You are on page 1of 19

1ST INTERNATIONAL EDUCATION POSTGRADUATE SEMINAR (IEPS 2014)

MENINGKATKAN PRESTASI DALAM METEMATIK


TAMBAHAN MELALUI KEMAHIRAN
PENAAKULAN DALAM KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT
Mohamad Nizam Arshad
pidahnzam@yahoo.com
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.

Mohd Salleh Abu


salleh@.utm.my
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.

Abdul Halim Abdullah


p-halim@.utm.my
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.

Mahani Mokhtar
p-mahani@.utm.my
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.

Noor Azean Atan


azean@.utm.my
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan bagaimana murid boleh


meningkatkan potensi pencapaian di dalam Matematik Tambahan
khususnya tajuk Pembezaan dengan menguasai Kemahiran Penaakulan
daripada tinjauan literatur . Berasaskan kepada Teori Konstruktivisme,
beberapa model penaakulan ditunjukkan yang boleh meningkatkan tahap
2

Kemahiran Penaakulan murid. Kertas kerja ini juga membincangkan


sama ada terdapat hubungan yang signifikan kemerosotan pencapaian
pelajar dalam TIMSS dan juga Matematik Tambahan adalah disebabkan
oleh soalan tidak rutin yang memerlukan kemahiran penaakulan yang
baik untuk menyelesaikan soalan tersebut. Turut dibincangkan adalah
impikasi dan juga kesimpulan kepada kepentingan menguasai kemahiran
penaakulan seperti yang dihasratkan dalam PPPM2013-2025.

Keywords: Kemahiran penaakulan , Konstruktivisme

1.1 PENGENALAN

Pada bulan Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah


melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara
menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang baharu. Ia adalah
bagi mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan
abad ke-21. Di sini, guru perlu mempunyai kebolehan
membangunkan keupayaan murid membuat refleksi secara kritikal,
menaakul secara empirical, cerdas berfikir secara kolektif dan
mempunyai kemahiran yang baik dalam metakognitif (Cookson Jr,
2009).

Isu pencapaian akademik murid menjadi fokus utama dan


hangat diperkatakan dalam kalangan ibu bapa, guru dan masyarakat
keseluruhannya. Di Malaysia, ukuran kejayaan sesebuah organisasi
pendidikan adalah berdasarkan kepada pencapaian murid dalam
bidang akademik. Pencapaian murid dalam peperiksaan awam
menjadi indikator kepada keberkesanan pengurusan sesebuah
organisasi pendidikan. Pencapaian matematik murid adalah perkara
yang sangat penting di sekolah menengah (Noraini, 2002).

Bagi mencapai hasrat KPM ini, salah satu cabaran yang


perlu ditangani oleh guru dalam pengajaran matematik ialah
memastikan murid-muridnya mempunyai kemahiran penaakulan
yang baik (Noor Shah Saad at-all, 2014). Penaakulan Matematik
Meningkatkan Prestasi Dalam Matematik Tambahan Melalui Kemahiran
Penaakulan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 3

merupakan satu aspek yang sangat penting dalam bidang matematik


dimana ianya merupakan asas yang penting untuk mempelajari ilmu
matematik itu dengan lebih berkesan di mana ia berasaskan pada
logik dan seterusnya membimbing minda dalam membuat
kesimpulan dan keputusan yang tepat (KPM, 2011). Kemahiran
Penaakulan amat penting dalam menggalakkan murid berfikir lebih
sistematis, analitis, kritis dan logik, berkemahiran menyelesaikan
masaalah, berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan matematik
dalam kehidupan sebenar ( Noor Shah Saad & Uzi, 2013). Perkara
yang paling asas dalam mantik ialah pentakrifan. Takrif menentukan
maksud dan sempadan (Mat Rofa Ismail, 2004). Maka dalam
konteks matematik, murid perlu mahir menggunakan unsur mantik
yang asas dalam penghujahan dan pembuktian matematik.

Pencapaian matematik selalunya dilihat sebagai faktor utama


bagi memastikan kejayaan murid dalam persekolahan (BPK, 2012).
Sehingga kini, pencapaian matematik tambahan masih pada tahap
yang tidak memberangsangkan dan membanggakan. Pencapaian
Dasar 60:40 Kementerian Muridan Malaysia yang mensasarkan
60% murid dalam aliran Sains dan Teknologi di sekolah menengah
atas masih pada tahap yang rendah. Pada tahun 2004, murid aliran
Sains dan Teknologi hanya 43.18% dan ini menunjukkan murid
masih gagal menguasai matematik dengan baik memandangkan
syarat pemilihan ke aliran Sains dan Teknologi memerlukan asas
matematik yang baik (Arsaythamby, 2006).

Pembezaan adalah tajuk terakhir dalam silibus matematik


tambahan tingkatan empat. Pembezaan merupakan set kepada tajuk
tajuk yang lain dalam matematik tambahan (KPM, 2012). Ini adalah
kerana murid perlu terlebih dahulu mempelajari komponen algebra,
geometri, statistik dan trigonometri terlebih dahulu sebelum
mempelajari komponen kalkulus supaya penguasaan dalam
komponen tersebut akan membolehkan murid menguasai komponen
kalkulus dengan baik (KPM, 2012).

Topik pembezaan adalah antara konsep matematik yang


4

bersifat analikal dimana murid perlukan kemahiran penaakulan yang


sangat tinggi untuk menguasai topik pembezaan seperti yang
dihasratkan oleh KPM, 2012. Di samping itu penyelidik melihat
kelemahan murid dalam bidang teknologi, kejuruteraan, sains dan
matematik apabila berada di institusi pengajian tinggi awam dan
swasta adalah disebabkan oleh faktor kelemahan matematik
tambahan pada peringkat asas khususnya kalkulus (pembezaan dan
pengamiran), (Ahmad Fauzi Mohd et all., 2006; Titiuk Khwa dan
Bibi (2000) ; Siew ting dan Yudarian, 2000) . Jadi jelaslah disini
bahawa perlunya pendekatan pengajaran konvesional yang
diamalkan oleh guru sekarang ini yang menekankan kepada
berpusatkan murid diubah kepada PdP yang lebih efektif dengan
berpusatkan kepada murid. Maka, kemahiran penaakulan secara
logikal seharusnya diserapkan ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran harus berfokuskan ke arah pembinaan pengetahuan
dan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi (KPM, 2012).

1.2 TINJAUAN LITERATUR

Matematik di peringkat tinggi melibatkan banyaknya konsep seperti


algebra, abstrak dan memerlukan penaakulan logik formal selain
fakta, konsep dan aplikasi (Ahmad Fauzi Mohd et all, 2006). Jika di
lihat kepada soalan-soalan matematik TIMSS dan PISA, hampir
keseluruhan soalan berbentuk bukan rutin yang menguji aras
pemikiran pelajar secara tidak langsung. Hanyak sebanyak 35%
sahaja domain kognitif dan selebihnya adalah domain aplikasi(40%)
dan penaakulan (25%). Ini menunjukkan bahawa murid-murid di
Malaysia gagal menguasai dua komponen utama ini jika dilihat
dalam laporan TIMMS (2011) dimana Malaysia hanya mampu
menduduki tempat yang ke 52 pada tahun 2010. Dapatan kajian ini
secara tidak langsung menunjukkan bahawa murid sebenarnya
masih berfungsi pada tahap penaakulan yang lebih rendah daripada
tahap penaakulan yang diperlukan dalam matematik khususnya
matematik tambahan seperti yang di hasratkan dalam PPPM 2013-
2025 (KPM, 2013)
Meningkatkan Prestasi Dalam Matematik Tambahan Melalui Kemahiran
Penaakulan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 5

Pelbagai faktor penyebab telah dikemukakan oleh pakar


dalam bidang penyelidikan bagi menerangkan kemerosotan dan
permasalahan pembelajaran Matematik Tambahan. Faktor utama
yang menyebabkan kemerosotan dalam Matematik Tambahan ialah
tekanan peperiksaan yang secara tidak langsungnya menghalang
penggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) (Zohar, 2008;
Zawojewski & McCarthy, 2007; Craft, 2005; Maisuria, 2005;
Hayes, 2004). Guru dilihat kurang memberi peluang kepada murid
untuk membina kefahaman secara konstruktif dan membuat
penerokaan sendiri.

Antara lain kemerosotan Matematik Tambahan ialah


ketidakseragaman pendekatan pengajaran yang diterima dengan
keperluan dan gaya pembelajaran murid dimana murid tidak tahu
belajar dengan cara yang berkesan (Rohani, 1993). Guru sendiri
sebenarnya masih tercari-cari pendekatan yang sesuai dalam
pengajaran mereka dan disebabkan faktor inilah murid tidak dapat
menguasai matapelajaran tersebut. Jadi bagi mengatasi masalah
kemerosotan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar, guru
sebagai golongan perlaksana di sekolah haruslah memupuk
kemahiran berfikir di kalangan murid dimana dalam PPPM 2013-
2025, 60% soalan peperiksaan SPM berbentuk terbuka dan
memerlukan pemikiran kritikal bagi menguji kemahiran berfikir,
kemahiran penaakulan, kreativiti, sintesis dan berhujah.

1.2.1 Kemahiran Penaakulan Dalam Pembelajaran Matematik

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang


bakal dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2017, unsur seperti
kemahiran berfikir secar kreatif dan kritis, logik dan kemahiran
berfikir pada aras tinggi yang menjadi keutamaan dalam kurikulum
tersebut bagi semua mata pelajaran secara amnya dan kurikulum
matematik secara khususnya (KPM, 2012). Kementerian
6

Pendidikan Malaysia telah mendefinisikan KBAT sebagai keupayaan


untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalaam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(BPK), 2014. KBAT bukanlah sesuatu yang baru dalam sistem
pendidikan negara kerana ia adalah kesinambungan kepada
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) yang di
lancarkan oleh kementerian pada 1994
Meningkatkan Prestasi Dalam Matematik Tambahan Melalui Kemahiran
Penaakulan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 7

Jadual 1 Perbezaan antara KBKK dan KBAT (KPM, 2013)

Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


kritis (KBKK) (KBAT)
 KBKK memberi fokus  Inisiatif KBAT adalah
kemahiran berfikir aras rendah kesinambungan kepada
hingga aras tinggi dalam inisiatif KBKK.
membuat refleksi.  Memberi fokus kepada
 Fokus adalah kepada kemahiran berfikir aras
kurikulum dan pedagogi. tinggi iaitu mengaplikasi,
o Elemen KBKK di menganalisis, menilai dan
tulis secara tersirat mencipta.
dan merentas  Melibatkan aplikasi
kurikulum. pengetahuan, kemahiran
o Guru diberi latihan dan nilai yang memerlukan
murid membuat keputusan
dan menyelesaikan
masalah, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu.
 Merupakan satu proses
kitaran dari arah rendah ke
aras tinggi.
 Memberi penekanan dalam
kurikulum, pedagogi,
pentaksiran, kokurikulum,
sokongan komuniti dan
swasta, bina upaya serta
sumber.
 Soalan KBAT sebanyak
40% UPSR dan 50% SPM
pada tahun 2016.

Bagi Matematik Teras yang wajib diambil daripada tingkatan satu hingga
lima ia bersifat umum dan merangkumi bidang Nombor, Bentuk dan
Perkaitan. Manakala Matematik Tambahan pula menegaskan pembinaan
konsep dan penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan nilai
positif. Selain daripada itu, terdapat elemen lain yang perlu diambil kira
dan diserapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah secara terancang. Elemen utama yang ditekankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan adalah seperti
8

penyelesaian masalah, komunikasi dalam matematik, penaakulan,


membuat kaitan dan penggunaan teknologi (BPK, 2012)

Mengikut Format Pentaksiran SPM 2013 (LPM,


2012),Matematik Kertas 1 akan menguji 40% soalan aras pengetahuan
dan 60% aras aplikasi diikuti kertas 2 iaitu menguju 60% pengetahuan
dan 40% aplikasi. Matematik Tambahan Kertas 1 pula menguji 20%
soalan aras pengetahuan dan 80% aras aplikasi. Kertas 2 pula akan
menguji 60% soalan aplikasi dan 40% soalan penyelesaian masalah.
Laporan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM, 2013)
menunjukkan bahawa murid yang cemerlang tiada masalah untuk
mencapai prestasi yang tinggi untuk matematik Teras dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi mempunyai masalah
dalam pencapaian Matematik Tambahan. Kelemahan dalam Matematik
Tambahan pula dikaitkan dengan kelemahan murid dalam penguasaan
Matematik Teras.

Murid lebih berkemampuan terhadap kefahaman prosedural


(konsep asas) dimana dalam penyelesaian masalah, murid menunjukkan
tahap kefahaman konseptual (kosep yang mendalam) yang sederhana
manakala sebahagiannya menunjukkan tahad kefahaman yang lemah
(G.G. Monk, 2001; Orton, 1993; R.Skemp, 1976) . Malah, kajian
terhadap perkembangan penaakulan saintifik di kalangan murid lepasan
SPM mendapati sebahagian besar murid sains (75%) masih berfungsi di
bawah tahap penaakulan yang diperlukan di IPT (Syed Anwar Aly &
Merza, 2000; Hamidah & Merza, 2001).

Dapatan kajian Ismail Kailani & Ruslina Ismail @ Nawi (2010)


iaitu hasil diagnosis yang dijalankan menunjukkan penguasaan konsep
dan kaedah murid masih lagi tidak dapat menguasainya. Masih ramai
murid menjawab ujian diognostik dengan tidak menguasai konsep dan
kaedah untuk menyelesaikan soalan pembezaan itu. Dalam penyelesaian
masalah pembezaan, murid biasanya akan menggunakan model polya
namun gagal dalam mematuhi fasa-fasa dalam model tersebut. Ini adalah
disebabkan kemampuan murid untuk berfikir secara kritikal atau sangat
rendah.
Meningkatkan Prestasi Dalam Matematik Tambahan Melalui Kemahiran
Penaakulan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 9

Keith Waber(2005) pula mendapati melalui kajiannya bahawa


murid membuat interprestasi sendiri bagi penyelesaian kalkulus
manakala R.Skemp (1978) pula mendapati kefahaman kalkulus hanya
difahami secara konsep (prosedural) sahaja oleh murid iaitu tidak
menyeluruh (konseptual). Siew ting dan Yudarian (2000) pula mendapati
kebanyakan murid kejuruteraan UTM lemah dalam kalkulus asas kerana
pengetahuan sediada murid tentang topik tersebut sangat terhad. Hasil
kajian yang dijalankan oleh Titiuk Khwa dan Bibi (2000) pula melihat
hubungan antara pencapaian akademik murid kejuruteraan UTHM
dengan pencapaian murid di peringkat SPM bagi matapelajaran fizik dan
matematik tambahan khususnya topik pembezaan dan kamiran yang
mempengaruhi pencapaian akademik mereka dalam bidang kejuruteraan
di peringkat diploma. Menurut Kaori Okano dan Motonori Tsuchiya
(2009) pula mendapati selepas mempelbagaikan cara pengajaran, murid
mampu untuk menguasai kalkulus pembezaan dan kamiran dengan baik
walaupun pencapaian matematik mereka tidak memuaskan semasa
berada di sekolah menengah.

Oleh itu perlu guru matematik khususnya perlu mengubah


amalan pengajaran matematik supaya tidak tertumpu kepada
penguasaan kandungan matematik sahaja. Pengajaran mereka harus
memfokuskan ke arah pembinaan pengetahuan dan kemahiran berfikir
pada aras tinggi. Jika dilihat persamaan antara soalan TIMSS dan
kandungan kurikulum Matematik Tambahan , soalan yang diuji adalah
datangnya daripada soalan berbentuk aplikasi(40%) dan penaakulan
(30%) (TIMMS, 2012). Murid seharusnya mempunyai pemikiran aras
tinggi untuk menganalisis dan mensisntesis maklumat di samping
menggunakan strategi pengajaran yang berkesan untuk mencapai
matlamat tersebut (Peggy, 2003) .

1.2.2 Model Penaakulan Dalam Pembelajaran Matematik

Matematik Tambahan sering kali dianggap sukar dan mencabar oleh


kebanyakan murid walaupun mereka sebenarnya boleh menguasai
matematik secara prosedural dengan baik walaupun fokus utama PdP di
sekolah menengah adalah pada kefahaman konseptual untuk
melonjakkan potensi murid ke tahap yang lebih baik ( Nor Asnida (2010)
10

. Kertas Projek matematik tambahan yang mula diperkenalkan pada


tahun 2002 menunjukkan bahawa murid terlalu bergantung kepada guru
untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam Kertas Projek ini.
Melalui perlaksanaan Kertas Projek ini, murid perlu mendapatkan
jawapan kepada tugasan yang diberi melalui aktiviti seperti menyoal,
membincang dan menghujah idea, mengumpul dan menganalisis data,
membuat penyelidikan serta mengasilkan laporan bertulis.
Walaubagaimanapun, dalam proses melaksanakan tugasan tersebut,
penaakulan dan komunikasi secara matematik harus diberikan wajaran
yang tinggi berbanding keupayaan mendapat jawapan yang betul (BPK,
2012). Penaakulan secara matematik sangat memerlukan keupayaan
untuk berfikir secara logik dan sistematik. Ini termasuklah penaakulan
intuitif berasaskan pola ketetapan untuk memperolehi penyelesaian
masalah bukan rutin (Noor Shah Saad et-all, 2014). Umum mengetahui
bahawa masalah bukan rutin ini melibatkan penaakulan matematik yang
lebih kompleks.

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2012) telah mengenal pasti


bahawa untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang
matematik, pelajar perlu mempunyai tahap penaakulan yang baik.
Saranan ini di sokong oleh Amalina Ibrahim (2012) yang menyatakan
bahawa kemahiran penaakulan ini dapat membentuk dan meningkatkan
pemikiran murid agar selaras dengan tahap perkembangan kognitif murid.

Teori utama yang mendasari kemahiran penaakulan ini ialah


konstruktivisma dimana salah satu ciri dalam teori ini ialah membina
pengetahuan sendiri (Noor Shah Saad, 2006). Dalam Konteks penaakulan
itu sendiri banyak memerlukan pelajar membuat generalisasi iaiti
membuat tekaan atau telahan berdasarkan hujah atau bukti dalam
menentukan sesuatu penemuan atau penyelesaian (Noor Shah Saad &
Uzi Abdullah, 2013) dan sangat penting dalam PdP matematik daripada
satu prosedur atau logaritma kepada keinginan belajar metematik untuk
memahami konsep yang sebenar (Noor Shah Saad et all, 2014).

Kertas konsep ini cuba melihat kepentingan penguasaan


kemahiran penaakulan dalam kalangan murid untuk meningkatkan
Meningkatkan Prestasi Dalam Matematik Tambahan Melalui Kemahiran
Penaakulan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 11

prestasi pelajar dalam matematik tambahan khususnya topik pembezaan.


Jadual 2 menunjukkan beberapa teori atau model yang digunakan untuk
meningkatkan kemahiran penaakulan murid.

Jadual 2 Model yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran


penaakulan murid(Noor Shah Saad, 2006)
Teori Penaakulan Teori Teori Teori
KBAT Marzano Perkembangan Pembelajaran Pembelajaran
(1988) berdasarkan Kognitif , Jeane Jerome Bruner Robert Gagne
Dimensi Memperluas Piaget (1972) (1966) (1970)
dan
Menyempurnakan
Pengetahuan
Membanding Peringkat deria Peringkat Enaktif Maklumat lisan
(Comparing) motor (0 – 2 (0 – 2 tahun) -Kebolehan
-mengenalpasti dan tahun) -Berkemampuan menggunakan
menyatakan -Berkemampuan membuat aktiviti simbol, label dan
persamaan dan membuat aktiviti reflek fakta dalam
perbezaan bagi reflek pembelajaran
sesuatu perkara
Mengklasifikasi Perinkat Peringkat Ikonik Kemahiran Intelek
(Classifying) Praoperasi (2 – 4 tahun) -Mencari
-Proses (2 – 6 tahun) Boleh gunakan pendekatan untuk
mengkelompokkan -Menggunakan otak untuk memperbaiki proses
sesuatu mengikut ciri- bahasa atau menggambarkan pembelajaran dan
ciri sepunya symbol untuk imej dalam pemikiran
menggambarkan pemikiran mereka
konsep
Induktif Peringkat Operasi Strategi Kognitif
(Induction) Konkrit -Kebolehan
Menaakul sesuatu (7 – 12 tahun) memproses
kesimpulan atau Berupaya maklumat dan
prinsip umum dari membuat menyelesaikan
pemerhatian atau pengkelasan masalah
analisis. objek-objek
Deduktif Peringkat Operasi Peringkat Kemahiran Motor
(Deduction) Formal Simbolik -Memanipulasi dan
Menggunakan (selepas 12 tahun) (5 – 7 tahun) kordinasi fizikal
kesimpulan atau
12

prinsip umum untuk mampu untuk Boleh berfikir Sikap


menaakul sesuatu berfikir secara menggunakan -mempamerkan
kesimpulan yang deduktif dan bahasa dan juga tingkahlaku dan
belum dinyatakan induktif boleh tindakan
siruasi yang spesifik manipulasikan (perbincangan yang
symbol-simbol berhemah dan
menarik)

1.3 IMPLIKASI

Kertas konsep ingin membuktikan bahawa dapatan daripada kajian yang


lepas menunjukkan bahawa pemahaman murid dalam kemahiran kritis
dan kreatif serta strategi berfikir akan menjadi lebih mudah jika murid
berkebolehan melakukan proses penaakulan. Kemahiran ini sangat
penting kerana dalam mempelajari Matematik, matapelajaran ini terlibat
dalam penilaian TIMSS dan PISA dimana murid sangat lemah dalam
domain penaakulan (TIMSS, 2012). alkulus yang seterusnya di
peringkat yang lebih tinggi (Bahrom Paigo, 2003)

Penyelidik juga melihat kajian ini sangat penting dalam konteks


Pendidikan Matematik kerana jika kita lihat dari segi kefahaman
prosedural murid, secara keseluruhannya murid yang cemerlang dalam
matematik tidak mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah
matematik yang bersifat rutin (R.Skemp, 1978). Namun begitu, apabila
melihat penyelesaian masalah dalam Matematik Tambahan yang
melibatkan masalah bukan rutin yang memerlukan murid dalam
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT), murid mengalami kesukaran
dan tidak mampu untuk menyelesaikan soalan tersebut dengan baik
(Marisol, Kalou Cheong & Avinash Nath, 2007) kerana masih ramai
murid yang menduduki SPM di Malaysia (75%) masih berfungsi di
bawah tahap penaakulan yang diperlukan oleh IPT (Syed Anwar Aly &
Merza,2000)

Kelemahan penaakulan ini sering di kaitkan dengan kesukaran


pembelajaran matematik yang dialami oleh murid. Terdapat banyak bukti
empirikal yang menunjukkan bahawa ramai murid Malaysia mempunyai
masalah dalam menguasai kemahiran penaakulan bagi pembelajaran
matematik berkenaan. Keperluan untuk murid menguasai penaakulan
Meningkatkan Prestasi Dalam Matematik Tambahan Melalui Kemahiran
Penaakulan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 13

matematik ini adalah pada tahap yang mencukupi namun ianya menjadi
konteks yang lebih besar apabila mereka mempelajari konsep matematik
yang bersifat analitik seperti kalkulus ( Pembezaan, Kamiran dan lain-
lain).

1.4 KESIMPULAN

Dapatan kajian daripada TIMSS dan PISA menunjukkan prestasi murid-


murid di Malaysiamasih jauh ke belakang. Ini jelas menunjukkan bahawa
kemahiran berfikir murid-murid di Malaysia masih lagi belum mencapai
aras yang tinggi standing dengan negara seperti Findland, China,
Singapura dan Jepun. Masalah jurang pencapaian yang luas antara
Matematik dan Matematik Tambahan sebenarnya berhubung rapat
dengan kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah.

Oleh itu kaedah PdP di sekolah perlu dimantapkan mengikut


acuan PPPM 2013-2025 untuk melahirkan generasi yang mempunyai
kemahiran abad ke-21 antaranya yang sangat di tekankan oleh KPM
(2013) ialah kemahiran penaakulan. Guru perlu memberi penekanan
kepada kemahiran penaakulan agar murid dapat membina konsep
matematik yang baik dan seterusnya dapat bersaing di peringkat
antarabangsa.
14

RUJUKAN
Meningkatkan Prestasi Dalam Matematik Tambahan Melalui Kemahiran
Penaakulan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 15

Adnan Kamis.(1998).Modul: Pendekatan Pengajaran Pengajian


Am. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anderson.J dan Holton,D.(1997).Problem Solving In Mathematics,


Where Are We?The Mathematics Educator.2(2)

Arsaythamby, V., & Rosna Awang Hashim. (2009). Kesahan dan


kebolehpercayaan alat ukur Orientasi Pembelajaran
Matematik (OPM), International Journal of Management
Studies,16(1), 57–73.

Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli dan Yusof Boon (2007).


Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Murid
Dalam Mempelajari Matematik: Sejauhmanakah
Hubungan Ini Relevan?communication Skills. New York:
Academic Press

Davidson, B., & Dunham, R. (1996b). Assessing EFL student


progress in critical thinking with the Ennis-Weir Critical
Thinking Essay Test. Paper presented at the Annual
International Conference of the Japan Association for
Language Teaching (21st, Nagoya, Japan, November 5,
Higher Order Thinking Skills Page 106 1995)

De Corte, E. ( 2003 ). “Intervention Research : A Toll For


Bridging The Theory-Practice Education : The
Mathematics Education into the 21st Century Project.”
Czech

Faridah Hanim Yahya.(2011). Pembinaan Konsep Matematik


Secara Konseptual Menggunakan Kaedah PBL Elektronik.
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia.Jilid 1, Nombor 4,
Disember 2011

Flavell, J. H. (1976). Metacognitive Aspects of Problem Solving


The Nature of Intelligence. Hillsdale, New York: Erlbaum
16

Flavell, J. H. (1981). Cognitive Monitoring dalam Dickson, W.P.


(Ed). Children Oral

Garofalo, J. and Lester, F.K. (1985). Metacognition, Cognitive


Monitoring and Mathematical Performance. Journals for
Research in Mathematics Education. 16(3): 163-176

H. J. Hartman (Ed.).(2001). Metacognition in Learning and


truction: Theory, Research, and Practice. Dordrecht,
The Netherlands: Kluwer Academic Publishers. 33–68.

Henson, T. H. Eller, F. B. (1999). Educational Psychology for


Effective Teaching. United State of America.:
Wadsworth Publishing Company.

John.F.H. (2006). The Effect Of A Framework For Procedural


Understanding On College Algebra Students’ Procedural
Skill And Understanding. A Dissertation Submitted In
Particular Fulfillment Of The Requirements For The Degree
Of Phd.Montana State Universiti.

Kamaruddin Husin.(1988).Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur.


Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Krulik, S. and Rudnick , J. A. (1980). Problem Solving. A


Handbook for Teachers. Boston: Allyn and Bacon

Lester, F. K., (1985), Methodological Considerations in research


on Mathematical problem-Solving Instruction, in
Silver, ed. , págs. 41-69

Margaret W. M. (2005). “Cognition”. Ed 6th. USA: John Wiley &


Sons, Inc.
Meningkatkan Prestasi Dalam Matematik Tambahan Melalui Kemahiran
Penaakulan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 17

Mayer, R. E.(1998). Cognitive, Metacognitive and Motivational


Aspects of Problem Solving. Instructional Science. 26(1-2):
49-63

N.S. Rajendran.(2008).Teaching & Acquiring Higher Order


Thingking Skills: Theory & Practice.Tanjong Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

National Council of Teachers of Mathematics, NCTM. (2000).


Principles and Standards for School Mathematics.
Reston. VA: Au

Ng S B (2013).Creating A Best Practice Of Thoughtful Chemistry


Classroom.Jurnal Pendidikan Sains dan
Matematik.Vol.3.No.2 ISSN 2232-0393.2013.

Ng, S.B. (2012).The role of teachers in thoughtful classrooms.


Jurnal Penyelidikan Pendidikan Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Muridan
Malaysia, 13, 59-74.

Nik Azis Nik Pa (1995). Agenda Tindakan: Penghayatan


Matematik KBSR dan KBSM Kuala Lumpur : DBP

Nik Azis Nik Pa (1999). Potensi Intelek. Kuala Lumpur: DBP

Noor Shah Saad (2010). Pengajaran matematik sekolah menengah


dan sekolah rendah:Teori dan pengkaedahan. Petaling
Jaya: Harmoni Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik.


Selangor: Utusan Publication

Noor Shah bin Saad, Kor Liew Kee, Mohd Uzi bin Dollah dan
Rasidah bt. Ahmad.(2014).Modul RM 3053 Kemahiran
Dalam Matematik. Tanjong Malim.UPSI
18

Orton, A. (2006).Students Understanding of Integration.


Educational Studies

Polya, G. (1980). On Solving Mathematical Problems In High


School. In S. Krulik ed. Problem Solving in School
Mathematics. Reston, Virginia: NCTM. 1 – 2.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2010). Kurikulum Baru sekolah


Menengah (KBSM) Matematik Tambahan Tingkatan 4.
Kuala Lumpur: KPM

Schoenfeld A. H. (1987). Cognitive Science and Mathematics


Education. Hillsdale, New Jersey:J : Erlbaum. 189-215

Sow, Lee Sun and Tasir, Zaidatun and Harun,


Jamalludin (2007) Penghasilan modul pembelajaran
berasaskan teori beban kognitif untuk subjek teknologi
maklumat dan komunikasi. In: International
Malaysian Educational Technology Convention 2007, 2
- 5 th November 2007, Sofiel Palm Resort, Johor Bahru.

Sternberg, R.J., Davidson, J.E. and Deuser, R. (1996). The Role of


Metacognition in Problem Solving. Massachusets : The
MIT Press

Zan, R. (2000). A metacognitive intervention in mathematics at


university level. International Journal of
Mathematical Education in Science and Technology, 31
(1), 143-150
Meningkatkan Prestasi Dalam Matematik Tambahan Melalui Kemahiran
Penaakulan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 19

You might also like