You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JALAN

SUNGAI
10150 GEORGETOWN, PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PROJEK
“SAMA-SAMA MENANAM POKOK BUNGA”

ANJURAN
GURU PELATIH
PISMP AMBILAN JUN 2015
IPG KAMPUS PULAU PINANG

PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR


PROJEK “SAMA-“SAMA MENANAM POKOK
BUNGA”

1.0 PENDAHULUAN
Kanak-kanak yang ada kontek dengan alam semula jadi akan mendapat skor
yang lebih tinggi dan mempunyai disiplin diri yang lebih baik. Makin hijau
alam sekelilingnya , makin tinggi skor ujiannya (Faber Taylor et al. 2002,
Wells 2000). Pendedahan kanak-kanak kepada alam semula jadi akan
meningkatkan perkembangan kognitif dengan memperbaiki daya kesedaran,
kemahiran berfikir dan pengamatan (Pyle 2002). Kawasan persekitaran
sekolah yang bersih dan ceria adalah amat penting dalam mewujudkan
suasana kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
lebih berkesan. Oleh itu, kami guru pelatih yang mengambil kursus
Pendidikan Lestari Alam Sekitar akan menjalankan satu projek untuk
melestarikan kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Sungai.

2.0 MATLAMAT
Memupuk semangat kelestarian alam sekitar dan nilai-nilai murni di kalangan
pelajar seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam
mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. Justeru
merapatkan lagi hubungan antara guru dan murid.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan tahap kebersihan sekitar kawasan sekolah.
3.2 Memupuk semangat nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
3.3 Mengindahkan persekitaran sekolah dengan menanam pokok bunga.

4.0 SASARAN
Kumpulan sasaran kami ialah murid dari kelas tahun 3, 4 dan 5.
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
11 September 2017 (Isnin)

6.0 TEMPAT
Kawasan Kantin dan prasekolah SJKT Jalan Sungai.

7.0 PENGANJUR
Guru pelatih Ipg Kampus Pulau Pinang

8.0 JAWATAN KUASA INDUK


Pengerusi : Kanaga devi a/p Achiah
Setiausaha: Thenmoze a/p Ramachandran

9.0 TENTATIF PROGRAM (Sila lihat lampiran A)

10.0SUMBER PENDAPATAN & ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Bahan dan Peralatan Catatan


1. Botol air plastik -
2. Tanah kebun
4. Pagar Sumbangan
5. Gunting dan pisau Sekolah
6. Anak pokok

11.0 PENUTUP
Projek “sama-sama menanam pokok bunga” ini bertujuan bukan sahaja
untuk menjadikan sekolah berada dalam keadaan hijau dan berwarna-
warni, ceria dan kondusif malah dapat melahirkan pelajar yang
mempunyai nilai-nilai murni seperti sikap bertanggungjawab, bekerjasama
serta cinta sayang kepada sekolah dapat dipupuk. Oleh itu, peranan dan
tanggungjawab semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan projek
ini. Semoga projek ini berjaya mencapai matlamat serta objektif ke arah
mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan harmonis.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ……………………………….
Cik Thenmoze Ramachandran PN. A. Vasagi Devi
Setiausaha Projek Penolong Kanan 1 SJKT Jalan
Sungai
LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM

BIL PERKARA MASA

1. Sesi penerangan 8.00 pagi – 8.20 pagi

2. Aktiviti menyediakan botol 8.20 pagi – 9.00 pagi

Aktiviti menanam pokok


4. 9.00 pagi – 9.45 pagi
bunga

Sesi refleksi dan


5. 9.45 pagi – 10.15 pagi
pengambaran

6. Bersurai 10.15 pagi

You might also like