You are on page 1of 137

PSZ 19:16 (Pind.

1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : TAHAP PENGUPAYAAN TERHADAP


GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)
DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH
MUAR

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

SAYA : JAAFFAR BIN KHAMIS

Mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( / )

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan


atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub
di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )

TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ ______________________________
( TANDATANGAN PENULIS) ( TANDATANGAN PENYELIA

Alamat tetap : 290, Jalan Utama 18, DR M. AL- MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Taman Temiang Utama, 84000, Muar. Nama Penyelia

Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
Pengesahan Penyelia

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan”

Tanda tangan : .......................................................

Nama Penyelia : Dr. M. Al- Muz-Zammil bin Yasin

Tarikh : .........................................................
i

TAHAP PENGUPAYAAN TERHADAP


GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP)
DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MUAR

JAAFFAR BIN KHAMIS

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

NOV, 2007
ii

PENGAKUAN

“ Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda tangan : ............................................

Nama Penulis : JAAFFAR BIN KHAMIS

Tarikh : .............................................
iii

DEDIKASI

Segala puji bagi Allah


yang memberi keizinan dan kekuatan

Jutaan terima kasih buat isteri tersayang,


Marina Ahmad
atas segala bantuan, galakan dan sokongan
serta kesabaran yang diberikan selama ini

Kepada bonda,
Hjh Sarah Hj Salleh
yang tanpa jemu mendoakan perjuanganku ini

Ingatan dan kasih sayang kepada anak-anak yang memberikan


kekuatan dan inspirasi,
Mohd Amir Asyraf
Nurul Najeeha
Nurul Nadzirah
iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah izinNya, maka projek ini
telah dapat disiapkan bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran), Universiti Teknologi Malaysia.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada


Dr. M. Al- Muz-Zammil bin Yasin, penyelia projek sarjana saya atas segala bimbingan
dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Kesudian dan kesediaan beliau meluangkan masa,
memberi bimbingan dan nasihat yang bernas telah banyak membantu dan memudahkan
saya melaksanakan projek kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Fakulti


Pendidikan yang banyak membantu saya sepanjang pengajian saya. Segala tunjuk ajar
yang disampaikan semasa di dalam atau di luar bilik kuliah telah banyak memberi
manfaat kepada saya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian


Perancang dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan
Pelajaran Johor kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian
serta terima kasih kepada semua Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) di sekolah-
sekolah menengah Daerah Muar kerana sudi membantu saya untuk menjadi subjek
kajian dalam kajian yang telah dijalankan.

Tidak dilupakan juga terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan terutama


Cik Juhana Zailah dan Cik Maizurah Mohamad yang telah banyak memberi dorongan,
sokongan dan bantuan.
v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengupayaan terhadap Guru


Kanan Mata Pelajaran (GKMP) mengikut demografi iaitu bidang, umur, jantina,
kelulusan tertinggi dan tempoh memegang jawatan. Instrumen kajian School
Participant Empowerment Scale (SPES) yang mengandungi dimensi membuat
keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan impak telah
digunakan dengan ubahsuai. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang GKMP yang
bertugas di 27 buah sekolah menengah gred A di daerah Muar. Data kajian dianalisis
mengunakan SPSS yang mengandungi t-Test dan ANOVA sehala. Dapatan kajian
menunjukkan semua dimensi pengupayaan mengikut demografi responden adalah pada
tahap tinggi kecuali dimensi autonomi bagi bidang Bahasa, kategori umur 36 hingga 45
tahun dan tempoh memegang jawatan kurang 5 tahun serta dimensi impak bagi
kategori umur 36 hingga 40 tahun yang menunjukkan tahap sederhana. Namun
demikian, tahap pengupayaan keseluruhan terhadap GKMP berdasarkan demografi
adalah tinggi dengan min 3.92. Keputusan Ujian – t dan ANOVA menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan bagi dimensi autonomi mengikut bidang di mana min untuk
bidang Bahasa adalah paling rendah. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan bagi dimensi status dan impak mengikut kelulusan tertinggi di mana
min bagi kelulusan sarjana muda adalah paling rendah. Namun demikian, ujian – t dan
ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
pengupayaan keseluruhan terhadap GKMP mengikut bidang, umur, jantina, kelulusan
tertinggi dan tempoh memegang jawatan. Justeru, pengetua telah mengamalkan sikap
yang positif melalui amalan pengupayaan terhadap GKMP dalam melaksanakan tugas
bidangnya di sekolah. Usaha ini perlu dipertingkatkan lagi terhadap guru-guru lain di
sekolah.
vi

ABSTRACT

This study is to determine the level of empowerment to the senior subject


teachers in secondary schools in Muar according to demographic factors such as
teaching areas, age, gender, level of education and the length of service as senior
subject teachers. A modified instrument of School Participant Empowerment Scale
(SPES) which considers six dimensions: decision making, professional growth, status,
self-efficacy, autonomy, and impact, was administered to 100 senior subject teachers in
27 grade A secondary schools in the district of Muar. The data was analysed using the
SPSS method including the t-Test and one-way ANOVA. The findings show that all
empowerment dimensions based on demographic factors are at a high level except the
autonomy dimension for language teaching area, 36 to 45 years old category and less
than 5 years service as senior subject teachers as well as the impact dimension for 36 to
40 years old category which is at moderate level. However, the level of empowerment
to the Senior Subject Teachers according to demographic factors is high with a mean of
3.92. Findings based on the t-Test and one-way ANOVA show that there is a significant
difference for autonomy dimension for teaching area in which the language teaching
area scored the lowest mean. The findings also show that there is a significant
difference for autonomy and impact dimensions for the level of education in which the
mean for bachelor’s degree is the lowest. However, the t-Test and one-way ANOVA
indicated no significant difference in the overall empowerment to the Senior Subject
Teachers according to teaching area, age, gender, level of education and the length of
service as Senior Subject Teacher. Therefore, the principal has practised a positive
attitude by empowering the Senior Subject Teachers to carry out duties in school. This
practice must be enhanced to all teachers in school.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Matlamat Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Hipotesis Kajian 11
viii

1.7 Batasan Kajian 11


1.8 Kepentingan Kajian 12
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Pengupayaan 13
1.9.2 Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) 13
1.9.3 Pemimpin Atau Pengurus Atau Pengetua 14
1.9.4 Orang Bawahan Atau Subordinat Atau 14
Pekerja
1.9.5 Membuat Keputusan 14
1.9.6 Perkembangan Profesional 15
1.9.7 Status 15
1.9.8 Efikasi Diri 15
1.9.9 Autonomi 16
1.9.10 Impak 16
1.10 Kerangka Konseptual Kajian 16
1.11 Rumusan 18

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 19
2.2 Definisi dan Konsep Pengupayaan 23
2.3 Kepentingan Pengupayaan 26
2.4 Model-model Pengupayaan 29
2.4.1 Bentuk Bulatan 29
2.4.2 Model Pengupayaan Kontinum 30
2.4.3 Model Proses Pengurusan Pengupayaan 32
Subordinat
2.5 Amalan Pengupayaan di Sekolah 33
2.6 Dimensi Pengupayaan 39
2.7 Rumusan 41
ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 42
3.2 Reka Bentuk Kajian 42
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 43
3.4 Instrumen kajian 43
3.4.1 Pemarkatan 45
3.5 Kajian Rintis 46
3.6 Prosedur dan Takwim Kajian 47
3.7 Analisis Data 48
3.8 Rumusan 49

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 50
4.2 Kiriman dan Kutipan Soal Selidik 50
4.3 Analisis Data 51
4.3.1 Analisis Deskriptif 52
4.3.1.1 Taburan Berdasarkan Demografi 53
4.3.1.2 Analisis Taburan Item Pengupayaan 65
4.3.1.3 Analisis Min dan Tahap Pengupayaan 72
Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)
4.3.2 Analisis Inferensi 78
4.3.2.1 Pengujian Hipotesis 1 78
4.3.2.2 Pengujian Hipotesis 2 81
4.3.2.3 Pengujian Hipotesis 3 83
4.3.2.4 Pengujian Hipotesis 4 85
4.3.2.5 Pengujian Hipotesis 5 87
4.4 Rumusan 89
x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 91
5.2 Perbincangan 91
5.2.1 Perbincangan Berdasarkan Taburan Demografi 92
5.2.2 Perbincangan Berdasarkan Tahap Pengupayaan 93
(Objektif 1)
5.2.3 Perbincangan Berdasarkan Pengujian Hipotesis 98
(Objektif 2)
5.3 Cadangan 103
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 105

RUJUKAN 106

LAMPIRAN 115
xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perubahan Organisasi Daripada 21


Paradigma Lama Kepada Paradigma Baru
2.2 Perubahan Organisasi Tradisional kepada 23
Organisasi Pengupayaan
3.1 Taburan Item Mengikut Dimensi 45
Pengupayaan (Short & Rinehart, 1992)
3.2 Pemarkatan Bagi Tahap Pengupayaan 45
3.3 Prosedur Dan Takwim Kajian 47
3.4 Objektif dan Kaedah Analisis Data 48
4.1 Korelasi Antara Dimensi Pengupayaan 51
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 52
Mengikut Bidang Mata Pelajaran
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 53
Mengikut Umur
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 54
Mengikut Jantina
4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 54
Mengikut Kelulusan Tertinggi
xii

4.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 55


Mengikut Tempoh Memegang Jawatan
GKMP
4.7 Taburan Bidang Berdasarkan Umur 56
4.8 Taburan Bidang Berdasarkan Jantina 57
4.9 Taburan Bidang Berdasarkan Kelulusan 58
Tertinggi
4.10 Taburan Bidang Berdasarkan Tempoh 59
Memegang Jawatan GKMP
4.11 Taburan Umur Berdasarkan Jantina 60
4.12 Taburan Umur Berdasarkan Kelulusan 61
Tertinggi
4.13 Taburan Umur Berdasarkan Tempoh 62
Memegang Jawatan GKMP
4.14 Taburan Jantina Berdasarkan Kelulusan 63
Tertinggi
4.15 Taburan Jantina Berdasarkan Tempoh 63
Memegang Jawatan GKMP
4.16 Taburan Kelulusan Tertinggi Berdasarkan 64
Tempoh Memegang Jawatan GKMP
4.17 Bilangan dan Min Setiap Item bagi 65
Dimensi Membuat Keputusan
4.18 Bilangan dan Min Setiap Item bagi 67
Dimensi Perkembangan Profesional
4.19 Bilangan dan Min Setiap Item bagi 68
Dimensi Status
4.20 Bilangan dan Min Setiap Item bagi 69
Dimensi Efikasi Diri
4.21 Bilangan dan Min Setiap Item bagi 70
Dimensi Autonomi
xiii

4.22 Bilangan dan Min Setiap Item bagi 71


Dimensi Impak
4.23 Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan 72
Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)
4.24 Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan 73
GKMP Mengikut Bidang
4.25 Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan 74
GKMP Mengikut Umur
4.26 Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan 75
GKMP Mengikut Jantina
4.27 Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan 76
GKMP Mengikut Kelulusan Tertinggi
4.28 Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan 77
GKMP Mengikut Tempoh Memegang Jawatan
4.29 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara 78
Min Tahap Pengupayaan terhadap GKMP
Mengikut Bidang
4.30 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara 79
Dimensi Pengupayaan Mengikut Bidang GKMP
4.31 Analisis Ujian LSD Perbandingan Antara 80
Dimensi Autonomi Mengikut Bidang GKMP
4.32 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara 81
Min Tahap Pengupayaan Terhadap GKMP
Mengikut Umur
4.33 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara 82
Dimensi Pengupayaan Mengikut Umur GKMP
4.34 Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Min 83
Tahap Pengupayaan Terhadap GKMP
Mengikut Jantina
4.35 Analisis Ujian-t Perbandingan Antara 84
Dimensi Pengupayaan Mengikut Jantina GKMP
xiv

4.36 Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Min 85


Tahap Pengupayaan Terhadap GKMP
Mengikut Kelulusan Tertinggi
4.37 Analisis Ujian-t Perbandingan Antara 86
Dimensi Pengupayaan Mengikut Kelulusan Tertinggi
GKMP
4.38 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara 87
Min Tahap Pengupayaan Terhadap GKMP
Mengikut Tempoh Memegang Jawatan
4.39 Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara 88
Dimensi Pengupayaan Mengikut Tempoh Memegang
Jawatan GKMP
4.40 Keputusan Pengujian Hipotesis Kajian 90
xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 17


2.1 Model Bentuk Bulatan 30
2.2 Model Pengupayaan Kontinum 31
2.3 Model Proses Pengurusan Pengupayaan 33
Subordinat
xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 116

B Surat Pengesahan Status Pelajar, 121


Surat Kelulusan Untuk Menjalankan
Kajian Dari EPRD dan Surat Kebenaran
Dari JPNJ

C Data Ujian Realibiliti, Analisis Statistik Deskriptif 126


dan Inferensi
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekolah sebagai institusi pendidikan formal telah banyak mengalami perubahan


dan perkembangan. Hari ini sekolah tidak lagi hanya berfungsi untuk menyampaikan
asas pedagogi yang menjadi sebab kewujudannya pada masa lepas. Sekolah juga bukan
hanya berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia
yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah
baik serta memahami tanggungjawabnya. Pengetua dan guru-guru mestilah profesional
serta kompeten dalam melahirkan pelajar-pelajar yang bersedia menghadapi
persekitaran baru yang lebih mencabar (Abdul Shukor, 2004a).

Dalam sistem pendidikan yang berkembang pesat sekarang, tugas serta peranan
pengetua sekolah bertambah rumit dan mencabar sehingga mereka terlalu sibuk dan
tidak sanggup memikulnya dalam masa yang amat terhad (Mohd Salleh, 2000).
Perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan mempengaruhi gaya pengurusan
pengetua di mana pengetua perlu menyerahkan sebahagian daripada kuasa tradisional
kepada guru-guru dalam pengurusan sekolah. Strategi yang boleh dipraktikkan dalam
pengurusan sekolah bagi memastikan sekolah terus kompeten dalam menangani
pelbagai perubahan tuntutan baru ialah melalui pengupayaan (Abdul Shukor, 2004a).
2

Pengupayaan merupakan satu isu yang wajar diberi perhatian dalam pengurusan
organisasi. Kepentingannya semakin ketara dengan tercetusnya pelbagai perubahan dan
cabaran yang sentiasa mempengaruhi prestasi dan daya saing sesebuah organisasi.
Menurut Yukl (2002), untuk melaksanakan perubahan dalam organisasi, pengupayaan
perlu diamalkan. Hal ini bermakna autoriti untuk membuat keputusan dan menguruskan
masalah patut diagihkan kepada individu atau pasukan dalam organisasi.

Sekolah sebagai sebuah organisasi pengajaran dan pembelajaran, perlu


mengubah bentuk pengurusannya supaya mencapai matlamat untuk menjadi sebuah
organisasi yang berkesan. Kebijaksanaan pengetua memberi pengupayaan kepada
orang-orang di bawahnya dalam membantu tugas-tugas pengetua akan memberi banyak
manfaat dalam menghasilkan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkesan. Hal
ini secara langsung akan mengurangkan tekanan dan beban kerja para pengurus sekolah
(Hussien, 1993; Abdul Ghani, Tang dan Abdullah, 2005). Ia seterusnya membolehkan
para pengetua menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih utama (Hussein, 1993) dan
membolehkan pemimpin menumpukan lebih masa kepada visi yang ingin dicapai (Daft,
1999).

1.2 Latar Belakang Masalah

Satu kajian semula struktur perjawatanan sekolah berdasarkan keperluan


pengurusan yang cekap dalam menangani reformasi pendidikan telah dilaksanakan.
Maka pada September 1989, jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) diwujud dan
diumumkan oleh Menteri Pendidikan. Tindakan ini merupakan satu usaha
mendesentralisasikan urusan pentadbiran sekolah terutamanya dalam bidang kurikulum
(Salamiyah, 1995).

Namun demikan, GKMP masih belum dapat berperanan sepenuhnya dalam


menjalankan tugas dan tanggung jawab di sekolah. Berdasarkan kajian Nasiriah (2001)
3

mendapati 95.8% daripada 48 orang GKMP di Daerah Tampin dan Rembau telah
berkhidmat sebagai guru lebih daripada 10 tahun. 91.5% daripada mereka pernah
menjadi ketua panitia mata pelajaran tetapi mereka masih belum dapat berperanan
sepenuhnya dalam jawatan yang disandang. Menurut dapatan kajian oleh Norhunaini
(2001), GKMP dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas membantu pengetua tanpa
garis panduan yang jelas. Dapatan ini menyokong hasil kajian Jaya Silar (1998) iaitu
GKMP menghadapi masalah sewaktu melaksanakan tugas di sekolah kerana kurang
berpengalaman dalam bidang pengurusan, senarai tugas yang bertindihan, tidak jelas
tentang tugas dan kurang berlakunya pemberian kuasa.

Oleh itu, pentadbir sekolah yang mengamalkan pengupayaan perlu mewujudkan


satu garis autoriti yang jelas menurun dari tingkat paling tinggi hinggalah tingkat
paling rendah. Ini dapat mengelakkan pertindanan kuasa dan kekaburan tanggungjawab
(Wan Mohd Zahid, 1993). Menurut Blanchard, Carlos dan Randolph (1996),
pengupayaan hendaklah dilaksanakan dengan membina sempadan autonomi bagi
menjelaskan peranan ahli-ahli dalam organisasi.

Berdasarkan kajian Julita (2003) yang bertujuan melihat peranan serta masalah
yang dihadapi oleh GKMP di sekolah-sekolah menengah gred A di daerah Kuala
Selangor, menyatakan bahawa walaupun perlantikan GKMP adalah berdasarkan
kekananan, pengalaman mengajar, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh
seseorang guru di dalam bidang masing-masing tetapi mereka sebenarnya masih kurang
berpengalaman dan pengetahuan di dalam bidang pengurusan. Kajian beliau
menyokong dapatan kajian oleh Norhunaini (2001), iaitu GKMP memerlukan kursus
pentadbiran, kursus pengurusan kurikulum dan pengajaran serta kursus penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman
serta kemahiran dalam aspek pengurusan kurikulum. Hal ini menunjukkan bahawa
pihak sekolah perlu menyediakan persekitaran pengupayaan dan peluang kepada
GKMP untuk meningkatkan pencapaian diri, mendapatkan latihan atau peluang belajar
secara berterusan supaya mereka terus meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan
pengalaman di dalam bidang pengurusan. Masalah dalam bidang pengurusan ini
4

diperlihatkan oleh dapatan kajian untuk meninjau tahap amalan pengupayaan terhadap
pengurus pertengahan termasuk GKMP di sekolah menengah di Johor Bahru yang telah
dijalankan oleh Mohd Anuar, Azizi dan Hamdan (2004). Kajian ini mendapati,
pengurus pertengahan tidak dilibatkan dalam amalan pengupayaan berdasarkan aspek
pengurusan organisasi tetapi hanya dilibatkan dalam dalam hal-hal yang berkaitan
dengan pelajar sahaja.

Walau bagaimanapun, dalam kajian yang bertujuan untuk mengetahui tahap


kepakaran GKMP di sekolah menengah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan,
Wan Zulkifly (2003) telah mendapati tahap kepakaran GKMP dalam tugas-tugas
seperti mengajar, pengurusan kurikulum, penyeliaan P&P, perkembangan staf adalah
tinggi manakala tahap kepakaran dalam pengurusan kewangan dan pengurusan makmal
menunjukkan tahap kepakaran yang sederhana.

Justeru, pengetua perlu memberi peluang kepada GKMP untuk memimpin


bidang masing-masing dengan memberi kuasa untuk melaksanakan sepenuhnya
tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang mereka agar menepati tujuan pengwujudan
jawatan GKMP. Namun perkara ini akan hanya berkesan dan memberi manfaat
sekiranya amalan pengupayaan diterapkan di dalam pengurusan sekolah (Salamiyah,
1995).

Hasil kajian telah mendapati amalan pengupayaan mempunyai hubungan yang


positif dengan impak, status, estim kendiri dan sifat profesional guru (Morris dan
Nunnery, 1993). Oleh itu, pengetua perlulah memberi peluang kepada GKMP
berperanan dalam membantu tugas-tugas pengetua yang berkaitan dengan hal-hal
pengurusan dan kepemimpinan supaya kehadiran mereka di sekolah memberi impak
seterusnya mereka akan merasa dihormati dan dilayan secara profesional oleh guru-guru.
Kurangnya penglibatan GKMP dalam hal-hal tersebut, akan menimbulkan masalah
kepemimpinan GKMP dan penerimaan guru-guru terhadap GKMP sebagai salah
seorang daripada pemimpin pengajaran dan pentadbir sekolah. Hal akan ini
merendahkan status dan pengaruh GKMP di sekolah.
5

Kajian oleh Mohd Anuar et al. (2004), menunjukkan pengurus pertengahan


hanya banyak dilibatkan dengan amalan pengupayaan dalam hal-hal yang berkaitan
dengan pelajar sahaja tetapi tidak kepada aspek kepemimpinan organisasi. Dapatan
kajian oleh Lokman (1998) mengukuhkan lagi bahawa GKMP perlu dihormati dan
diberi kuasa untuk memimpin dalam melaksanakan peranan mereka membantu tugas-
tugas pengetua yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum. Kajian beliau yang
bertujuan untuk mengetahui persepsi guru-guru terhadap tanggungjawab dan
tingkahlaku kepemimpinan GKMP sebagai pemimpin pengajaran di sekolah menengah
di daerah Muar mendapati, guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang
lebih lama akan lebih berkemungkinan untuk menolak GKMP sebagai pemimpin
mereka.

Amalan pengupayaan terhadap GKMP oleh seseorang pengetua di sekolah


menggambarkan keadaan perkongsian kuasa dan membuat keputusan dalam pengurusan
sekolah. GKMP memerlukan pengupayaan daripada pengetua supaya segala tindakan
dan keputusan yang diambilnya tidak dipertikaikan oleh guru-guru lain malah mendapat
sokongan sepenuhnya daripada pengetua. Pengetua sebagai pemimpin yang mendapat
kuasa secara sah perlu bijak berkongsi kuasa dengan guru-guru di bawahnya. Dalam hal
ini, pelaksanaan pengupayaan dianggap usaha yang baik dalam meningkatkan
kemampuan guru dan produktiviti sekolah. Pengurusan yang berasaskan pengupayaan
guru, memberi kuasa kepada guru untuk memikirkan cara yang berkesan untuk
menghadapi masalah dalam konteks situasi mereka sendiri kerana mereka mempunyai
pengetahuan dan kepakaran tentang bidang mereka (Wan Mohd Zahid, 1993). Masalah
akan timbul sekiranya GKMP diberi tanggungjawab menjaga kepentingan bidangnya
tanpa disertakan kuasa untuk membuat keputusan. Menurut Goyne, Rowicki dan
Triplitt (1999);

“the best example in many schools system is a department head.


A department head may be responsible for supervising teachers,
interviewing prospective teachers, ordering supplies and
counseling teachers when there is a problem with instruction
or classroom management. But in spite of having these
responsibilities, he or she has no real power to make any
6

changes. The department head cannot hire or fire personnel,


the teacher still answers to the principle, and the department
budget is set by someone else. The department head may get a
bit of a pay increase or an extra planning period for his/her
duties, but the real power needed for effective decision-making
rests with the principal”.

(Goyne et al., 1999, hal. 6)

Dapatan kajian Anuar et al. (2004) yang meninjau tahap amalan pengupayaan
terhadap pengurus pertengahan termasuk GKMP di sekolah menengah di Johor Bahru
telah memperlihatkan bahawa tahap penglibatan pengurus pertengahan dalam aspek
membuat keputusan berada di tahap yang sederhana.

Justeru dalam pendidikan, pengupayaan merupakan suatu pendekatan yang


diperlukan oleh kepemimpinan yang mempercayai bahawa keberkesanan organisasi
sekolah boleh dipertingkatkan melalui penyertaan dalam membuat keputusan oleh guru-
guru yang berkaitan (Scribner, Truell, Hager dan Srichai, 2001).

Konsep pengupayaan di sekolah adalah untuk meningkatkan keberkesanan guru


dalam menjalankan tugas di samping meningkatkan kepuasan di dalam profesion
perguruan (Husband dan Short, 1994). Menurut Daft (1999), pengupayaan dapat
meningkatkan motivasi pekerja kerana perkara ini selari dengan kehendak individu
yang memerlukan perasaan efikasi diri iaitu kapasiti untuk menjayakan sesuatu tugasan
dengan berkesan. Hal yang demikian adalah kerana pengupayaan akan melahirkan rasa
yakin dalam kalangan guru yang diberi kuasa dan sekali gus akan meningkatkan
kepuasan serta komitmen terhadap tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya
(Abdul Ghani et al., 2005).

Namun demikian, berdasarkan kajian oleh Harsat (2000) yang bertujuan untuk
mengenal pasti hubungan proses pengupayaan yang dilaksanakan oleh pengetua dengan
kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah menengah daerah Pontian mendapati, hubungan
7

tersebut berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian Harsat disokong oleh
Fatimah Hani (2002) yang bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pengupayaan
dengan motivasi di sekolah menengah di daerah Kuala Muda/Yan. Kajian beliau
mendapati terdapat hubungan positif yang sederhana.

Pengetua memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran atau


iklim yang kondusif untuk melaksana dan meningkatkan kualiti pengupayaan di sekolah
(Blasé dan Blasé, 1997; Scott dan Hoy, 2000). Kualiti pengupayaan di sekolah dapat
dipertingkatkan jika sekolah mempunyai kepemimpinan yang berkesan. Kepemimpinan
yang baik di sekolah wujud sekiranya struktur sekolah tidak birokratik dan guru-guru
diberi pengupayaan dalam membuat pilihan dan keputusan berkaitan tugasnya di
sekolah (Abdul Shukor, 2004b). Mohd Salleh (2000) mencadangkan supaya
melaksanakan konsep pengupayaan bagi mengurangkan birokrasi dalam pengurusan
sekolah. Walau bagaimanapun, banyak kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa
tahap pengupayaan oleh pengetua di sekolah terhadap guru-guru berada di tahap
sederhana.

Norlilah (2003) telah membuat kajian yang bertujuan untuk melihat tahap
keberkesanan pengupayaan yang dilaksanakan oleh dua orang pengetua di daerah
Gombak. Hasil kajian mendapati kedua-dua orang pengetua menjalankan pengupayaan
pada tahap yang sederhana. Begitu juga Mansor (2001) yang telah membuat kajian
mengenai persepsi pengetua dan guru penolong terhadap pengupayaan dalam
pengurusan di sekolah-sekolah menengah daerah Muar. Kajian beliau mendapati,
pengetua telah memahami konsep pengupayaan dan bersetuju dengan pelaksanaan
pengupayaan di sekolah tetapi mereka hanya kadang-kadang sahaja melakukan
pengupayaan terhadap guru-guru. Mengikut persepsi guru penolong, pengupayaan oleh
pengetua belum sampai kepada tahap maksima ataupun sepenuhnya.

Pua (1997) yang mengkaji tahap pengupayaan dalam kalangan pengetua-


pengetua sekolah menengah di Negeri Perlis, juga mendapati tahap pengupayaan
pengetua berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian Mohd Anuar et al. (2004),
8

Fatimah Hani (2002) dan Harsat (2000) juga mendapati tahap pengupayaan terhadap
guru dalam amalan pengupayaan di sekolah berada pada tahap yang sederhana.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam melaksanakan inisiatif ke atas pembangunan sekolah yang menekankan


kepada penyertaan guru dalam pentadbiran, pengupayaan telah menjadi komponen
penting dalam usaha-usaha penambahbaikan (Short, 1998; Klecker dan Loadman, 1998)
dan perubahan di sekolah (Terry, 1998). Menurut Hussein (1993), pengetua ialah
orang yang paling penting yang memimpin sesebuah sekolah bagi mencapai matlamat
sekolah. Pengetua merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap segala hal yang
berkaitan dengan perjalanan sekolah. Hal-hal ini termasuklah yang berkaitan dengan
mutu pencapaian pelajaran atau pendidikan seterusnya. Seseorang pengetua sebenarnya
tidak dapat lari daripada melakukan pengupayaan di sekolah. Dengan melaksanakan
pengupayaan, pengetua sebenarnya mengukuhkan dirinya, guru-guru dan akhirnya
sekolah yang dipimpinnya. Dengan itu, pengetua boleh menumpukan perhatian kepada
perkara-perkara yang lebih penting berkaitan dengan dasar sekolah.

Rentetan daripada dapatan kajian di atas, memperlihatkan masalah yang wujud


di kalangan GKMP dalam aspek pengurusan dan kepemimpinan dalam melaksanakan
peranan dan tanggungjawabnya di sekolah dengan berkesan. Masalah peranan yang
dihadapi oleh GKMP ini boleh ditangani sekiranya amalan pengupayaan diterapkan di
dalam pengurusan sekolah (Salamiyah, 1995). Namun demikian banyak dapatan
daripada kajian di atas memperlihatkan bahawa pengetua sebagai seorang yang
berkedudukan pada hirarki tertinggi di dalam organisasi sekolah didapati masih
melaksanakan pengupayaan pada tahap yang sederhana. Ini menggambarkan pengetua
sebagai pemimpin organisasi sekolah tidak memberi peluang sepenuhnya kepada guru-
guru berfungsi di dalam persekitaran profesional seterusnya memberi gambaran bahawa
pengetua tidak mempercayai kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Menurut Quinn dan
9

Spreitzer (1997), pengurus organisasi yang tidak menggalakkan pengupayaan memberi


mesej tidak percaya terhadap orang-orang di bawahnya. Hal ini akan menimbulkan
persepsi bahawa kehadiran GKMP kurang memberi impak kepada sekolah seterusnya
persepsi terhadap status GKMP boleh dipertikaikan oleh guru-guru lain.

Tahap pengupayaan yang sederhana oleh pengetua akan mewujudkan situasi di


mana pengetua akan terus dan sentiasa dengan kesibukannya memimpin, mentadbir dan
mengurus semua perkara di sekolah. Keadaan ini seperti yang dinyatakan oleh Sabitha
(1993) iaitu pengurus seringkali mendakwa begitu sibuk dan tidak mempunyai cukup
masa. Hal ini disebabkan mereka sebenarnya gagal membahagi-bahagikan kerja dan
menurunkan kuasa secara bijak. Guru-guru hanya bergantung kepada pengetua sahaja
dalam memutuskan semua perkara yang berkaitan dengan tugas mereka. Mereka akan
merujuk terus kepada pengetua bagi membincangkan segala aspek pengurusan atau
masalah yang berkaitan dengan panitia tanpa merujuk kepada GKMP terlebih dahulu.
GKMP pula takut bertindak dan hilang kebebasan untuk menangani masalah serta tidak
berani membuat keputusan berkaitan hal-hal dalam bidangnya. Di dalam organisasi
yang mengamalkan pemusatan, pekerja-pekerja takut untuk bertanggungjawab ke atas
keputusan atau tindakan (Jones, 2004). Mereka takut mencuba dan memulakan
tindakan baru walaupun mereka lebih memahami dan hampir dengan masalah yang
dihadapi serta mempunyai lebih maklumat dan pengetahuan berbanding pihak atasan.
Di peringkat sekolah, banyak keputusan yang yang boleh diselesaikan terpaksa
ditangguh kerana menunggu persetujuan dari pihak atasan. Kesannya ialah, wujud
pengurusan yang lesu, lembab dan tidak inovatif dalam menangani masalah dan
perubahan persekitaran yang berlaku serta menghalang pencapaian matlamat.

Menurut Wan Mohd Zahid (1993), jika perubahan dan inovasi yang diinginkan,
maka rasionaliti reflektif harus menjadi pilihan dan bukannya teknikal rasionaliti.
Teknikal rasionaliti mengandaikan bahawa semuanya sama dan homogen, rutin dan
boleh ditelah akan perilaku dan hasilnya. Pihak berkuasa mengambil tindakan yang
mudah iaitu dengan menyediakan surat-surat pekeliling dan arahan untuk
memaklumkan perkara-perkara atau perubahan-perubahan yang hendak dilaksanakan.
10

Responden pula akan menerima arahan dan bertindak untuk melaksanakannya kerana
mereka hanya menunggu arahan dan menurutinya. Akibatnya mereka menjadi beku,
kehilangan minat dan motivasi, produktiviti merosot, dan akhirnya mungkin menjadi
burnt out. Dari sudut teknikal reflektif pula, ia mengandaikan pada asasnya sistem
sosial adalah tidak dapat diramalkan secara pasti, sentiasa berubah dan berbeza di antara
satu sama lain. Dari konsep pengupayaan, segala tindakan adalah menunjukkan ciri-ciri
kreativiti dan inovatif yang melangkaui kebiasaan dan rutin pekerjaan.

Untuk itu, adalah sangat penting untuk memahami sejauh manakah persepsi
GKMP terhadap pengupayaan di sekolah. Sehingga kini, keterlibatan GKMP dalam
amalan pengupayaan di sekolah-sekolah menengah daerah Muar tidak dapat diketahui
kerana belum ada kajian mengenainya.

1.4 Matlamat Kajian

Kajian ini secara umumnya ingin mengetahui sejauh mana persepsi GKMP
terhadap pengupayaan di sekolah-sekolah menengah daerah Muar.

1.5 Objektif Kajian

i. Menentukan tahap pengupayaan GKMP (dalam dimensi membuat


keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan
impak).

ii. Mengenal pasti perbezaan tahap pengupayaan terhadap GKMP


berdasarkan demografi (bidang mata pelajaran, umur, jantina, kelulusan
tertinggi dan tempoh memegang jawatan).
11

1.6 Hipotesis Kajian

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan


terhadap GKMP mengikut bidang.

Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan


terhadap GKMP mengikut umur.

Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan


terhadap GKMP mengikut jantina.

Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan


terhadap GKMP mengikut kelulusan tertinggi.

Ho 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan


terhadap GKMP mengikut tempoh memegang jawatan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di semua sekolah menengah kebangsaan gred A di daerah


Muar iaitu berjumlah 27 buah sekolah. Setiap buah sekolah menengah gred A
mempunyai empat orang GKMP. Semua GKMP di sekolah menengah gred A di Muar
dipilih sebagai sampel iaitu berjumlah 108 orang kesemuanya. GKMP di sekolah
menengah Gred A dipilih kerana lantikan ke jawatan GKMP adalah secara hakiki.
12

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan


Pelajaran Negeri serta Pejabat Pelajaran Daerah dalam memberikan maklumat tentang
tahap amalan pengupayaan di sekolah ke atas GKMP. Maklumat ini akan membantu
pihak yang berkewajipan untuk memberi maklum balas, merancang dan merangka
kursus yang berkaitan dengan pengupayaan di sekolah.

Kajian ini boleh dijadikan sumber maklumat kepada pengetua tentang tahap
pengupayaan berdasarkan dimensi membuat keputusan, perkembangan profesional,
status, efikasi diri, autonomi dan impak terhadap GKMP sebagai golongan pemimpin
pertengahan di peringkat sekolah. Sekali gus memahami perlunya pelaksanaan
pengupayaan dan kepentingannya kepada sekolah.

Di samping itu, kajian ini membolehkan GKMP memberi maklumat dan


maklum balas mengenai amalan pengupayaan bagi meningkatkan komitmen mereka
terhadap sekolah.

Ianya juga sebagai maklumat tambahan kepada pengkaji-pengkaji yang akan


menjalankan kajian berkaitan amalan pengupayaan dalam usaha memperkembangkan
profesionalisme GKMP dan guru-guru lain di sekolah.

1.9 Definisi Istilah

Berikut adalah pengertian bagi istilah-istilah yang digunakan secara khusus


dalam kajian ini;
13

1.9.1 Pengupayaan

Mengikut Kamus Dewan (2005) pengupayaan bermaksud perihal perbuatan,


tindakan, usaha dan sebagainya untuk menjadikan berupaya iaitu berkemampuan,
berkebolehan dan sebagainya untuk mencapai sesuatu. Menurut Wan Mohd. Zahid
(1993), pengupayaan adalah satu bentuk proses pengagihan kuasa secara bijaksana dan
budi bicara dalam memikir dan merancang cara-cara yang terbaik untuk melaksanakan
pengurusan perubahan, pengurusan kurikulum dan lain-lain dengan cara-cara yang
sesuai, cekap dan berkesan.

1.9.2 Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)

Mengikut Kamus Dewan (2005), guru bermakna orang yang mengajar, pendidik,
pengajar atau pengasuh. Kanan bermaksud pembantu yang utama iaitu penting, orang
harapan, tinggi kedudukannya iaitu pangkat manakala mata pelajaran ialah jenis ilmu
pengetahuan yang diajarkan di sekolah, maktab dan sebagainya. Guru Kanan Mata
Pelajaran (GKMP) atau juga disebut Ketua Bidang adalah satu jawatan hakiki dan
terletak di aras paling rendah dalam hirarki kumpulan pengurusan sekolah yang terdiri
daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid,
GPK Ko-Kurikulum dan Penyelia Petang. Di sebuah sekolah menengah gred A terdapat
empat GKMP iaitu GKMP Bahasa atau Ketua Bidang Bahasa, GKMP bidang Sains dan
Matematik, GKMP Teknik dan Vokasional dan GKMP Sains Sosial. Di bawah GKMP
terdapat ketua-ketua panitia dan panitia-panitia yang berkaitan dengan bidang. Contoh,
Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu terletak di bawah bidang Teknik dan Vokasional.
14

1.9.3 Pemimpin Atau Pengurus Atau Pengetua

Mengikut Kamus Dewan (2005) pemimpin ialah orang yang mengetuai badan,
pertubuhan, pergerakan, negara dan lain-lain, pengurus ialah orang yang memimpin,
menyelenggara, mengatur perjalanan sesuatu perbadanan dan lain-lain manakala
pengetua ialah orang yang mengepalai atau memimpin perkumpulan, pertubuhan,
jabatan dan lain-lain. Dalam kajian ini pemimpin atau pengurus atau pengetua ialah
orang yang hirarkinya lebih tinggi, mempunyai kuasa dan autoriti yang lebih tinggi
daripada orang bawahan atau subordinat.

1.9.4 Orang Bawahan Atau Subordinat Atau Pekerja

Mengikut Kamus Dewan (2005) orang bawahan ialah orang yang tidak
berpangkat atau orang yang berpangkat rendah. Subordinat ialah pekerja atau pegawai
yang bekerja di bawah orang lain atau pekerja bawahan seseorang. Manakala pekerja
ialah orang yang bekerja untuk memperolehi pendapatan, orang yang memegang
sesuatu jawatan dalam kerajaan atau swasta. Dalam kajian ini orang bawahan atau
subordinat atau pekerja ialah ahli organisasi yang hirarkinya lebih rendah dan kurang
autoriti atau kuasa berbanding pemimpin atau pengurus atau pengetua.

1.9.5 Membuat Keputusan

Mengikut Kamus Dewan (2005), membuat ialah membikin, membentuk atau


mencipta manakala keputusan ialah ketentuan atau ketetapan. Dalam kajian ini
membuat keputusan ialah penglibatan GKMP dalam proses membuat keputusan
mengenai perancangan kurikulum, kokurikulum, perbelanjaan dan program-program
lain.
15

1.9.6 Perkembangan Profesional

Mengikut Kamus Dewan (2005), perkembangan ialah perihal atau proses


pertumbuhan atau kemajuan manakala profesional ialah berasaskan kemampuan atau
kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya, cekap dan memperlihatkan kemahiran
tertentu. Dalam kajian perkembangan profesional ialah peluang untuk GKMP
meningkat dan mengembangkan kerjaya, meneruskan pelajaran dan menambah
kemahiran.

1.9.7 Status

Mengikut Kamus Dewan (2005), status ialah taraf atau kedudukan. Dalam
kajian ini status ialah penghormatan oleh rakan sejawat kepada GKMP kerana
pengetahuan dan kepakaran mereka.

1.9.8 Efikasi Diri

Efikasi diri ialah pertimbangan seseorang mengenai kemampuannya mengelola


dan melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu untuk mencapai prestasi yang
ditetapkan (Sazali, Zurida dan Mustapa, 2004). Dalam kajian ini efikasi siri ialah
kemahiran, kecekapan dan kebolehan GKMP dalam merancang program yang memberi
manfaat terhadap kepentingan para pelajar.
16

1.9.9 Autonomi

Mengiku Kamus Dewan (2005) autonomi ialah hak atau kuasa sendiri. Dalam
kajian ini autonomi ialah kuasa yang ada pada GKMP untuk mengawal aspek-aspek
tertentu dalam pengurusan sekolah.

1.9.10 Impak

Mengikut Kamus Dewan (2005), impak ialah kesan yang ketara. Dalam kajian
ini impak ialah kesan atau pengaruh yang positif yang diwujudkan oleh GKMP di
sekolah.

1.10 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual kajian ini dibina untuk melihat tahap pengupayaan


terhadap GKMP di sekolah-sekolah menengah daerah Muar. Menurut Mohd Najib
(1999), kepentingan untuk mengenal pasti pembolehubah kajian adalah sangat penting
sebelum sesuatu kajian dijalankan.

Pembolehubah bebas dalam kajian ini adalah faktor-faktor demografi seperti


bidang mata pelajaran, umur, jantina, kelulusan tertinggi, dan tempoh berkhidmat
sebagai GKMP. Pembolehubah bebas ini akan menyumbang kepada persepsi GKMP
terhadap tahap pengupayaan. Pembolehubah utama kajian ini ialah persepsi GKMP
terhadap tahap pengupayaan di sekolah-sekolah menengah daerah Muar. Maka tahap
pengupayaan ini dianggap sebagai pembolehubah bersandar. Tahap pengupayaan ini
berdasarkan kepada lima dimensi iaitu membuat keputusan, perkembangan profesional,
status, autonomi, efikasi diri dan impak.
17

Perhubungan antara pembolehubah bebas, pembolehubah bersandar dan dimensi


pengupayaan dapat diperhatikan secara ringkas menggunakan kerangka konseptual
kajian seperti digambarkan melalui Rajah 1.1 berikut;

PEMBOLEHUBAH BEBAS

Demografi
1. Umur
2. Jantina
3. Kelulusan Tertinggi
4. Bidang bagi jawatan GKMP
5. Tempoh berkhidmat sebagai GKMP

PEMBOLEHUBAH BERSANDAR

Tahap Pengupayaan Terhadap GKMP Berdasarkan


Dimensi Pengupayaan:

1. Membuat Keputusan
2. Perkembangan Profesional
3. Status
4. Autonomi
5. Efikasi Diri
6. Impak

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian


18

1.11 Rumusan

Pengupayaan wajar diberi perhatian dalam pengurusan organisasi dalam


menghasilkan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkesan. Kesibukan mengurus
perjalanan harian sekolah menyebabkan pengetua tidak mampu untuk mengurus secara
langsung semua aktiviti dan program sekolah, justeru menggalakkan pengetua
mengupayakan tugas pengurusan kepada guru-guru tertentu seperti GKMP.

Pengetua sebagai pemimpin organisasi sekolah perlu memberi peluang kepada


GKMP berfungsi di dalam persekitaran profesional yang memberi autonomi kepada
GKMP di dalam proses membuat keputusan yang berkaitan dengan hal-hal kurikulum
supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap tugas yang dilaksanakan seterusnya
memberi impak terhadap kewujudan mereka di sesebuah sekolah. Kepercayaan
terhadap GKMP untuk menjalankan peranan dan tugas melalui amalan pengupayaan
akan dapat meningkatkan perasaan efikasi diri di kalangan GKMP dan juga dapat
meningkatkan status GKMP di kalangan warga sekolah.
19

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Organisasi tradisional suatu ketika dulu hanya memerlukan ahli-ahli yang


melaksanakan tugas seperti yang telah ditetapkan tanpa banyak persoalan. Peranan
pengurus adalah memastikan bahawa prosedur kerja dan juga pekerja-pekerja perlu
sentiasa berada di dalam kawalan ketat organisasi. Tingkahlaku pekerja sentiasa
diperhati dan dikawal oleh penyelia dan pengurus. Pemimpin organisasi yang berada di
dalam kedudukan berkuasa menganggap pekerja patut diberitahu apa, bagaimana, bila
dan siapa yang patut membuat sesuatu kerja atau melaksanakan tugas. Mereka percaya
dengan kawalan ketat, organisasi boleh berfungsi dengan berkesan. Hirarki organisasi
yang tinggi, tugas dan prosedur yang telah distrukturkan menunjukkan bahawa pihak
atasan mempunyai kuasa dan autoriti. Pekerja hanya melaksanakan tugas seperti yang
telah ditetapkan tanpa banyak persoalan.

Ini bersesuaian dengan Teori X yang dikemukakan oleh Douglas Mc-Gregor


seperti yang dinyatakan oleh Ab. Aziz, Norashidah dan Ooi., (2004) dengan andaian:
20

i. Kebanyakan manusia tidak suka kepada kerja dan jika ia diberi pilihan ia
akan mengelakkan diri daripada bekerja.
ii. Manusia terpaksa diarah, dipaksa, dikawal dan ditakutkan oleh denda
supaya ia boleh bekerja untuk mencapai matlamat organisasi.
iii. Kebanyakan manusia lebih suka diarah dan tidak suka menanggung
beban tanggungjawab.

Implikasinya di sini ialah pengurusan di peringkat bawah atau pun pekerja


mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Mereka lebih suka bertanya apakah yang
perlu dibuat serta tidak berani mengambil risiko daripada tindakan yang mereka ambil.

Menurut Yukl (2002), pekerja perlu diberi pengupayaan oleh pemimpin dalam
melaksanakan perubahan di dalam organisasi. Keadaan di tempat kerja kini
memerlukan pekerja yang boleh membuat keputusan, menyelesaikan masalah,
mengambil inisiatif terhadap sesuatu tugas dan bertanggung jawab terhadap hasil yang
diperolehi. Persekitaran kerja yang baru lebih memberatkan komitmen menyeluruh,
penyertaan dan pengurusan kendiri pekerja itu sendiri. Pekerja perlu bertanggungjawab
terhadap tugas mereka, merasakan keempunyaan terhadap organisasi, berpeluang untuk
terus belajar dan mengembangkan kemahiran-kemahiran baru dalam menangani
pelbagai tuntutan dan perubahan. Ini bersesuaian dengan Teori Y yang dikemukakan
oleh Douglas Mc-Gregor seperti yang dinyatakan oleh Ab. Aziz et al., (2004) dengan
andaian:

i. Manusia secara semula jadi suka bekerja dan mencarinya


ii. Manusia suka akan pengurusan partisipatif
iii. Manusia ingin menetukan matlamat sendiri
iv. Manusia bertanggungjawab dan amanah
v. Manusia adalah kreatif
21

Perubahan persekitaran yang pesat menyebabkan berlakunya tranformasi dasar


yang memberi impak dramatik kepada oganisasi kini dengan berlakunya anjakan
paradigma iaitu dari paradigma lama ke paradigma baru seperti di Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Perubahan Organisasi Daripada Paradigma Lama


Kepada Paradigma Baru

Paradigma Lama Paradigma Baru

Kestabilan Perubahan

Persaingan Kolaborasi

Kebendaan Pekerja dan perhubungan

Kesamaan Kepelbagaian

Kawalan Pengupayaan

(Sumber: Daft, R.L. (1999). Leadership. Theory and Practice. Orlando:


Harcourt, Inc., hal. 9)

Organisasi tradisional beranggapan bahawa kestabilan di dalam organisasi akan


membawa kejayaan kerana ia dapat menjimatkan kos dan tenaga di dalam perniagaan
manakala perubahan dianggap boleh mengganggu operasi dan membazirkan sumber.
Organisasi kini beranggapan perubahan sebagai satu sumber tenaga yang dapat
mewujudkan suasana yang lebih positif dalam mencapai matlamat organisasi.
Organisasi yang tidak berubah akan gagal bersaing dan kewujudannya tidak dapat
bertahan lama.

Perubahan kepada pengupayaan juga membentuk cara baru iaitu daripada


bekerja secara persaingan individu yang bergelut dan bersaing untuk berjaya kepada
penekanan kolaborasi di mana ahli-ahli berkerja sama di dalam satu pasukan dan
mengerah tenaga mereka ke arah pencapaian matlamat organisasi.
22

Oganisasi tradisional menganggap organisasi seperti sebuah mesin. Komponen


yang rosak boleh diganti supaya mesin boleh berfungsi dengan lancar. Paradigma baru
melihat organisasi sebagai suatu yang kompleks, dinamik di mana secara realitinya ia
bergantung kepada perhubungan kemanusiaan. Organisasi kini dilihat sebagai satu
sistem kehidupan yang saling berinteraksi.

Organisasi tradisional dibina berdasarkan kesamaan. Pekerja-pekerja yang


mempunyai persamaan dari segi pemikiran, tindakan dan kemahiran akan ditempatkan
di dalam jabatan yang sama. Kumpulan yang homogenous dianggap senang untuk
bekerja sama, berkomunikasi dan saling memahami. Organisasi kini memanipulasikan
perbezaan yang ada di dalam sesebuah organisasi untuk menangani perubahan
persekitaran yang semakin kompleks. Oleh itu berasaskan kepelbagaian bakat,
pengetahuan, pengalaman dan pemikiran sesebuah organisasi mampu bersaing di
peringkat multinasional.

Organisasi tradisional beranggapan pekerja perlu diarah dan dikawal ketat untuk
melaksanakan kerja bagi membolehkan organisasi berfungsi dengan berkesan.
Perubahan daripada kawalan kepada pengupayaan memerlukan pemimpin berkongsi
kuasa dan mengalakkan penyertaan subordinat di dalam hal-hal berkaitan kerja mereka
dalam usaha mencapai matlamat organisasi.

Menurut Cynthia dan Dennis (2004), pengurus organisasi perlu memastikan


kawalan ketat ke atas kualiti dan sumber tetapi pada masa yang sama memerlukan
pekerja yang bertanggung jawab terhadap hasil kerja dan komitmen terhadap kerjanya.
Dalam hal ini mereka berpendapat melalui pengupayaan, keseimbangan di antara
keduanya dapat dicari di mana para pekerja diberi kelonggaran untuk membuat
keputusan dan mengurus. Ini menuntut perubahan daripada organisasi tradisional
kepada organisasi yang mengamalkan pengupayaan seperti Jadual 2.2.
23

Jadual 2.2 : Perubahan Organisasi Tradisional kepada Organisasi


Pengupayaan

Daripada Kepada

Tidak mempunyai kuasa Diturunkan kuasa

Menunggu arahan Mengambil tindakan

Melaksanakan kerja dengan cara


Melaksanakan kerja yang betul.
yang betul

Reaktif Kreatif dan proaktif

Mementingkan proses dan


Mementingkan kandungan
kandungan

Ketua bertanggungjawab ke atas Semua bertanggungjawab ke atas


apa yang berlaku apa yang berlaku

Dipersalahkan jika melakukan Masalah yang timbul diselesaikan


kesilapan bersama-sama

(Sumber: Cynthia D. S. & Dennis T. J. (2004). Empowerment : Building a


Commited Workforce, New Delhi: Viva Books Private Limited,
hal. 31)

2.2 Definisi dan Konsep Pengupayaan

Daft (1999) mendefinisikan pengupayaan sebagai perkongsian kuasa,


perwakilan kuasa atau autoriti dengan ahli-ahli di dalam organisasi. Proses
pengupayaan kepada ahli-ahli organisasi berkait dengan pemberian autonomi.
Pengupayaan tidak bermakna orang atasan menyerahkan semua kuasa kepada orang
bawahan tetapi menyerah kuasa yang sepatutnya ada ataupun kuasa yang memang
kepunyaan ahli-ahli organisasi.
24

Menurut Yukl (2002), pengupayaan bermakna pemimpin mewakilkan kuasa


kepada orang bawahan untuk membuat keputusan dan melaksanakan tugas secara
individu atau berkumpulan bagi mencapai visi. Ini bermaksud pengupayaan memberi
peluang kepada pekerja untuk menentukan sendiri cara terbaik dalam melaksanakan
strategi-strategi pencapaian objektif. Ia juga bermaksud menggalakkan pekerja memberi
cadangan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kerja mereka.

Marks dan Louis (1997), menyatakan pengupayaan ialah penyertaan di dalam


membuat keputusan manakala Terry (1998) menyatakan, pengupayaan merujuk
kepada perkongsian membuat keputusan, dan ia penting untuk melakasanakan
perubahan di sekolah. Gibson, Ivancevich, Donnelly dan Konopaske (2006) pula
menyatakan pengupayaan bermakna memberi peluang kepada pekerja menggunakan
bakat, kemahiran, sumber dan pengalaman untuk membuat keputusan serta menyiapkan
tugas pada masa yang ditentukan. Bagi Luthans (2005), pengupayaan ialah autoriti
untuk membuat keputusan dalam bidang tanggung jawab seseorang tanpa terlebih
dahulu mendapat kebenaran daripada orang lain. Jones (2004) pula menyatakan
pengupayaan ialah mendesentralisasikan autoriti untuk menggalak subordinat memikul
tanggung jawab ke atas aktiviti organisasi.

Pengupayaan bermaksud memberi peluang kepada seseorang untuk mempunyai


autonomi, tanggung jawab, pilihan, autoriti, kawalan ke atas persekitaran kerja dan
keupayaan untuk membuat sesuatu keputusan (Klecker dan Loadman, 1996a). Ia
mempunyai perkaitan dengan autonomi, menyelesaikan masalah, bertanggung jawab,
perkembangan personel dan profesional, pilihan, kawalan dan membuat keputusan
(Duhon, 1999).

Konsep pengupayaan ialah kepercayaan pemimpin terhadap orang bawahannya


tentang kemampuan mereka melaksanakan sesuatu tugas. Menurut Blanchard et al.
(1996), pelaksanaan pengupayaan memerlukan kepercayaan pihak pengurusan atasan
kepada pekerja-pekerja di dalam organisasi. Kajian telah mengenal pasti bahawa
kepercayaan adalah faktor penting sebelum pengurus memberi pengupayaan iaitu
25

kepercayaan terhadap kecekapan, keterbukaan, keprihatinan dan kebolehan pekerja-


pekerjanya (Spreitzer dan Mishra, 1999).

Konsep pengupayaan tidak lagi menganggap pemimpin sebagai seorang yang


mempunyai kuasa mengikut kefahaman tradisional tetapi sebaliknya kuasa yang
dimiliki, dikongsi bersama dengan setiap orang bawahan yang bekerja di dalam
sesebuah organisasi. Pengupayaan sebenarnya membenarkan kuasa yang sedia ada pada
setiap ahli organisasi digunakan dengan menggalakkan penyertaan mereka dalam
bentuk membuat keputusan berdasarkan bimbingan dan kerjasama yang diberikan oleh
pemimpin (Ab. Aziz, 2004).

Di sekolah, konsep pengupayaan adalah satu bentuk penurunan kuasa melalui


struktur hirarki daripada pengetua kepada guru-guru (Klecker dan Loadman, 1996a).
Pengupayaan di sekolah adalah supaya guru-guru dapat membina kecekapan dalam
menyelesaikan masalah mereka sendiri (Short, 1992). Wan Mohd. Zahid (1993)
menyatakan pengupayaan adalah satu bentuk proses pengagihan kuasa secara bijaksana
dan budi bicara dalam memikir dan merancang cara-cara yang terbaik untuk
melaksanakan pengurusan perubahan, pengurusan kurikulum dan lain-lain dengan cara-
cara yang sesuai, cekap dan berkesan. Sementara itu menurut Goyne et al. (2001),
pengupayaan bermakna pentadbir berkongsi kuasa dengan guru-guru yang
bertanggungjawab untuk membantu mereka membuat dan melaksanakan keputusan
tentang perubahan di sekolah. Namun begitu, pentadbir masih lagi mempunyai autoriti
dan memikul tanggungjawab yang berkaitan jawatan mereka.

Konsep pengupayaan di sekolah adalah untuk menangani masalah birokrasi


yang merupakan penghalang kemampuan guru untuk menggunakan sepenuhnya
kemahiran dan pengetahuan yang mereka miliki bagi meningkatkan keberkesanan guru
di samping meningkatkan kepuasan dalam profesion perguruan (Husband dan Short,
1994). Yukl (2002) juga menyatakan tujuan pengupayaan adalah untuk mengurangkan
halangan birokrasi ke atas tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh pekerja. Menurut
Abdul Shukor (2004a) untuk mengurangkan kawalan birokrasi di dalam organisasi
26

sekolah, pengupayaan ke atas guru-guru hendaklah diamalkan. Daft (1999) juga


menyatakan bahawa pelaksanaan pengupayaan dapat membebaskan kawalan birokrasi
atau kawalan yang keterlaluan ke atas orang bawah di dalam organisasi.

Di sekolah, pengupayaan merupakan satu bentuk hubungan antara pengetua


dengan guru-guru (Valente, 1999). Dalam hirarki tradisi, ketua dilihat seorang yang
boleh memberi arahan dan autoriti tetapi dalam keadaan kerja di mana pengupayaan
diamalkan, hubungan ini diperlihatkan secara kolaboratif di mana orang bawahan
bekerja bersama-sama dan setiap orang boleh memberi pendapat sebelum sesuatu
tindakan diambil atau tugas dilaksanakan (Cynthia dan Dennis, 2004).

2.3 Kepentingan Pengupayaan

Untuk melaksanakan perubahan dalam organisasi, pengupayaan perlu diamalkan


di mana autoriti untuk membuat keputusan atau menguruskan masalah patut diberikan
kepada individu atau pasukan dalam organisasi. Ini kerana pengupayaan memberi kesan
kepada peningkatan terhadap komitmen, inisiatif, ketekunan, inovasi dan kepuasan
kerja (Yukl, 2002). Kajian Spreitzer dan Mishra (1999) mendapati kepercayaan
pengurusan memberi pengupayaan mempunyai perkaitan positif dengan inovasi, kualiti,
produktiviti dan moral pekerja. Hasil kajian Spreitzer (1995) serta Spreitzer, De Janesz
dan Quinn (1999) juga mendapati pengupayaan boleh meningkatkan inovasi di dalam
organisasi.

Dalam persekitaran kerja yang para pekerjanya diberikan pengupayaan para


pekerja akan bekerja sebagai satu pasukan. Mereka melaksanakan tugas bukan sekadar
untuk memenuhi tanggungjawab sebagai pekerja semata-mata tetapi atas rasa kesedaran
bahawa mereka adalah sebahagian daripada organisasi. Para pekerja tidak lagi bertindak
sebagai pengikut malahan mereka juga merupakan sebahagian daripada pihak yang
menentukan visi dan misi organisasi. Dengan itu, pengupayaan dapat meningkatkan
27

perasaan keempunyaan di kalangan pekerja terhadap organisasi mereka (Blanchard et


al., 1996).

Di sekolah, pengupayaan boleh memberi peluang kepada guru untuk


meningkatkan perasaan keempunyaan terhadap pekerjaan mereka. Manfaatnya
termasuklah peningkatan terhadap kepuasan kerja, motivasi, komitmen, komunikasi dan
kualiti dalam membuat keputusan (Goyne et al., 2001). Hal ini adalah kerana
pengupayaan akan melahirkan rasa yakin di kalangan guru yang diberi kuasa terhadap
keupayaan diri dan sekali gus meningkatkan kepuasan dan komitmen terhadap tugas
yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya (Abdul Ghani et al., 2005).

Kajian oleh Muhamad Azmi (1999) bertujuan untuk melihat perhubungan antara
pelaksanaan pengupayaan oleh pengetua dalam mengurus dan mentadbir sekolah
menengah di daerah Kulim, Kedah dengan komitmen guru. Hasil kajian menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan pengupayaan pengetua dengan
komitmen guru terhadap organisasi. Fatimah Hani (2002) pula menjalankan kajian
untuk melihat hubungan pengupayaan dengan motivasi di sekolah menengah di daerah
Kuala Muda/Yan. Dapatan kajian beliau menunjukkan terdapat hubungan yang
sinifikan di antara pengupayaan dengan motivasi kerja guru.

Klecker dan Loadman (1996b) mengkaji hubungan antara pengupayaan guru


dan kepuasan kerja di 180 buah sekolah bantuan modal di Ohio. Hasilnya terdapat
hubungan positif yang sangat kuat antara pengupayaan dengan kepuasan kerja guru.
Dapatan ini diperkukuhkan lagi oleh kajian Spreitzer, Kizilos dan Nason (1997), yang
mendapati pekerja yang diberi pengupayaan lebih komitmed dalam kerja mereka dan
bersikap positif dalam konteks kepuasan kerja. Organisasi yang berupaya meningkatkan
tahap kepuasan kerja, tahap motivasi dan membantu pekerja-pekerja seronok dengan
kerja mereka, akan dapat meningkatkan kualiti kerja. Menurut Daft (1999),
pengupayaan dapat meningkatkan motivasi pekerja kerana ia selari dengan kehendak
individu yang memerlukan perasaan efikasi diri iaitu kapasiti untuk menjayakan sesuatu
tugasan itu dengan berkesan.
28

Martin, Crossland dan Johnson (2001) yang mengkaji hubungan persepsi guru
terhadap pengupayaan dan tahap tanggungjawab untuk pembelajaran dan kejayaan
pelajar di Missouri mendapati pengupayaan guru dan tanggung jawab terhadap
pencapaian pelajar adalah penting dalam meningkatkan efikasi guru. O’Connor dan
Korr, (1996) menyatakan persekitaran yang menggalakkan pengambilan risiko dan
penglibatan guru dalam membuat keputusan serta memberi peluang kepada
perkembangan profesionalisme, akan meningkatkan perasaan efikasi diri guru di
sekolah.

Dengan meningkatkannya profesionalisme guru, estim kendiri guru turut


meningkat kerana mereka merasakan mereka diberi peluang untuk mempengaruhi cara
kerja mereka dalam memajukan sekolah. Dapatan kajian Spreitzer (1995) menunjukkan
pengupayaan mempunyai hubungan yang positif terhadap estim kendiri pekerja.
Manakala Morris dan Nunnery (1993) dalam kajian mereka mendapati pengupayaan
mempunyai hubungan yang positif dengan kemampuan guru untuk mempengaruhi
guru-guru baru, sikap dan pengetahuan profesional, status, estim kendiri dan kejelekitan
antara guru.

Dapatan kajian Blasé dan Blasé (1997) menunjukkan, pengetua yang


melaksanakan pengupayaan dengan menyediakan guru-gurunya peruntukan kewangan,
bahan pengajaran, autoriti, autonomi, menghormati gurunya, memberi kepercayaan,
penghargaan dan peluang akan memberi kesan kepada peningkatan inovasi, semangat,
keprihatinan, tenaga dan masa bekerja guru. Menurut Abdul Shukor (2004a), amalan
pengupayaan memberi kesan kepada peningkatan komitmen dan prestasi guru, kualiti
dalam membuat keputusan serta tanggungjawab guru terhadap pengajaran dan
pencapaian pelajar-pelajarnya. Hasil kajian Martin et al. (2001) menunjukkan
pengupayaan guru adalah penting dalam meningkatkan tanggungjawab terhadap
pencapaian pelajar.
29

2.4 Model-Model Pengupayaan

Model-model yang dijadikan asas pengupayaan di dalam pengurusan


oranisasi ialah:

2.4.1 Bentuk Bulatan

Bentuk bulatan merupakan koordinasi kumpulan atau pasukan yang


dihubungkan oleh bahagian pusat atau bahagian tengah bulatan (Rajah 2.1). Ciri-ciri
organisasi ini ialah;

a. Pelanggan berada di tengah yang menghubungkan semua bahagian.


b. Pekerja bekerja untuk mencapai apa yang dikehendaki oleh pelanggan.
c. Tanggungjawab, kemahiran, kuasa dan kawalan dikongsi bersama.
d. Kawalan dan koordinasi datang daripada komunikasi yang berterusan.
e. Perubahan berlaku cepat dan selari dengan cabaran masa.
f. Kuasa yang diperolehi adalah hasil daripada pengaruh terhadap
pekerjanya dan bukan kerana kedudukan dalam sesebuah organisasi.
g. Individu diharapkan dapat menguruskan segala tugas yang diberikan
dengan sendiri serta bertanggungjawab kepada semua yang berlaku
dalam organisasi.
h. Pengurus adalah pemberi semangat, penghubung dan pemberi kuasa
kepada kumpulan.
30

WORKER

WORKER WORKER

CUSTOMER
CUSTOMER

WORKER
WORKER

WORKER

Rajah 2.1 : Model Bentuk Bulatan

(Sumber: Cynthia D. S. & Dennis T. J. (2004). Empowerment :


Building a Commited Workforce, New Delhi: Viva Books
Private Limited, hal. 15)

2.4.2 Model Pengupayaan Kontinum

Banyak organisasi melaksanakan pengupayaan tetapi berbeza dari segi tahap.


Sesetengah organisasi memberi pengupayaan dengan menggalakkan pekerja-pekerjanya
memberi pendapat sementara pengurus masih mempunyai autoriti muktamad dalam
membuat keputusan manakala sesetengah organisasi pula, pekerja barisan hadapan
diberikan hampir kuasa penuh dalam membuat keputusan dan melaksanakan inovasi.
Pendekatan pengupayaan kini bergerak pada sepanjang kontinum seperti ditunjukkan di
dalam Rajah 2.2.
31

Pengurusan kendiri
P k di i
Bertanggungjawab dalam
Tahap
Pasukan arah-kendiri proses membuat keputusan
Pengupayaan dan strategi
Pasukan merentas fungsi
Membuat keputusan
Kitaran kualiti

Penyertaan kumpulan
Penyertaan dalam
Cadangan program membuat keputusan

Memberi input
Taklimat
berkala

Tiada kebebasan untuk


membuat keputusan

Kemahiran Pekerja

Rajah 2.2: Model Pengupayaan Kontinum

(Sumber: Daft, R. L. (1999). Leadership. Theory and Practice.


Orlando: Harcourt, Inc. hal. 257)

Kontinum bermula daripada situasi di mana pekerja yang tidak mahir, tidak
mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan sehingga kepada pengupayaan
sepenuhnya kepada pekerja mahir di mana mereka dibenarkan terlibat sama di dalam
merangka strategi organisasi.
32

2.4.3 Model Proses Pengurusan Pengupayaan Subordinat

Model Proses Pengurusan Pengupayaan Subordinat (Rajah 2.3) yang


dikemukakan oleh Kinlaw seperti yang dinyatakan oleh Ab. Aziz (2003) adalah bagi
memastikan kejayaan pelaksanaan pengupayaan di dalam organisasi dengan
melibatkan langkah-langkah seperti berikut:

a. Memberi definisi dan menyampaikan makna pengupayaan yang sebenar


dan tepat kepada semua ahli organisasi.
b. Menetapkan matlamat yang jelas, realistik dan boleh diukur berdasarkan
strategi yang konkrit untuk membentuk rangka kerja bagi setiap individu
di dalam pelbagai hirarki organisasi.
c. Menyediakan program latihan yang bersesuaian dengan setiap matlamat
yang ingin dicapai.
d. Menyelaraskan struktur organisasi yang saling bergantung supaya
mengurangkan kerenah birokrasi. Struktur organisasi mekanistik
digantikan dengan struktur organik yang lebih fleksibel.
e. Memberi autonomi yang lebih besar kepada bahagian atau jabatan dan
memberi lebih kebebasan kepada pekerja.
f. Menyelaraskan sistem organisasi seperti perancangan, maklum balas,
kenaikan pangkat dan latihan.
g. Menilai dan memperbaiki proses pelaksanaan pengupayaan dengan
mengukur kemajuan serta penerimaan daripada ahli-ahli dalam
organisasi.
33

MAKNA SASARAN
GANJARAN
PENGUPAYAAN PENGUPAYAAN

MENDEFINISI MENETAPKAN
DAN MATLAMAT MELATIH
BERKOMUNIKASI DAN STRATEGI
KEMAJUAN
BER-
MENILAI MENYELARAS MENYELARAS TERUSAN
DAN SISTEM STRUKTUR
MENAMBAHBAIK ORGANISASI ORGANISASI

PERANAN KAWALAN STRATEGI


DAN KE ATAS PENGUPAYAAN
FUNGSI PENGUPAYAAN

Rajah 2.3 : Model Proses Pengurusan Pengupayaan Subordinat

(Sumber: Ab. Aziz (2003). Gelagat Organisasi: Teori Isu dan Aplikasi.
Petaling Jaya : Prentice Hall, hal. 339)

2.5 Amalan Pengupayaan di Sekolah

Pengetua memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang


kondusif untuk pengupayaan dan meningkatkan kualiti pengupayaan di sekolah.
Pendekatan yang berkesan di dalam penambahbaikan sekolah secara konsisten adalah
melalui pengupayaan guru.

Di negara kita sebenarnya masih tidak banyak lagi kajian tentang pengupayaan
dan pelaksanaannya di sekolah-sekolah. Kebanyakan kajian yang telah dijalankan
bertujuan mengukur tahap amalan pengupayaan di sekolah. Kajian pelaksanaan
pengupayaan pengetua terhadap GKMP pula, masih di peringkat awalan (Najib, 2002).
Kajian oleh Najib (2002) yang bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti
34

pelaksanaan amalan penurunan kuasa atau pengupayaan pengetua kepada Guru Kanan
Mata Pelajaran sekolah-sekolah menengah Gred A di daerah Kuala Selangor, mendapati
pengetua telah melaksanakan penurunan kuasa pada tahap yang tinggi.

Pua (1997) telah mengkaji tahap pengupayaan di kalangan pengetua-pengetua


sekolah menengah di Negeri Perlis. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap
pengupayaan pengetua wanita adalah lebih tinggi daripada pengetua lelaki. Keputusan
yang diperolehi menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, tahap pengupayaan
pengetua berada pada tahap sederhana tinggi.

Bagi melihat tahap pengupayaan di sekolah-sekolah menengah daerah Muar,


dapatan kajian oleh Mansor (2001) mendapati, pengetua hanya kadang-kadang sahaja
melakukan pengupayaan dengan orang-orang bawahannya. Mengikut persepsi guru
penolong, pengetua ada melakukan pengupayaan dalam pentadbirannya tetapi pada
tahap mengikut bidang dan belum lagi sampai kepada tahap maksima ataupun
sepenuhnya. Kajian oleh Norlilah (2003) pula bertujuan untuk melihat tahap
keberkesanan pengupayaan yang dilaksanakan oleh dua orang pengetua di daerah
Gombak. Hasil kajian mendapati kedua-dua orang pengetua menjalankan pengupayaan
di tahap yang sederhana. Pengetua wanita pula didapati lebih tinggi tahap keberkesanan
pelaksanaan pengupayaan berbanding pengetua lelaki.

Untuk meninjau tahap amalan pengupayaan terhadap pengurus pertengahan di


sekolah menengah di Johor Bahru, satu kajian telah dijalankan oleh Mohd Anuar et al.,
(2004). Hasil kajian mendapati, tahap penglibatan pengurus pertengahan dalam aspek
membuat keputusan, penetapan matlamat dan penyelesaian masalah, kesemuanya
berada di tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati
amalan pengupayaan terhadap pengurus pertengahan berada di tahap sederhana.
Walau bagaimanapun, hasil kajian oleh Mohd Aris (2006) di tiga buah sekolah
menengah Felda di daerah Kota Tinggi mendapati, amalan pengupayaan terhadap guru-
guru dalam aspek membuat keputusan dan menetapkan matlamat kurikulum dan
kokurikulum berada pada tahap yang tinggi.
35

Beberapa pengkaji lain dalam negara, selain mengenal pasti tahap amalan
pengupayaan di sekolah juga menjalankan kajian tentang hubungan pengupayaan
dengan komitmen, kepuasan kerja, motivasi, beban dan persekitaran kerja. Kajian-
kajian tersebut dibuat oleh Muhamad Azmi (1999), Harsat (2000), Fatimah Hani (2002)
dan Abd Ghani et al. (2005).

Kajian oleh Muhamad Azmi (1999) bertujuan mengkaji hubungan pelaksanaan


konsep pengupayaan dengan komitmen guru terhadap organisasi di sekolah menengah
daerah Kulim, Kedah mendapati wujud hubungan yang signifikan antara pelaksanaan
pengupayaan dengan komitmen guru terhadap organisasi sekolah. Kajian oleh Harsat
(2000), pula bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap proses
pengupayaan yang dilaksanakan oleh pengetua dan hubungan pengupayaan dengan
tahap kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah menengah daerah Pontian. Hasil kajian
menunjukkan pelaksanaan pengupayaan pengetua adalah pada tahap sederhana. Di
samping itu, kajian juga mendapati memang wujud hubungan di antara pengupayaan
dengan kepuasan kerja guru-guru tetapi pada tahap kepuasan yang sederhana.

Fatimah Hani (2002), telah menjalankan kajian pengupayaan di sekolah


menengah di daerah Kuala Muda/Yan bagi menentukan hubungannya dengan motivasi
kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan yang sinifikan di antara
pengupayaan dengan motivasi kerja. Tahap pengupayaan guru dalam dimensi membuat
keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan impak adalah
sederhana. Abdul Ghani et al. (2005) pula menjalankan kajin untuk mengenal pasti
tahap amalan pengurusan pengupayaan, pertambahan beban kerja dan suasana
persekitaran kerja guru di sekolah menengah di Pulau Pinang. Berbanding dengan
dapatan kajian Fatimah Hani, tahap pengupayaan dalam dimensi membuat keputusan,
perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan impak berada pada tahap
yang tinggi. Dimensi membuat keputusan dan perkembangan profesional didapati
meningkatkan beban kerja guru. Sebaliknya dimensi efikasi diri didapati mengurangkan
beban kerja guru. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa dimensi membuat
keputusan dan autonomi mewujudkan suasana negatif terhadap persekitaran kerja guru.
36

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, telah mempelihatkan bahawa


kebanyakan amalan pengupayaan di sekolah di negara kita masih berada di tahap
sederhana. Melihat kepada kepentingan dan manfaat amalan pengupayaan, pengetua
sebagai pemimpin dan pengurus yang telah diberi kuasa secara sah, seharusnya
berusaha meningkatkan tahap amalan pengupayaan terhadap guru-guru di dalam
pengurusan sekolah. Blasé dan Blasé (1997) telah menyenaraikan strategi-strategi yang
boleh diamalkan oleh pengetua untuk meningkatkan amalan pengupayaan di sekolah
iaitu:

a. Memberi kepercayaan kepada guru

Kepercayaan dianggap elemen penting dalam pengupayaan guru.


Percaya, hormat dan yakin membolehkan pengetua memberi kebenaran
dan menggalakkan guru-guru menggunakan pertimbangan profesional
mereka untuk membuat keputusan dan melaksanakan tindakan. Untuk
memberi kepercayaan kepada guru-guru, pengetua perlu membina iklim
yang bebas daripada rasa takut, ugutan, paksaan dan kritikan.

b. Perkongsian dalam struktur pentadbiran

Dalam membuat keputusan, guru-guru yang diberi pengupayaan


boleh membuat keputusan secara individu, berkumpulan atau secara
kolaboratif dengan pengetua. Walau bagaimanapun, pengetua
mempunyai kuasa pemutus terhadap segala keputusan. Tindakan-
tindakan pengetua yang menggalakkan pengupayaan termasuklah
meluangkan cukup masa untuk mesyuarat, aktif melibatkan semua unit
dalam membuat keputusan, menggunakan struktur formal atau informal
apabila perlu, menyediakan maklumat-maklumat berkaitan dalam proses
37

membuat keputusan, memberi keutamaan ke atas isu-isu pengajaran dan


pembelajaran, melaksanakan setiap keputusan dan terlibat di dalam
perancangan dan pelaksanaan program-program baru.

c. Menggalak dan mendengar input daripada guru

Data kajian menunjukkan persepsi pengupayaan terhadap guru


boleh dipertingkatkan sekiranya pengetua bersedia mendengar dan
mendapatkan input daripada guru berkaitan isu-isu sekolah atau bilik
darjah, perkara-perkara rutin, usaha-usaha penambahbaikan serta krisis
di sekolah.

d. Menggalakkan autonomi guru

Strategi ini merujuk kepada minat pengetua untuk meningkatkan


autoriti dan autonomi dalam membuat keputusan. Pengupayaan guru
ialah di mana pengetua memberi memberi autonomi kepada guru-guru
dalam menjalankan tugas terutama pengajaran dan kawalan pelajar di
dalam bilik darjah.

e. Menggalakkan inovasi, kreativiti dan pengambilan risiko

Persekitaran yang tidak mengancam, bebas daripada rasa takut,


kritikan dan hukuman terhadap kegagalan adalah sangat penting dalam
menggalakkan inovasi dan pengupayaan kepada guru.
38

f. Memberi ganjaran

Memberi ganjaran terutama dalam bentuk simbolik seperti


memberi pujian kepada individu atau kumpulan guru merupakan suatu
strategi oleh pengetua yang mengamalkan pengupayaan. Pujian diberi ke
atas usaha dan kerja yang berjaya telah dilaksanakan dengan jayanya dan
lebih daripada yang diharapkan. Pujian merupakan suatu bentuk
penghargaan oleh pengetua terhadap kesukaran guru dalam
melaksanakan tugas harian di sekolah.

g. Memberi sokongan

Terdapat empat jenis strategi memberi sokongan oleh pengetua


yang menyumbang kepada pengupayaan guru iaitu:

i. Perkembangan staf

Pengetua menyediakan peluang-peluang dan aktiviri


pembangunan staf yang bersesuaian dengan minat, nilai dan
matlamat guru dan sekolah.

ii. Maklumat profesional

Pengetua menyediakan artikel-artikel berkaitan, memberi


galakan kepada guru untuk menyertai seminar dan bengkel.
39

iii. Sumber asas

Pengetua yang menyediakan sumber-sumber seperti


bahan dan peralatan pengajaran serta kewangan boleh
meningkatkan amalan pengupayaan di sekolah.

h. Membantu menyelesaikan masalah

Kesanggupan pengetua berbincang tentang masalah guru, dapat


meningkatkan persepsi pengupayaan oleh guru. Pengetua perlu sentiasa
membantu, berasa yakin, hormat dan menyokong kewajaran serta
tindakan guru-gurunya sekiranya berhadapan dengan masalah pelajar,
ibu bapa dan masalah peribadi guru.

2.6 Dimensi Pengupayaan

Short dan Rinehart (1992) telah mengemukakan enam dimensi pengupayaan


yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Dimensi tersebut ialah membuat
keputusan, perkembangan profesional, status, autonomi, efikasi diri dan impak.

Dimensi membuat keputusan merujuk kepada penglibatan guru-guru di dalam


keputusan penting yang berkaitan dengan tugas mereka. Ini bermaksud guru terlibat
untuk menyatakan pendapat di dalam membuat keputusan seperti perbelanjaan,
pemilihan atau penentuan guru, menyediakan jadual waktu, merancang kurikulum dan
program-program bidang. Penglibatan guru dalam proses membuat keputusan
merupakan satu elemen penting dalam pengupayaan. Guru tidak akan melibatkan diri
jika mereka mendapati pengetua hanya membuat keputusannya sendiri atau meminta
40

pendapat mereka tetapi tidak mengambil kira pendapat tersebut dalam membuat
keputusan.

Perkembangan profesional merujuk kepada persepsi guru bahawa pihak sekolah


menyediakan peluang untuk meningkatkan pencapaian diri, mendapatkan latihan atau
peluang belajar secara berterusan, meningkat kepakaran, kemahiran tertentu dan
pengalaman. Guru perlu untuk terus membina kemahiran dan belajar berkaitan
profesion mereka di dalam persekitaran pengupayaan. Pentadbir yang menyokong
perkembangan profesional akan meningkatkan keberkesanan sekolah kerana ia boleh
memperbaiki pengajaran, meningkatkan prestasi dan komitmen guru.

Status merujuk kepada persepsi guru bahawa mereka diberi penghormatan dan
pengiktirafan secara profesional oleh rakan sejawat. Mereka merasakan bahawa rakan
sejawat menghormati pengetahuan dan kepakaran mereka. Guru perlu untuk merasa
mereka dihormati oleh mereka sama ada yang berada di dalam mahupun di luar sekolah
dalam melaksanakan tugas mereka.

Dimensi efikasi diri merujuk kepada persepsi guru bahawa mereka mempunyai
kemahiran dan keupayaan untuk membantu pembelajaran pelajar, kompeten dalam
membina program-program yang berkesan dan memberi manfaat terhadap kepentingan
para pelajar. Guru perlu mempercayai bahawa mereka boleh melaksanakan kerja
mereka seterusnya melaksanakan perubahan. Efikasi diri boleh membina individu yang
berpengetahuan, percaya mereka kompeten dan berkemahiran dalam mencapai
matlamat dengan berkesan.

Autonomi merujuk kepada persepsi guru bahawa mereka dapat mengamalkan


nilai-nilai kebebasan dalam budaya kerja seharian, termasuklah membuat sesuatu
keputusan yang boleh mempengaruhi aspek-aspek tertentu dalam kerjaya mereka
seperti aspek kurikulum, perancangan pengajaran, jadual waktu dan sebagainya. Guru
perlu mempercayai bahawa mereka boleh mengawal kerja mereka, membuat keputusan
dan mengambil risiko sendiri. Sekolah boleh membina autonomi guru dengan
41

mewujudkan persekitaran yang menyokong guru-guru mengambil risiko dan mencuba


sesuatu yang baru. Pengupayaan guru menjadi berkesan apabila ia bertujuan
meningkatkan profesionalisme guru berbanding kawalan birokatik.

Dimensi impak merujuk kepada persepsi guru bahawa bidang profesionalisme


mereka mempunyai kesan yang positif dan mampu mempengaruhi corak kehidupan
dalam sekolah. Mereka merasakan bahawa komitmen mereka dihargai manakala
mereka pula semakin berkompetensi tinggi dan diberi pengiktirafan terhadap segala
sumbangan yang telah dilakukan. Guru mempercayai bahawa kehadiran mereka boleh
memberi kesan dan pengaruh kepada kehidupan sekolah. Pentadbir sekolah boleh
membuat guru merasakan usaha-usaha mereka berharga dengan cara memberi pujian
kepada guru. Penghargaan juga patut diberikan kepada pencapaian cemerlang pelajar
yang seterusnya akan menghargai usaha guru dalam meningkatkan pencapaian pelajar
tersebut.

2.7 Rumusan

Amalan pengupayaan dalam organisasi sekolah dapat memberikan manfaat dan


mewujudkan situasi menang-menang sekiranya dilaksanakan dengan sistematik.
Menerusi pengupayaan, pihak pengurusan dapat meningkatkan kecekapan operasi
dalam sesebuah organisasi sekolah dengan mengagihkan sebahagian daripada tugas dan
tanggungjawab kepada orang bawahan yang dikenal pasti seperti GKMP.

Amalan pengupayaan dapat meringankan beban tugas yang ditanggung oleh


pengetua sementara dapat meningkatkan kepuasan kerja, motivasi dan kepemimpinan
GKMP di sekolah. Inisiatif ini dapat mendorong individu yang dipertanggungjawab
berpotensi mempamerkan bakat dan kreativiti sendiri, bijak membuat keputusan, dapat
melaksanakan peranannya dengan berkesan seterusnya dapat menjana peningkatan
pencapaian dan matlamat organisasi sekolah.
42

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan tentang langkah-langkah menjalankan kajian.


Aspek-aspek yang akan diterangkan dalam bab ini adalah metodologi kajian, instrumen
kajian, populasi dan sampel kajian, kajian rintis, prosedur dan takwim kajian, serta
kaedah analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif yang bertujuan untuk melihat tahap
pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran di sekolah menengah di daerah
Muar.

Soal selidik digunakan di dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat kerana
ia lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi. Menurut Wiersma (2000),
soal selidik merupakan alat ukur yang sesuai digunakan dalam penyelidikan pendidikan.
Sementara itu, Mohd. Najib (2003) menyatakan soal selidik digunakan untuk
43

mengumpul data hanya satu kali sahaja. Oleh yang demikian, kaedah ini difikirkan
sesuai digunakan memandangkan penyelidik hanya meninjau situasi ini pada satu masa
sahaja.

Daripada data statistik yang telah dikumpulkan, penyelidik melihat dan


mengukur tahap pengupayaan terhadap GKMP dalam dimensi membuat keputusan,
perkembangan profesional, status, efikiasi diri, autonomi dan impak. Enam dimensi
pengupayaan ini adalah pembolehubah bersandar manakala faktor-faktor demografi
adalah pembolehubah bebas.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini merupakan sampel kajian. Ia melibatkan semua Guru
Kanan Mata Pelajaran yang dilantik secara hakiki di 27 buah sekolah menengah gred A
di daerah Muar. Setiap buah sekolah menengah gred A terdiri daripada empat orang
Guru Kanan Mata Pelajaran iaitu GKMP Bahasa, GKMP Sains dan Matematik, GKMP
Teknik dan Vokasional serta GKMP Sains Sosial yang menjadikan jumlah responden
seramai 108 orang.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrumen soal


selidik. Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B.

Bahagian A memberi tumpuan kepada faktor-faktor demografi iaitu latar


belakang responden. Latar belakang ini merangkumi bidang mata pelajaran, umur,
jantina, kelulusan tertinggi dan lama memegang jawatan GKMP di sekolah.
44

Bahagian B pula melihat tahap pengupayaan terhadap GKMP di sekolah. Data


dikumpul melalui instrumen soal selidik yang digunakan oleh Fatimah Hani (2002)
yang menggunakan instrumen School Participant Empowerment Scale (SPES) yang
dibina oleh Short dan Rinehart (1992) dalam kajian bertajuk Hubungan Empowermen
Guru Dengan Motivasi Kerja yang dijalankan di sekolah-sekolah menengah daerah
Kuala Muda/Yan. Item ini diubahsuai untuk responden yang terdiri daripada Guru
Kanan Mata Pelajaran.

SPES mengandungi 38 item yang dibahagikan kepada enam dimensi iaitu


(a) membuat keputusan, (b) perkembangan profesional, (c) status, (d) efikasi diri, (e)
autonomi dan (f) impak.

Short dan Rinehart (1992) telah membina dan menggunakan SPES untuk
mendapatkan input pengupayaan daripada guru-guru dalam Reading Recovery Program
di seluruh Amerika Syarikat. Short dan Rinehart (1992) telah menjelaskan pengupayaan
berdasarkan dimensi-dimensi: (a) membuat keputusan iaitu merujuk kepada penyertaan
guru dalam membuat keputusan penting berkaitan tugas mereka, (b) perkembangan
profesional merujuk kepada kepercayaan guru bahawa sekolah menawarkan mereka
peluang-peluang pembangunan dan perkembangan profesional, (c) status merujuk
kepada perasaan estim guru yang diberi oleh pelajar-pelajar, ibu-bapa, guru-guru dan
pentadbir sekolah, (d) efikasi diri iaitu darjah kepercayaan guru bahawa mereka
mampu membantu pembelajaran pelajar, (e) autonomi merujuk kepada darjah
kebebasan guru-guru membuat keputusan dalam hal-hal pekerjaan mereka di sekolah
dan (f) impak merujuk kepada perasaan guru bahawa mereka boleh mempengaruhi
organisasi dan mereka diberi pengiktirafan ke atas sumbangan mereka. Taburan item
ditunjukkan seperti di dalam jadual 3.1.
45

Jadual 3.1 : Taburan Item Mengikut Dimensi Pengupayaan


(Short & Rinehart, 1992)

Dimensi Item Bil

Membuat Keputusan 1, 7, 13, 19, 25, 30, 33, 35, 37, 38 10

Perkembangan Profesional 2, 8, 14, 20, 26, 31 6

Status 3, 9, 15, 21, 27, 34 6

Efikasi Diri 4, 10, 16, 22, 28, 32 6

Autonomi 5, 11, 17, 23 4

Impak 6, 12, 18, 24, 29, 36 6

Jumlah 38

3.4.1 Pemarkatan

Dalam bahagian B, responden diberi pilihan respon berdasarkan skala Likert


5-poin iaitu: 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = neutral, 4 = setuju dan
5 = sangat setuju. Bagi tujuan mengukur tahap pengupayaan, markat min dibahagikan
kepada tiga tahap pengupayaan seperti di dalam Jadual 3.2:

Jadual 3.2 : Pemarkatan Bagi Tahap Pengupayaan

Markat Tahap Pengupayaan

1.00 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.66 Sederhana

3.67 hingga 5.00 Tinggi


46

3.5 Kajian Rintis

Sebelum menyediakan item akhir soal selidik, item-item diuji terhadap sampel
kecil. Kumpulan yang digunakan dalam kajian rintis ini bukan dipilih dari sampel
rawak tetapi mempunyai persamaan dengan sampel kajian sebenar dan dalam keadaan
yang sesuai untuk membuat penilaian terhadap item-item yang diberi (Wiersma, 2000).
Tujuan kajian rintis ialah untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaan instrumen.
Dalam kajian ini penyelidik telah mengedarkan 16 set borang soal selidik kepada
16 orang GKMP di empat buah sekolah menengah gred B di daerah Muar pada 14 Mei
2007.

Borang soal selidik yang telah dikembalikan, dianalisis untuk mendapatkan nilai
Cronbach Alpha (α). Nilai Cronbach Alpha (α) merupakan reliability coefficient yang
menunjukkan hubungan setiap item dalam satu set soalan. Dalam kajian rintis, data
yang diperolehi diuji kebolehpercayaannya dengan Conbach Alpha (α). Menurut
Sekaran (1992), Cronbach Alpha (α) merupakan nilai angka (pekali) kebolehpercayaan
yang dapat menunjukkan bagaimana item-item dalam satu soal selidik berhubung antara
satu sama lain. Jika nilai Alfa (α) menghampiri 1.0 maka keboleh percayaannnya adalah
tinggi, baik dan berkesan. Dengan demikian nilai alfa (α) kurang daripada .60 bermakna
lemah, nilai alfa (α) di antara .60 hingga .70 bermakna boleh diterima manakala nilai
alfa (α) melebihi .80 adalah sangat baik. Menurut Mohd. Najib (1999), jika nilai alfa (α)
melebihi .60, maka instrumen tersebut sesuai untuk digunakan. Dalam kajian oleh Short
dan Rinehart (1992), nilai alfa (α) untuk instumen SPES ialah .94. Nilai (α) untuk
dimensi (a) membuat keputusan ialah .89 ; (b) perkembangan profesional, .83; (c)
status .86; (d) efikasi diri .84; (e) autonomi .81 ; dan (f) impak .82.

Setelah diuji menggunakan program SPSS versi 11.5, soalan soal selidik untuk
kajian ini mempunyai nilai Alfa (α) .96. Ini bermakna soal selidik ini mempunyai
kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Dalam kajian ini, nilai alfa (α) untuk enam
dimensi adalah (a) membuat keputusan, .80 ; (b) perkembangan profesional .90 ;
(c) status, .89; (d) efikasi diri .89; (e) autonomi .66; dan (f) impak .81.
47

3.6 Prosedur dan Takwim Kajian

Bagi memastikan kajian dapat dijalankan dengan baik dan lancar, penyelidik
telah menjalankan kajian berdasarkan prosedur dan takwim yang telah ditetapkan.
Kajian ini telah dijalankan seperti ditunjukkan di dalam jadual 3.3 di bawah:

Jadual 3.3 : Prosedur dan Takwim Kajian

Tindakan Tarikh

i. Menentukan masalah kajian 16 September 2006

ii. Menghantar kertas cadangan kepada


4 Januari 2006
penyelia

iii. Membina soal selidik 14 Mac 2007

iv. Memohon kebenaran daripada Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan Dasar
2 April 2007
Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia

v. Menjalankan kajian rintis 14 Mei 2007

vi. Mengumpul data untuk menentukan


24 Mei 2007
kesahan dan kebolehpercayaan
vii. Memohon kebenaran Jabatan Pelajaran
27 Ogos 2007
Johor
viii. Menjalankan kajian dengan mengedarkan
soal selidik kepada GKMP di semua 7 September 2007
sekolah menengah gred A di daerah Muar
ix. Mengumpul, memproses dan
menganalisis data dengan menggunakan 21 September 2007
SPSS
x. Menulis laporan kajian 4 Oktober 2007

xi. Menghantar laporan kajian 17 November 2007


48

3.7 Analisis Data

Penganalisisan data bagi kajian ini dilakukan dengan menggunakan “The


Statistical Package For Social Science” ( SPSS Verson 11.5 ). Statistik deskriptif dalam
kajian ini digunakan bagi mendapatkan min manakala statistik infrensi menggunakan
Ujian-t dan Analisis Varian Sehala (One Way ANOVA) bagi menjawab objektif-objektif
kajian seperti ditunjukkan di dalam Jadual 3.4 di bawah:

Jadual 3.4 : Objektif dan Kaedah Analisis Data

Objektif Kaedah Analisis

i. Menentukan tahap pengupayaan GKMP (dalam


dimensi membuat keputusan, perkembangan
profesional, status, efikasi diri, autonomi dan Min

impak).

ii. Mengenal pasti perbezaan tahap pengupayaan


terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)
berdasarkan demografi:

Bidang Mata Pelajaran ANOVA sehala


Umur ANOVA sehala
Jantina Ujian – t
Kelulusan Tertinggi ANOVA sehala
Tempoh Memegang Jawatan ANOVA sehala
49

3.8 Rumusan

Bab tiga ini menerangkan tentang metodologi kajian yang merangkumi reka
bentuk kajian, populasi dan sampel, instrumen, kajian rintis, pentadbiran soal selidik
serta kaedah pengumpulan dan penganalisisan data. Reka bentuk dan kaedah kajian
memberi panduan kepada pengkaji untuk mengutip dan mengumpul data bagi tujuan
analisis. Dalam bab yang seterusnya, pengkaji akan mengemukakan dapatan kajian dan
penganalisisan data yang diperoleh dengan menggunakan program SPSS versi 11.5.
50

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini membentangkan dapatan kajian yang telah diperolehi daripada kajian
yang telah dijalankan. Soal selidik telah diedarkan kepada 108 orang responden yang
terdiri daripada Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) di 27 buah sekolah menengah di
daerah Muar. Kembalian yang diterima ialah sebanyak 100 soal selidik (92.6%).

4.2 Kiriman dan Kutipan Soal Selidik

Satu sampul surat yang mengandungi ‘cover letter’, empat soal selidik untuk
setiap setiap orang GKMP dan sampul surat balasan yang telah ditulis nama dan alamat
penyelidik , dikirim kepada setiap sekolah menengah gred A di daerah Muar melalui
‘pigeon-hole’ Pejabat Pelajaran Daerah Muar pada 7 September 2007. Arahan kepada
responden untuk melengkapkan borang soal selidik dicetak di halaman depan set soal
selidik. Sehari sebelum itu, panggilan telefon telah dibuat kepada setiap sekolah yang
terlibat untuk memaklumkan tujuan pengiriman soal selidik, kajian dan responden yang
akan terlibat serta tindakan yang perlu diambil oleh responden dan sekolah berkenaan.
51

Seminggu kemudian soal selidik telah mula dikembalikan melalui ‘pigeon-hole’


Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Beberapa panggilan telefon susulan dibuat kepada
sekolah-sekolah yang masih belum memulangkan soal selidik. Dalam tempoh dua
minggu, urusan kutipan soal selidik telah selesai.

4.3 Analisis Data

Penyelidik telah menganalisis data kajian menggunakan perisian komputer


SPSS versi 11.5 (Statistical Package for Social Science version 11.5). Nilai Cronbach
Alpha (α) data kajian ini bagi dimensi membuat keputusan ialah .82; perkembangan
profesional, .77; status, .81; efikasi diri, .78; autonomi, .71; impak, .81 dan nilai
keseluruhan ialah .95. Nilai korelasi antara dimensi-dimensi pengupayaan adalah
seperti jadual 4.1 berikut:

Jadual 4.1 : Korelasi Antara Dimensi Pengupayaan


Membuat Perkembangan Efikasi
Status Autonomi Impak
Keputusan Profesional Diri
Membuat
R 1 .775** .728** .706** .825** .762**
Keputusan
Perkembangan
R .775** 1 .658** .681** .632** .649**
Profesional
Status R .728** .658** 1 .769** .597** .757**
Efikasi Diri R .706** .681** .769** 1 .659** .712**
Autonomi R .825** .632** .597** .659** 1 .730**
Impak R .762** .649** .757** .712** .730** 1
**korelasi signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

Keputusan antara korelasi yang tinggi di dalam jadual 4.1 menunjukkan


terdapat perkaitan yang tinggi antara item-item di dalam dimensi. Oleh itu, kesahan
konstruk SPES yang digunakan dalam kajian ini tidak disokong (Klecker dan Loadman,
1996c).
52

Analisis deskriptif dalam kajian ini digunakan bagi mendapatkan peratusan dan
min manakala analisis inferensi menggunakan Ujian-t dan Analisis Varian Sehala (One
Way ANOVA) bagi menjawab hipotesis-hipotesis kajian. Aras signifikan 0.05 (p≤0.05)
telah ditetapkan untuk sama ada menerima atau menolak hipotesis nul yang dinyatakan
dalam kajian ini.

4.3.1 Analisis Deskriptif

Bahagian ini menerangkan dapatan kajian berhubung dengan faktor-faktor


demografi responden iaitu bidang, umur, jantina, kelulusan tertinggi dan tempoh
memegang jawatan GKMP, menerangkan tentang analisis bilangan, peratusan dan min
persepsi responden terhadap setiap item pengupayaan dan bahagian ini juga
mengemukakan min dan tahap pengupayaan GKMP dalam enam dimensi pengupayaan.

4.3.1.1 Taburan Berdasarkan Demografi GKMP

Jadual 4.2 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Bidang Mata


Pelajaran

Bidang Mata Pelajaran Bilangan Peratus

Bahasa 24 24

Sains dan Matematik 24 24

Teknik dan Vokasional 26 26

Sains Sosial 26 26

Jumlah 100 100


53

Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut


bidang mata pelajaran. Bilangan dan peratusan responden bagi bidang mata pelajaran
Bahasa serta bidang Sains dan Matematik masing-masing seramai 24 orang atau 24 %.
Manakala bagi bidang mata pelajaran Teknik dan Vokasional serta Sains Sosial masing-
masing seramai 26 orang atau 26 %. Jumlah keseluruhan responden bagi semua bidang
mata pelajaran ialah seramai 100 orang atau 100 %.

Jadual 4.3 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut


Umur

Umur Bilangan Peratus

Kurang atau bersamaan 35 tahun - -

36 hingga 40 tahun 5 5

41 hingga 45 tahun 26 26

46 hingga 50 tahun 39 39

51 tahun dan ke atas 30 30

Jumlah 100 100

Jadual 4.3 menunjukkan taburan umur responden mengikut umur. Daripada 100
orang responden, tiada responden yang berumur kurang atau bersamaan 35 tahun.
Seramai 5 orang responden (5%) berumur antara 36 hingga 40 tahun, 26 orang ( 26% )
terdiri daripada responden yang berumur antara 41 hingga 45 tahun, 39 orang responden
(39%) iaitu yang paling ramai berumur 46 hingga 50 tahun manakala seramai 30 orang
responden (30%) berumur 51 tahun dan ke atas.
54

Jadual 4.4 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut


Jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 41 41

Perempuan 59 59

Jumlah 100 100

Jadual 4.4 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden


mengikut jantina. Daripada jumlah keseluruhan responden iaitu seramai 100 orang,
seramai 41 orang (41%) terdiri daripada lelaki dan selebihnya iaitu 59 responden (59%)
terdiri daripada responden perempuan.

Jadual 4.5 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut


Kelulusan Tertinggi

Kelulusan Tertinggi Bilangan Peratus

Doktor Falsafah - -

Sarjana 13 13

Sarjana Muda 87 87

Jumlah 100 100

Jadual 4.5 menunjukkan bilangan dan peratus responden mengikut kelulusan


tertinggi. Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, tiada seorang pun responden
berkelulusan Doktor Falsafah. Tiga belas orang (13%) berkelulusan Sarjana.
Selebihnya responden berkelulusan Sarjana Muda iaitu seramai 87 orang (87%).
55

Jadual 4.6 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut


Tempoh Memegang Jawatan GKMP

Tempoh Memegang Jawatan GKMP Bilangan Peratus

Bawah 5 tahun 52 52

5 hingga 10 tahun 18 18

11 hingga 15 tahun 15 15

16 dan tahun ke atas 15 15

Jumlah 100 100

Jadual 4.6 menunjukkan bilangan dan peratus responden mengikut tempoh


memegang jawatan GKMP. Bilangan guru yang berkhidmat sebagai GKMP untuk
tempoh kurang 5 tahun adalah yang paling ramai iaitu 52 orang (52%). 18 orang (18%)
responden telah memegang jawatan GKMP dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Seramai
15 orang (15%) responden telah berkhidmat sebagai GKMP selama 11 hingga 15 tahun,
manakala responden yang telah memegang jawatan GKMP bagi tempoh 16 tahun dan
ke atas ialah seramai 15 orang (15%).
56

Jadual 4.7 : Taburan Bidang Berdasarkan Umur

Umur
Bidang
Kurang 51 dan Peratus
Mata Pelajaran 36 – 40 41 – 45 46 - 50
atau tahun
tahun tahun tahun
35 tahun keatas

Bahasa - 2 8 7 7 24

Sains dan Matematik - 2 7 10 5 24

Teknik dan Vokasional - - 7 10 9 26

Sains Sosial - 1 4 12 9 26

Jumlah - 5 26 39 30 100

Jadual 4.7 menunjukkan bidang rsponden berdasarkan umur. Kesemua bidang


tidak mempunyai responden yang berumur kurang atau bersamaan 35 tahun. Bidang
Bahasa mempunyai seramai 2 orang yang berumur antara 36 hingga 40 tahun, seramai 8
orang yang berumur antara 41 hingga 45 tahun, seramai 7 orang yang berumur antara
46 hingga 50 tahun dan 7 orang berumur 51 tahun dan ke atas. Bidang Sains dan
Matematik mempunyai seramai 2 orang yang berumur antara 36 hingga 40 tahun,
seramai 7 orang yang berumur antara 41 hingga 45 tahun, seramai 10 orang yang
berumur antara 46 hingga 50 tahun dan 5 orang berumur 51 tahun dan ke atas. Bidang
Teknik dan Vokasional tidak mempunyai responden yang berumur kurang 30 tahun
hingga 40 tahun, seramai 7 orang yang berumur antara 41 hingga 45 tahun, seramai 10
orang yang berumur antara 46 hingga 50 tahun dan 9 orang berumur 51 tahun dan ke
atas. Bidang Sains Sosial pula mempunyai seorang yang berumur antara 36 hingga 40
tahun, seramai 4 orang yang berumur antara 41 hingga 45 tahun, seramai 12 orang yang
berumur antara 46 hingga 50 tahun dan 9 orang berumur 51 tahun dan ke atas.
57

Jadual 4.8 : Taburan Bidang Berdasarkan Jantina

Jantina
Bidang Mata Pelajaran Peratus
Lelaki Perempuan

Bahasa 9 15 24

Sains dan Matematik 11 13 24

Teknik dan Vokasional 13 13 26

Sains Sosial 8 18 26

Jumlah 41 59 100

Jadual 4.8 di atas menunjukkan taburan bidang mata pelajaran berdasarkan


jantina. Daripada 100 orang responden, bidang Bahasa mempunyai seramai 9 orang
lelaki dan 15 orang perempuan, bidang Sains dan Matematik mempunyai seramai 11
orang lelaki dan 13 orang perempuan, bidang Teknik dan Vokasional mempunyai
seramai 13 orang lelaki dan 13 orang perempuan sementara bidang Sains Sosial pula
mempunyai seramai 8 orang lelaki dan 18 orang perempuan.
58

Jadual 4.9 : Taburan Bidang Berdasarkan Kelulusan Tertinggi

Kelulusan Tertinggi
Bidang Mata Pelajaran Sarjana Doktor Peratus
Sarjana
Muda Falsafah

Bahasa 21 3 - 24

Sains dan Matematik 22 2 - 24

Teknik dan Vokasional 23 3 - 26

Sains Sosial 21 5 - 26

Jumlah 87 13 - 100

Jadual 4.9 di atas menunjukkan taburan bidang berdasarkan kelulusan tertinggi.


Daripada 100 orang responden, tidak ada seorang pun yang mempunyai kelulusan
Doktor Falsafah. Bagi bidang Bahasa, terdapat seramai 21 orang yang berkelulusan
tertinggi Sarjana Muda dan 3 orang mempunyai kelulusan tertinggi Sarjana. Bidang
Sains dan Matematik mempunyai seramai 22 orang yang berkelulusan tertinggi Sarjana
Muda dan 2 orang mempunyai kelulusan tertinggi Sarjana. Bidang Teknik dan
Vokasional mempunyai seramai 21 orang yang mempunyai Sarjana Muda sebagai
kelulusan tertinggi dan 3 orang berkelulusan Sarjana manakala bidang Sains Sosial
pula mempunyai seramai 21 orang yang berkelulusan sarjana muda dan seramai 5 orang
yang mempunyai Sarjana sebagai kelulusan tertinggi.
59

Jadual 4.10 : Taburan Bidang Berdasarkan Tempoh Memegang Jawatan


GKMP

Tempoh GKMP
Bidang Mata Pelajaran 16 dan Peratus
Bawah 5 5 – 10 11 -15
tahun
Tahun tahun tahun
ke atas
Bahasa 13 5 4 2 24

Sains dan Matematik 15 2 1 6 24

Teknik dan Vokasional 9 7 7 3 26

Sains Sosial 15 4 3 4 26

Jumlah 52 18 15 15 100

Jadual 4.10 di atas menunjukkan taburan bidang berdasarkan tempoh memegang


jawatan. Daripada 100 orang responden, bidang bahasa mempunyai seramai 13 orang
guru yang memegang jawatan GKMP bagi tempoh bawah 5 tahun, 5 orang memegang
jawatan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun, 4 orang untuk tempoh 11 hingga 15 tahun
dan 2 orang yang melebihi 16 tahun. Bidang Sains dan Matematik mempunyai seramai
15 orang guru yang memegang jawatan GKMP bawah 5 tahun, 2 orang memegang
jawatan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun, seorang untuk tempoh 11 hingga 15 tahun
dan 6 orang yang melebihi 16 tahun. Bidang Teknik dan Vokasional mempunyai
seramai 9 orang guru yang memegang jawatan GKMP bawah 5 tahun, 7 orang
memegang jawatan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun, 7 orang untuk tempoh 11 hingga
15 tahun dan 3 orang yang melebihi 16 tahun. Manakala bidang Sains Sosial
mempunyai seramai 15 orang guru yang memegang jawatan GKMP di bawah 5 tahun, 4
orang memegang jawatan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun, 3 orang untuk tempoh 11
hingga 15 tahun dan 4 orang untuk tempoh 16 tahun dan ke atas.
60

Jadual 4.11 : Taburan Umur Berdasarkan Jantina

Jantina
Umur Peratus
Lelaki Perempuan

Kurang atau 35 tahun - - -

36 hingga 40 tahun 1 4 5

41 hingga 45 tahun 9 17 26

46 – 50 tahun 16 23 39

51 tahun dan ke atas 15 15 30

Jumlah 41 59 100

Jadual 4.11 di atas menunjukkan taburan umur berdasarkan jantina. Daripada


100 orang responden, tidak ada responden yang berumur kurang atau bersamaan 35
tahun. Umur responden antara 36 hingga 40 tahun terdiri daripada seorang lelaki dan 4
orang perempuan, umur responden antara 41 hingga 45 tahun terdiri daripada 9 orang
lelaki dan 17 orang perempuan, umur responden antara 45 hingga 50 tahun terdiri
daripada 16 orang lelaki dan 23 orang perempuan manakala responden yang berumur 51
tahun dan ke atas terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan.
61

Jadual 4.12 : Taburan Umur Berdasarkan Kelulusan Tertinggi

Kelulusan Tertinggi
Umur Sarjana Doktor Peratus
Sarjana
Muda Falsafah

Kurang atau 35 tahun - - - -

36 hingga 40 tahun 5 - - 5

41 hingga 45 tahun 25 1 - 26

46 hingga 50 tahun 31 8 - 45

51 tahun dan ke atas 26 4 - 24

Jumlah 87 13 - 100

Jadual 4.12 di atas menunjukkan tidak ada responden yang berumur kurang atau
bersamaan 35 tahun dan tidak ada juga responden yang mempunyai kelulusan Doktor
Falsafah. Bagi responden yang berumur 36 hingga 40 tahun seramai 5 orang yang
berkelulusan sarjana muda dan tidak ada yang berkelulusan sarjana. Umur responden di
antara 41 hingga 45 tahun mempunyai seramai 25 orang yang mempunyai kelulusan
tertinggi Sarjana Muda dan seorang berkelulusan Sarjana, umur responden di antara 46
hingga 50 tahun mempunyai seramai 31 orang yang mempunyai kelulusan tertinggi
Sarjana Muda dan 8 berkelulusan Sarjana manakala umur responden 51 tahun dan ke
atas mempunyai seramai 26 orang yang berkelulusan sarjana muda dan 4 orang yang
mempunyai Sarjana sebagai kelulusan tertinggi.
62

Jadual 4.13 : Taburan Umur Berdasarkan Tempoh Memegang Jawatan


GKMP

Tempoh GKMP
Umur Bawah 5 5 - 10 11 - 15 16 tahun Peratus
Tahun tahun tahun ke atas
Kurang atau
- - - - -
35 tahun
36 hingga 40 tahun 5 - - - 5

41 hingga 45 tahun 19 4 3 - 26

46 hingga 50 tahun 21 6 4 8 39
51 tahun dan
7 8 8 7 30
ke atas
Jumlah 52 18 15 15 100

Jadual 4.13 di atas menunjukkan taburan umur responden berdasarkan tempoh


memegang jawatan. Tidak ada responden yang berumur kurang atau bersamaan 35
tahun. Bagi responden yang berumur 36 hingga 40 tahun seramai 5 orang yang
memegang jawatan GKMP di bawah 5 tahun, dan tiada yang memegang jawatan lebih
daripada 5 tahun. Umur responden di antara 41 hingga 45 tahun yang memegang
jawatan di bawah 5 tahun ialah seramai 19 orang, seramai 4 orang memegang jawatan
GKMP selama 5 hingga 10 tahun dan selebihnya iaitu seramai 3 orang telah memegang
jawatan antara 11 hingga 15 tahun. Umur responden di antara 46 hingga 50 tahun yang
memegang jawatan di bawah 5 tahun ialah seramai 21 orang, seramai 6 orang
memegang jawatan GKMP selama 5 hingga 10 tahun, seramai 4 orang telah memegang
jawatan antara 11 hingga 15 tahun dan 8 orang yang telah memegang jawatan lebih 16
tahun. Manakala bagi umur 51 tahun dan ke atas, seramai 7 orang telah memegang
jawatan di bawah 5 tahun, 8 orang untuk tempoh antara 5 hingga 10 tahun, 8 orang
untuk tempoh 11 hingga 15 tahun dan seramai 7 orang yang telah melebihi 16 tahun dan
ke atas.
63

Jadual 4.14 : Taburan Jantina Berdasarkan Kelulusan Tertinggi

Kelulusan Tertinggi
Jantina Doktor Peratus
Sarjana Muda Sarjana
Falsafah

Lelaki 35 6 - 41

Perempuan 52 7 - 59

Jumlah 87 13 - 100

Jadual 4.14 di atas menunjukkan taburan jantina berdasarkan kelulusan tertinggi.


Responden lelaki mempunyai seramai 35 orang yang mempunyai kelulusan Sarjana
Muda dan 6 orang berkelulusan tertinggi Sarjana. Manakala responden perempuan
terdiri daripada 52 orang berkelulusan Sajana Muda dan 7 orang mempunyai Sarjana
sebagai kelulusan yang tertinggi.

Jadual 4.15 : Taburan Jantina Berdasarkan Tempoh Memegang Jawatan


GKMP

Tempoh GKMP
Jantina Bawah 5 5 - 10 11 – 15 16 tahun ke Peratus
Tahun tahun tahun atas
Lelaki 19 9 3 10 41

Perempuan 33 9 12 5 59

Jumlah 52 18 15 15 100
64

Jadual 4.15 di atas menunjukkan taburan jantina responden berdasarkan tempoh


memegang jawatan. Bagi responden lelaki, seramai 19 orang yang memegang jawatan
GKMP di bawah 5 tahun, seramai 9 orang memegang jawatan antara 5 hingga 10 tahun,
seramai 3 orang telah memegang jawatan antara 11 hingga 15 tahun dan 10 orang yang
memegang jawatan melebihi 16 tahun dan ke atas. Manakala bagi responden perempuan,
seramai 33 orang telah memegang jawatan di bawah 5 tahun, 9 orang untuk tempoh
antara 5 hingga 10 tahun, 12 orang untuk tempoh 11 hingga 15 tahun dan seramai 5
orang yang telah melebihi 16 tahun dan ke atas.

Jadual 4.16 : Taburan Kelulusan Tertinggi Berdasarkan Tempoh


Memegang Jawatan GKMP

Tempoh GKMP
Kelulusan Bawah 5 5 - 10 11 - 15 16 tahun Peratus
Tahun tahun tahun ke atas
Sarjana Muda 49 14 12 12 87

Sarjana 3 4 3 3 13

Doktor Falsafah - - - - -

Jumlah 52 18 15 15 100

Jadual 4.16 di atas menunjukkan taburan kelulusan tertinggi berdasarkan tempoh


memegang jawatan GKMP. Bagi responden yang berkelulusan tertinggi Sarjana Muda,
seramai 49 orang memegang jawatan di bawah 5 tahun, 14 orang untuk tempoh antara
5 hingga 10 tahun, 12 orang untuk tempoh 11 hingga 15 tahun dan seramai 12 orang
yang telah melebihi 16 tahun dan ke atas. Manakala responden yang berkelulusan
tertinggi Sarjana, seramai 3 orang memegang jawatan di bawah 5 tahun, 4 orang untuk
tempoh antara 5 hingga 10 tahun, 3 orang untuk tempoh 11 hingga 15 tahun dan
seramai 3 orang yang telah melebihi 16 tahun dan ke atas.
65

4.3.1.2 Analisis Taburan Item-item Pengupayaan

Jadual 4.17 : Bilangan dan Min Setiap Item bagi Dimensi Membuat
Keputusan

Bilangan Responden
Item Min
STS TS N S SS

Saya diberi tanggungjawab untuk


S1 mengawasi program-program di - - - 32 68 4.68
bawah bidang saya.
Saya membuat keputusan tentang
S7 pelaksanaan sesuatu program baru di 1 4 23 61 11 3.77
bawah bidang saya.
Saya membuat keputusan mengenai
S13 pemilihan guru-guru untuk mengajar 3 10 21 48 18 3.68
mata pelajaran di dalam bidang saya.

Saya terlibat di dalam keputusan


S19 - 2 15 61 22 4.03
tentang perbelanjaan bidang saya.

Saya diberi peluang untuk


S25 membimbing guru-guru di bawah - - 7 64 29 4.22
bidang saya.
Saya menentukan jadual saya
S30 9 18 38 30 5 3.04
sendiri.
Pengetua, guru-guru di bawah
S33 bidang, guru-guru lain dan staf - 2 18 72 8 3.86
sekolah meminta pandangan saya.
Saya boleh merancang jadual saya
S35 4 10 22 50 14 3.60
sendiri.
Saya memberi nasihat dan
S37 bimbingan kepada rakan-rakan di - 1 13 74 12 3.97
sekolah.

Saya mempunyai peluang untuk


S38 mengajar idea yang inovatif kepada 1 3 27 63 6 3.70
guru-guru di bawah bidang saya.

Min keseluruhan 3.85

N=100
STS - Sangat tidak setuju
TS - Tidak setuju
N - Neutral
S - Setuju
SS - Sangat setuju
66

Jadual 4.17 di atas menunjukkan analisis bagi dimensi membuat keputusan


Min yang paling tinggi ialah bagi item S1 iaitu “Saya diberi tanggungjawab untuk
mengawasi program-program di bawah bidang saya” dengan min 4.68 di mana
sebanyak 32 orang responden (32%) bersetuju dan 68 orang responden (68%) sangat
bersetuju dengan pernyataan ini. Ini menunjukkan bahawa mereka bersetuju mereka
diberi tanggung jawab mengawasi program-program di bawah bidang mereka. Item
yang mempunyai min yang paling rendah dalam dimensi ini ialah item S30 iaitu “Saya
menentukan jadual saya sendiri” dengan min sebanyak 3.04. Hanya 35% memberi
persetujuan dengan pernyataan ini. Ini menunjukkan kebanyakan GKMP merasa
mereka kurang diberi kuasa untuk menentukan jadual mereka sendiri.
67

Jadual 4.18 : Bilangan dan Min Setiap Item bagi Dimensi Perkembangan
Profesional

Bilangan Responden
Item Min
STS TS N S SS
Saya berperanan di dalam sebuah
S2 - 1 7 61 31 4.22
persekitaran yang profesional.
Saya dilayan sebagai seorang
S8 1 3 24 54 18 3.85
profesional.
Saya mempunyai peluang untuk
S14 - 2 17 66 15 3.94
peningkatan profesional.
Saya bekerja di sekolah yang
S20 - 2 6 54 38 4.28
mengutamakan pelajar.
Saya diberi peluang untuk
S26 - 2 14 62 22 4.04
meneruskan pembelajaran.
Saya mempunyai peluang untuk
S31 bekerjasama dengan guru-guru di - 1 5 54 40 4.33
bawah bidang saya.
Min Keseluruhan 4.11
n=100
STS - Sangat tidak setuju
TS - Tidak setuju
N - Neutral
S - Setuju
SS - Sangat setuju

Jadual 4.18 di atas menunjukkan analisis bagi dimensi Perkembangan


Profesional. Min yang paling tinggi ialah bagi item S31 iaitu “Saya mempunyai peluang
untuk bekerjasama dengan guru-guru di bawah bidang saya” dengan min 4.33 iaitu
persetujuan sebanyak 94%. Ini menunjukkan kebanyakan GKMP merasa mereka
berpeluang untuk bekerjasama dengan guru-guru di bawah bidang mereka. Min yang
paling rendah ialah bagi item S8 iaitu “Saya dilayan sebagai seorang profesional”
dengan min 3.85 di mana 72% GKMP memberi persetujuan bahawa mereka dilayan
sebagai seorang profesional.
68

Jadual 4.19 : Bilangan dan Min Setiap Item bagi Dimensi Status

Bilangan Responden
Item Min
STS TS N S SS

Saya percaya saya mendapat


S3 - 5 18 58 19 3.91
penghormatan di sekolah.
Saya percaya bahawa saya sangat
S9 - 2 34 52 12 3.74
efektif.
S15 Saya dihormati oleh rakan sejawat. 1 - 9 66 24 4.12
Saya mendapat sokongan dan
S21 penghormatan daripada guru-guru 1 - 16 68 15 3.96
lain.
Saya mempunyai pengetahuan yang
S27 tinggi di dalam bidang yang saya - 1 13 50 36 4.21
ajar.
Saya percaya saya melakukan
S34 - - 12 64 24 4.12
sesuatu dengan baik.
Min Keseluruhan 4.01
n=100
STS - Sangat tidak setuju
TS - Tidak setuju
N - Neutral
S - Setuju
SS - Sangat setuju

Jadual 4.19 di atas menunjukkan analisis bagi dimensi Status. Min yang paling
tinggi ialah bagi item S27 iaitu “Saya mempunyai pengetahuan yang tinggi di dalam
bidang yang saya ajar” dengan min 4.21. Pernyataan ini mendapat 86% persetujuan
daripada GKMP. Sementara min yang paling rendah ialah bagi item S9 iaitu “Saya
percaya bahawa saya sangat efektif” dengan min 3.74 di mana sebanyak 64% GKMP
memberi persetujuan kepada pernyataan tersebut.
69

Jadual 4.20 : Bilangan dan Min Setiap Item bagi Dimensi Efikasi Diri

Bilangan Responden
Item Min
STS TS N S SS

Saya percaya saya membantu


S4 pelajar-pelajar saya berdikari dalam - - 3 67 20 4.07
pembelajaran.
Saya percaya bahawa saya memberi
S10 pengupayaan (empowerment) kepada - 4 14 66 16 3.94
pelajar-pelajar saya.
Saya merasakan bahawa jawatan
saya penting kepada pelajar-pelajar
S16 1 2 12 56 29 4.10
yang mengambil mata pelajaran
dalam bidang saya.
Saya memantau pembelajaran
S22 - 1 10 66 23 4.11
pelajar.

Saya percaya bahawa saya


mempunyai peluang untuk
S28 - 1 16 64 19 4.01
meningkat melalui tugas pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.

Saya percaya bahawa saya


S32 membawa perubahan kepada bidang - 4 21 63 12 3.83
saya.

Min Keseluruhan 4.01


n=100
STS - Sangat tidak setuju
TS - Tidak setuju
N - Neutral
S - Setuju
SS - Sangat setuju

Jadual 4.20 di atas menunjukkan analisis bagi dimensi Efikasi Diri. Min yang
paling tinggi ialah bagi item S22 iaitu “Saya memantau pembelajaran pelajar” dengan
min 4.11 iaitu mendapat 89% persetujuan GKMP. Ini menunjukkan bahawa
kebanyakan mereka diberi kuasa memantau bagi memastikan pembelajaran pelajar
berlaku. Sementara min yang paling rendah ialah bagi item S32 iaitu “Saya percaya
bahawa saya membawa perubahan kepada bidang saya” dengan min 3.83 persetujuan
daripada 75% responden.
70

Jadual 4.21 : Bilangan dan Min Setiap Item bagi Dimensi Autonomi

Bilangan Responden
Item Min
STS TS N S SS

Saya mengawal jadual harian yang


S5 2 11 20 52 15 3.67
dibawah bidang saya.

Saya boleh mengajar mengikut


S11 1 10 20 48 21 3.78
pilihan saya.

Saya mempunyai kebebasan untuk


membuat keputusan berkenaan hal-
S17 1 10 28 50 11 3.60
hal pengajaran dan pembelajaran di
bawah bidang saya.

Saya membuat keputusan mengenai


S23 - 6 22 56 16 3.82
hal-hal kurikulum bidang saya.

Min Keseluruhan 3.72


n=100
STS - Sangat tidak setuju
TS - Tidak setuju
N - Neutral
S - Setuju
SS - Sangat setuju

Jadual 4.21 di atas menunjukkan analisis bagi dimensi Autonomi. Min yang
paling tinggi ialah bagi item S23 iaitu “Saya membuat keputusan mengenai hal-hal
kurikulum bidang saya” dengan min 3.82 iaitu sebanyak 72% responden memberi
persetujuan membuat keputusan hal-hal kurikulum seperti merancang program-program
bidang dan panitia. Manakala min yang paling rendah ialah bagi item S17 iaitu “Saya
mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan berkenaan hal-hal pengajaran dan
pembelajaran di bawah bidang saya” dengan min 3.60. Sebanyak 61% responden
memberi persetujuan terhadap item ini. Selebihnya mengganggap keputusan yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran masih di bawah kuasa mereka yang
berada di kedudukan hirarki yang lebih tinggi di sekolah.
71

Jadual 4.22 : Bilangan dan Min Setiap Item bagi Dimensi Impak

Bilangan Responden
Item Min
STS TS N S SS
Saya percaya bahawa saya
mempunyai kemampuan untuk
S6 - - 6 66 28 4.22
memastikan tugas-tugas bidang saya
dilaksanakan.
Saya mengambil bahagian di dalam
S12 - - 4 67 29 4.25
aktiviti perkembangan staf.
Saya percaya bahawa saya
S18 1 6 43 46 4 3.46
mempunyai pengaruh di sekolah.
Saya yang membuat keputusan
S24 berkenaan hal-hal di bawah bidang - 11 25 54 10 3.63
saya.
Saya percaya bahawa saya
S29 mempunyai peluang untuk 2 1 32 57 8 3.68
mempengaruhi orang lain.
Saya rasa saya berpengaruh di
S36 kalangan guru-guru dan pelajar- 2 5 38 49 6 3.52
pelajar .

Min Keseluruhan 3.79


n=100
STS - Sangat tidak setuju
TS - Tidak setuju
N - Neutral
S - Setuju
SS - Sangat setuju

Jadual 4.22 di atas menunjukkan analisis bagi dimensi Impak. Min yang paling
tinggi ialah bagi item S12 iaitu “Saya mengambil bahagian di dalam aktiviti
perkembangan staf” dengan min 4.25 di mana 94% responden memberi pesetujuan
dengan item ini. Sementara min yang paling rendah ialah bagi item S18 iaitu “Saya
percaya bahawa saya mempunyai pengaruh di sekolah” dengan min 3.46 dengan hanya
50% memberi persetujuan. Manakala 43% GKMP lagi memberi respon neutral terhadap
pernyataan ini.
72

4.3.1.3 Analisis Min dan Tahap Pengupayaan Guru Kanan Mata


Pelajaran (GKMP)

Jadual 4.23 : Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan Guru Kanan
Mata Pelajaran (GKMP)

Dimensi Pengupayaan Min Tahap

Membuat Keputusan 3.85 Tinggi

Perkembangan Profesional 4.11 Tinggi

Status 4.01 Tinggi

Efikasi Diri 4.01 Tinggi

Autonomi 3.72 Tinggi

Impak 3.79 Tinggi

Keseluruhan 3.92 Tinggi


n=100

Jadual 4.23 di atas menunjukkan min dan tahap enam dimensi pengupayaan
GKMP iaitu dimensi membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri,
autonomi dan impak. Min bagi dimensi perkembangan profesional ialah 4.11,
menunjukkan GKMP mempunyai peluang dalam meningkatkan pembelajaran
berterusan dan kemahiran pada tahap yang tinggi. Dimensi ini merupakan dimensi
pengupayaan yang paling utama. Dimensi status merupakan dimensi kedua tertinggi
dengan min 4.01, menunjukkan GKMP menerima penghormatan profesionalisme
daripada rakan sejawat pada tahap yang tinggi. Dimensi efikasi diri juga mendapat min
yang sama dengan dimensi status iaitu 4.01. Ini menunjukkan persepsi GKMP bahawa
mereka mempunyai kemahiran dan kebolehan untuk membantu pembelajaran pelajar
pada tahap yang tinggi. Dimensi membuat keputusan dengan min 3.85 di tempat
keempat. Keputusan menunjukkan penyertaan GKMP dalam membuat keputusan
penting yang melibatkan kerja mereka berada pada tahap yang tinggi. Min bagi dimensi
impak ialah 3.79, di tempat kelima yang menunjukkan pengaruh GKMP di sekolah pada
73

tahap yang tinggi. Manakala min bagi autonomi ialah 3.72, di tempat keenam. Ia
menunjukkan bahawa GKMP percaya mereka boleh mengawal aspek-aspek tertentu
dalam kehidupan bekerja mereka di sekolah dan berada di tahap yang tinggi.

Min bagi keseluruhan dimensi pengupayaan ini ialah 3.92 yang memperlihatkan
tahap pengupayaan terhadap GKMP di sekolah menengah di Muar adalah tinggi.

Jadual 4.24 : Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan Mengikut


Bidang GKMP

Bidang
Dimensi Sains & Teknik &
Bahasa Sains Sosial
Pengupayaan Matematik Vokasional
Min Tahap Min Tahap Min Tahap Min Tahap
Membuat
Keputusan
3.70 Tinggi 3.99 Tinggi 3.89 Tinggi 3.84 Tinggi
Perkembangan
Profesional
3.97 Tinggi 4.13 Tinggi 4.17 Tinggi 4.15 Tinggi

Status 3.92 Tinggi 4.06 Tinggi 4.03 Tinggi 4.02 Tinggi

Efikasi Diri 3.92 Tinggi 4.01 Tinggi 4.04 Tinggi 4.06 Tinggi

Autonomi 3.41 Sederhana 3.88 Tinggi 3.77 Tinggi 3.80 Tinggi

Impak 3.69 Tinggi 3.84 Tinggi 3.82 Tinggi 3.81 Tinggi

Keseluruhan 3.78 Tinggi 3.99 Tinggi 3.96 Tinggi 3.94 Tinggi


n=100

Jadual 4.24 di atas menunjukkan min dan tahap enam dimensi pengupayaan
mengikut bidang GKMP. Min bagi enam dimensi pengupayaan iaitu membuat
keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan impak bagi
setiap bidang berada pada tahap tinggi kecuali min bagi dimensi autonomi untuk bidang
Bahasa, berada pada tahap sederhana iaitu 3.41. Dimensi perkembangan profesional
bagi bidang Teknik dan Vokasional menunjukkan min yang paling tinggi di antara
enam dimensi pengupayaan mengikut bidang iaitu 4.17.
74

Jadual 4.25 : Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan Mengikut


Umur GKMP

Umur
Dimensi 51 tahun
36 – 40 tahun 41 – 45 tahun 46 – 50 tahun
Pengupayaan dan ke atas
Min Tahap Min Tahap Min Tahap Min Tahap
Membuat
Keputusan
3.78 Tinggi 3.87 Tinggi 3.91 Tinggi 3.79 Tinggi
Perkembangan
3.97 Tinggi 4.12 Tinggi 4.15 Tinggi 4.07 Tinggi
Profesional
Status 3.80 Tinggi 3.93 Tinggi 4.07 Tinggi 4.03 Tinggi

Efikasi Diri 3.90 Tinggi 3.95 Tinggi 4.08 Tinggi 3.99 Tinggi
Seder- Seder-
Autonomi 3.30 hana
3.60 Hana
3.85 Tinggi 3.71 Tinggi
Seder-
Impak 3.50 hana
3.73 Tinggi 3.90 Tinggi 3.76 Tinggi

Keseluruhan 3.74 Tinggi 3.88 Tinggi 3.99 Tinggi 3.89 Tinggi


n=100

Jadual 4.25 di atas menunjukkan min dan tahap enam dimensi pengupayaan
mengikut umur GKMP. Min bagi enam dimensi pengupayaan iaitu membuat keputusan,
perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan impak bagi setiap
kategori umur berada pada tahap pengupayaan yang tinggi kecuali min bagi dimensi
autonomi untuk responden yang berumur 36 hingga 40 tahun dan 41 hingga 45 tahun,
berada pada tahap sederhana iaitu masing-masing 3.30 dan 3.60. Tahap pengupayaan
berdasarkan dimensi impak bagi responden yang berumur 36 hingga 40 tahun juga
berada pada tahap sederhana dengan min 3.50. Dimensi perkembangan profesional
bagi responden yang berumur 46 hingga 50 tahun menunjukkan min yang paling tinggi
iaitu 4.15.
75

Jadual 4.26 : Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan Mengikut


Jantina GKMP

Lelaki Perempuan
Dimensi Pengupayaan
Min Tahap Min Tahap
Membuat Keputusan 3.80 Tinggi 3.89 Tinggi

Perkembangan Profesional 4.05 Tinggi 4.15 Tinggi

Status 3.97 Tinggi 4.04 Tinggi

Efikasi Diri 3.99 Tinggi 4.02 Tinggi

Autonomi 3.68 Tinggi 3.74 Tinggi

Impak 3.78 Tinggi 3.80 Tinggi

Keseluruhan 3.88 Tinggi 3.95 Tinggi


n=100

Jadual 4.26 di atas menunjukkan min dan tahap enam dimensi pengupayaan
mengikut jantina GKMP. Min bagi enam dimensi pengupayaan iaitu membuat
keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan impak bagi
kedua-dua jantina berada pada tahap pengupayaan yang tinggi. Min pengupayaan
berdasarkan dimensi perkembangan profesional bagi responden perempuan adalah
yang paling tinggi iaitu 4.15. Sementara min dimensi autonomi bagi responden lelaki
adalah yang paling rendah iaitu 3.68.
76

Jadual 4.27 : Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan Mengikut


Kelulusan Tertinggi GKMP

Kelulusan Tertinggi

Dimensi Pengupayaan Sarjana Muda Sarjana Doktor Falsafah

Min Tahap Min Tahap Min Tahap

Membuat Keputusan 3.83 Tinggi 4.01 Tinggi - -


Perkembangan
4.10 Tinggi 4.18 Tinggi - -
Profesional
Status 3.96 Tinggi 4.33 Tinggi - -

Efikasi Diri 3.99 Tinggi 4.13 Tinggi - -

Autonomi 3.69 Tinggi 3.92 Tinggi - -

Impak 3.73 Tinggi 4.18 Tinggi - -

Keseluruhan 3.89 Tinggi 4.12 Tinggi - -


n=100

Jadual 4.27 di atas menunjukkan min dan tahap enam dimensi pengupayaan
mengikut kelulusan tertinggi GKMP. Min bagi enam dimensi pengupayaan iaitu
membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan
impak bagi kelulusan tertinggi berada pada tahap pengupayaan yang tinggi. Dimensi
status merupakan dimensi pengupayaan yang paling tinggi untuk kelulusan tertinggi
iaitu dengan min 4.33 bagi kelulusan Sarjana. Sementara min dimensi autonomi adalah
yang paling rendah bagi kelulusan tertinggi Sarjana Muda iaitu masing 3.69.
77

Jadual 4.28 : Min dan Tahap Enam Dimensi Pengupayaan Mengikut


Tempoh Memegang Jawatan GKMP

16 tahun dan
Kurang 5 tahun 5 – 10 tahun 11 - 15 tahun
Dimensi ke atas
Pengupayaan
Min Tahap Min Tahap Min Tahap Min Tahap
Membuat
Keputusan
3.82 Tinggi 3.75 Tinggi 4.03 Tinggi 3.91 Tinggi
Perkembangan
Profesional
4.14 Tinggi 4.03 Tinggi 4.19 Tinggi 4.02 Tinggi

Status 3.95 Tinggi 4.02 Tinggi 4.12 Tinggi 4.08 Tinggi

Efikasi Diri 3.97 Tinggi 4.05 Tinggi 4.08 Tinggi 4.03 Tinggi

Autonomi 3.59 Sederhana 3.72 Tinggi 3.92 Tinggi 3.95 Tinggi

Impak 3.71 Tinggi 3.84 Tinggi 3.97 Tinggi 3.85 Tinggi

Keseluruhan 3.87 Tinggi 3.90 Tinggi 4.06 Tinggi 3.97 Tinggi


n=100

Jadual 4.28 di atas menunjukkan min dan tahap enam dimensi pengupayaan
mengikut tempoh memegang jawatan GKMP. Min bagi enam dimensi pengupayaan
iaitu membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi
dan impak bagi setiap kategori umur berada pada tahap pengupayaan yang tinggi
kecuali min bagi dimensi autonomi untuk responden yang memegang jawatan GKMP di
bawah tempoh 5 tahun iaitu pada tahap sederhana dengan min 3.59. Min yang paling
tinggi merupakan min dimensi perkembangan profesional bagi responden yang
berkhidmat untuk tempoh 11 hingga 15 tahun iaitu 4.19.
78

4.3.2 Analisis Inferensi

Berikut adalah pengujian hipotesis-hipotesis dengan menggunakan analisis


Ujian-t dan ANOVA sehala bagi melihat perbezaan tahap pengupayaan terhadap
GKMP berdasarkan faktor demografi. Keputusan Ujian – t ini memperlihatkan
perbezaan tahap pengupayaan berdasarkan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Ujian – t
juga digunakan untuk melihat perbezaan tahap pengupayaan GKMP berdasarkan
kelulusan tertinggi iaitu Sarjana Muda dan Sarjana kerana tiada responden yang
berkelulusan Doktor Falsafah. Keputusan ANOVA sehala pula memperlihatkan
perbezaan tahap pengupayaan berdasarkan bidang, umur dan tempoh memegang
jawatan GKMP.

4.3.2.1 Pengujian Hipotesis 1

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan


terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran mengikut bidang.

Jadual 4.29: Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara Min Tahap


Pengupayaan terhadap GKMP Mengikut Bidang

Sumber Jumlah Min


Demografi Dk F Sig.
Variasi Kuasa Dua Kuasa Dua
Antara
3 0.64 0.21 1.18 0.32
kumpulan
Bidang Dalam
96 17.35 0.18
kumpulan
Jumlah 99 17.99
Signifikan pada aras p<0.05
79

Jadual 4.29 menunjukkan perbandingan antara min tahap pengupayaan terhadap


GKMP mengikut bidang. Berdasarkan jadual ANOVA Sehala, nilai signifikan yang
diperolehi bagi setiap pemboleh ubah ialah 0.32 iaitu lebih tinggi daripada aras
signifikan yang ditetapkan 0.05. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan
min tahap pengupayaan keseluruhan terhadap GKMP mengikut bidang. Oleh yang
demikian, Ho 1 diterima.

Walau bagaimanapun, untuk menganalisis kesan setiap dimensi pengupayaan


(membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan
impak) ke atas bidang, analisis ANOVA sehala dilakukan. Keputusannya adalah seperti
di dalam jadual 4.30 di bawah:

Jadual 4.30 : Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara Dimensi


Pengupayaan Mengikut Bidang GKMP
Jum. Min
Dimensi Sumber Dk kuasa kuasa F sig. F
dua dua
Membuat Antara kumpulan 3 1.04 0.35 1.63 0.19
1.
keputusan Dalam kumpulan 96 20.39 0.21

Perkembangan Antara kumpulan 3 0.62 0.21 1.00 0.40


2.
profesional Dalam kumpulan 96 19.78 0.21
Antara kumpulan 3 0.26 0.09 0.37 0.77
3. Status
Dalam kumpulan 96 22.40 0.23
Antara kumpulan 3 0.32 0.11 0.51 0.67
4. Efikasi diri
Dalam kumpulan 96 19.84 0.21
Antara kumpulan 3 3.24 1.08 2.79 0.04*
5. Autonomi
Dalam kumpulan 96 37.22 0.39
Antara kumpulan 3 0.32 0.11 0.43 0.74
6. Impak
Dalam kumpulan 96 23.91 0.25
Signifikan pada aras p<0.05
80

Jadual 4.30 menunjukkan analisis ANOVA Sehala perbandingan antara dimensi


pengupayaan GKMP mengikut bidang. Nilai signifikan yang diperolehi bagi dimensi
autonomi ialah 0.04 iaitu lebih rendah daripada aras signifikan 0.05 yang menunjukkan
terdapat terdapat perbezaan yang signifikan. Bagi mengetahui pasangan min yang
benar-benar berbeza bagi dimensi autonomi mengikut bidang, ujian LSD (Least
Significant Difference) digunakan. Sila rujuk Jadual 4.31.

Jadual 4.31: Analisis Ujian LSD Perbandingan Antara Dimensi Autonomi


Mengikut Bidang GKMP

Sains dan Teknik dan


Kumpulan Min Bahasa Sains Sosial
Matematik Vokasional
Bahasa 3.41 -
Sains dan
3.88 0.01* -
Matematik
Teknik dan
3.77 0.04* Ts -
Vokasional
Sains Sosial 3.80 0.03* Ts Ts -
* signifikan pada aras 0.05; ts – tidak signifikan

Jadual 4.31 menunjukkan keputusan analisis ujian LSD perbandingan antara


dimensi autonomi mengikut bidang GKMP. Daripada analisis ujian LSD di atas dapat
dilihat bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi autonomi kumpulan
responden dari bidang Bahasa dengan bidang Sains dan Matematik, Teknik dan
Vokasional dan Sains Sosial.
81

4.3.2.2 Pengujian Hipotesis 2

Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan


terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran mengikut umur.

Jadual 4.32 : Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara Min Tahap


Pengupayaan Terhadap GKMP Mengikut Umur

Sumber Jumlah Min


Demografi Dk F Sig.
Variasi Kuasa Dua Kuasa Dua
Antara
3 0.44 0.15 0.80 0.50
kumpulan
Umur Dalam
96 17.55 0.18
kumpulan
Jumlah 99 17.99
Signifikan pada aras p<0.05

Jadual 4.32 menunjukkan perbandingan antara min tahap pengupayaan terhadap


GKMP mengikut umur. Berdasarkan jadual ANOVA Sehala, nilai signifikan yang
diperolehi ialah 0.50 iaitu lebih tinggi daripada aras signifikan yang ditetapkan 0.05. Ini
bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan
terhadap GKMP mengikut umur. Oleh yang demikian, Ho 2 diterima.

Walau bagaimanapun untuk menganalisis kesan setiap dimensi pengupayaan


(membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan
impak) ke atas umur, analisis ANOVA sehala dilakukan. Sila rujuk Jadual 4.33.
82

Jadual 4.33 : Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara Dimensi


Pengupayaan Mengikut Umur GKMP

Min
Jum.
Dimensi Sumber Variasi Dk kuasa F Sig.
kuasa dua
dua
Membuat Antara kumpulan 3 0.28 0.94 0.43 0.74
1.
keputusan Dalam kumpulan 96 21.15 0.22

Perkembangan Antara kumpulan 3 0.21 0.07 0.33 0.80


2.
Profesional Dalam kumpulan 96 20.19 0.21
Antara kumpulan 3 0.56 0.19 0.81 0.49
3. Status
Dalam kumpulan 96 22.10 0.23
Antara kumpulan 3 0.37 0.12 0.60 0.62
4. Efikasi diri
Dalam kumpulan 96 19.79 0.21
Antara kumpulan 3 1.91 0.64 1.59 0.20
5. Autonomi
Dalam kumpulan 96 38.55 0.40
Antara kumpulan 3 1.03 0.34 1.43 0.24
6. Impak
Dalam kumpulan 96 23.20 0.24
*Signifikan pada aras f<0.05

Jadual 4.33 menunjukkan analisis ANOVA Sehala perbandingan antara dimensi


pengupayaan mengikut umur GKMP. Berdasarkan jadual ANOVA Sehala, nilai
signifikan yang diperolehi bagi setiap dimensi pengupayaan ialah daripada 0.20 hingga
0.80 iaitu lebih tinggi daripada aras signifikan yang ditetapkan 0.05. Ini bermakna
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi pengupayaan GKMP iaitu
dimensi membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri dan impak
mengikut umur.
83

4.3.2.3 Pengujian Hipotesis 3

Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan


terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran mengikut jantina.

Jadual 4.34: Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Min Tahap


Pengupayaan Terhadap GKMP Mengikut Jantina

Demografi Min SP Ujian-t P

Lelaki (n=41) 3.88 0.51 -0.76 0.45


Jantina
(n=100) Perempuan
3.95 0.36
(n=59)
Signifikan pada aras p<0.05

Jadual 4.34 menunjukkan keputusan analisis ujian-t perbandingan antara min


tahap pengupayaan terhadap GKMP mengikut jantina. Analisis Ujian-t menunjukkan
nilai signifikan yang diperolehi ialah 0.45 iaitu lebih tinggi daripada aras signifikan
yang ditetapkan 0.05. Ini bermakna bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara tahap pengupayaan terhadap GKMP mengikut jantina. Oleh yang demikian,
Ho 3 diterima.

Walau bagaimanapun untuk menganalisis kesan setiap dimensi pengupayaan


(membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan
impak) ke atas jantina, Ujian - t dilakukan. Sila rujuk Jadual 4.35.
84

Jadual 4.35 : Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Dimensi Pengupayaan


Mengikut Jantina GKMP

Dimensi Jantina N Min Ujian-t P

Lelaki 41 3.80 -0.98 0.33


1. Membuat keputusan
Perempuan 59 3.89

Perkembangan Lelaki 41 4.05 -1.13 0.26


2.
profesional Perempuan 59 4.15
Lelaki 41 3.97 -0.67 0.51
3. Status
Perempuan 59 4.04
Lelaki 41 4.00 -0.26 0.80
4. Efikasi diri
Perempuan 59 4.02
Lelaki 41 3.68 -0.53 0.60
5. Autonomi
Perempuan 59 3.74
Lelaki 41 3.78 -0.21 0.83
6. Impak
Perempuan 59 3.80
Signifikan pada aras p<0.05

Jadual 4.35 di atas menunjukkan perbandingan antara dimensi pengupayaan


mengikut jantina GKMP. Analisis Ujian-t menunjukkan nilai signifikan yang
diperolehi bagi semua dimensi pengupayaan ialah daripada 0.26 hingga 0.83 iaitu lebih
tinggi daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Ini bermakna bermakna
tidak terdapat terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi pengupayaan GKMP
iaitu dimensi membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri
autonomi dan impak mengikut jantina.
85

4.2.3.4 Pengujian Hipotesis 4

Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan


terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran mengikut kelulusan tertinggi.

Jadual 4.36 : Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Min Tahap


Pengupayaan Terhadap GKMP Mengikut Kelulusan
Tertinggi

Demografi Min SP Ujian-t P

Kelulusan Sarjana Muda


3.89 0.40 -1.89 0.06
Tertinggi (n=87)
(n=100) Sarjana (n=13) 4.12 0.55
Signifikan pada aras p<0.05

Jadual 4.36 menunjukkan perbandingan antara tahap pengupayaan terhadap


GKMP mengikut kelulusan tertinggi. Analisis Ujian-t menunjukkan nilai signifikan
yang diperolehi bagi pemboleh ubah jantina dan kelulusan tertinggi ialah 0.06 iaitu
lebih tinggi daripada aras signifikan yang ditetapkan 0.05. Ini bermakna bermakna
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengupayaan terhadap GKMP
mengikut kelulusan tertinggi. Oleh yang demikian, Ho 4 diterima.

Walau bagaimanapun untuk menganalisis kesan setiap dimensi pengupayaan


(membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan
impak) ke atas kelulusan tertinggi, analisis Ujian - t digunakan. Sila rujuk Jadual 4.37.
86

Jadual 4.37 : Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Dimensi Pengupayaan


Mengikut Kelulusan Tertinggi GKMP

Dimensi Kelulusan
N Min Ujian-t P
tertinggi
Sarjana
87 3.83 -1.34 0.18
1. Membuat keputusan Muda
Sarjana 13 4.01
Sarjana
Perkembangan 87 4.01 -0.59 0.56
2. Muda
profesional Sarjana 13 4.18
Sarjana
87 3.96 -2.69 0.008*
3. Status Muda
Sarjana 13 4.33
Sarjana
87 3.99 -1.01 0.31
4. Efikasi diri Muda
Sarjana 13 4.13
Sarjana
87 3.69 -1.25 0.22
5. Autonomi Muda
Sarjana 13 3.92
Sarjana
87 3.73 -3.15 0.002*
6. Impak Muda
Sarjana 13 4.18
Signifikan pada aras p<0.05

Jadual 4.37 di atas menunjukkan perbandingan antara dimensi pengupayaan


mengikut jantina GKMP. Analisis ujian-t menunjukkan nilai signifikan yang diperolehi
bagi dimensi status ialah 0.008 dan impak ialah 0.002 iaitu kedua-duanya lebih rendah
daripada aras signifikan 0.05. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi
dimensi pengupayaan GKMP iaitu dimensi status dan impak mengikut kelulusan
tertinggi.
87

4.3.2.5 Pengujian Hipotesis 5

Ho 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengupayaan


terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran mengikut tempoh memegang
jawatan.

Jadual 4.38 : Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara Min Tahap


Pengupayaan Terhadap GKMP Mengikut Tempoh
Memegang Jawatan

Sumber Jumlah Min


Demografi Dk F Sig.
Variasi Kuasa Dua Kuasa Dua
Antara
3 0.43 0.14 0.78 0.51
kumpulan
Tempoh
memegang Dalam
96 17.57 0.18
jawatan kumpulan
Jumlah 99 17.99
*Signifikan pada aras f<0.05

Jadual 4.38 menunjukkan perbandingan antara min tahap pengupayaan terhadap


GKMP mengikut tempoh memegang jawatan. Berdasarkan jadual ANOVA Sehala,
nilai signifikan yang diperolehi bagi setiap pemboleh ubah ialah 0.51 iaitu lebih tinggi
daripada aras signifikan yang ditetapkan 0.05. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara tahap pengupayaan mengikut tempoh memegang jawatan GKMP.
Oleh yang demikian, Ho 5 diterima.

Walau bagaimanapun untuk menganalisis kesan setiap dimensi pengupayaan


(membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan
impak) ke atas tempoh memegang jawatan, analisis ANOVA Sehala digunakan. Sila
rujuk Jadual 4.39.
88

Jadual 4.39 : Analisis ANOVA Sehala Perbandingan Antara Dimensi


Pengupayaan Mengikut Tempoh Memegang Jawatan
GKMP

Jum. Min
Dimensi Sumber Dk kuasa kuasa F sig.
dua dua

Membuat Antara kumpulan 3 0.75 0.25 1.16 0.33


1.
keputusan Dalam kumpulan 96 20.68 0.21

Perkembangan Antara kumpulan 3 0.38 0.13 0.61 0.61


2.
profesional Dalam kumpulan 96 20.02 0.21
Antara kumpulan 3 0.42 0.14 0.60 0.62
3. Status
Dalam kumpulan 96 22.24 0.23
Antara kumpulan 3 0.18 0.06 0.29 0.83
4. Efikasi diri
Dalam kumpulan 96 19.98 0.21
Antara kumpulan 3 2.23 0.74 1.87 0.14
5. Autonomi
Dalam kumpulan 96 38.22 0.40
Antara kumpulan 3 0.93 0.31 1.27 0.29
6. Impak
Dalam kumpulan 96 23.30 0.24
*Signifikan pada aras f<0.05

Jadual 4.39 menunjukkan perbandingan antara dimensi pengupayaan mengikut


tempoh memegang jawatan GKMP. Berdasarkan jadual ANOVA sehala, nilai
signifikan yang diperolehi bagi setiap dimensi pengupayaan ialah daripada 0.14 hingga
0.83 iaitu lebih tinggi daripada aras signifikan yang ditetapkan 0.05. Ini bermakna
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara semua dimensi pengupayaan GKMP
iaitu dimensi membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri dan
impak mengikut tempoh memegang jawatan.
89

4.4 Rumusan

Rumusan yang dapat dibuat daripada analisis min bagi dimensi pengupayaan
keseluruhan iaitu dimensi membuat keputusan, perkembangan profesional, status,
efikasi diri, autonomi dan impak menunjukkan bahawa tahap pengupayaan GKMP
dalam dimensi-dimensi tersebut berada pada tahap yang tinggi. Min bagi tahap
pengupayaan GKMP secara keseluruhan juga menunjukkan tahap pengupayaan
terhadap GKMP di sekolah-sekolah menengah daerah Muar berada di tahap yang tinggi.

Kajian ini juga telah mendapat keputusan terhadap pengujian kelima-lima


hipotesis kajian yang dibentuk. Keputusan menunjukkan bahawa kelima-lima faktor
demografi iaitu bidang mata pelajaran, umur, jantina, kelulusan tertinggi dan tempoh
memegang jawatan tidak memberikan perbezaan yang signifikan terhadap pelaksanaan
pengupayaan pengetua terhadap GKMP di sekolah. Keputusan pengujian ini
ditunjukkan seperti di dalam jadual 4.40 di bawah.
90

Jadual 4.40 : Keputusan Pengujian Hipotesis Kajian

Hipotesis Penyataan Hipotesis Keputusan

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara


Ho 1 tahap pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Ho 1 diterima
Pelajaran mengikut bidang.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara


Ho 2 tahap pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Ho 2 diterima
Pelajaran mengikut umur.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara


Ho 3 tahap pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Ho 3 diterima
Pelajaran mengikut jantina.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara


Ho 4 tahap pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Ho 4 diterima
Pelajaran mengikut kelulusan tertinggi.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara


Ho 5 tahap pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Ho 5 diterima
Pelajaran mengikut tempoh memegang jawatan.
91

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan memberi tumpuan kepada perbincangan dan rumusan terhadap
dapatan kajian yang diperolehi daripada analisis data di dalam bab 4. Cadangan untuk
kajian akan datang juga dikemukakan dalam bab ini dengan harapan dapat menjadi
rujukan pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan.

5.2 Rumusan dan Perbincangan

Bahagian ini akan memberi rumusan dan membincangkan dapatan kajian


berdasarkan faktor-faktor demografi, tahap pengupayaan terhadap GKMP di sekolah-
sekolah menengah di daerah Muar dan pengujian hipotesis-hipotesis bersesuaian
dengan objektif kajian yang telah ditetapkan.
92

5.2.1 Rumusan dan Perbincangan Berdasarkan Taburan Demografi

Berdasarkan analisis taburan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) di sekolah-


sekolah menengah daerah Muar, didapati 95% GKMP berumur 41 tahun ke atas dan
69% daripadanya berumur 46 tahun dan ke atas, 59% daripada GKMP merupakan
guru-guru perempuan manakala 41% adalah lelaki, 52% GKMP memegang jawatan
GKMP kurang daripada 5 tahun dan 13% daripada GKMP mempunyai kelulusan
tertinggi Sarjana manakala selebihnya berkelulusan Sarjana Muda.

Maka dapatlah dirumuskan bahawa majoriti daripada GKMP di sekolah-sekolah


menengah daerah Muar merupakan guru-guru yang telah mencapai usia melebihi 40
tahun, bilangan perempuan yang lebih ramai daripada lelaki, separuh daripadanya guru
yang baru memegang jawatan GKMP dan tiga perempat berkelulusan sarjana muda.

Berdasarkan faktor umur, GKMP terdiri daripada ramai guru yang telah lama
mengajar dan berada pada peringkat kanan dalam bidang pengajaran. Ini bersesuaian
dengan pernyataan Julita (2003) iaitu perlantikan GKMP adalah berdasarkan
kekananan, pengalaman mengajar, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh
seseorang guru di dalam bidang masing-masing.

Berdasarkan faktor jantina, kumpulan pengurusan di sekolah didominasikan


oleh golongan pendidik perempuan. Perkara ini tidak memeranjatkan kerana dalam
sektor awam, sehingga 2006 pekerja wanita sudah menguasai kategori Kumpulan
Pengurusan dan Profesional sebanyak 52% berbanding lelaki yang semakin mengecil
kepada 48%. Begitu juga jumlah guru wanita di sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara jauh lebih tinggi iaitu masing-masing 67% dan 65% berbanding lelaki
(Azrul, 2007). Kerajaan sedar untuk menjadi negara maju, negara perlu menggunakan
sumber tenaga manusia termasuk guna tenaga guru wanita di dalam pengurusan di
sektor pendidikan.
93

Berdasarkan faktor tempoh memegang jawatan GKMP, separuh daripada


GKMP masih belum mempunyai banyak pengalaman untuk menjalankan tugas-tugas
GKMP. Dapatan kajian oleh Norhunaini (2001) telah memperlihatkan bahawa GKMP
memang memerlukan kursus pentadbiran, kursus pengurusan kurikulum dan pengajaran
serta kursus penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bagi mempertingkatkan ilmu
pengetahuan, pengalaman serta kemahiran dalam aspek pengurusan kurikulum. Untuk
itu guru-guru khususnya yang baru berkhidmat sebagai GKMP patut diberikan lebih
kursus dan latihan sama ada yang dianjurkan oleh pihak PPD, JPN atau oleh pengetua
sendiri di sekolah melalui amalan pengupayaan supaya mereka cepat memahami
bagaimana peranan dan tugas GKMP boleh dilaksanakan dengan berkesan.

Berdasarkan faktor kelulusan tertinggi, menunjukkan masih tidak ramai GKMP


yang memiliki kelulusan tertinggi Sarjana. Hasil kajian oleh Lokman (1998) di Muar
mendapati, guru-guru yang berpengalaman lebih berkemungkinan menolak GKMP
sebagi pemimpin mereka. Dalam hal ini, penyelidik berpendapat, GKMP perlu
meningkatkan tahap kepakaran, kecekapan, kemahiran dan pengetahuan terutama dalam
aspek pengurusan dan kepemimpinan sebagai usaha untuk menjadi pemimpin yang
dihormati dan diberi pengiktirafan secara profesional. Untuk itu, adalah sangat wajar
bagi pihak sekolah memberi galakan dan sokongan kepada GKMP untuk menambahkan
pengetahuan secara formal dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

5.2.2 Rumusan dan Perbincangan Berdasarkan Tahap Pengupayaan (Objektif 1)

Analisis min telah digunakan bagi menentukan tahap pengupayaan terhadap


GKMP. Berdasarkan analisis kajian, min yang diperolehi untuk setiap dimensi
pengupayaan terhadap GKMP dan min keseluruhan dimensi pengupayaan terhadap
GKMP berada pada tahap yang tinggi. Min bagi dimensi membuat keputusan ialah 3.85;
perkembangan profesional, 4.11; status, 4.01; efikasi diri, 4.01; autonomi; 3.72 dan
impak, 3.79. Manakala min keseluruhan dimensi pengupayaan GKMP ialah 3.92.
94

Sebagai rumusan, tahap pengupayaan GKMP dalam dimensi membuat


keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan impak berada
pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, tahap pengupayaan terhadap GKMP di
sekolah-sekolah menengah daerah Muar berada pada tahap yang tinggi.

Tiga dimensi pengupayaan yang menerima respon tertinggi ialah dimensi


perkembangan profesional dengan min 4.11 diikuti, status (4.01) dan efikasi diri (4.01).
Keputusan kajian ini menyokong dapatan kajian Klecker dan Loadman (1998) yang
bertujuan mengukur tahap pengupayaan guru di 169 sekolah rendah di Ohio. Keputusan
kajian Klecker dan Loadman (1998), mendapati tiga dimensi mendapat persepsi yang
tinggi ialah perkembangan profesional (4.29), diikuti status (4.17) dan efikasi diri (4.21).
Berdasarkan kepada skor tertinggi item-item di dalam dimensi ini, didapati GKMP
memberi persetujuan bahawa mereka berpeluang untuk bekerjasama, dihormati dan
dilayan sebagai seorang profesional di dalam sebuah persekitaran yang profesional iaitu
yang mengutamakan pelajar dan menyediakan peluang untuk mereka meneruskan
pembelajaran. GKMP juga memberi persetujuan bahawa mereka mempunyai
pengetahuan yang tinggi di dalam bidang yang diajar dan boleh melakukan tugas
mereka dengan baik serta berpeluang untuk meningkat maju melalui tugas pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Dalam hal pembelajaran pelajar, GKMP bersetuju
mereka diberi kuasa untuk memantau pembelajaran pelajar kerana mereka percaya
jawatan mereka penting untuk membantu pelajar-pelajar berdikari dalam pembelajaran.

Min bagi tiga dimensi pengupayaan seterusnya ialah dimensi membuat


keputusan (3.85), impak (3.79) dan akhir sekali ialah autonomi (3.72). Keputusan
kajian ini menyokong dapatan kajian Klecker dan Loadman (1998) yang mendapati tiga
dimensi berikutnya ialah impak (3.69), membuat keputusan (3.50) dan akhir sekali
dimensi autonomi (3.38). GKMP memberikan persepsi bahawa peluang-peluang seperti
menentukan jadual, membuat keputusan ke atas perkara-perkara yang berkait dengan
program-program kurikulum, guru-guru dan perbelanjaan serta peluang untuk
mempengaruhi orang lain yang diberikan kepada mereka adalah rendah berbanding
peluang untuk bekerjasama, dihormati sebagai seorang profesional yang mengutamakan
95

pelajar, meneruskan pembelajaran dan memantau pembelajaran pelajar. Ini selari


dengan dapatan kajian oleh Mohd Anuar et al. (2004), yang menunjukkan penglibatan
pengurus pertengahan dalam aspek membuat keputusan berada di tahap yang sederhana.
Pengurus pertengahan hanya banyak dilibatkan dengan amalan pengupayaan dalam hal-
hal yang berkaitan dengan pelajar sahaja.

Untuk meningkatkan tahap pengupayaan dalam tiga dimensi iaitu membuat


keputusan, impak dan autonomi, Klecker dan Loadman (1998) menyarankan agar
sekolah perlulah meningkatkan pelaksanaan kerja berpasukan, menambahkan peluang
kepada guru untuk membimbing rakan sejawat, meningkatkan kolaborasi dan
penyertaan guru dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan bidang tugas mereka.

Keputusan analisis min keseluruhan dimensi pengupayaan iaitu 3.92, telah


memperlihatkan bahawa tahap pengupayaan terhadap GKMP di sekolah-sekolah
menengah daerah Muar berada di tahap yang tinggi. Dalam erti kata lain, pengetua
sebagai pemimpin yang mendapat kuasa secara sah, didapati bijak berkongsi kuasa
dengan guru-guru di bawahnya. Menurut Mohd Salleh (2000), tugas serta peranan
pengetua sekolah bertambah rumit dan mencabar sehingga mereka terlalu sibuk dan
tidak sanggup memikulnya dalam masa yang amat terhad. Seseorang pengetua
sebenarnya tidak dapat lari daripada melakukan pengupayaan bagi membantu beliau
menguruskan sekolah. Menurut Wan Mohd Zahid (1993), pengetua yang cekap tidak
melaksanakan tanggungjawab mengurus sekolah seorang diri, tetapi bersama-sama
dengan semua kakitangannya.

Tahap pengupayaan terhadap GKMP yang tinggi boleh dijelaskan berdasarkan


kedudukan GKMP di sekolah. Mereka merupakan kumpulan pemimpin dan pengurus
pertengahan di sekolah yang membantu pengetua dalam aspek pengurusan kurikulum
dan memimpin panitia-panitia di bawah bidang. Kajian Fatimah Hani (2002) juga telah
mendapati guru-guru kumpulan pengurusan yang terdiri daripada GPK dan GKMP
menerima pengupayaan yang lebih tinggi berbanding guru-guru penolong. Dapatan
kajian ini juga menyokong dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Najib (2002) yang
96

menunjukkan pengetua telah melaksanakan penurunan kuasa kepada GKMP sekolah-


sekolah menengah Gred A di daerah Kuala Selangor pada tahap yang tinggi.

Berdasarkan kajian Rinehart dan Short (1993), guru-guru yang terlibat dengan
kepemimpinan di sekolah memberi persepsi bahawa mereka diberi lebih pengupayaan
berbanding guru-guru biasa. Pendekatan kerja yang lebih terbuka yang diamalkan,
mempengaruhi persepsi guru-guru yang terlibat dengan kepemimpinan terhadap
pengupayaan, yang dilihat sebagai positif. Mereka menyedari tentang peluang untuk
meningkatkan pengetahuan dan mempunyai pengaruh di sekolah kerana jawatan yang
hampir dengan pentadbir, memudahkan mereka menerima maklumat dan maklum balas
seterusnya meningkatkan tahap penerimaan pengupayaan daripada pengetua.

Dapatan kajian ini yang menunjukkan min keseluruhan dimensi pengupayaan


berada pada tahap yang tinggi (3.92), selari dengan dapatan kajian Abd Ghani et al.
(2005) di mana min keseluruhan bagi enam dimensi pengupayaan iaitu dimensi
membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan
impak yang diukur dengan skala Likert (1 hingga 4), berada pada tahap tinggi (min =
3.09).

Bagaimanapun dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan kajian Fatimah Hani
(2002) yang mendapati min keseluruhan bagi enam dimensi pengupayaan iaitu dimensi
membuat keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan
impak yang diukur dengan skala Likert (1 hingga 4), berada pada tahap sederhana (min
= 2.77). Tahap pengupayaan dalam kajian ini juga tidak selari dengan dapatan kajian
oleh Mohd Anuar et al. (2004), Harsat (2000), Mansor (2001) dan Norlilah (2003) di
mana kesemua kajian tersebut mendapati tahap pengupayaan adalah di tahap sederhana.
Perbezaan dapatan kajian wujud kerana perbezaan aspek-aspek dan item-item
pengupayaan serta responden yang dikaji.
97

Keputusan analisis min enam dimensi pengupayaan iaitu dimensi membuat


keputusan, perkembangan profesional, status, efikasi diri, autonomi dan impak
mengikut bidang, umur, jantina, kelulusan tertinggi dan tempoh memegang jawatan
menunjukkan tahap pengupayaan yang tinggi kecuali min dimensi autonomi bidang
bahasa, kategori umur 36 hingga 45 tahun dan tempoh memegang jawatan GKMP
kurang 5 tahun serta min dimensi impak bagi umur 36 hingga 40 tahun, berada pada
tahap sederhana.

GKMP bidang Bahasa, GKMP yang berumur 36 hingga 45 tahun, dan GKMP
yang memegang jawatan kurang 5 tahun memberi tahap yang sederhana dalam hal-hal
seperti kawalan jadual, pilihan mengajar serta membuat keputusan berkenaan hal-hal
pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum di bawah bidang. Syarat minimum
pemberian sijil dalam Sistem Pensijilan Terbuka SPM ialah lulus dalam Bahasa Melayu,
boleh menjelaskan keputusan terhadap tahap pengupayaan yang sederhana bagi
autonomi GKMP Bahasa. Ini memberi gambaran bahawa pengetua masih lagi terlibat
dalam aspek-aspek penting di dalam bidang Bahasa seperti penetapan jadual, pemilihan
guru, menentukan program-program kecemerlangan, pelaksanaan pentaksiran
berasaskan sekolah dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran bagi
memastikan pelajar-pelajarnya menguasai seterusnya lulus Bahasa Melayu di dalam
peperiksaan SPM.

Bagi GKMP yang berumur 36 hingga 45 tahun, dan tempoh memegang jawatan
kurang 5 tahun, penyelidik berpendapat selain umur yang lebih rendah, mereka baru
memegang jawatan Guru Kanan dan kurang pengalaman berbanding GKMP lain.
Persepsi mereka terhadap kebolehan untuk menentukan jadual, serta membuat
keputusan berkenaan hal-hal pengajaran dan pembelajaran dan kurikulum terutama
yang melibatkan guru-guru yang lebih berumur dan berpengalaman di bawah bidangnya
adalah sederhana. Tahap pengupayaan yang sederhana dalam dimensi autonomi juga
memberi kesan kepada impak atau pengaruh GKMP yang berumur 36 hingga 40 tahun
terutama terhadap guru-guru yang lebih tinggi umurnya dan berpengalaman sebagai
guru. Berdasarkan taburan umur GKMP, kategori umur ini adalah yang paling muda
98

dan bilangannya ialah seramai 5 orang atau 5%. Ini selari dengan dapatan yang
dilaporkan dalam kajian Lokman (1998) di Muar iaitu guru-guru yang berpengalaman
lebih berkemungkinan menolak GKMP sebagai pemimpin mereka.

Pengetua perlu memberi kepercayaan kepada semua GKMP dalam aspek


autonomi dalam membantu beliau menguruskan hal-hal kurikulum sekolah. Blanchard
et al. (1996) telah menyarankan bahawa kunci kepada pelaksanaan pengupayaan ialah
dengan membina autonomi selain perkongsian maklumat antara anggota organisasi dan
melaksanakan pengurusan terarah kendiri. Menurut Blanchard et al. (1996) lagi,
pengupayaan memerlukan kepercayaan pihak pengurusan atasan kepada pekerja-pekerja
di dalam organisasi. Luthans (2005) juga menyatakan bahawa kepercayaan merupakan
prinsip dalam melaksanakan pengupayaan.

5.2.3 Rumusan dan Perbincangan Berdasarkan Pengujian Hipotesis-Hipotesis


(Objektif 2)

Analisis Varian sehala (ANOVA) dan ujian-t telah digunakan bagi mengenal
pasti perbezaan tahap pengupayaan terhadap GKMP berdasarkan faktor-faktor
demografi iaitu bidang mata pelajaran, umur, jantina, kelulusan tertinggi dan tempoh
memegang jawatan. Berdasarkan analisis kajian, faktor-faktor demografi responden
tidak mempunyai pengaruh yang istimewa atau signifikan terhadap tahap pengupayaan.
Ini menunjukkan pengetua telah melaksanakan pengupayaan dengan memanipulasikan
perbezaan demografi yang ada di antara GKMP untuk digembelingkan tenaga dan
usaha mereka secara bersama-sama. Ini bersesuaian dengan pendapat Daft (1999)
bahawa organisasi kini memanipulasikan perbezaan dan kepelbagaian seperti bakat,
pengetahuan, pengalaman dan pemikiran yang ada di dalam sesebuah organisasi untuk
menangani perubahan persekitaran yang semakin kompleks. Dasar amalan pengupayaan
secara menyeluruh ke atas faktor-faktor demografi ini juga selari dengan amalan kerja
berpasukan yang melibatkan kolaborasi anggota organisasi (Cynthia dan Dennis, 2004).
99

Sebagai rumusan, dapatan kajian ini tidak menunjukkan perbezaan yang


signifikan di antara tahap pengupayaan terhadap GKMP berdasarkan faktor demografi
di sekolah-sekolah menengah daerah Muar.

Keputusan ANOVA sehala bagi menguji Ho 1 menunjukkan bahawa tidak


terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengupayaan terhadap GKMP
berdasarkan faktor bidang mata pelajaran.

Ini bermakna secara keseluruhannya, pengetua tidak membezakan pengupayaan


terhadap keempat-empat bidang mata pelajaran iaitu Bahasa, Sains dan Matematik,
Teknik dan Vokasional serta Sains Sosial dalam menjalankan tugas-tugas di sekolah.
Namun demikian, daripada enam dimensi pengupayaan yang diukur, analisis ujian LSD
telah memperlihatkan terdapatnya perbezaan yang signifikan bagi dimensi autonomi
bidang Bahasa. Ini bermakna kuasa yang ada pada GKMP Bahasa untuk mengawal
aspek-aspek penting dalam pengurusan bidang masih lagi dibatasi oleh kuasa pengetua
berbanding bidang lain. Dalam hal ini, pengetua masih lagi menggunakan kuasanya
dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan jadual, pilihan mengajar dan keputusan
yang perlu dibuat berhubung dengan hal-hal pengajaran dan pembelajaran serta
akademik di bawah bidang Bahasa. Pengetua merasa bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap pencapaian Bahasa Melayu di dalam peperiksaan SPM. Ini kerana peratus
lulus SPM sekolah adalah bergantung kepada kelulusan mata pelajaran tersebut oleh
calon-calon SPM sekolahnya. Justeru itu, pengetua memang sentiasa menekankan
penguasaan, kemahiran dan pencapaian tertinggi mata pelajaran Bahasa Melayu dengan
mengambil berat perjalanan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
perancangan dan pelaksanaan program-program kecemerlangan di dalam bidang Bahasa.
100

Keputusan ANOVA sehala bagi menguji Ho 2 menunjukkan bahawa tidak


terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengupayaan terhadap GKMP
berdasarkan faktor umur.

Ini bermakna dapatan kajian menunjukkan pengetua secara keseluruhannya


tidak membezakan umur dalam amalan pengupayaan kerana GKMP terdiri daripada
mereka yang telah lama berkhidmat sebagai guru di mana 95% GKMP berumur 41
tahun ke atas. Dapatan ini menyokong hasil kajian Muhammad Azmi (1999) dan
Mohd Aris (2006) di mana kajian mereka mendapati, faktor umur guru tidak
memberikan perbezaan dalam mempersepsikan amalan pengupayaan. Dapatan kajian
ini juga selari dengan dapatan kajian Najib (2002) yang menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan berdasarkan pelaksanaan penurunan kuasa di sekolah
terhadap GKMP berdasarkan faktor umur. Ini memperlihatkan pengetua memanfaatkan
kematangan umur setiap GKMP untuk melaksanakan tanggungjawab mengurus dan
mengendalikan panitia-panitia di bawah bidangnya. Pelaksanaan pengupayaan terhadap
GKMP berdasarkan faktor umur di Muar ini bersesuaian dengan saranan Yukl
(2002) bahawa pengupayaan oleh pengurus organisasi boleh memberi ruang kepada
kakitangan menggunakan kematangan dan pengalaman untuk mengurus sendiri bidang
yang dipertanggungjawabkan.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan Fatimah Hani
(2002) yang telah membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan di antara
pengupayaan guru mengikut umur. Kajian beliau mendapati guru-guru berumur 44
hingga 51 tahun menerima tahap pengupayaan yang lebih tinggi berbanding kumpulan
umur yang lebih rendah. Ini kerana responden kajian beliau merangkumi semua
peringkat umur daripada guru muda hinggalah guru yang sudah lama berkhidmat di
dalam profesion perguruan yang memberi kesan perbezaan dari segi pengalaman dan
kematangan.
101

Keputusan Ujian – t sehala bagi menguji Ho 3 menunjukkan bahawa tidak


terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengupayaan terhadap GKMP
berdasarkan faktor jantina.

Ini memberi makna bahawa GKMP di sekolah-sekolah menengah daerah Muar


sama ada lelaki atau perempuan menerima pengupayaan pada tahap yang sama dalam
menjalankan tugas di sekolah. Ini juga menunjukkan pengetua mempercayai bahawa
kebolehan, keupayaan dan kecekapan antara GKMP lelaki dan perempuan adalah sama
untuk membantu beliau memajukan sekolah.

Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian Najib (2002) yang mendapati tidak
ada perbezaan yang signifikan pelaksanaan pengupayaan terhadap jantina GKMP di
sekolah. Dapatan kajian ini juga menyokong dapatan Mohd. Aris (2006), Mansor
(2001) dan kajian di luar negeri oleh Klecker dan Loadman (1998) serta Scribner et al.
(2001) di mana dapatan kajian mereka menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara pengupayaan dengan jantina guru.

Namun demikian, dapatan ini tidak menyokong dapatan Fatimah Hani (2002)
dan Klecker dan Loadman (1998) di mana kajian mereka mendapati wujud perbezaan
yang signifikan antara pengupayaan mengikut jantina. Dapatan kajian Fatimah Hani
(2002) menunjukkan pengupayaan terhadap guru lelaki adalah lebih berbanding guru
perempuan manakala dapatan kajian Klecker dan Loadman (1998) pula mendapati guru
perempuan memberi persepsi yang lebih tinggi terhadap pengupayaan berbanding lelaki.
Ini sesuai dengan pendapat Gamble dan Wilkins (1997) dalam Klecker dan Loadman
(1998), bahawa bidang pengajaran memang sudah lama menjadi “bidang perempuan”.
102

Keputusan Ujian – t bagi menguji Ho 4 menunjukkan bahawa tidak terdapat


perbezaan yang signifikan antara tahap pengupayaan terhadap GKMP berdasarkan
faktor kelulusan tertinggi.

Ini menunjukkan bahawa GKMP yang berkelulusan tertinggi Sarjana dan


Sarjana Muda mempunyai kebolehan, pengetahuan dan kecekapan yang sama dalam
melaksanakan tugas-tugas dan tanggung jawab untuk bidang masing-masing bagi
membolehkan pengetua mengamalkan pengupayaan pada tahap yang sama.

Namun begitu keputusan ini tidak selari dengan dapatan Fatimah Hani (2002),
Scribner et al. (2001) serta Klecker dan Loadman (1998). Hasil kajian mereka
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengupayaan dengan kelulusan
guru. Keputusan kajian mereka menunjukkan guru yang berkelulusan lebih tinggi
menerima pengupayaan yang lebih tinggi berbanding guru yang mempunyai kelulusan
yang lebih rendah.

Walaupun tidak terdapat perbezaan antara tahap pengupayaan keseluruhan


terhadap GKMP di sekolah menengah daerah Muar mengikut kelulusan tertinggi,
Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan antara setiap dimensi pengupayaan.
Keputusan analisis mendapati, wujud perbezaan yang signifikan bagi dimensi status
dan impak di antara guru berkelulusan Sarjana dengan berkelulusan Sarjana Muda.
GKMP berkelulusan Sarjana memberi persepsi bahawa mereka menerima
penghormatan profesionalisme daripada rakan sejawat dan kebolehan mempengaruhi
guru-guru lain lebih tinggi berbanding GKMP berkelulusan Sarjana Muda. Ini
menunjukkan rakan-rakan sejawat lebih menghormati dan boleh dipengaruhi oleh guru-
guru yang berkelulusan lebih tinggi kerana kepakaran dan ilmu pengetahuan yang
dimiliki.
103

Keputusan ANOVA sehala bagi menguji Ho 5 menunjukkan bahawa tidak


terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengupayaan terhadap GKMP
berdasarkan faktor tempoh memegang jawatan.

Ini menunjukkan bahawa GKMP sama ada sudah lama atau baru dilantik
sebagai GKMP tidak mempunyai perbezaan dari segi tahap pengupayaan yang diterima
mereka dalam menjalankan tugas di sekolah kerana dari segi umur, ramai GKMP yang
baru dilantik juga sebenarnya telah lama berkhidmat sebagai guru. Berdasarkan taburan
umur dan tempoh memegang jawatan, 52 orang yang baru dilantik iaitu kurang 5 tahun
sebagai GKMP, terdiri daripada 47 orang yang berumur 41 tahun ke atas. Walaupun
baru dilantik, tetapi mereka sebenarnya telah lama terlibat di dalam bidang pengajaran
seperti yang dilaporkan oleh Nasiriah (2001), bahawa 95.8% GKMP di Daerah Tampin
dan Rembau terdiri daripada guru-guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

5.3 Cadangan

Berdasarkan dapatan dan perbincangan kajian di atas, penyelidik ingin memberi


beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, JPN,
PPD, Pengetua, pengurus pertengahan dan guru-guru sekolah khususnya di daerah Muar.

i. Kajian ini mempunyai implikasi kepada pihak pentadbir dan pengurus


sekolah bagi mempersiapkan diri, kemampuan, kesediaan dan kemahiran
untuk melaksanakan pengupayaan kepada semua warga sekolah.
Sehubungan dengan itu, dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran
memastikan pengetua-pengetua khususnya yang baru dilantik diberi
pendedahan yang secukupnya tentang aspek-aspek dan kepentingan
pengupayaan yang boleh diterapkan di dalam pengurusan sekolah
melalui kursus ataupun seminar.
104

ii. Adalah dicadangkan supaya pihak pengetua meningkatkan lagi amalan


pengupayaan dengan melibatkan mereka di dalam membuat keputusan di
dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidang mereka, memberi peluang
untuk GKMP memberi impak dalam bidangnya serta pemberian lebih
autonomi dalam hal-hal pengajaran dan pebelajaran di bawah bidang
mereka.

iii. Dicadangkan supaya pihak pengetua meningkatkan lagi amalan


pengupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan autonomi
bagi bidang Bahasa, kategori umur yang lebih rendah iaitu umur 36
hingga 45 tahun, GKMP yang baru memegang jawatan iaitu kurang 5
tahun serta amalan pengupayaan yang boleh memberi impak terhadap
bidang kepada GKMP yang berumur 36 hingga 40 tahun.

iv. Dicadangkan juga supaya pihak pengetua turut mengamalkan


pengupayaan dalam dimensi atau aspek-aspek pengupayaan yang lain
untuk meningkatkan kebekesanan pengurusan dan mewujudkan
pemuafakatan di kalangan warga sekolah ke arah pencapaian visi dan
misi sekolah yang telah ditetapkan.

v. Faktor kesediaan dan kefahaman GKMP untuk menerima kuasa dan


tanggungjawab daripada pengetua juga penting dalam menjayakan
amalan pengupayaan di sekolah. Untuk itu dicadangkan, pihak-pihak
seperti Pengetua, PPD,dan JPN memberi pendedahan yang mencukupi
melalui kursus-kursus dan seminar kepada GKMP supaya tujuan
pengupayaan itu difahami dan dihayati. Dengan itu amalan pengupayaan
dalam organisasi sekolah dapat memberikan manfaat dan mewujudkan
suasana “menang-menang” .
105

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Setelah kajian dilakukan, didapati beberapa cadangan kajian lanjutan boleh


dilakukan berkaitan amalan pengupayaan di sekolah. Antaranya ialah :

i. Kajian untuk mengenal pasti dan membandingkan tahap pengupayaan


berdasarkan kategori sekolah seperti sekolah rendah, sekolah menengah,
sekolah luar bandar, sekolah dalam bandar, sekolah berasrama penuh,
sekolah harian, sekolah harapan, sekolah berpencapaian akademik tinggi
dan sekolah yang berpencapaian akademik yang rendah.

ii. Kajian untuk mengenal pasti tahap pengupayaan berdasarkan kategori,


jawatan atau tanggungjawab guru seperti GPK, guru yang terlibat dengan
PPSMI, Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru
Tingkatan dan Guru mata pelajaran.

iii. Kajian tahap amalan pengupayaan dalam aspek-aspek lain seperti


kolaborasi, tanggungjawab, penglibatan guru dalam hal-hal di bilik
darjah seperti penentuan kaedah mengajar dan pemilihan penggunaan
alat bantu mengajar, aspek yang berkaitan luar bilik darjah seperti
pengurusan kewangan, pengurusan pejabat dan pengurusan hal ehwal
murid.

iv. Kajian yang melihat hubungan antara tahap pengupayaan dengan


faktor-faktor seperti prestasi pelajar, iklim sekolah, komitmen guru atau
kerja berpasukan.

v. Kajian yang melihat hubungan antara tahap pengupayaan gaya


kepemimpinan yang sering diamalkan oleh pengetua atau jenis kuasa
yang sering diaplikasikan oleh pengetua di sekolah.
106

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof, Norashidah Hashim & Ooi Yeng Kiat (2004). Pengantar Pengurusan.
Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.

Ab. Aziz Yusof (2003). Gelagat Organisasi. Teori, Isu dan Aplikasi. Petaling Jaya:
Pearson Prentice Hall.

Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari Dimensi
Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.

Abdul Ghani Abdullah, Tang Keow Ngang dan Abdullah Sani Yahaya (2005). Kesan
Amalan Pengurusan Pengupayaan dalam Pengajaran Pembelajaran Terhadap
Pertambahan Beban dan Persekitaran Kerja Guru. Jurnal Pengurusan Dan
Kepimpinan Pendidikan, 15(01), 9-31.

Abdul Shukor Abdullah (2004a). Kepemimpinan Unggul Tonggak Pengurusan


Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 14(01),
18-33.

Abdul Shukor Abdullah (2004b). Creating Effectives Schools: Schools-Based


Management, Teachers Empowerment And Leadership Training As Strategies And
Policies Initiatives. Jurnal Pemimpin Institut Pengetua Univesiti Malaya, 04, 9-20.
107

Azrul Affandi Sobry (24 September 2007). Wanita Kuasai Bidang Profesional. Berita
Harian, ms 9A.

Blanchard, K., Carlos, J.P., & Randolph, A. (1996). Empowerment Takes More Than a
Minute. San Francisco: Berrett-Koehler Publishers, Inc.

Blasé, J. & Blasé, J. (1997). The Micropolitical Orientation of Facilitative School


Principals and its Effects on Teachers’ Sense of Empowerment. Journal of
Educational Administration, 35(2), 138-164

Cynthia, D. S., & Dennis, T. J. (2004). Empowerment : Building a Commited


Workforce. New Delhi: Viva Books Private Limited.

Daft, R. L. (1999). Leadership. Theory and Practice. Orlando: Harcourt Inc.

Duhon, Gwendolyn M. (1999). Teacher Empowerment: Definitions, Implementation


and Strategies for Personel Renewal. Capaian pada 22 Februari 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/15/d7/3e.pdf

Fatimah Hani binti Said (2002). Hubungan Empowermen Guru Dengan Motivasi Kerja.
Tesis Sarjana. Sintok : Universiti Utara Malaysia.

Gamble, R.J. & Wilkins, J. (1997). Beyond Tradition: Where Are The Men In
Elementary Education? dalam Klecker, Baverly, & Loadman, William E. (1998).
Empowering Elementary Teachers in Restructuring Schools: Dimensions to Guide
the Mission. Capaian pada 4 September 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/17/2b/15.pdf
108

Gibson, James L., Ivancevich, John M., Donnelly, James H. Jr., & Konopaske, Robert.
(2006). Organizations. Behavior, Structure, Processes. New York: McGraw Hill.

Goyne, J., Padgett, D., Rowicki, M.A., & Triplitt, T. (1999). The Journey to Teacher
Empowerment. Capaian pada 22 Februari 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/15/e2/c6.pdf

Harsat Abd. Rahman (2000). Proses Pengupayaan (Empowerment) dan Hubungannya


Dengan Kepuasan Kerja Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Pontian, Johor Darul
Ta’zim. Tesis Sarjana. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Husband, Ronald E., & Short, Paula M. (1994). Middle School Interdisciplinary Teams:
An Avenue to Greater Teacher Empowerment. Capaian pada 22 Februari 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/15/bf/49.pdf

Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jaya Silar a/l Muniandy (1998). Jenis Dan Skop Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran.
Latihan Ilmiah. Sintok : Universiti Utara Malaysia.

Jones G.R. (2004). Organizational Theory, Design, And Change. New Jersey: Pearson
Education International.

Julita Liwan (2003). Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran Dan Masalah Dalam
Pelaksanaan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah. Tesis Sarjana. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan (2005). Ed. Baru. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
109

Klecker, Baverly, & Loadman, William E. (1996a). Dimensions of Teacher


Empowerment; Identifying New Roles for Classrom Teachers in Restructuring
Schools. Capaian pada 22 Februari 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/16/5c/54.pdf

Klecker, Baverly, & Loadman, William E. (1996b). Exploring the Relationship


Between Teacher Empowerment and Teacher Job Satisfaction. Capaian pada 22
Februari 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/14/bb/98.pdf

Klecker, Baverly, & Loadman, William E. (1996c). An Analysis of the School


Participant Empowerment Scale (Short and Rinehart, 1992) Based on Data from
4091 Teachers in 183 Restructuring Schools. Capaian pada 22 Februari 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/14/c7/2d.pdf

Klecker, Baverly, & Loadman, William E. (1998). Empowering Elementary Teachers in


Restructuring Schools: Dimensions to Guide the Mission. Capaian pada 4
September 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/17/2b/15.pdf

Lokman Mohd Tahir (1998). Persepsi Guru Terhadap Tanggungjawab Dan Tingkah
Laku Kepimpinan Guru Kanan Mata Pelajaran Sebagai Pemimpin Pengajaran: Satu
Kajian Kes Di SMK Teknik Muar. Latihan Ilmiah. Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Luthans, F. (2005). Organizational Behavior (10th ed.) New York: McGraw Hill.
110

Mansor Hj Abd Aziz (2001). Persepsi Pengetua dan Guru Penolong Terhadap
Pengupayaan (Empowerment) Dalam Pengurusan Di Sekolah. Tesis Sarjana.
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Marks, H.M. & Louis, K.S. (1997). Does Teacher Empowerment Affect the Classroom?
The Implications of Teacher Empowerment for Instructional Practice and Student
Academic Performance. Educational Evaluation and Policy Analysis, 19 (3), 245-
275. Capaian pada 22 Februari 2007 dari
http://eriae.net/ericdb/EJ554780.htm

Martin, B.N., Crossland, B., & Johnson, J.A. (2001). Is there a Connection: Teacher
Empowerment, Teachers’ Sense of Respobility and Student Success? Capaian pada
22 Februari 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/19/9d/93.pdf

Mohd Anuar Abdul Rahman, Azizi Hj Yahya & Hamdan Zainal Afuad (2004).
Pengupayaan Dalam Pengurusan Sekolah: Satu Tinjauan di Kalangan Pengurus
Pertengahan di Sekolah Menengah di Bandar Johor Bahru. Prosiding Seminar
Nasional Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Ke-12. Genting Highland: Institut
Aminuddin Baki, KPM.

Mohd Aris Anis (2006). Pengupayaan Guru Di Sekolah: Satu Tinjauan Di Tiga Buah
Sekolah Menengah Felda Daerah Kota Tinggi. Tesis Sarjana. Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbitan


Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Skudai : Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
111

Mohd Salleh Lebar (2000). Pentadbiran dan Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya.:
Addison Wesley Longman, Malaysia Sendirian Berhad.

Morris, Vivian G., & Nunnery, John A. (1993). Teacher Empowerment in a Profesional
Development School Collaborative: Pilot Assessmant. Capaian pada 22 Februari
2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/29/ab/2c.pdf

Muhamad Azmi bin Abdullah (1999). Hubungan Pelaksanaan Konsep “Empowerment”


Dengan Komitmen Terhadap Organisasi. Tesis Sarjana. Minden : Universiti Sains
Malaysia.

Najib bin Ayob (2002). Pelaksanaan Amalan Penurunan Kuasa Pengetua Kepada Guru
Kanan Mata Pelajaran Dalam Pengurusan Sekolah. Tesis Sarjana. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Nasiriah Md Yusoff (2001). Latihan dalam Perkhidmatan Bidang Keperluan di


Kalangan Guru Kanan Mata Pelajaran. Tesis Sarjana. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Norhunaini Hj Tahir (2001). Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran: Masalah Dan
Keperluan Kursus Peningkatan Profesionalisme. Tesis Sarjana. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Norlilah binti Ismail (2003). Amalan Pengupayaan Di Dua Buah Sekolah Menengah Di
Gombak. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

O’Connor, R. & Korr, W.S. (1996). A Model for School Social Work Facilitation of
Teacher Self-Eficacy and Empowerment. Social Work in Education, 18(1), 45-52.
112

Pua Eng Teck (1997). Principal Empowerment: An Exploratory Research In Perlis.


Tesis Sarjana. Sintok : Universiti Utara Malaysia.

Quinn, Robert E., & Spreitzer, Gretchen M. (1997). The Road To Empowerment:
Seven Questions Every Leader Should Consider. Organizational Dynamics, Autumn,
26(2), 37-51

Rinehart, James S., & Short, Paula M. (1993). Job Satisfacton and Empowerment
among Teacher Leaders, Reading Recovery Teachers and Regular Classroom
Teachers. Capaian pada 6 September 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/13/21/f0.pdf

Sabitha Marican (1993). Pengurusan. Masalah Dan Penyelesaian. Siri Pengurusan


Dan Pentadbiran Utusan. K.L. : Utusan Publication & Distributors.

Sazali Yusoff, Zurida Ismail & Mustapa Kassim (2004). Pengaruh Efikasi Kendiri
Guru Besar terhadap Sekolah Berkesan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan, 14 (1), 34-44.

Salamiyah Mustafa (1995). Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran Sekolah Menengah di
Negeri Perak. Tesis Sarjana. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Scott, R.S., & Hoy, W.K. (2000). School Characteristics and Educational Outcomes:
Toward an Organizational Model of Student Achievement in Middle Schools.
Educational Administration Quarterly, 36 (5), 703-729. Capaian pada 4 September
2007 dari
http://www.coe.ohio-state.edu/whoy/empowerment.pdf
113

Scribner, J.P., Truell A.D., Hager D.R., & Srichai S. (2001). An Exploratory Study of
Career and Technical Education Teacher Empowerment: Implications for School
Leaders. Capaian pada 22 Februari 2007 dari
http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JCTE/v18n1/pdf/scribner.pdf

Sekaran, U. (1992). Research Inc. Method For Business: A Sale Building Approach 2nd
Edition. New York: John Willey & Sond.

Short, P. M. (1998). Empowering Leadership. Contemporary Education, 69(2), 70-72.

Short, P. M., & Rinehart, J. S. (1992). School Participant Empowerment Scale:


Assesment of Level of Empowerment Within the School Environment. Educational
and Psychological Measurement, 52, 951-960.

Short, Paula M. (1992). Dimensions of Teacher Empowerment. Capaian pada 22


Februari 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/15/73/58.pdf

Spreitzer, G. M. & Mishra, A. K. (1999). Giving Up Control Without Losing


Control: Trust And Its Substitutes’ Effects On Managers’ Involving Employees In
Decision Making. Group and Organization Management, 24(2), 155-187.

Spreitzer, G..M. (1995). Psychological Empowerment in the Workplace:


Dimensions, Measurement, and Validation. Academy of Management Journal, 38
(5), 14-42.

Spreitzer, G. M., De Janesz, Suzanne, & Quinn, R. E. (1999). Empowered to lead: The
role of psychological empowerment in leadership. Journal of Organizational
Behavior, 20, 511-526.
114

Spreitzer, G. M., Kizilos, Mark, & Nason, Stephen. (1997). A Dimensional Analysis
Of The Relationship Between Psychological Empowerment And Effectiveness,
Satisfaction, And Strain. Journal of Management, 23(5), 679-704.

Terry, P.M. (1998). Empowering Teachers as Leaders. National Form Journals. Capaian
pada 15 December 2006 dari http://www..nationalforum.com

Valente, Michael E. (1999). TheRelationship of Organizational Health, Leadership and


Teacher Empowerment. Capaian pada 22 Februari 2007 dari
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/
80/17/8f/f2.pdf

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan Satu Pengisian. Kuala
Lumpur: Nuri Enterprise.

Wan Zulkifly Wan Zakaria (2003). Tahap Kepakaran GKMP Dalam


Memperkembangkan Profesionalisme Guru. Tesis Sarjana. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Wiersma, W. (2000). Research Methods in Education 7th Ed. Allyn & Bacon Needham
Heights, MA 02494

Yukl, G. (2002). Leadership in Education (5th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice
Hall.
115

LAMPIRAN A

Borang Soal Selidik


116

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


IJAZAH SARJANA PENGURUSAN PENDIDIKAN

BORANG SOAL SELIDIK

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengupayaan (empowerment)


terhadap Guru-guru Kanan Mata Pelajaran di sekolah-sekolah menengah daerah Muar.
Diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat menjawab dengan jujur dan ikhlas kerana
segala maklumat adalah sulit. Kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Bahagian A

Sila tandakan √ pada petak yang sesuai.

1. Bidang bagi Jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran di sekolah:

Sains & Teknik & Sains


Bahasa
Matematik Vokasional Sosial

2. Umur (tahun) :

≤ 35 36-40 41-45 46-50 ≥51

3. Jantina :

Lelaki Perempuan

4. Kelulusan tertinggi :

Sarjana Muda Sarjana Doktor Falsafah

5. Tempoh berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (tahun) :

<5 5-10 11-15 ≥16


117

Bahagian B

Berikut terdapat 38 item instrumen pengukuran pengupayaan guru. Sila baca setiap item
dengan teliti, kemudian nyatakan pendapat anda tentang item tersebut dengan
membulatkan kod yang sesuai di sebelah kanan.

Sangat Tidak Setuju ( STS ) : 1


Tidak Setuju ( TS ) : 2
Neutral ( N ) : 3
Setuju ( S ) : 4
Sangat Setuju ( SS ) : 5

Bil Item Pengupayaan STS TS N S SS

Saya diberi tanggungjawab untuk mengawasi


1 1 2 3 4 5
program-program di bawah bidang saya.
Saya berperanan di dalam sebuah persekitaran
2 1 2 3 4 5
yang profesional.
Saya percaya saya mendapat penghormatan di
3 1 2 3 4 5
sekolah.
Saya percaya saya membantu pelajar-pelajar
4 1 2 3 4 5
saya berdikari dalam pembelajaran.
Saya mengawal jadual harian yang dibawah
5 1 2 3 4 5
bidang saya.
Saya percaya bahawa saya mempunyai
6 kemampuan untuk memastikan tugas-tugas 1 2 3 4 5
bidang saya dilaksanakan.
Saya membuat keputusan tentang pelaksanaan
7 1 2 3 4 5
sesuatu program baru di bawah bidang saya.

8 Saya dilayan sebagai seorang profesional. 1 2 3 4 5

9 Saya percaya bahawa saya sangat efektif. 1 2 3 4 5

Saya percaya bahawa saya memberi


10 pengupayaan (empowerment) kepada pelajar- 1 2 3 4 5
pelajar saya.

11 Saya boleh mengajar mengikut pilihan saya. 1 2 3 4 5

Saya mengambil bahagian di dalam aktiviti


12 1 2 3 4 5
perkembangan staf.
118

Bil Item Pengupayaan STS TS N S SS

Saya membuat keputusan mengenai pemilihan


13 guru-guru untuk mengajar mata pelajaran di 1 2 3 4 5
dalam bidang saya.
Saya mempunyai peluang untuk peningkatan
14 1 2 3 4 5
profesional.

15 Saya dihormati oleh rakan sejawat. 1 2 3 4 5

Saya merasakan bahawa jawatan saya penting


16 kepada pelajar-pelajar yang mengambil mata 1 2 3 4 5
pelajaran dalam bidang saya.

Saya mempunyai kebebasan untuk membuat


17 keputusan berkenaan hal-hal pengajaran dan 1 2 3 4 5
pembelajaran di bawah bidang saya.

Saya percaya bahawa saya mempunyai


18 1 2 3 4 5
pengaruh di sekolah.
Saya terlibat di dalam keputusan tentang
19 1 2 3 4 5
perbelanjaan bidang saya.
Saya bekerja di sekolah yang mengutamakan
20 1 2 3 4 5
pelajar.
Saya mendapat sokongan dan penghormatan
21 1 2 3 4 5
daripada guru-guru lain.

22 Saya memantau pembelajaran pelajar. 1 2 3 4 5

Saya membuat keputusan mengenai hal-hal


23 1 2 3 4 5
kurikulum bidang saya.
Saya yang membuat keputusan berkenaan hal-
24 1 2 3 4 5
hal di bawah bidang saya.
Saya diberi peluang untuk membimbing guru-
25 1 2 3 4 5
guru di bawah bidang saya.
Saya diberi peluang untuk meneruskan
26 1 2 3 4 5
pembelajaran.
Saya mempunyai pengetahuan yang tinggi di
27 1 2 3 4 5
dalam bidang yang saya ajar.
119

Bil Item Pengupayaan STS TS N S SS

Saya percaya bahawa saya mempunyai peluang


28 untuk meningkat melalui tugas pengajaran dan 1 2 3 4 5
pembelajaran di sekolah.
Saya percaya bahawa saya mempunyai peluang
29 1 2 3 4 5
untuk mempengaruhi orang lain.

30 Saya boleh menentukan jadual saya sendiri. 1 2 3 4 5

Saya mempunyai peluang untuk bekerjasama


31 1 2 3 4 5
dengan guru-guru di bawah bidang saya.
Saya percaya bahawa saya membawa
32 1 2 3 4 5
perubahan kepada bidang saya.
Pengetua, guru-guru di bawah bidang, guru-
33 guru lain dan staf sekolah meminta pandangan 1 2 3 4 5
saya.
Saya percaya saya melakukan sesuatu dengan
34 1 2 3 4 5
baik.

35 Saya boleh merancang jadual saya sendiri. 1 2 3 4 5

Saya rasa saya berpengaruh di kalangan guru-


36 1 2 3 4 5
guru dan pelajar-pelajar.
Saya memberi nasihat dan bimbingan kepada
37 1 2 3 4 5
rakan-rakan di sekolah.
Saya mempunyai peluang untuk mengajar idea
38 yang inovatif kepada guru-guru di bawah 1 2 3 4 5
bidang saya.

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA YANG TELAH DIBERIKAN

You might also like