You are on page 1of 1

Majlis Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2016

Selasa, 15 November - Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum SK Taman Putra Perdana


telah berlangsung dengan jaya dan gemilangnya. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua
PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian.

Majlis khas ini diadakan bertujuan untuk menghargai semua murid atas kecemerlangan
mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Majlis ini merupakan satu
pengiktirafan kepada murid yang terlibat dengan setiap penyertaan di luar sekolah samada
dalam ko-akademik mahupun kokurikulum. Selain daripada itu, turut diberi penghargaan
ialah murid-murid yang berkhidmat dalam sekolah iaitu Pengawas, Pengawas Pusat Sumber,
Pembimbing Rakan Sebaya, Sahabat PPDa, Ketua dan Penolong Kelas. Penghargaan juga
diberikan kepada murid-murid kehadiran penuh dan juga kelas terbersih. Guru-guru yang
membimbing dan melatih murid juga turut dirai sebagai tanda menghargai jasa dan
sumbangan yang telah diberikan. Pihak sekolah juga memberi penghargaan kepada Encik
Amar bin Muhamed Ali selaku jurulatih luar pasukan bola sepak sekolah ini. Acara
kemuncak dalam majlis ini ialah penyampaian Anugerah Nilam, Anugerah Khas
Kecemerlangan Kokurikulum dan Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik 2016.

You might also like