti hablur garam dalam rongga atau rekahan batuan bertambah dan mengembang . Tekanan
yang diwujudkan oleh pertambahan kuantiti hablur garam ini akan menyebabkan batuan tersebut
tersepai.

2. Tindakan fros.

Tindakan Fros yang berulang Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan,
fros amat berkesan untuk memecahkan batuan di kawasan tersebut dalam bentuk luluhawa fizikal.
Pada waktu siang, air hujan yang memasuki rekahan batuan di kawasan tersebut dan pada waktu
malam apabila suhu jatuh di bawah takat beku air yang terdapat dalam rekahan tersebut akan
membeku. Apabila air dalam rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahan tersebut telah
mengembang sebanyak 10 % daripada isipadu asalnya. Pengembangan ini akan menyebabkan
tekanan yang kuat pada dinding rekahan batuan yang berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi
besar. Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan tersebut akhirnya
pecah. Tindakan fros ini akan menghasilkan serpihan yang bersegi-segi dan serpihan batuan itu
akan terkumpul di kaki gunung sebagai talus.

5
4. Pelepasan tekanan
Pelepasan tekanan merujuk kepada proses pengurangan tekanan pada batuan. Semasa
bongkah batuan tersebut tertanam di dalam bumi , tekanan batuan yang terletak di atasnya
menyebabkan bongkah batuan tersebut berada dalam keadaan kecut. Apabila tanah lapisan
atas batuan tersebut di hakis oleh agen-agen hakisan menyebabkan batuan tersebut
terdedah ke permukaan bumi. Proses pendedahan ke permukaan bumi ini dikenali sebagai
pelepasan tekanan. Pendedahan ini menyebabkan batuan tersebut mengembang akibat
daripada tekanan yang berkurangan. Batuan ini kemudiannya merekah dan retak. Proses
pengembangan yang berterusan akan menyebabkan kepingan-kepingan besar batuan akan
terpisah daripada batuan induk. Proses pelepasan tekanan ini biasa berlaku ke atas batuan
igneus seperti granit.

5. Tindakan basah dan kering Berkesan di kawasan tropika yang mengalami musim hujan dan
kering yang nyata. Semasa musim hujan batuan akan basah dan mengembang manakala
semasa musim kering sejatan akan berlaku ke atas batuan tersebut menyebabkan batuan
tersebut mengecut. Proses basah dan kering yang berlaku secara yang berulang dalam
tempoh tertentu akan menyebabkan batuan tersebut merekah dan akhirnya pecah. Gambar
menunjukkan batuan yang mengalami kelupasan Proses basah kering juga berlaku di
kawasan pinggir laut tropika lembap. Semasa air pasang batuan di kawasan pinggir pantai
akan basah dan mengembang manakala semasa air laut surut batuan pinggir pantai akan
terdedah kepada pancaran matahari yang terik menjadikannya kering semula. Proses basah
kering ini akan berlaku secara berulangkali dan akhirnya menyebabkan batuan pinggir pantai
merekah dan kemudiannya pecah dan relai.

6. Tindakan Kembang- kecut .

Luluhawa Akibat Perubahan Suhu Yang Berulang Tindakan kembang dan kecut berlaku
panas. Di kawasan gurun panas julat suhu hariannya sangat besar. Pada waktu siang
pemanasan oleh matahari ( suhu tinggi ) menyebabkan lapisan luar batuan mengembang
lebih cepat daripada bahagian dalam batuan tersebut. Sebaliknya pada waktu malam suhunya
rendah menyebabkan lapisan luar batuan menyejuk dan mengecut lebih cepat
daripada bahagian dalam bataun tersebut. Proses ini kembang –kecut akan berlaku secara
berulang-ulang dan keadaan ini menyebabkan bahagian luar batuan akan merekah dan pecah
secara mengelupas lapisan demi lapisan.

LULUHAWA KIMIA

Konsep luluhawa kimia Luluhawa kimia merupakan proses pemecahan, penghancuran, pereputan
dan penguraian batuan induk di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh
agen-agen luluhawa kimia seperti iklim ( suhu, dan hujan ) serta biotik(tumbuhan, haiwan dan
mikroorgsnisma ) dengan mengubah kandungan kimia batuan.

6
Kata kunci ·
 Proses pemecahan, penghancuran, pereputan dan penguraian batuan ·
 Agen-agen luluhawa kimia seperti iklim ( suhu dan hujan ) serta biotik(mikroorganisma,
haiwan dan tumbuhan) ·
 Mengubah kandungan kimia batuan

PROSES LULUHAWA KIMIA

1. Hidrolisis

Hidrolisis merupakan satu proses kimia yang melibatkan tidak balas antara mineral ( galian ) yang
terdapat dalam batuan dengan air lalu menyebabkan mineral tersebut menjadi lemah. Contoh
tindak balas antara air dengan bahan mineral dalam batu granit iaitu felsfar dan mika. Melalui proses
hidrolisis ini felsfar telah membentuk tanah liat putih yang dikenali sebagai kaolin. Kaolin banyak
terdapat di kawasan batuan granit di kawasan tropika lembap.

2.Penghidratan .

Penghidratan ( hydration ) berlaku apabila bahan mineral yang terdapat dalam batuan telah
menyerap air lalu mengubah bahan mineral tersebut kepada bahan mineral yang baru. Contoh
bahan mineral anhidrit atau kalsium sulfat yang bertindak balas dengan air dan kemudian
menyerapnya lalu membentuk mineral baru yang dikenali sebagai gipsum. Melalui proses
penghidratan bahan mineral yang terdapat dalam batuan bukan sahaja berubah daripada segi
kandungan kimia malah melibatkan perubahan isipadu.

3. Pengoksidaan

Pengoksidaan ialah proses tindak balas antara mineral batuan dengan air dan oksigen yang
terdapat dalam udara. Proses pengoksidaan paling giat berlaku terhadap batuan yang mengandungi
mineral besi (ferum ) lalu melemahkan struktur batuan tersebut. Batuan daripada kumpulan igneus
yang mengandungi banyak kandungan besi seperti besi sulfida ( pirit ), ferus oksida( magnetit ) dan
feromagnesium ( mika dan hornlend ) apabila terdedah kepada air dan oksigen di udara akan
bertukar warna kepada keperangan dan sifat kimianya. Proses pengoksidaan kerap berlaku di
kawasan tropika lembap di mana batuan yang mengandungi besi yang terluluhawa telah
menghasilkan tanih laterit.

4. Larutan.

Larutan ialah proses di mana mineral yang terdapat dalam batuan akan menjadi cair apabila
bertindak balas dengan air. Larutan biasanya berlaku ke atas batuan yang mudah larut seperti batu
kapur dan dolomit. Bentuk muka bumi Batu Kapur akibat Luluhawa Kimia Air hujan atau asid
karbonik telah melarut permukaan batu kapur tersebut lalu menghasilkan larutan kalsium
bikarbonat .

7
5. Pengkarbonan .

Proses pengkarbonan berlaku apabila bahan mineral yang terdapat dalam batuan bertindak balas
dengan karbon dioksida di udara dan air hujan atau asid karbonik. Contoh tindak balas antara
kalsium karbonat yang terdapat dalam batu kapur dengan air hujan atau asid karbonik akan
menghasilkan kalsium bikarbonat. Proses ini kerap berlaku di kawasan batu kapur dengan
membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang menarik.

FAKTOR- FAKTOR LULUHAWA KIMIA / DALAMAN DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP.

(a ) Hujan

Membekalkan sumber air untuk tindak balas kimia dalam semua proses luluhawa kimia seperti
larutan, pengkarbonan, penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis. Hujan yang lebat di kawasan
tropika lembap ( melebihi 2000 mm )dan turun sepanjang tahun mengalakkan proses luluhawa
kimia berlaku dengan pesat di kawasan tersebut.

( b ) suhu Mempengaruhi kadar luluhawa kimia khususnya di kawasan tropika lembab. Suhu yang
sentiasa tinggi sepanjang tahun ( purata 27º C ) menyebabkan kegiatan luluhawa kimia aktif
sepanjang tahun. Menurut Van Den Hof setiap kenaikan suhu sebanyak 1 ºC akan meningkatkan
keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10.

( c ) Peranan tumbuh-tumbuhan Tumbuh-tumbuhan yang banyak di kawasan tropika lembap


membekalkan bahan-bahan organik melalui pereputan ranting-ranting atau daun-daun yang gugur.
Bahan-bahan organik yang mereput akan menghasilkan asid organik seperti asid humik dan asid
fulvik yang bertindak balas terhadap batuan di samping membantu mempercepatkan tindak balas
kimia terhadap batuan.

( d ) Hidupan dalam tanah dan mikroorganisma Iklim di kawasan tropika lembap yang panas dan
lembap sepanjang tahun menggalakkan pembiakan hidupan dalam tanah seperti cacing dan tikus
yang membantu melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang dan memindahkan tanah ke
permukaan. Apabila berlakunya hujan, air dan gas-gas tertentu akan masuk jauh ke dalam tanah
melalui lubang-lubang tersebut dan kesannya luluhawa kimia akan berlaku jauh ke dalam tanah.
Mikroorganisma jenis kulat yang hidup di kawasan tropika lembap mengeluarkan asid organik
yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu mempercepatkan
tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut.

8
BENTUK MUKA BUMI HASIL TINDAKAN LULUHAWA KIMIA

1. Pandang darat batu kapur ( karst ).

Pandang darat batu kapur ( karst ) merupakan bentuk muka bumi paling biasa ditemui di kawasan
tropika lembap hasil daripada tindakan luluhawa kimia atau dalaman. Terhasil melalui tindakan
luluhawa kimia melalui proses larutan dan pengkarbonan. Tindak balas antara kalsium karbonat
yang terdapat dalam batu kapur dengan air hujan ( asid karbonik ) akan menghasilkan kalsium
bikarbonat lalu membentuk muka bumi di kawasan gua batu kapur yang mengandungi stalatktit,
stalakmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah dan sebagainya. Contoh gua yang mempunyai bentuk
muka bumi batu kapur ( karst )ialah Gua Niah dan Mulu di Sarawak,dan Batu Caves di Selangor.

2.Pembentukan tanah laterit.

Kewujudan tanah laterit berkait rapat dengan proses pengoksidaan dalam luluhawa kimia. Batuan
igneus yang mengandungi banyak kandungan besi seperti besi sulfida ( sulferit ), ferus oksida (
magnetit ) dan feromagnesium ( mika dan hornlend ) apabila terdedah kepada air dan oksigen di
udara akan bertukar warna kepada keperangan dan sifat kimianya.

3.Pembentukan tanah liat putih ( kaolin ) .

Tanah liat putih ( kaolin ) adalah hasil tindakan luluhawa kimia melalui proses hidrolisis. Mineral (
galian ) yang terdapat dalam batuan akan menyerap air dan bertindak balas dengannya lalu
menyebabkan mineral tersebut menjadi lemah. Contoh tindak balas antara air dengan mineral
dalam batu granit iaitu felsfar telah membentuk tanah liat putih yang dikenali sebagai kaolin.

4. Pembentukan tors dan bornhard.

Tors merujuk kepada tunggul-tunggul sisa yang telah mengalami proses gondolan sama ada oleh
luluhawa dan hakisan. Luluhawa kimia yang bertindak mereput dan menguraikan struktur batuan
bukit yang kemudiaan dihakis dan diangkut ke tempat lain oleh air yang mengalir. Sisa-sisa batuan
keras yang tahan kepada luluhawa dan hakisan akan tertinggal dalam bentuk bonjolan dikenali
sebagai tors. Bentuk muka bumi tors banyak terdapat di kepulauan Sulawesi dan cerun Banjaran
Titiwangsa di Malaysia. Bornhard pula merujuk kepada tonjolan-tonjolan batuan yang timbul dari
dalam bumi setelah batuan di sekitar kawasan tersebut terluluhawa dan kemudiaannya di hakis dan
diangkut oleh air. Bonjolan ini akan timbul dipermukaan bumi dan dikenali sebagai bornhard.

5.Terdapatnya bahan regolit yang tebal.

Regolith merujuk kepada lapisan tanah di bahagian atas permukaan bumi yang longgar atau peroi
akibat aktiviti luluhawa kimia di kawasan tersebut. Semakin tebal lapisan ini menunjukkan semakin
aktif luluhawa kimia di kawasan tersebut. Kajian yang dijalankan di Hong Kong mendapati regolith
setebal 60 meter ditemui di kawasan tersebut ,manakala di hutan hujan tropika di Kepulauan
Borneo menjumpai lapisan regolith setebal antara 50-100 meter. Keadaan ini menunjukkan bahawa
di kawasan-kawasan tersebut kegiatan luluhawa kimia berlaku jauh ke dalam bumi.

9
LULUHAWA BIOLOGI

Konsep luluhawa biologi

Luluhawa biologi merupakan proses pereputan ,penguraian dan pemecahan batuan di permukaan
bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa biotik seperti ( tindakan
akar tumbuhan, lumut, kulampair dan hidupan dalam tanah seperti cacing dan tikus) ,
mikroorganisma (seperti bakteria dan fungi ) dan aktiviti manusia( seperti pertanian, perlombongan
dan pembinaan)

Kata kunci
 Proses pemecahan, pereputan ,penguraian dan penghancuran batuan
 agen-agen luluhawa biotik seperti tindakan akar tumbuhan, lumut, kulampair dan
hidupan dalam tanah seperti cacing , tikus dan mikroorganisma seperti bakteria dan fungi
dan aktiviti manusia seperti pertanian , perlombongan dan pembinaan.

PROSES LULUHAWA BIOLOGI

( a ) Tindakan akar tumbuh-tumbuhan .

Pembesaran akar-akar tumbuhan khususnya akar tunjang boleh meretak dan memecahkan sesuatu
batuan. Akar tumbuhanapabila memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar
secara perlahan-lahan akan berupaya untuk batuan yang terdapat di kawasan tersebut. Proses ini
juga dikenali sebagai bajian akar.

( b ) Tindakan haiwan dalam tanah.

Hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak langsung dapat membantu
kegiatan luluhawa. Hidupan dalam tanah melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang dan
memindahkan tanah ke permukaan. Lubang-lubang yang diwujudkan oleh haiwan ini
membolehkan air hujan dan gas-gas tertentu jauh ke dalam tanah kesannya luluhawa akan berlaku
jauh ke dalam tanah.

10
( c ) Mikroorganisma .

Tumbuhan daripada jenis kulat, yang hidup di atas batuan akan mengeluarkan asid organik yang
boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu mempercepatkan tindakan
luluhawa ke atas batuan tersebut.

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI TINDAKAN LULUHAWA KEPADA AKTIVITI MANUSIA

( a ) Kegiatan pertanian

bahan regolith yang tebal

subur untuk kegiatan pertanian

tanah laterit – sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

( b ) Kegiatan perindustrian - Tanah liat ( kaolin ) – industri tembikar -


Batuan Kapur untuk industri Simen.

( c ) Kegiatan pelancongan - Pandang darat karst – Pemandangan yang menarik dan unik

11
12

You might also like