You are on page 1of 9

SJK(T)LADANG EDENSOR, 28400 MENTAKAB

__________________________________
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
28.8.2012

TEMA 2012:

“ JANJI DITEPATI”
RASIONAL

Memupuk semangat patriotism dan cintakan negara.

OBJEKTIF:

1. Murid-murid menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas


nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini.

2. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk


mengekalkannya.

3. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih


kepadanya.

4. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati
tema kemerdekaan sepenuhnya.

TARIKH

3 hb hingga 7 hb September 2012

KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar SJK (T) Ladang Edensor

ATURCARA PELANCARAN

PELANCARAN : 3 September 2012

1. Perhimpunan

2. Nyanyian Lagu Negaraku

3. Ucapan Pengerusi Majlis

4. Ucapan Guru Besar


AJK SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN :

1. Aktiviti Mewarna - Cik.Indra Devi (Tahap 1)

2. Melukis Poster - Pn.Sarveswary (Tahap 2)

3. Pelancaran - Cik.Vikneswary & Cik Revathy

4. Buku Program - Pn. Cristina

5. En.Zai - Jurugambar

6. Pameran - Pn.Telagawathy

7. Kuiz - Pn.Letchumy

8. Persembahan kelas - Guru Kelas (Lagu Patriotik & Bendera)

9. Laporan - Pn.Cristina

PENUTUP: 7 September 2012


ANGGARAN KOS BELANJAWAN

Bil Perkara Pengiraan Jumlah


1 Kuiz Terbuka 9x RM 5.00 RM 45.00

Tahap 2

2 Pertandingan Mewarna 9x RM 3.00 RM 27.00

Tahap 1

3 Melukis Poster 6x RM 4.00 RM 24.00

Tahap 2
4 Persembahan Kelas 6xRM 5.00 RM 30.00

Tahun 1-6

JUMLAH RM 126.00

Disediakan oleh:

………………………………
(Pn.N.Cristina)
SJK(T) LADANG EDENSOR
Laporan Pelaksanaan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2012

Tarikh : 3-7 September 2012


Tempat : Dataran perhimpunan SJK(T) LADANG EDENSOR

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 Peringkat Sekolah telah berlangsung

pada 3/09/2012( Isnin ), bertempat di dewan SJK (T) Ladang Edensor pada 7.30

pagi .

Segala aktiviti program yang telah dirancangkan telah berlangsung

dengan lancar dan jayanya dengan hasil kerjasama semua pihak.Pelbagai

pertandingan telah diadakan sempena Bulan Kemerdekaan ini.Antaranya ialah

pertandingan mewarna Jalur Gemilang, melukis poster, pertandingan kolam,

nyanyian lagu patriotik , mendeklamasi puisi dan persembahan kelas.

Pameran berkaitan dengan Merdeka turut diadakan.Pameran ini amat

berguna kepada murid kerana ia dapat memperluaskan pengetahuan murid

mengenai merdeka.

Susun atur program telah dirancang untuk memudahkan ahli jawatan

kuasa, murid-murid dan guru-guru membuat persiapan masing-masing.

Sambutan Bulan Kemerdekaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang

kemalangan atau perkara-perkara buruk yang tidak diingini. Majlis berakhir

seperti yang dirancang dan semua pihak berpuas hati dengan perjalanan

program. Semoga semangat kerjasama dan patriotis ini akan terus membara

disanubari semua warga SJK (T) LADANG EDENSOR selepas ini.


KEKUATAN AKTIVITI

1. Aktiviti ini telah membina ketrampilan diri pelajar untuk bercakap di


khalayak ramai.
2. Dapat memupuk kecintaan kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.
3. Dapat memupuk penghargaan terhadap karya seni dalam bentuk bahasa.

KELEMAHAN AKTIVITI

1. Ada pelajar yang tidak suka dengan aktiviti deklamasi puisi yang mungkin
sudah terlalu kerap diadakan.

Laporan disediakan oleh,

…………………………………………
(CRISTINA A/P NGANAPRAKASAM)
Setiausha Sambutan Bulan Kemerdekaan
SJK(T)Ladang Edensor
Aktiviti Pameran
Persembahan Kelas
Pertandingan Kuiz

Mendeklamasi Puisi

You might also like