You are on page 1of 3
TTIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA DASAR DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN @ KEMENTERIAN EDUCATION POLICY AND DEVELOPMENT PENDIDIRAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA [ARAS 3, BLOK E8, KOMPLEKS E LEVEL 3, BLOCK E8, COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel 03-8884 6149, (62504 PUTRAJAYA Faks — : 03-8884 6145 MALAYSIA Portal _: wwwmoe.goumy KP(BTP-PENT)8800/4/2 Jid.13(2) ] Januari 2015 Semua Pengarah Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2015 PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA ABESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan (2010) dan Anjakan 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 — 2025 telah menggariskan TMK sebagai pengupaya bagi meningkatkan kualiti pembelajaran KPM telah membekalkan perkhidmatan ‘1BestariNet yang merangkumi akses internet dan pelantar persekitaran pembelajaran maya ke semua sekolah. Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Environment (VLE) ialah aplikasi dalam talian yang menyediakan kemudahan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian pembelajaran. KPM telah melaksanakan latihan, kursus, bengkel, program galak guna dan khidmat bantu kepada pentadbir sekolah, guru dan murid mulai tahun 2012 bagi meningkatkan penggunaan VLE dalam PdP secara berkesan, KPM telah menyediakan Manual Penggunaan VLE bagi memberi penerangan yang lebih terperinci tentang cara penggunaan kemudahan (tools) dalam VLE. Manual tersebut boleh dimuat turun di pautan http://frogasia.com/learncentre/ dan http://1bestarinet.net. "1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" “1 MALAYSIA : PEOPLE FIRST, PERFORMANCE NOW” . 5. 6. dalam PaP. 7. Bagi memastikan penggunaan VLE secara optimum, Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah berikut (a) (b) (©) (d) (e) O} memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga; menyediakan latihan dalaman penggunaan VLE kepada semua guru; memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan mencatatkannya dalam Rekod Persediaan Mengajar; menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE; menggalakkan guru membina dan menggunakan laman pembelajaran VLE bagi tujuan PdP; dan menggalakkan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran anak-anak melalui VLE. Pengetua dan Guru Besar perlu melaksanakan pemantauan berterusan terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid untuk memastikan guru dan murid memanfaatkan VLE secara optimum Sila maklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” DATO’ KHAIRIL BIN AWANG Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dasar dan Pembangunan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia s.k. 10. 11. 12. 13. YAB Menteri Pendidikan. YB Menteri Pendidikan II YB Timbalan Menteri | YB Timbalan Menteri II Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysa Ketua Setiausaha I! Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like