You are on page 1of 36

KONSEP ASAS

PENTAKSIRAN
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
DEFINISI
Peperiksaan

Peperiksaan ialah satu daripada


alat pengujian yang digunakan
untuk mengukur prestasi
pencapaian murid di akhir proses
pengajaran dan pembelajaran
Pengujian

Proses mentadbir instrumen


atau alat pentaksiran mengikut
prosedur yang sistematik bagi
memperoleh maklumat untuk
mengukur ciri-ciri tertentu murid
Pengukuran

Proses menggunakan
matlumat berangka (nombor)
bagi menerangkan sejauh
mana murid itu mempunyai
ciri-ciri tertentu
Penilaian

Proses memberi
pertimbangan terhadap
kualiti pencapaian kognitif,
afektif dan psikomotor murid
Pentaksiran

Proses pengujian,
pengukuran, penilaian dan
seterusnya membuat keputusan
berdasarkan penghakiman
terhadap evidens pengujian.
RUKUN
PENTAKSIRAN
Instrumen

Alat yang digunakan untuk


mentaksir murid seperti
kertas peperiksaan, senarai
semak, skala kadar, latih
tubi, projek dan tugasan
Individu atau Kumpulan yang
ditaksir (murid)

Individu atau kelompok


murid yang ditaksir dan lisan
Respons

Maklum balas yang diterima


daripada individu atau
kumpulan yang ditaksir
dalam bentuk penulisan, lisan
dan persembahan
Kumpulan Yang Mentaksir

Individu yang ditugaskan


untuk memberi skor kepada
maklum balas yang diberi
oleh individu atau kumpulan
yang ditaksir
Skor

Pemberian penganugerahan
dan ganjaran dalam bentuk
nombor, huruf, pernyataan,
simbol, penghargaan
dan lisan
KAEDAH
PENTAKSIRAN
Pentaksiran Tentang Pembelajaran
(Assesment of Learning)

• Menentukan gred dan kedudukan murid.


• Membezakan pencapaian antara murid.
• Tidak berfokus kepada memberi maklum
balas untuk penambah baikkan pengajaran
dan pembelajaran.
• Bertujuan untuk pemilihan ke asrama penuh,
kolej, universiti, pekerjaan dan lain-lain.
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
(Assesment as Learning)

• Murid menjalankan pentaksiran kendiri


• Memantau pembelajaran kendiri iaitu menentukan
perkembangan dan pencapaian pembelajaran dengan
pelbagai strategi
• Menggunakan maklum balas pentaksiran untuk
pembelajaran baru
• Menggalakkan murid bertanggungjawab terhadap
pembelajaran kendiri, refleksi dan pentaksiran rakan
sebaya (peer assesment)
Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assesment for Learning)
• Memberi maklum balas terhadap pencapaian dan
prestasi.
• Dijalankan secara berterusan
Membimbing kemajuan dan perkembangan murid.
• Mengubahsuai pengajaran dan pembelajaran
berasaskan maklum balas pentaksiran
Membantu murid mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan.
JENIS
PENGUJIAN
Ujian Kecerdasan

• Mengukur kebolehan kognitif calon seperti


membina konsep, menyelesaikan masalah,
memperolehi maklumat, membuat pengiraan,
menaakul atau tugasan intelektual yang lain.
• Bertujuan menentukan tahap penguasaan
murid.
Ujian Aptitud
• Secara umum aptitud ialah komponen kompetensi sama
ada yang bersifat semulajadi atau yang diperolehi,
dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran.
• Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid
dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu
perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap
tertentu pada masa akan datang.
• Direka bentuk untuk mengukur kebolehan umum,
meramal potensi bagi membina kemahiran atau
pengetahuan.
Ujian Pencapaian

• Ujian untuk mengukur penguasaan


pengetahuan dan kemahiran murid dalam
kandungan kurikulum yang diajar
• Digunakan untuk mengenal pasti atau
mengesan sesuatu aspek yang hendak
dibangunkan di dalam diri murid tersebut.
Ujian Diagnostik

• Digunakan untuk mengenal pasti atau


mengesan sesuatu aspek yang hendak
dibangunkan di dalam diri murid tersebut.
Ujian Penempatan

• Untuk menempatkan murid pada tahap atau


program tertentu.
Ujian Kefasihan

• Ujian untuk menilai dan persijilan meliputi


kemahiran berbahasa iaitu kebolehan
bertutur, membaca dan mendengar.
Ujian Kecergasan Fizikal

• Untuk menentukan tahap kecergasan fizikal


murid.
PENDEKATAN
PENTAKSIRAN
Rujukan Norma
(Norm Reference)
• Prestasi akhir murid dibandingkan dengan prestasi
kumpulan yang ditaksir.
• Rujukan adalah berdasarkan perbandingan relatif
pencapaian murid dengan membandingkan purata
pencapaian murid di dalam kumpulan yang ditaksir
• Dikaitkan dengan peperiksaan pusat seperti SPM dan
UPSR.
• Berbentuk ujian sumatif.
• Kaedah ini tertumpu kepada taburan skor yang
memberatkan analisa kesahan dan
kebolehpercayaan.

Rujukan Kriteria
(Criterian Reference)

• Menentukan tahap kemampuan murid


berdasarkan kriteria yang ditentukan.
• Tidak membandingkan pencapaian murid
dengan murid yang lain.
• Umumnya digunakan untuk kelayakan
vokasional.
Rujukan Standard
(Standard Reference)
• Hampir sama dengan rujukan kriteria
• Murid ditaksir berdasarkan standard yang
ditetapkan.
• Prestasi semasa murid dibandingkan dengan
rujukan standard.
• Tanda aras prestasi murid bergantung kepada
prestasi mereka sendiri dan bukan dengan
prestasi murid lain.
CIRI-CIRI
PENTAKSIRAN
YANG BAIK
Keobjektifan

• Ketepatan seseorang pentaksir memberikan


skor murid
• Keobjektifan dipertingkatkan dengan
penggunaan panduan penskoran atau
mesyuarat penyelarasan skor bagi
memastikan pentaksir mempunyai kefahaman
dan kemahiran yang terselaras antara satu
sama lain.

Kebolehtadbiran

• Urusan pentadbiran peperiksaan dan


pentaksiran boleh dilaksanakan dengan lancar
dan mudah.
Kemudahtafsiran

• Merujuk kepada kemampuan pentaksiran


memberikan maklumat tentang calon
berdasarkan skor yang diperoleh,
mendiskriminasikan calon dan menepati
tujuan sesuatu pentaksiran diadakan
Kekomprehensifan

• Merujuk kepada kandungan instrumen yan


mempunyai cakupan item yang mewakili
semua objektif pembelajaran.
Skor yang mempunyai darjah kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi

• Kesahan ialah ciri skor berhubung dengan kerelevanan


dan kecukupcakupan skor itu untuk menggambarkan
prestasi calon yang ditaksir.
• Kebolehpercayaan ialah ciri skor berhubung dengan
ketepatan dan ketekalan skor itu untuk menggambarkan
prestasi calon dalam perkara yang ditaksir.
• Skor mestilah mempunyai darjah kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi untuk memastikan keadilan
kepada calon serta mengekalkan kewibawaan institusi.
TERIMA KASIH

You might also like