You are on page 1of 43

Yang Istimewa.....Pastinya Teristimewa.

Bahan-bahan yang dimuatkan di sini kebanyakkannya adalah koleksi tugasan saya berkaitan
pendidikan khas dan juga pendidikan secara umumnya. DIharapkan bahan-bahan ini dapat dikongsi
dan memberi manfaat kepada sesiapa juga yang memerlukannya..

Wednesday, 27 February 2013


CIRI-CIRI & JENIS AUTISME - SUBJEK PENGENALAN
PENDIDIKAN KHAS
CIRI-CIRI AUTISME

Kebanyakan bayi autisme adalah berbeza ketika dilahirkan. Terdapat dua ciri utama yang
sering ditunjukkan termasuklah mengelakkan sentuhan fizikal daripada penjaga dan
melengkungkan belakang agar tidak disentuh fizikalnya oleh penjaga serta melembikkan
badan jika menjangka untuk diangkat. Ketika bayi, mereka sering dianggap sebagai pasif
atau ’ overly agitated baby ’.

Bayi yang ’ pasif ’ merujuk kepada tingkahlaku mereka yang diam pada kebanyakan masa
dan kurang memerlukan perhatian atau membuat kerenah daripada ibubapa. Manakala
bayi ’ overly agitated baby ’ pula merupakan bayi yang menangis dan kadang-kadang tanpa
henti dan berjaga sepanjang masa.

Kanak-kanak autisme pula, mereka kebanyakannya mencapai tahap perkembangan motor


seperti bercakap merangkak dan berjalan lebih awal daripada kanak-kanak biasa.
Manakala sebahagiannya pula mempunyai perkembangan yang lewat.

Hampir 1 ½ bahagian daripada kanak-kanak autistik berkembang secara normal sehingga


mereka berumur 1 ½ hingga 3 tahun, barulah simptom autistik mula kelihatan. Kanak-kanak
ini sering dianggap sebagai pengidap ’ regressive ’ autisme. Regression terjadi hasil
daripada candida albican’s, pengambilan vaksin, terdedah kepada virus, sawan dan lain-
lain.

Kanak-kanak autistik sering ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya dalam aspek
komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanak. Ketidakfungsian
tingkahlaku mula timbul seperti ’ self-stimulatory behaviors ’ iaitu pengulangan tingkahlaku
yang tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyangkan badan, mencederakan diri seperti
menggigit tangan, menghantuk kepala, masalah tidur dan makan, ice contact yang lemah,
tidak sensitif kepada sakit, hiper atau hipo dan kurang menumpukan perhatian.

Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak ini ialah mereka mahu kepada kesamaan
dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan tingkahlaku yang sama.

Kanak-kanak autistik cuba mengekalkan rutin harian dan jika berlaku perubahan kecil
sekalipun akan memperlihatkan sedih dan tidak tenteram. Mereka mahu kesamaan itu
mungkin kerana tidak mempunyai keupayaan untuk memahami dan menangani situasi
yang berbeza.
Kanak-kanak autistik juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh.
Sebahagian daripada mereka menghadapi sawan untuk kali pertama ketiga baligh yang
mungkin disebabkan perubahan hormon.

Kajian yang dilakukan oleh Camberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas menunjukkan
autisme ialah :

i. masalah sosial: lemah dalam interaksi dua hala

ii. masalah komunikasi; verbal atau non verbal

iii. kurang daya imaginasi

Kanak-kanak autistik mempunyai ingatan yang baik untuk menghafal sesuatu seperti jadual
perjalanan bas walaupun mereka tidak memerlukan maklumat tersebut.

Setiap kanak-kanak autisme mempunyai ciri-ciri yang berbeza kecuali kanak-kanak autisme
yang tulen, mereka mempunyai hampir semua ciri seperti berikut :

Bersendirian dan berjauhan.

Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan berinteraksi jika
didekati dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai sahaja.

Kanak-kanak ini menolak kehadiran seseorang atau melihat menembusi seseorang


terutama ketika bercakap dengannya.

Sukar bermain dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak normal.

Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri

Kanak-kanak ini memeriksa bahagian anggotanya seperti kaki dan tangan seolah-olah
ianya baru dan pelik.

Membuang masa pada sesuatu objek.

Suka membawa berbagai objek dan amat marah apabila kehilangan objek tersebut.

Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain dan marah jika kehilangannya.
Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar
objek tersebut.

Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan
mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar
tanpa melihat gambar tersebut.

Permainan yang aneh dengan objek seperti memusing, menggoyangkan tali, menggoncang
objek di dalam tin dan mengoyak kertas.
Tidak suka kepada perubahan.

Sangat sukar mengubah rutin seperti menukar pakaian baru, makanan lain, jalan lain atau
makan ubat kerana melanggar rutin hariannya.
Menolak penerimaan belajar perkara baru.

Marah jika perabut di dalam rumah diubah-ubah.

Bersifat aneh terhadap sesuatu penerimaan deria.

Tidak bertindakbalas terhadap percakapan atau bunyi-bunyian.


Menutup telinga bila mendengar bunyi atau seseorang bercakap dengannya.

Bersikap seperti orang pekak walaupun boleh mendengar.

Tiada tindakbalas terhadap sesuatu yang dilihat.

Menunjukkan minat pada benda yang bergerak.

Mengelakkan diri melihat sesuatu bila disuruh.

Bersikap seperti orang rabun walaupun boleh melihat.

Bersikap aneh terhadap kesakitan, panas atau sejuk. Bahkan tidak merasa sakit, panas
dan sejuk.

Sikap atau perasaan ganjil dan tidak normal

Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis, menendang, menggigit dan
sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan, dilarang memakan sesuatu yang
disukai, hilang orang yang disayangi atau pun tanpa sebab.

Mengilai dan ketawa tanpa sebab.

Tidak tahu erti bahaya. Mereka akan bermain dengan api, melintas jalan, memanjat
bumbung rumah dan lain-lain lagi.

Gangguan pertuturan.

Tiada pertuturan langsung.

Pertuturan yang tidak sempurna seperti ’ka’ untuk muka dan ’tu’ untuk pintu sehingga
kanak-kanak ini dewasa.
Menggunakan perkataan mudah.

Menggunakan perkataan berulang-ulang tanpa mengetahui maksudnya.

Menggunakan suara yang luar biasa untuk menyebut sesuatu perkataan.


Gangguan pergerakan.

Perlakuan terlampau aktif , berlari tanpa letih, berjaga lewat malam, kadangkala bermain
dengan gembira dan kadangkala menjerit atau menangis.

Berbaring kaku tanpa bergerak dalam jangkamasa yang lama

Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding, menggoyangkan badan,


menepuk tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk, berjengkit, mengembangkan
jari di hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan, goyangan dan lain-lain lagi.

Intelek yang luar biasa

Pintar matematik

Bijak ’ jigsaw puzzles ’


Ingatan kuat terhadap hafalan seperti senikata lagu, nombor, nama dan lain-lain lagi.

Cepat membaca dan menulis.

Kemahiran mekanikal luar biasa.

Ciri-ciri utama Kanak-Kanak Autisme

Berkelakuan seperti orang pekak walaupun boleh mendengar.


Tidak memahami apa yang dilihat walaupun boleh melihat.
Gemar bermain dengan bentuk permainan yang luar biasa.
Menangis dan marah tanpa sebab.
Ketawa dengan tiba-tiba.
Tidak mahu dipeluk dan dibelai.
Bercakap tidak putus-putus mengenai objek yang disukai.
Perkataan berulang-ulang.
Suka memutarkan barang.
Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
Tidak merasai kesakitan.
Berkelakuan aneh.
Tingkahlaku terlalu aktif atau pasif.
Sukar menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
Tidak mahu bermesra.
Mempunyai bakat tertentu seperti muzik.
Menunjuk dengan jari apa yang dikehendaki.
Memegang tangan orang lain untuk memberi arahan.
Tidak mahu menerima pelajaran biasa.
Suka meniru perkataan orang lain.
Tidak mahu perbezaan dalam hidup.
Tidak mengenali sesuatu bahaya.
Sayang terlampau terhadap sesuatu objek.
Suka mengelak diri daripada bertentangan mata semasa berkomunikasi.
Menghadapi gangguan deria .
Berlaku semasa lahir atau sebelum berumur dua tahun.
Sukar berhubung dengan orang lain.
Memperlihatkan tingkahlaku yang ganjil seperti tidak suka pada sentuhan, pelukan,
senyuman atau bertentangan mata.
Kelihatan seolah-olah tidak memberi perhatian tetapi berubah sifat dengan tiba-tiba apabila
objek kegemaran disebut.
Suka menyendiri seolah-olah tenggelam dalam dunia sendiri.
Memperlihatkan perlakuan tersendiri yang menjadi masalah jika berterusan.

JENIS DAN AUTISME

Sememangnya tidak ada satu kata sifat yang menjelaskan setiap jenis individu autisme. Hal
ini kerana terdapat banyak bentuk kecelaruan seperti individu yang anti sosial atau yang
boleh bersosial, agresif terhadap diri sendiri atau pun agresif terhadap orang lain.
Sesetengahnya mempunyai sedikit bahasa atau tiada bahasa langsung, ada yang
mengulang-ngulang perkataan atau frasa dan sebahagian mempunyai kemahiran bahasa
seperti individu normal.

Edelson ( 1999 ), berpendapat memandangkan masih tiada lagi ujian fisiologi untuk
menentukan samada seseorang itu mempunyai autisme, oleh itu cara untuk mendiagnosis
adalah bila individu menunjukkan beberapa ciri tingkahlaku yang berkaitan.

Sebenarnya ramai individu autisme mempunyai tingkahlaku yang berkait tetapi kecelaruan
yang nyata bercirikan autisme. Kajian menunjukkan orang yang terlibat memang
mempunyai tingkahlaku autisme mempunyai kaitan tetapi mempunyai kecelaruan yang
jelas. Autisme tersebut termasuklah Sindrom Asperger, Sindrom Fragile X, Sindrom
Landau-Kleffner, Sindrom Rett dan Sindrom Wiliams.

Sindrom Asperger mempunyai ciri seperti pemikiran yang konkrit, terlalu memikirkan
mengenai sesuatu topik, ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil serta luar
biasa. Mereka boleh dianggap sebagai mempunyai tahap kefungsian yang tinggi dan layak
untuk mempunyai kerja dan boleh hidup berdikari.

Sindrom Fragile X pula merupakan satu bentuk mental retardasi ’ long arm’. Lebih 15%
pengidap sindrom ini menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri kanak-kanak autistik.
Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat, hiperaktif,
eye contact yang lemah dan mengibar-ngibarkan tangan. Kebanyakan individu ini berfungsi
pada tahap masalah ringan kepada yang sederhana. Semakin mereka membesar,
perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga
yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung.

Sindrom Landau Kleffner menunjukkan banyak tingkahlaku autisme seperti mengelakkan


diri daripada bersosial, menghendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai masalah
bahasa. Mereka sering dianggap menghadapi ’ regressive ’ autisme kerana menunjukkan
ciri seperti normal sehingga umur 3 tahun hingga 7 tahun.Kemahiran bahasa jika ada akan
berakhir dengan hilang keupayaan bercakap. Mereka juga mempunyai corak gelombang
otak yang tidak normal jika dianalisis corak EEG semasa tidur.
Sindrom Rett merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat yang
memberi lebih kesan kepada kanak-kanak perempuan dan berkembang antara umur ½
tahun hingga 1 ½ tahun. Mereka memperlihatkan ciri-ciri seperti kehilangan pertuturan,
mengulang memulas tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada bersosial.
Bahkan individu ini biasanya mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk dan sangat
teruk.

Manakala Sindrom William mempunyai ciri-ciri autistik termasuklah perkembangan yang


lambat dalam aspek bahasa, sensitif kepada bunyi, tidak ada tumpuan perhatian dan
mempunyai masalah sosial. Secara umumnya mereka yang mempunyai sindrom ini lebih
bersosial dan menghadapi masalah jantung.
Posted by Ummu Iman at 06:41
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

5 comments:
1.

doli abdullah21 January 2015 at 03:27

mohon perkongsian ilmu..semoga memberi manfaat..:)

Reply

2.

SARASWATHY KRISHNAN1 December 2015 at 07:32

Good and tq for the info

Reply

3.

FaraAmylia 885 June 2016 at 11:57

Good info..anak i ade semua ciri2 ni..

Reply

4.
FaraAmylia 885 June 2016 at 11:57

Good info..anak i ade semua ciri2 ni..

Reply

5.

Unknown17 February 2017 at 14:56

Terima kasih dengan info yang di berikan

Reply
Add commentLoad more...

Newer Post Older Post Home


Subscribe to: Post Comments (Atom)
Motivasi Al-Quran
Get the <a href="http://www.widgetbox.com/widget/motivasi-al-quran">Motivasi al-Quran</a> widget
and many other <a href="http://www.widgetbox.com/">great free widgets</a> at <a
href="http://www.widgetbox.com">Widgetbox</a>! Not seeing a widget? (<a
href="http://support.widgetbox.com/">More info</a>)

Classic Clock

KENALI TUAN BLOG

Ummu Iman
View my complete profile

Jom Join Blog Saya!


Total Pageviews

114086

Blog Archive
 ▼ 2013 (8)
o ▼ February (8)
 PANTANG LARANG MASYARAKAT MELAYU - SUBJEK EDU3106
 PRABACAAN - SUBJEK LITERASI BAHASA WAJ3104
 KEPENTINGAN TEORI PERKEMBANGAN KEPADA GURU PSV - S...
 CIRI-CIRI & JENIS AUTISME - SUBJEK PENGENALAN PEND...
 KENALI AUTISME - SUBJEK PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS...
 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVESME
 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME
 PENGURUSAN TINGKAHLAKU MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS...

Pete The Penguin Virtual Pet

Picture Window theme. Powered by Blogger.

TASKA DARUL HANNAN MASJID WILAYAH

Pages

Home

Peraturan Taska

Syarat Kemasukan

Daily Doa

Thursday, December 2, 2010

Autisme: Ciri-Ciri dan Punca


Perkataan ‘autism’ mula-mula sekali digunakan oleh Eugen Bleuler pada tahun 1919. Ia merujuk kepada
kurang atau tidak ada hubungan dengan individu lain dan dunia luar. Perkataan ‘autistic’ dan ‘autism’ ini
dirujuk daripada perkataan Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri ( Pamela J. Wolfberg, 1999 ).

Walau bagaimanapun, kini istilah autisme merujuk kepada ‘developmental disorder’ atau
ketidakupayaan dalam perkembangan mental. Doktor Leo Kenner iaitu seorang ahli psikologi pada
tahun 1943 telah menghuraikan autisme sebagai satu sindrom kumpulan tingkah laku. Bagi beliau
autisme sebagai satu sindrom kumpulan tingkah laku yang unik. Autisme sebagai masalah gangguan
afektif, perspektif, persepsi, linguistik, kognitif dan komunikasi . ( Brenda dan Jo Webber, 2002 )

Menurut Hallahan & Kauffman (1997) autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan
diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan boleh dilihat sbelum
berumur 30 bulan. The Autism Society Of America telah mendefinisikan pada 1977 dan menyemak
semula pada 2000 menyatakan bahawa autisme merupakan kekurangan keupayaan sepanjang hayat
dan dapat dipastikan pada tahap tiga tahun pertama bayi. Autisme berlaku tanpa menurut bangsa,
keturunan dan latar belakang sosial keluarga.

Zasmani Shafiee (2000) telah menyatakan bahawa autisme adalah gangguan di dalam otak terutama di
bahagian-bahagian menguasai kefahaman, emosi, komunikasi secara langsung dan tidak langsung.
Kesimpulannya, autisme bolehlah didefinisikan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak
dan bukan akibat masalah perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius
dan tetap wujud sehingga akhir hayat walaupun tingkahlaku positif telah berlaku.

Nisbah Autisme:

Di dalam perhitungan dunia, bilangan yang menghidap autisme tulen adalah 4 hingga 5 orang dalam 10
000 orang manakala 10 hingga 15 orang dalam 10 000 orang mempunyai ciri-ciri tertentu autisme.
Bilangan lelaki melebihi bilangan perempuan dengan nisbah 4:1, dan kebiasaannya seorang sahaja
kanak-kanak autisme di dalam sesebuah keluarga dan kerap terjadi pada anak sulung.

Autisme dihidapi oleh kanak-kanak dari semua bahagian di dunia. Ia tidak mengira bangsa dan negara,
taraf sosio ekonomi, taraf intelek, dan fakta perawakan sesebuah keluarga. Dianggarkan bilangan
autisme tulen ialah 4350 orang dan lebih kurang 13000 orang mempunyai ciri-ciri tertentu autisme. Di
Kuala Lumpur sahaja terdapat 60 hingga 80 orang kanak-kanak autisme yang ditempatkan di merata-
rata pusat sosial dan sebagainya.

Perkembangan Fizikal dan Otak Individu Autisme

Seperti yang biasa kita lihat, individu autisme biasanya adalah seperti individu normal dan tiada siapa
yang menyangka individu ini mempunyai ketidakupayaan. Apa yang kita lihat sifat fizikal kelihatan
sempurna namun apa yang berlaku di dalam otak mereka tiada siapa yang tahu. Individu autisme ini
dikatakan sebagai neuro-developmental disorder iaitu satu kecelaruan dalam pembentukan otak. Ini
kerana di dalam otak setiap manusia terdapat beribu-ribu sel saraf yang paling berkait dan tersusun
dalam bentuk system yang boleh mengawal kesedaran luar tubuh, termasuklah emosi, tingkah laku dan
juga hubungan dengan fungsi organ dalaman.

Setiap hemisfera otak mengandungi empat bahagian iaitu frontal, temporal, occipital dan parienta.
Kawasan occipital menerima sel-sel saraf optic, menganalisa dan memberi maklum balas tindakan yang
perlu dilaksanakan oleh mata. Temporal lobe merupakan kawasan pendengaran dan berhampiran
dengan sensori. Di hadapan kawasan sensori adalah kawasan motor yang mengawal pergerakan tubuh
manusia. Bahagian parietal merupakan pusat mengawal motor pertuturan. Bahagian frontal adalah
merupakan bahagian yang mengawal proses mental seperti kemahiran berfikir, membuat perancangan,
kegiatan belajar dan menggunakan konsep-konsep perlambangan bahasa.

Trevarthen, Aitken, Papouli & Roberts ( 1998 ) menyatakan pendapatnya bahawa cereblum merupakan
bahagian otak yang kedua besar dan terletak di bawah occipital lobe. Fungsi utamanya adalah mengawal
keseimbangan badan, mengkoordinasi pergerakan otot dan mengawal tubuh badan tetapi pada
kedudukan normal. Namun demikian, bagi kanak-kanak autisme, ia adalah sebaliknya. Sistem saraf
pusat mula terbentuk apabila embrio berusia dua minggu dan apabila berumur lapan minggu akan
menjadi fetus atau janin. Ketika inilah mekanisme genetik mula muncul. Faktor ini menentukan
perkaitan individu dengan bentuk tubuh, organ dalaman dan sistem saraf pusat.

Bauman & Kemper dalam Edelson (1999) telah menjalankan pembedahan otak individu autisme dan
mendapati bahawa terdapat dua bahagian dalam sistem limbik yang kurang berkembang iaitu
‘amygdala’ (berbentuk badam) dan ‘hippocampus’ (berbentuk kuda laut). Dua bidang ini berperanan
sebagai mengawal emosi, tingkah laku yang tidak bersebab, input sensori dan pembelajaran. Mereka
juga mendapati di dalam cerebllum terdapat kekurangan sel purkinje.

Saraf amyglada individu autisme ini adakalanya bersaiz lebih kecil atau lebih besar berbanding dengan
saiz normal. Kesannya mungkin akan menyebabkan individu autisme menjadi hyperaktif atau hypoaktif.
Ketidaknormalan saiz saraf tersebut juga memberi kesan kepada deria-deria yang berkaitan dengan
sistem lain di bahagian otak. Di bahagian otak individu autisme terdapat kepadatan neuron di dalam
saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus. Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi
dalam kandungan ibu. Sistem saraf amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa,
penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor.

Ciri-Ciri Autisme

Kanak-kanak autisme mempunyai pelbagai masalah yang menjadikan mereka individu yang unik. Jamilia
K.A Mohamed (2005) dalam bukunya Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istemewa telah
menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme kepada enam bidang iaitu komunikasi, interaksi
sosial, gangguan deria, pola bermain, tingkah laku, dan emosi.

1. Komunikasi

Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:

a. Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung.

b. Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang
lain.

c. Jarang menggunakan bahasa

d. Sukar diajak bercakap

e. Kadang-kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja

f. Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan

g. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami

h. Meniru perbualan atau nyanyian tanpa mengerti maksudnya

i. Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu

2. Interaksi Sosial

Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrim.

a. Suka bersendirian
b. Tiada kontek mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain

c. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan

d. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut

3. Gangguan Deria

Di antara ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:

a. Sensitif pada sentuhan

b. Tidak suka dipegang atau dipeluk

c. Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga

d. Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain

e. Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut

4. Pola Bermain

Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:

a. Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya

b. Tidak suka bermain bersama rakan sebayanya

c. Tidak bermain dengan cara biasa, dan suka memutar-mutar atau melambung-lambung dan
menyambut mainan atau apa sahaja yang dipegangnya

d. Suka dengan objek yang berputar seperti kipas angin

e. Apabila menyukai sesuatu benda terus dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja.

5. Tingkah Laku

a. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif

b. Melakukan gerakan ataupun perbuatan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang,
mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke
televisyen, berlari atau berjalan mundar –mandir

c. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya)

d. Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi

6. Emosi
Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya ialah:

a. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab , mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti
kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya

b. Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu

c. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu

d. Adakalanya mencederakan dirinya sendiri

e. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain

Punca-punca Autisme

Punca sebenar autisme adalah kompleks dan sukar dijelaskan. Dalam kebanyakan kes, punca yang
menyebabkan autisme adalah tidak diketahui. Autisme mempunyai kecelaruan yang berbagai-bagai dan
kajian-kajian terkini yang dijalankan lebih memberikan tumpuan terhadap masalah genetik, masalah
semasa dan selepas kelahiran, kefungsian otak ,dan faktor-faktor neurochemical dan imunilogikal.

Dari segi genetik, adik- beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding
orang lain, terutamanya bagi pasangan kembar seiras. Selain itu autisme juga dikaitkan dengan
kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fragile X Syndrome, tuberous
sclerosis, dan phenylketonuria (PKU).

Selain itu masalah dan komplikasi yang berlaku sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menjadi punca
kepada berlakunya autisme. Di antaranya adalah jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu,
encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan, dan bengkak cantik (mumps).
Susunan kedudukan adik-beradik juga turut dikatakan sebagai pencetus autisme iaitu anak sulung dalam
keluarga yang mempunyai dua anak, anak keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai
empat anak atau lebih (Gargiulo R.M. 2003).

Menyentuh tentang fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian serebelum, sistem
limbik, dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.

Autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah
keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunction) akan berkait
dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme, terutamanya alahan kepada
makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih 60% kanak-
kanak autistik yang mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu yang
berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protein
daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rangkaian yang
akhirnya akan dibuang melalui perkumuhan air kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap
kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin
dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang
terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian, dan
tingkahlaku (Jamilia K.A. Mohamed, 2005).

Kanak-kanak autisme merupakan kecacatan yang paling serius dari aspek pengendalian tingkahlaku.
Dianggarkan 1/3 dari kanak-kanak kini boleh dilatih untuk berdikari tetapi sejumlah besar mungkin
memerlukan pengawasan sepanjang hidup mereka. Biasanya kanak-kanak ini beransur baik selepas
umur meningkat dewasa dan ada juga yang menjadi kanak-kanak normal dalam peringkat umur yang
lebih dewasa. Berikut adalah anggaran peratus tahap berfungsi bagai kanak-kanak ini:

1-5% - menjadi biasa kembali dan boleh berdikari

15% - menunjukkan kemajuan semasa remaja

25% - boleh bekerja dalam pengawasan rapi

55% - perlu pengawasan rapi sepanjang hayat

Dicatat oleh Taska Darul Hannan Masjid Wilayah

Dicatat oleh Taska Darul Hannan Masjid Wilayah di 8:25 AM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Label: Autisme

Reaksi:
2 comments:

AnonymousMay 6, 2012 at 7:01 AM

Saya merupakan ibu kepada salah seorang anak istimewa yang disyaki mengidap autisme...saya berasa
sangat sedih, terkejut, kecewa dam macam-macam perasaan yang ada...saya cuba untuk memahami
keadaan anak saya yang istimewa ini...tetapi saya kurang bahan bacaan yang boleh saya dapati..ada
sesiapa boleh kongsi pengalaman atau bahan bersama?

ReplyDelete

ummuhanaNovember 4, 2014 at 1:38 AM

mari sama2 kita bantu kanak2 autism


mereka anugerah Allah yg sgt bernilai

www.hanasihat.blogspot.com

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Pautan pada catatan ini

Create a Link

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Click Here

Klik image untuk ke website MAIWP


Tentang Taska TDH

Taska Darul Hannan Masjid Wilayah

Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia

Masjid Wilayah Jalan Duta Kuala Lumpur

View my complete profile

Bacaan Al-Quran

Sheikh Mishary Rashed Alafasy

Facebook Taska

taskadarulhanan@yahoo.com

Semua gambar akan di "upload" melalui facebook taska. Hanya sebahagian gambar diletakkan dalam
blog kami.

Facebook Badge
Taskadarulhannan Masjid Wilayah

Create Your Badge

Parenting Website

Majalah Mami

Majalah Pa & Ma

Parenting.com

Parentingwebsites.org

Persatuan Pediatrik Malaysia

Susuibu.com

References

Arabic Learning Materials

Clipartpal

Crafts

Dotted Alphabet

Finger Tips

First Palette

From Our Table To You

Infomontessori

Lovely Handmade Card

Maths
Montessori Materials

Scrapping-glitz

Songs For Teaching

The Crafty Crow

Zikir & Doa (e-mosque)

Home School Pilihan

cinta-rasul

Kenapa nak bina sekolah agama lagi?

2 days ago

handmade beginnings

We've moved...

1 year ago

nombordansifir

Kosong-kosong

2 years ago

Mama Homeschool

Aktiviti Mengenal huruf Aa & Nombor 1-3.

3 years ago

Preschool List

Bermulanya di prasekolah ini...

Show and tell apron

2 weeks ago

PORTAL PRASEKOLAH SKSAA

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2 months ago

SIMANJADOTCOM

3 years ago
Malaysian Homeschooler

LittleKittle.com

We’re in Harian Metro for the 8th time’s, TODAY :)

2 months ago

Learning Beyond Schooling

Public Talk: Creative Thinking Through Future Problem Solving

2 months ago

Homefrontier

A COLLECTION OF TROPHIES

1 year ago

Muslim-Malaysian Homeschool

Poster sudah siap!

2 years ago

DarwishnDarwisya

3 years ago

. : MyAdam Homeschool : .

. : Kembali Bersiaran : .

4 years ago

Muslim Europe/U.S Homeschooler

Happy Muslim Mama

Muslims and Disagreement with Respect

6 hours ago

Ummi Homeschools Me!!

And so love them

5 months ago

A Muslim Child is Born

A New Favourite Book


6 months ago

Educating the Muslim Child

We have moved . . .

7 years ago

Followers

Chat Room TDH

Labels

3 tahun (1)

Aktiviti kanak-kanak (10)

Aktiviti Riadah (8)

Autisme (2)

Batik (1)

Belajar Sambil Bermain (21)

Bengkel (4)

Besday (16)

Carta Organisasi (1)

Direktori (3)

Doa (1)

gelagat anak-anak Darul Hanan (7)

Hadith (1)

Hari Guru (2)

Hari Kebangsaan (1)

Hari Raya (6)

Ihtifal (2)

Ikan Talapia (1)

Imam Muda (2)


Kad (3)

Kesihatan (2)

Kisah dan Pengajaran (1)

Kolaj (6)

Komputer (1)

Lawatan (10)

Menulis (2)

Merdeka (2)

Mewarna (7)

Pakaian (1)

Pendaftaran (1)

Pengenalan (1)

Pengumuman (7)

Perkembangan Kanak-Kanak (9)

Pertandingan (2)

Pertukangan (1)

Petua (2)

Potty Training (3)

Program TIBB (9)

Punch Card (1)

Senaman (1)

Sesi Bercerita (4)

Solat (1)

Sukan (2)

Syawal (6)

Tahniah (2)

Tumbuhan (1)

Blog Archive
► 2014 (2)

► August (1)

► February (1)

► 2013 (13)

► November (1)

► October (3)

► July (2)

► June (1)

► May (5)

► February (1)

► 2012 (17)

► September (2)

► July (2)

► June (3)

► May (3)

► April (1)

► March (2)

► February (4)

► 2011 (35)

► December (1)

► November (2)

► October (1)

► September (3)

► August (5)

► July (2)

► June (2)

► May (6)

► April (4)

► March (3)
► February (3)

► January (3)

▼ 2010 (61)

▼ December (5)

MAJLIS HARI LAHIR AHMAD HAZEEQ

Sambutan Ulangtahun Warga TDH (OKT-DEC)

Program Pergigian di Putrajaya

Autisme: Ciri-Ciri dan Punca

Muntah Di Kalangan Kanak-Kanak

► November (6)

► October (3)

► September (8)

► August (4)

► July (10)

► June (8)

► May (10)

► April (7)

Our Blog List

3 Kids and Us

Cool Innovations in Gaming Industry of 2017

3 days ago

Taska Darul Hannan Cawangan IKB

Taska Darul Hannan Cawangan IKB 2014 - Lawatan Pertama 2014

3 years ago

Ms. Jernigan's Kindergarten World

Review Fusion Beauty BlingFusion Lip Plump Color Shine - After Hours - 8.22g/0.29oz

3 years ago

AnakkuSoleh.com
Otakhijauhomeschool : A Bad Start Doesnt Mean You Cant Win The Race!

Aktiviti Taska

Antara Alat Bantuan Mengajar

Sambil bermain, kanak-kanak dikenalkan dengan warna-warna bola

Keistimewaan TDH
YB. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melihat salah
seorang kanak-kanak di Taska Darul Hannan menggunakan
komputer

Bekas Makanan

Kanak-kanak diajar berdikari mengemas tempat tidur

Sudut Komputer
Kanak-kanak memakai pelbagai kostum

Sinki Kanak-kanak

Sudut bacaan

Taman Permainan Berbumbung

Kanak-kanak diajar mengemas barang-barang permainan sendiri

Bekas Minuman

Antara anak-anak Taska Darul Hannan

Papan Gelongsor (Permainan


Dalaman)
Tempat Mandi

Alat Sterile Botol Susu

Almari baju kanak-kanak

There was an error in this gadget

Awesome Inc. theme. Theme images by MrPlumo. Powered by Blogger.


<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-
KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=synad_my" border="0" height="1" width="1" alt="Quantcast" /></div>

Lobi Utama

Dari Dapur (Resepi)

Dari Bilik Muzik (Kord Gitar)

Dari Bilik Kraf & DIY

Dari Bilik Belajar

Disclaimer (Penafian)

Rabu, 2 April 2014

Hari Kesedaran Autisme Sedunia


Tanggal 2 April diisytiharkan sebagai 'Hari Kesedaran Autisme Sedunia' atau 'World Autism Awareness
Day'. Tujuan hari ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih
peka terhadap keadaan pesakit autistik.

Kredit Imej: www.caymanactive.com

'Hari Kesedaran Autisme Sedunia' disambut dengan tema warna biru - 'Light It Up Blue'. Di Malaysia,
mungkin sambutan hari ini tidak sehebat negara luar. Pendedahan masyarakat kita kepada apa itu
autisme masih rendah. Jika di luar negara, bangunan-bangunan pencakar langit dan lokasi besar yang
menjadi 'landmark' sesuatu tempat akan memberi sokongan dengan cara menyalakan lampu biru.

Sydney, Australia (Kredit Imej: www.autismawareness.com.au)

Tahun ini, pelakon dan pengarah terkenal Jet Li, melalui 'One Foundation' yang ditubuhkan olehnya
telah menganjurkan acara 'I Will Not Speak'. Kita hanya perlu ambil sedikit masa (ikut keselesaan
sendiri) untuk diam sebagai simbolik kita memahami kesukaran yang dilalui oleh mereka dalam
memastikan kelangsungan hidup.
Kredit Imej: Jet Li Facebook Page

'Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia'

*Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang berkait dengan masalah hubungan sosial, masalah
komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain. Malah, anak autistik akan
menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Anda mungkin juga meminati:

Fakta Menarik & Perlu Tahu Mengenai Pesakit Autisme

Eishh, jangan makan!


Homestay Selesa dengan Harga Berpatutan di Selayang

Jom Buat Checklist untuk Ramadhan

Linkwithin

Corat-coret Farrah MF pada Rabu, April 02, 2014

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Melalui: Kongsi Info

3 ulasan:

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK24 November 2014 4:39 PG

Kesian pada kanak-kanak autism ni.


Juga cabaran for parents.

BalasPadam

Balasan

Farrah MF24 November 2014 1:19 PTG

Betul. Parents kena betul2 kuat untuk handle anak-anak istimewa ini :)

Padam

Balas

The KehalusanKelembutan4 April 2016 7:31 PG

kena banyak sabar handle anak autism ni , kena rajin ajar mereka berulang ulang insyaAllah

BalasPadam

Tambah ulasan

Muatkan lagi...
Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara
Meninggalkan Pautan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

<a href="http://radarurl.com/">radarurl</a>

Dana FAMF

Carian

Top of Form

Carian

Bottom of Form

Tuan Punya Tower


Farrah MF

Self-employed | Living my childhood dreams |❤coffee☕| guitar & music | arts & crafts | books |
recipes | Enjoy your tour! Reach me at faidamf[at]gmail.com

Lihat profil lengkap saya

ME,..elsewhere

Ahli Lembaga Pengarah

Untuk Anak-anak

Tips Mahir Bahasa Inggeris

Mahir Penjodoh Bilangan dengan Katalog

Kayu Sakti untuk Betulkan Alignment Tulisan Anak

Tips Bantu Anak Pandai Tulis Karangan

Cara Betulkan Buku Anak Yang Tercabut di Tengah

Cara Buat Huruf Blok

Tips Berguna

Carabiner untuk Shopping

Kumpul Resit, Kumpul Points dengan MANIS

Idea Hadiah Perkahwinan dan Ulang Tahun Perkahwinan

Cara Buat Personalised Gifts yang Berbaloi-baloi di Printcious

Cara Buat Huruf Blok


Cara Mudah Pilih Font yang Ada dalam Koleksi di Komputer

Panduan Ketika Membantu OKU Penglihatan

Tips Atasi Masalah Semut di Rumah

Cara Buat DIY Febreze

Petua Hilangkan Sedu (Hiccups)

Petua Surutkan Bengkak Kaki

Petua Hilangkan Bengkak Gigitan Kucing

Bantutkan Pertumbuhan Rumput Liar

Tips di Dapur

Cara Mudah Bersihkan Microwave

Cara Uji Tahap Kesegaran Telur

Cara Mengurus Stok Barang Baking | Dapur

Cara Simpan Halia Agar Tahan Lebih Lama

Cara Mudah Rebus Pasta

Cara Memilih Avocado

Organize | Kemas

Cara Kemas Clear Stamps | Cling Stamps

Cara Mengurus Stok Barang Baking | Dapur

Cara Mengurus Beg Plastik di Rumah

Cara Kemas Washi Tapes

Cara Kemas Hiasan Kraf (Embellishments)

Cara Kemas Reben 1

Cara Kemas Reben 2

Tetamu VVIP

cerita dari jejariku


Lost World Hotel, Gerbang Percutian Terbaik di Ipoh

!~Bidadari Superb~!

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

SITI.YANG.MENAIP

Macam mana nak enjoy percutian ke Penang dengan budget yang rendah ?

Scdha Sein Photo And Travel

Kembara Amsterdam - Transit Dubai

dorsett pink

New Zealand 2017 | Our Accomodation in Rotorua

Blog Sal

Kobe Harborland- Part 8 - Kansai Trip

Miamorzafirah

Harga Minyak Minggu April (WW16)

emi izzeyda diary's

BM Tok' Kun Hill Challenge 2017

Anies♥You

Köln | Wilkommen in Bundesrepublik Deutschland

The Kehalusan Kelembutan

Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan' - RM300 Untuk Tekaan Tepat!
Hidayu Ayumie

Happy Birtday To Me!!

Jari Manis : Travel List

Haw Par Villa Singapore

Tetamu Hebat Apr - Jun

1.

dear anies 11 corat-coret

2.

Cik Nadyya 9 corat-coret

3.

dorsett pink 7 corat-coret

4.

zarul farhana 7 corat-coret

5.

hidayu ayumie 7 corat-coret

6.

Scha Nazri 5 corat-coret

7.

SalbiahM 4 corat-coret

8.

Mardiah Diana 3 corat-coret

9.

Seorang Syed 3 corat-coret

10.

nohas 2 corat-coret

Catatan Terdahulu
► 2017 (66)

► April (15)

► Mac (19)

► Februari (13)

► Januari (19)

► 2016 (284)

► Disember (17)

► November (15)

► Oktober (14)

► September (17)

► Ogos (27)

► Julai (29)

► Jun (30)

► Mei (25)

► April (26)

► Mac (27)

► Februari (26)

► Januari (31)

► 2015 (562)

► Disember (34)

► November (41)

► Oktober (36)

► September (48)

► Ogos (46)

► Julai (58)

► Jun (52)

► Mei (40)

► April (55)

► Mac (42)
► Februari (47)

► Januari (63)

▼ 2014 (748)

► Disember (69)

► November (85)

► Oktober (71)

► September (71)

► Ogos (61)

► Julai (44)

► Jun (44)

► Mei (60)

▼ April (90)

Selamat Hari Buruh!

Makan Tebaloi Yuk!

'Dimentional Tapes/Stickers' untuk projek Kraf Ker...

Guitar Chords Si Putih Si Merah - Black feat. RJ

Kad Piano Dah Siap!

'Si Putih Si Merah' yang Catchy

Cantiknyaaaaa!!

'Saya Buat Sendiri' - Photo Fridge Magnet

Doa untuk Hari yang Sempurna

Santai Petang dengan Lempeng Kelapa

Kad Guna Kertas Kitar Semula

Guitar Chords 'Alasan untuk Bahagia' - Asfan

Yeayy! Hujung minggu!

Rezeki Telur Pindang

Hilang - Najwa Latif (Easy Guitar Chords)

Buat 'Photo Borders' Guna Washi Tapes

Let It Go - OST Frozen (Easy Guitar Chords)


Main dengan butang,..

'Reminder Board' untuk Bilik Kraf Saya

Snek Masa Gatal Gigi

'Saya Buat Sendiri' - Best Wishes Card

Yuri yang Moody

Spam Sudah Tukar Jadi Scam!

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

Decorative Border Punch untuk Kraf

Guitar Chords Kau Ditakdirkan Untukku (In-Team fea...

Guitar Chords Si Katak - Mark Adam

1st Mini GA by NaNie DeaN

Cara Mengurus Beg Plastik di Rumah

Kad Piano Separuh Siap

Sampai Akhir - Judika feat. Duma (Easy Guitar Chor...

Ombak Rindu - Hafiz & Adira (Easy Guitar Chords)

Design Paper Pack PopArtz

Hindari Blog daripada Dapat 'Title' SPAM

Bukan Dia Tapi Aku - Judika (Easy Guitar Chords)

Berhenti Ragui Diri

Buang Sampah dengan Betul

Celery,...murahnya!

Berjaya disiapkan!

'Big Teacher'

9 + 1 kad

Segmen Blogwalking By DayangDeno

Doa untuk Sakit Kepala atau Migrain

'Speech Bubbles' untuk Kraf Kertas

Projek Tukar String Si Kapok

'Saya Buat Sendiri' - Mini Fridge Magnet


Selamat Berhujung Minggu!

Hanya Aku - Hyper Act (Easy Guitar Chords)

Clear Epoxy Sticker

Dapat MyKad Baru,..

I Love You - Najwa Latif (Easy Guitar Chords)

Kusinero Cinta Ganti Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Guitar Chords Lagu Tiga Kupang (Easy Chords)

RM1.50 jer tau,..

Aksi Yuri Van Houtten Bobok

Gold & Silver Stamp Pad untuk Kraf

Buat Sakit Hati - Setia Band (OST Pashmina Aisha) ...

'Percaya' Mengenang MH370

Resepi Kerepek Bayam

Hiasan (Embelishments) untuk Kad & Scrapbook - Ben...

Guitar Chords 'Biar Sampai ke Bintang' - Asmidar

Ibu & Fistula (Appointment Pertama Selepas Pembeda...

Nurul Yui Collection

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

Cara Menggunakan 'Printed Tapes' dalam Kraf Kertas...

Resepi Minyak Bawang Putih

Nak Tak Bina Orang Salji a.k.a Do You Want to Buil...

PT3 Ganti PMR

Tambah Koleksi Masking Tapes

Guitar Chords Bukan Milik Kita - 6ixth Sense

Cucur @ Jemput-jemput Kacang Soya

Printed Tapes untuk Kraf

Takkan Terpisah - Black (Easy Guitar Chords)

Jeruk Bawang Putih Idaman Kalbu

10 Surah untuk 10 perkara.


Nak macam ni sebijik,...

Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Anjing Laut yang Penyayang

Amalan Agar Dipermudahkan Urusan Dunia dan Akhirat...

Tenggiling ke Kucing?

Dah tak ada kerja,...

Printer demam,..

Apa Itu 'Paper Embosser'?

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan...

Pantaskah Syurga Untukku - Tegar (Easy Guitar Chor...

Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Kerepek Bayam untuk Minum Petang

Kerabu Kubis

The Curve Upcycled Tree of Hope

Kertas Kitar Semula daripada Najis Gajah

► Mac (89)

► Februari (51)

► Januari (13)

► 2013 (42)

► Disember (7)

► November (2)

► Oktober (5)

► September (5)

► Julai (11)

► Jun (1)

► April (1)

► Mac (8)

► Februari (1)

► Januari (1)
► 2012 (46)

► Disember (4)

► November (6)

► Oktober (5)

► September (1)

► Ogos (1)

► Julai (3)

► Mei (5)

► April (5)

► Mac (3)

► Februari (5)

► Januari (8)

► 2011 (102)

► Disember (9)

► November (29)

► Oktober (24)

► September (18)

► Ogos (11)

► Julai (1)

► Jun (6)

► Februari (2)

► Januari (2)

► 2010 (30)

► Disember (3)

► November (7)

► Oktober (4)

► September (1)

► Ogos (6)

► April (3)
► Februari (4)

► Januari (2)

► 2009 (40)

► Disember (7)

► November (12)

► Ogos (4)

► Julai (3)

► Jun (8)

► Mei (6)

Coffee House

Sekadar nak mengomel ;) (413) Me and My Little World (142) Suka-suka (95) Giveaway & Segmen (88) A
Slice of Thought (75) Tentang Blog (72) Gifts & Mementos (71) Kongsi Info (64) Doa dan Zikir (54)
Menarik kot? (52) Go Green with FAMF (49) Tips Berguna (49) Bloggers' Board (35) Happiness is... (27) Si
Yuri (27) Berbaloi (26) Jom Cuba Nasib (26) Hidup Lebih Sihat (20) Lazada (19) Products & Services (19)
Gardening (17) Kad Raya (17) Word Mania (17) Anekdot (15) Get Organized (15) Liebster Award (13)
Hobi Kumpul Setem (12) Tetamu Hebat (10) Setem & Filateli (9) Kids Songs & Nursery Rhymes (8) Si
Kapok (8) Teknik dan Tips Belajar (8) Ibu & AV Fistula (7) Buku Saranan FAMF Tower (6) Home Remedy
(6) Woop (6) Rehat-rehatkan Minda (5) Bijak Belanja (4) Coffee Lover (4) Ilmu...ilmu...ilmu (4) Tag and
Tagged (2) Tips Mahir Bahasa Inggeris (2) Versatile Blogger Award (2) Bukan Sekadar Katalog (1)

Jejak Tamu FAMF Tower

2949598

Dikuasakan oleh Blogger.


<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-
KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=synad_my" border="0" height="1" width="1" alt="Quantcast" /></div> <div
style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-
KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=synad_my" border="0" height="1" width="1" alt="Quantcast" /></div>

You might also like