You are on page 1of 8

LAPORAN

MAJLIS KONVOKESYEN
DAN
ANUGERAH CEMERLANG
2016

23 NOVEMBER 2016
01. LAPORAN

Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian murid yang cemerlang baik
daripada segi akademik mahupun daripada aspek pembentukan sahsiah. Selain itu, perkongsian
visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran, pengukuhan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan murid, serta permuafakatan
dengan ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut memantapkan kecemerlangan sekolah.
Majlis Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan
hasrat dan harapan yang terkandung dalam visi dan misi sekolah.

Majlis Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang ini merupakan program tahunan


sekolah. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah, anugerah, sijil serta
pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan
KAFA sepanjang tahun. Selain itu juga, murid Tahun 6 menerima sijil tamat persekolahan
masing-masing. Suntikan semangat dan pengiktirafan yang diberi kepada murid-murid
secara tidak langsung akan menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka ke arah yang
lebih cemerlang dan progresif.

Pada tahun ini, Majlis Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang telah dihadiri oleh
Penghulu Hj Reduan bin Tahir. Ibu bapa penerima anugerah turut hadir menyerikan majlis.

Aturcara majlis dimulakan dengan perarakan masuk graduasi dan jemputan-jemputan


kehormat. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’. Bacaan doa dibacakan oleh
Ustaz Mohd Khairie Nizam. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid iaitu adik Dayangku
Era Nazaaha daripada Tahun 6. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Guru Besar Sk Punang
iaitu Puan Dayang Sawda binti Abdullah dan ucapan perasmian telah disempunakan oleh
tetamu jemputan, Penghulu Hj Reduan bin Tahir.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Anugerah Cemerlang


Kurikulum. Anugerah ini dinilai mengikut pencapaian terbaik murid dalam setiap mata
pelajaran. Selain itu, persembahan Multimedia menghiasi suasana majlis dengan tayangan
aktiviti murid sepanjang tahun 2016. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan koir
murid Tahun 6 dan persembahan tarian daripada murid Tahun 4 dan 5.

Penyampaian sijil diteruskan kepada penerima Anugerah Hal Ehwal Murid bagi
kategori kehadiran murid 100 peratus, anugerah khas kelas paling bersih dan ceria dan tokoh
murid bagi tahun 2016. Tokoh murid 2016 Sk Punang telah menjadi milik adik Nor Hafsah
daripada Tahun 6 yang penilaian diberi mencakupi semua aspek iaitu bidang kokurikulum,
kurikulum, sahsiah dan kepimpinannya di sekolah. Majlis kemudian diteruskan dengan
penyampaian sijil graduasi kepada murid tahun 6 bagi tahun 2016 iaitu seramai 25 orang.
Majlis berakhir tepat jam 11 pagi dan tetamu menikmati jamuan yang telah disediakan.
Segala persiapan dan persediaan untuk melaksanakan program ini telah berjalan
dengan lancar serta penuh jayanya. Segala kerjasama dan komitmen serta sumbangan
daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung adalah
merupakan titik permulaan bagi menuju ke arah kecemerlangan anak-anak didik kita yang
mana suatu hari nanti merupakan pemangkin dan pemimpin pada masa hadapan.

02. RASIONAL

1. Menjadi perangsang kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam


pelajaran.
2. Menimbulkan rasa minat di kalangan murid-murid untuk terus cemerlang dan berjaya
dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

03. MATLAMAT

1. Melahirkan murid yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan.


2. Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri murid-murid
3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang
kokurikulum.

04. OBJEKTIF

1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam


bidang akademik dan kokurikulum.
2. Mendekatkan ibu bapa serta penjaga dengan pihak sekolah serta sama-sama menikmati
kejayaan anak masing-masing sepanjang tahun.

05. TARIKH DAN JANGKA MASA PROGRAM

Tarikh : 23 November 2016

Hari : Rabu

O6. TEMPAT - Dewan Masyarakat Kampung Punang

MAJLIS KONVOKESYEN DAN ANUGERAH CEMERLANG 2016


Tarikh : 23 November 2016

Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Punang

AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

PENGERUSI : Dayang Sawda Binti Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI 1 : Rusdi Bin Amit

TIMBALAN PENGERUSI 2 : Abdul Rahman Bin Randah

TIMBALAN PENGERUSI 3 : Sinin Bin Jaman

SETIAUSAHA : Dk. Effa Zulaikha

BENDAHARI : Noorsiah Bt Matbrahim

JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA

BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

1. PENYELARAS/URUSETIA 1.Menyelaras perjumpaan & perbincangan dengan jawatankuasa lain

2. Memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

3.Menguruskan pemberian sijil setelah skrol dipulangkan

4. Memastikan/menyusun pelajar/wakil untuk menerima hadiah

2. PENYAMBUT TETAMU 1. Menyambut dan mengiringi tetamu khas /ibu bapa ke tempat

Guru Besar yang ditetapkan

Semua Penolong Kanan 2.Dapatkan senarai tetamu yang akan hadir dari JK Jemputan.

YDP PIBG 3.Mengetahui susunan tempat duduk keseluruhannya.

3 PERASMIAN/ PERSEMBAHAN 1.Mencadangkan bentuk sambutan yang sesuai.

2.Menyediakan dan melatih pelajar

3. Menyediakan roset,edaran buku program dan buku pelawat.

4. Memastikan raptai & perjalanan sambutan berjalan lancar.

4 PERSIAPAN TEMPAT & HIASAN 1.Mencadangkan corak hiasan pentas


DAN PERALATAN
2. Menyediakan dan menghias dewan bersesuaian majlis

3. Menyediakan peralatan yang diperlukan di dewan.

4. Memastikan jumlah sette dan kerusi yang diperlukan mencukupi.

5.Memastikan dewan disiap sebelum majlis

Latar Pentas/ ‘Backdrop’

1. Menyediakan backdrop yang bersesuaian.

2.Berhubung dengan JK Protokol

5 JEMPUTAN 1. Menyediakan surat makluman & jemputan kepada ibu

Rusdi Bin Amit bapa/perasmi/jemputan khas/pelajar penerima anugerah

Suriana Bt Hasbollah 2. Mendapatkan senarai nama penerima hadiah daripada JK Sijil.

6 BUKU PROGRAM 1. Memikirkan dan menyediakan draf design yang sesuai dengan

konsep yang dipilih.

2. Menentukan isi kandungan buku program

3. Mendapatkan nama penerima anugerah daripada JK Sijil

4.Menguruskan percetakan & menyerahkan kepada JK Sambutan

7 SIJIL/HADIAH/ 1.Menentukan cenderamata untuk tetamu khas

CENDERAMATA 2.Menentukan bilangan hadiah yang diperlukan

3. Menyusun hadiah mengikut kategori

4. Menyediakan tempat & pelajar pembawa dulang yang mencukupi.

5.Menguruskan penyampaian hadiah(berhubung dengan

juruacara untuk penyelarasan susun atur hadiah)

6. Memastikan sijil mencukupi,nama & maklumat dalam sijil tepat.

8 ALAT SIARAYA (P.A SYSTEM) 1. Memastikan siar raya dalam keadaan baik dan mencukupi.

2. Menyediakan lagu latar yang bersesuaian.


3. Menyediakan lagu ‘Negaraku’

4. Berhubung dengan JK Persembahan mengenai audio dan video

yang akan dikendalikan.

9 PENGACARA MAJLIS 1. Menyediakan skrip pengacara(rujuk aturcara majlis)

2. Mengendalikan majlis sebaiknya

10 BACAAN DOA 1. Menyediakan teks bacaan doa.

Mohd Khairie Nizam 2. Membaca doa semasa majlis

11 DISIPLIN 1.Mengawal disiplin pelajar sepanjang majlis berlangsung.

PK HEM 2. Mengawal pelajar yang menjamu selera di tempat yang


disediakan.

12 KESELAMATAN DAN 1. Memastikan keselamatan semua warga sepanjang majlis


PERTOLONGAN CEMAS
berlangsung
PK Hem
2. Memberikan bantuan keselamatan/pertolongan cemas
Pengawal Keselamatan
apabila diperlukan

13 FOTOGRAFI/ DOKUMENTASI 1. Memastikan gambar-gambar bagi setiap acara yang

penting dirakam.

2. Membuat dokumentasi untuk simpanan sekolah

14 JAMUAN 1. Memilih menu yang sesuai dengan peruntukan yang diberi.

2. Menentukan tempat yang sesuai untuk VIP, ibu bapa dan murid.

3. Memastikan makanan dna minuman dalam keadaan bersih dan

berkualiti.

15 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 1. Pastikan kawasan di sekeliling dewan dalam keadaan bersih.

2. Memastikan tandas bersih dan boleh digunakan


3. Menyediakan beg plastik hitam secukupnya

Pembersih Swasta 4. Memastikan pelajar membuang sampah ditempat yang


disediakan.

TENTATIF PROGRAM

7:40 pagi : Ketibaan ibubapa dan Tetamu Khas

8:00 pagi : Nyanyian lagu “NEGARAKU”

- Bacaan doa

- Ucapan Wakil Murid

- Ucapan Tetamu Jemputan

- Ucapan Guru Besar

- Penyampaian Hadiah I

- Persembahan

- Penyampaian Hadiah II

- Persembahan

- Penyampaian sijil Tahun 6

- Jamuan

11:00 pagi : Bersurai

Disediakan oleh:
……………………….

(DAYANGKU EFFA ZULAIKHA)


SETIAUSAHA,
Majlis Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang,
SK Punang, Lawas

Disemak oleh:

………………………….

(RUSDI BIN AMIT)


PENOLONG KANAN 1,
SK Punang, Lawas

Disahkan oleh:

.........................................
(DAYANG SAWDA BINTI ABDULLAH)
GURU BESAR,

SK Punang, Lawas

You might also like