You are on page 1of 26

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) SUBJEK INFORMATION AND

COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) TINGKATAN 4

NOOR ASMALINDA BINTI MASROM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL :MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) SUBJEK INFORMATION AND
COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : NOOR ASMALINDA BINTI MASROM

(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia
dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama
dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran
bertulis daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian mereka.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut
kadar yang dipersetujui kelak.
5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai
bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.
6. **Sila tandakan (9 )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)

9 TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : NO.71 FELDA AIR TAWAR 3, EN. JOHARI BIN HASSAN
(NAMA PENYELIA)
81920 KOTA TINGGI,

JOHOR .

Tarikh : 28 APRIL 2008 Tarikh : 28 APRIL 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada
pandangan saya karyaini adalah memadai dari segi skop dan
kualiti penganugerahan Ijaza Sarjana Pendidikan
(Teknologi Pendidikan”

Tandatangan: ……………………………….
Nama Penyelia: EN. JOHARI HASSAN
Tarikh: 28 April 2008
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) SUBJEK INFORMATION
AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) TINGKATAN 4

NOOR ASMALINDA BINTI MASROM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Kimia)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008
ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri


kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan: ……………………………….
Nama Penulis: NOOR ASMALINDA MASROM
Tarikh: 28 April 2008
iii

Kepada semua yang terlibat...


Terima kasih di atas segala dorongan dan bantuan kalian....
iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya,


dapatlah saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda iaitu Encik Johari Hassan
yang telah sudi memberi galakan, mencurahkan idea serta tunjuk ajar dalam
menyiapkan tesis ini.

Sekalung penghargaan khas buat keluarga tercinta dan insan tersayang


yang telahbanyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi
sepanjang projek dijalankan. Sesungguhnya, kehadiran kalian di sisi memberi
inspirasi yang tidak ternilaiharganya, terima kasih.

Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan


memberi membantu. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-
sama terlibatsepanjang pembangunan tesis ini.

Akhir sekali buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
membantu dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih di atas segalanya.


v

ABSTRAK

Dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran, sebuah modul ICT


tingkatan empat telah dibangunkan berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Ianya merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang selari
dengan strategi pembelajaran SeDAAP yang disarankan KPM. Modul yang
dihasilkan berdasarkan teori konstruktivisme ini adalah bertujuan supaya pelajar
dapat membina sendiri pengetahuan dan menjadikan pembelajaran lebih
bermakna. Modul ini mengandungi tiga bab yang merangkumi bidang
pembelajaran bagi tingkatan empat iaitu Information and Communication
Technology and Society, Computer Systems dan Computer Networks and
Communications. Modul ini adalah modul bertulis bersaiz B5 yang dijilidkan
mengikut bab. Isi pelajaran yang ditulis dalam Bahasa Inggeris tidak
disampaikan secara terus, sebaliknya pelajar perlu melakukan pencarian
maklumat bagi mendapatkan isi kandungan bagi setiap topik. Aktiviti disediakan
dalam setiap bab bagi menilai kefahaman pelajar. Satu analisis telah dijalankan
ke atas 20 responden yang terdiri daripada pelajar yang akan mengajar subjek
ICT di sekolah dan seorang pakar untuk menilai isi kandungan modul ini..
Kajian ini mendapati bahawa pelajar dan pakar bersetuju mengatakan bahawa
modul ini menepati silibus yang digariskan oleh KPM dan penggunaan modul
pembelajaran ini memberikan implikasi yang positif dan ianya amat membantu
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian pakar
menunjukkan modul yang dihasilkan cukup baik dari segi kandungan, cara
penyampaian dan reka bentuk. Walau bagaimanapun, modul ini masih boleh
diperbaiki lagi untuk menjadikan modulnya lebih berkualiti. Diharap dengan
adanya modul pembelajaran ICT ini, pelajar akan menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
vi

ABSTRACT

To create a variety of learning methods, an ICT module for form four has
been constructed according to the syllabus by the Ministry of Education (KPM).
It is a learning strategy that complies to the SeDAAP learning strategy that being
proposed by the KPM. The module created was based on the constructivism
theory and was aimed to make the students be able to construct their own
knowledge as to make learning becomes more meaningful. This module
contains three chapters that comprised of learning material for form four namely
the Information and Communication Technology and Society, Computer
Systems and Computer Networks and Communications. This module was
presented in B5 size and it was paperbacked printed according to chapters. The
learning material written in English was delivered indirectly, instead, students
had to look for information them self to acquire the learning material of each
topic. Activities were included for every chapter to measure students’
comprehension. A simple verification was carried out to 20 respondents of
students who will be teaching the ICT Courses in school and a subject matter
expert to evaluate the contents of the module. The analysis found that the
students and expert agreed that this learning module complied with the syllabus
outlined by KPM and the used of this learning module gave a positive
implication and was very helpful to students in the process of their learning. An
evaluation done by the expert showed that the module constructed was well done
in terms of the content, delivery method and design. However, this module can
still be improved to upgrade the quality. It was hoped that the creation of this
learning ICT module will make students be more responsible towards their
learning.
vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI RAJAH xiv

1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.5.1 Kepentingan Modul Kepada Pelajar 7
1.5.2 Kepentingan Modul Kepada Guru 8
1.5.3 Kepentingan Modul Kepada KPM 8
1.6 Skop Kajian 9
viii

1.7 Definisi Istilah 9


1.7.1 Modul Pembelajaran 10
1.7.2 Pembelajaran Kendiri 10
1.7.3 ICT 11
1.7.4Pembelajaran Interaktif 11
1.7.5 Teori Konstruktivisme 12
1.8 Kesimpulan 12

2 TINJAUAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Teori Konstruktivisme 13
2.3 Teknik Menyoal 18
2.4 Pengajaran Individu 24
2.5 Jenis-jenis Pengajaran Individu 26
2.6 Sejarah Modul 27
2.7 Jenis-jenis Modul 28
2.7.1 Modul Pengajaran 29
2.7.2 Modul Motivasi 29
2.7.3 Modul Latihan 30
2..7.4 Modul Akademik 30
2.8 Modul Pembelajaran Kendiri 31
2.9 Ciri-ciri Modul Pembelajaran Kendiri 33
2.10 Advance Organizer 35
2.11 Model Interaktif 38
2.12 Kesimpulan 40
ix

3 MEREKA BENTUK MODUL


3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka Bentuk Projek 41
3.3 Matlamat 44
3.4 Tajuk Modul 45
3.5 Objektif Pembelajaran 45
3.6 Pengenalan 45
3.7 Aktiviti Utama 46
3.8 Ujian 46
3.9 Pemulihan dan Pengayaan 46
3.10 Menilai Kemajuan 47
3.11 Menyediakan Modul 47
3.12 Pengesahan Modul 47
3.13 Kritikan dan Semakan 48
3.14 Kesimpulam 48

4 HASIL PROJEK
4.1 Pengenalan 49
4.2 Penghasilan Modul 49
4.3 Objektif Pembelajaran 53
4.4 Set Induksi 54
4.5 Aktiviti Utama 57
4.6 Ujian 61
4.7 Menilai Kemajuan 63
4.8 Ujian Kesahan Modul 65
4.9 Kesimpulan 68
x

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan 69
5.2 Ringkasan Modul 69
5.3 Perbincangan 70
5.3.1 Strategi Pembelajaran 71
5.3.2 Modul Pembelajaran Kendiri 72
5.3.3 Nilai Murni 72
5.3.4. Analisis Ujian Kesahan Modul 73
5.4 Rumusan 78
5.5 Cadangan 78
5.6 Kesimpulan 80

RUJUKAN 81
LAMPIRAN 84
xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Jadual Kesahan Modul ICT Tingkatan Empat 66


xii

SENARAI SINGKATAN

ICT - Information Communication Technology


KBSM - Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PIPP - Plan Induk Pembangunan Pendidikan
PKK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SeDAAP - Self-Directed, Self-Accessed, Self-Assessed and Self-Paced
Strategies
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A BORANG PENILAIAN MODUL


PEMBELAJARAN ICT TINGKATAN
EMPAT (PENILAIAN PAKAR) 84

B BORANG PENILAIAN MODUL


PEMBELAJARAN ICT TINGKATAN
EMPAT (PENILAIAN RAKAN) 85
xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Muka depan sub topik dan contoh advance organizer 52

4.2 Penyataan objektif 53

4.3 Contoh set induksi 55

4.4 Kata kunci bagi setiap sub topik 56

4.5 Ikon Jason 58

4.6 Ikon Mike 58

4.7 Contoh isi kandungan modul 59

4.8 Contoh isi kandungan modul 59

4.9 Contoh jawapan 60

4.10 Contoh kata-kata motivasi 60

4.11 Ikon Cikgu Halim 61

4.12 Contoh jawapan dan refleksi 62


xv

4.13 Contoh bahagian kesimpulan 62

4.14 Graf pencapaian pelajar untuk bab 1 64

5.1 Contoh muka hadapan baru bagi setiap bab 80


16

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication


Technology (ICT) sudah diperkatakan sejak dahulu lagi. Penggunaan ICT dalam
kehidupan semakin meluas. Ini menjadikan ICT sangat penting untuk dikuasai
dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) telah diperkenalkan oleh Unit Komputer dalam Pendidikan
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). ICT
digunakan untuk pembelajaran tutorial, pembelajaran penerokaan, sebagai alat
aplikasi dan alat pemudah komunikasi. Menyedari akan kepentingan ICT kepada
pendidikan, KPM telah memperkenalkan subjek ICT sebagai subjek elektif kepada
sekolah menengah pada tahun 2006 dalam bahasa Inggeris. Subjek ini mempunyai
enam bidang pembelajaran (KPM, 2005) iaitu:

i. Information and Communication Technology and Society


ii. Computer Systems
iii. Computer Networks and Communications
iv. Multimedia
v. Programming
vi. Information System
17

Bagi pelajar tingkatan empat mereka akan mempelajari tiga bidang


pembelajaran yang pertama. Manakala tiga bidang pembelajaran yang seterusnya
akan dipelajari semasa di tingkatan lima. KPM telah mencadangkan pendekatan
pembelajaran kendiri adalah yang paling sesuai untuk mengajar subjek ini.

Menurut Honey (1992), “Academic Modules are customizable packages


designed to assist educators in creating or supplementing a course syllabus”. Ini
bermaksud modul pembelajaran merupakan satu pakej yang direka bentuk dengan
terancang, rapi, dan sisitematik berasaskan silibus untuk membantu guru. Modul
pembelajaran juga membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri.
Konsep modul seperti ini amat sesuai dengan hasrat KPM untuk menggunakan
strategi pembelajaran kendiri bagi subjek ini.

Konstruktivisme adalah salah satu strategi pembelajaran yang dicadangkan


oleh KPM dalam mengajar satu-satu subjek. Teori yang dipelopori oleh Jerome
Brunner pada tahun 1966 ini mengutarakan bahawa pembelajaran adalah satu proses
yang aktif yang mana pelajar membina pengetahuan atau konsep baru berasaskan
pengalaman (Baharudin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam,
2002). Mengikut teori ini pelajar akan belajar apabila mereka membina kefahaman
mereka sendiri. Pembelajaran yang berlaku mengambil kira pengetahuan sedia ada
pelajar. Pembelajaran akan berlaku hasil dari usaha pelajar sendiri. Pelajar perlu
menyesuaikan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka
pelajari. Dengan kata lain apabila ketidakseimbangan antara pengetahuan lama dan
baru berlaku, proses mengubah perwakilan pengetahuan untuk menampung
pembelajaran baru akan berlaku. Proses ini dinamakan sebagai akomodasi. Semasa
proses pembelajaran, pelajar berpeluang untuk berkerjasama, berkongsi idea dan
terlibat secara aktif secara hands-on dan minds-on. Maklumat-maklumat yang
disampaikan juga tidak disampaikan terus dan soalan-soalan yang merangsang turut
dikemukakan. Ini menjadikan pengetahuan yang diperolehi lebih bermakna.

Salah satu model pembelajaran teori konstruktivisme ialah pembelajaran


interaktif. Ia telah di bina oleh Biddulpa dan Osborne (1984) dalam Eggen dan
Kauchak (1988) melalui kajian mereka tentang ‘Making Sense of The World’.
18

Pembelajaran interaktif adalah suatu kaedah yang melibatkan interaksi antara guru
dengan murid, murid dengan murid atau murid dengan komputer. Menurut Eggen
dan Kauchak (1988) model interaktif direka untuk membolehkan pengetahuan
disimpan dalam tempoh yang lebih lama. Melalui model ini pelajar akan diingatkan
kembali apa yang telah diketahui dan memberikan mereka gambaran awal tentang
apa yang akan dipelajari. Proses ini memerlukan komunikasi dua hala. Selalunya
sesi soal jawab amat membantu untuk mengingatkan pelajar tentang pelajaran lepas.
Ia juga boleh memberikan pelajar idea awal pelajaran yang seterusnya.

Advance organizer adalah salah satu ciri dalam pembelajaran interaktif


(Eggen dan Kauchak,1988). Advance organizer ialah salah satu cara untuk
menghubungkan pelajaran lama dan pelajaran baru. Ia membenarkan pelajar melihat
ke mana arah tuju pembelajaran mereka. Oleh yang demikian pelajar akan lebih
bersedia dengan pengetahuan baru yang mereka akan bina sendiri. Satu avdance
organizer yang bagus akan dapat menghubungkan informasi baru dengan
pengetahuan lama dan menjadikan pelajar bersedia untuk membina skema
pengetahuan yang baru. Mayer (1984) dalam Eggen dan Kauchak (1988) telah
menyenaraikan ciri-ciri advance organizer:

i. Advance organizer adalah set informasi visual yang pendek


ii. Advance organizer menunjukkan keseluruhan bidang pengetahuan
iii. Tidak mengandungi kandungan yang khusus untuk dipelajari dari topik
baru.
iv. Menyediakan hubungan yang logik antara pelajaran baru dan lama.
v. Mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.

Dengan ini adalah amat jelas untuk mengimplimentasikan advance organizer


di dalam modul interaktif.
19

1.2 Latar Belakang Masalah

Subjek ICT atau yang dahulunya dikenali sebagai subjek teknologi maklumat
adalah salah satu subjek elektif dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Untuk menghadapi peperiksaan awam yang besar dan boleh dikatakan peperiksaan
yang akan menentukan masa hadapan hidup ini, seorang pelajar harus bersedia dari
aspek fizikal dan mental. Segala persiapan mesti dilakukan dari awal. Mengetahui
topik-topik penting dalam satu-satu mata pelajaran, membaca, membuat latihan dan
melakukan aktiviti amali adalah antara persiapan yang perlu diatur dengan rapi.
Untuk tujuan ini sekurang-kurangnya pelajar harus mempunyai satu buku nota dan
latihan untuk setiap subjek. Malangnya subjek ICT tidak mempunyai buku teks dan
adalah amat sukar untuk mendapatkan buku rujukan dan sumber yang bersesuaian
untuk dijadikan rujukan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.

Discovering Computers 2006: A Gateway to Information oleh Shelly G.B,


Cashman T.J. Vermaat M.E, Walker T.J. (2005), terbitan Course Technology,
Computers In Your Future oleh Bryan Pfaffenberger, Bill Daley (2003), terbitan
Prentice Hall dan Computers: Tools For an Information Age Eighth Edition, oleh
George Beekman (2004), juga terbitan Prentice Hall adalah antara buku yang
disyorkan oleh KPM untuk subjek ini. Memang tidak dinafikan buku-buku yang
dicadangkan ini adalah bagus untuk mempelajari dengan lebih dalam tentang subjek
ini. Namun tidak semua isi kandungan yang ada di dalamnya sesuai dengan silibus
yang telah digariskan KPM. Untuk menggunakan buku-buku ini, pelajar harus
pandai memilih dan mengetahui topik-topik yang perlu mereka baca supaya tidak
menyimpang dari silibus. Harga bagi buku-buku ini juga tidaklah murah seperti
buku-buku rujukan bagi subjek lain memandangkan buku-buku ini adalah buku dari
luar negara.

Memang benar KPM mencadangkan strategi pembelajaran secara kendiri


yang bermaksud pelajar boleh menentukan sendiri apa yang ingin dipelajari dan guru
adalah sebagai fasilitator. Dalam konteks ini, pelajar boleh menentukan sendiri apa
yang mereka ingin pelajari. Namun apa yang terjadi di bilik darjah selalunya tidak
begitu. Pelajar selaluya menurut dan menanti apa yang akan disampaikan oleh guru.
20

Oleh kerana ketiadaan rujukan, pelajar sudah pasti tidak akan membaca terlebih
dahulu topik yang akan diajar pada waktu kelas. Situasi ini sudah pastinya
menyebabkan proses P&P tidak berjalan dengan lancar.

Jika dilihat dari segi format peperiksaan pula, pelajar akan menjawab soalan
bertulis. Ini bermakna pelajar memerlukan pembacaan yang lebih. Situasi yang
sering berlaku di sekolah ialah guru akan mengajar pelajar berdasarkan CD
courseware dari KPM. Nota dan juga latihan diambil dari sumber yang sama.
Pelajar pula bergantung kepada guru untuk nota. Ada sebilangan guru yang
mengambil masa P&P untuk menyalin nota. Ini adalah satu pembaziran masa kerana
subjek ini hanya mengambil masa 4 masa seminggu. Hasrat KPM adalah untuk
melahirkan pelajar yang boleh menjadi tenaga kerja bagi menghadapi cabaran
ekonomi global masa kini. Namun dengan situasi seperti ni mungkin hasrat itu agak
sukar dicapai.

1.3 Penyataan Masalah

Subjek ICT adalah salah satu subjek elektif yang diperkenalkan oleh KPM
sejak tahun 2006. Subjek ini diharap dapat melahirkan bakal tenaga pekerja yang
mahir dalam bidang ICT. Namun begitu, ketiadaan buku teks dan kekurangan
sumber rujukan yang sesuai untuk subjek ini menyukarkan pelajar untuk mengulang
kaji pelajaran. Pelajar juga tidak dapat membuat persediaan awal tentang apa yang
akan dipelajari pada kelas seterusnya berikutan ketiadaan rujukan. Harsat KPM
untuk menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri adalah agak sukar dijalankan
kerana pelajar hanya bergantung kepada nota yang akan diberikan oleh guru. Adalah
lebih malang jika guru tidak memberi nota edaran atau meminta pelajar menyalin
nota dari papan hitam. Perkara ini sudah pastinya akan membuang masa. Selain itu
pembelajaran kendiri juga tidak dapat dijalankan kerana penggunaan internet di
sekolah adalah terhad kepada pelajar. Ini sudah pasti menyukarkan pelajar untuk
mencari maklumat yang dikehendaki untuk P&P.
21

Jumlah pelajar yang ramai menjadikan guru sukar untuk menilai pencapaian
setiap pelajar. Disamping itu guru juga harus menggunakan pelbagai pendekatan
untuk memastikan setiap pelajar mampu mengikuti P&P dengan baik. Seperti yang
diketahui, kecerdasan dan kebolehan setiap pelajar adalah berbeza. Salah satu cara
untuk menangani masalah ini ialah dengan menggunakan modul. Oleh yang
demikian diharap penggunaan modul ini akan dapat meningkatkan pembelajaran
kendiri di kalangan pelajar kerana pelajar bebas belajar mengikut kemampuan
mereka. Secara tidak langsung motivasi untuk belajar juga akan meningkat.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan satu modul


pembelajaran ICT bagi pelajar tingkatan 4 dengan menggunakan perisian Microsoft
Word. Selain itu terdapat beberapa objektif sampingan bagi kajian ini. Antaranya
ialah:

i. membangunkan sebuah modul pembelajaran kendiri ICT bagi pelajar


tingkatan 4 berasaskan teori konstruktivisme

ii. mengimplimentasikan model interaktif dalam modul pembelajaran


kendiri ICT bagi pelajar tingkatan empat.

You might also like