You are on page 1of 9

HAK ASASI KANAK-KANAK

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas terutamanya


perlindungan oleh keluarga, perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-
kanak. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir,
kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak, Merupakan satu peranan
yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.
Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga
Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak
terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia


ada untuk hidup.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan
dan perkembangan kanak- kanak.

Kewujudan dan perkembangan

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai obligasi untuk
memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan


pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua

2. ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-
kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana

3. yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi


didikan dan perkembangan kanak-kanak.

4. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa

1. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara
hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini, Negara-
Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi
undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah
memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan
bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa

yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang
mereka layak.

PERKARA 27

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang
mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidup

1. Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan
fizikal, mental, kerohanian,

kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan
bahawa kanak-kanak

mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa
tanggungjawab ini boleh dilaksanakan.

Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu
mempunyai tanggungjawab utama

untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu
bagi perkembangan kanak-kanak

itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka,


hendaklah mengambil segala langkah yang

sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu
untuk melaksanakan hak ini dan

hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program sokongan,


terutamanya berhubungan dengan

pemakanan, pakaian dan perumahan.


4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
menjamin supaya mendapat kembali

nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab
kewangan terhadap kanak-kanak

itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai
tanggungjawab kewangan terhadap

kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-
Negara Pihak hendaklah

menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian sedemikian, serta
membuat perkiraan lain yang

sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan tujuan
untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka
hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua;

(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk, termasuk


pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-
kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan
menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;

(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara
yang sewajarnya;

(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka
kepada semua kanak-kanak;

(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan
mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan

1. Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan
bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai
bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi
diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan
kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk
melaksanakan hak ini.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk


memastikan bahawa disiplin sekolah

ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati
Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama


antarabangsa dalam perkara yang berhubungan

dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan
dan buta huruf di seluruh dunia dan

memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden.
Dalam hal ini, perhatian yang

khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.

PERKARA 29

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan kepada:

• Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap
potensi yang paling tinggi;

• Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi prinsip-
prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

• Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan
nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang
daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;

• Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas,
dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di
kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya
penduduk asli;

• Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semula jadi.

Matlamat pendidikan
1. Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan
kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan
hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam masyarakat yang
bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan
nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai orang lain.

2. Tiada bahagian dalam perkara ini atau perkara 28 boleh ditafsirkan sebagai mengganggu
kebebasan individu dan badan untuk mewujudkan dan mengarahkan institusi pendidikan tertakluk
sentiasa kepada pematuhan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam perenggan 1 perkara ini dan
kepada keperluan bahawa pendidikan diberikan di institusi sedemikian hendaklah mematuhi
standard minimum yang ditetapkan oleh Negara.

Hak Asasi Kanak-kanak di Malaysia

Malaysia telah mewujudkan persekitaran yang memberi kesempatan kepada kanak-kanak, termasuk
institusi berkanun, gabungan bukan kerajaan dan kesedaran umum yang semakin meningkat.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanaknya,


Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen yang berikut:

• Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995

• Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita: 4 Ogos 1995

• Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil bekerja) :
1997

• Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling
teruk): 10 November 2000

• Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional : 26 September 2002


(ditandatangani)

Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang perlindungan kanak-kanak


dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk membentuk Akta Kanak-kanak 2001* (Child Act 2001)
yang menjadikan laporan penganiayaan kanak-kanak mandatori.

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak telah diterima dengan rasminya oleh Perhimpunan Bangsa-
bangsa Bersatu yang ke - 44 pada 20 November 1989 secara konsensus. Pada 26 Januari 1990,
Konvensi itu telah dibuka untuk ditandatangani ketika menyambut ulang tahun ke-30 Deklarasi Hak-
hak Anak (1959-1989) dan ulang tahun ke 10 Tahun Antarabangsa Kanak-kanak (1979-1989).
Konvensi mengenai Hak Anak telah dikuatkuasakan pada 2 September 1990 selepas 30 hari ianya
diiktiraf oleh 20 negara.
Kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada 28.12.94
dan telah guna pakai pada 7.2.95 akan tetapi Kerajaan Malaysia telah membuat reservasi terhadap
fasal 1,2,7,13,14,15,22,28,37,40 kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan
nasional. Tetapi reservasi-reservasi tersebut akan ditarik balik pada keadaan dan masa yang sesuai
oleh kerajaan Malaysia.

Pada 25.2.99 Kerajaan telah menarik balik beberapa reservasi dan masih lagi mengadakan reservasi
bagi fasal 1,2,7,13,14, 15,28 para 1(a) dan fasal 37.

Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak mendorong Kerajaan supaya lebih
bertanggungjawab untuk kesejahteraan kanak-kanak sebagai mengiktiraf hak mereka. Konvensi itu
juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa.

Konvensyen tersebut mengandungi tiga bahagian dan 54 artikel yang disusun seperti berikut:

Bahagian I:

41 artikel mengenai hak kanak-kanak.

Bahagian II:

4 artikel mengenai pelaksanaan dan penguatkuasaan Konvensyen serta implikasi bagi negara-negara
anggota.

Bahagian III:

9 artikel mengenai pengiktirafan konvensyen dan implikasinya.

Konvensyen itu menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun mempunyai hak seperti:

1. Untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan pemeliharaan yang
sempurna serta belaian kasih

sayang dalam suasana kekeluargaan.

2. Untuk mendapat identiti sebagai individu dan warganegara.


3. Untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam hidup semasa dalam
kecemasan, peperangan, dalam pelarian, dalam keadaan tidak berupaya dan dari exploitasi atau
jenayah.

Konvensyen itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang
dewasa dengan mengambil kira keperluan seperti:

1. Kerjasama antarabangsa dalam usaha memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

2. Peranan dan tanggungjawab keluarga dan negara dalam memberi perlindungan dan
menjaga kepentingan kanak-kanak.

3. Memberi tekanan kepada hak kanak-kanak membesar mengikut budaya, kepercayaan atau
agama, keluarganya.

4. Memberi perlindungan kepada kanak-kanak sebatang kara yang memerlukan keluarga ganti
/ pelihara.

5. Memberi hak taraf kewarganegaraan kepada semua kanak-kanak.

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (AKTA 308)

PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA

Baru/Pendaftaran Semula

1. Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00
(Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM

2. Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan

3. Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan

4. Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta


wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

5. Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD

6. Permohonan dikemukakan ke JKMN

7. Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN


8. Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)

9. Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat


Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya

10. Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan

NOTA:

• PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

• JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri

• JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)

Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

1. Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.

2. Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah


untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.

3. Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa
premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin
bahawa:

• kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah


memuaskan;

• daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna;

• alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;

• struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;

• pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain
yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya".

HUKUMAN KE ATAS TASKA YANG TIDAK BERDAFTAR

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali
yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) PRA SEKOLAH

Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun
bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas
dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Latar Belakang

18 Disember 1991

• Mesyuarat Jemaah Menteri

• KPM melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992

• Mesyuarat antara Kementerian.

• Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas)

Akta Pendidikan 1996

• Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 Jun 2001

• Mesyuarat Jemaah Menteri.

• Peluasan program Prasekolah KPM.

You might also like