You are on page 1of 7

PENILAIAN PENGGUNAAN VLE FROG DALAM KALANGAN GURU DAN

PELAJAR DI SEKOLAH LUAR BANDAR

1.0 PENGENALAN

Selama berdekad teknologi telah menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Jenis teknologi dan kepentingannya terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran telah menghadapi gelombang perubahan saban hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan


pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang merupakan garis panduan pembangunan pendidikan
negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMK-9. Kerajaan telah
memperuntukkan RM23.198 bilion dibawah peruntukkan pembangunan pendidikan yang
dirangka bagi memajukan bidang pendidikan. Dalam jumlah ini, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) juga berperanan dalam memajukan bidang teknologi malumat
dan Komunikasi (ICT). Bagi memberi penekanan dalam bidang ini bagi menghadapi zaman
K-Ekonomi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan Program
Pembangunan Pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan,
celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Dalam teras ke 4 strategik PIPP, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menekankan aspek merapatkan jurang pendidikan (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, 2013).

Dalam aspek ini, kerajaan telah berusaha merapatkan jurang digital iaitu
membangunkan insfrastruktur dan kemudahan di luar bandar seperti makmal komputer, pusat
akses, pembestarian sekolah luar bandar, menambahbaik TV pendidikan dan banyak lagi. Hal
ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang ICT mahupun digital antara kawasan bandar
dan luar bandar supaya masyarakat luar bandar dapat menikmati pendidikan yang berasaskan
teknologi maklumat seperti di kawasan bandar. Hal ini juga dapat menyeragamkan sistem
pendidikan di sekolah bagi menghadapi zaman globalisasi seperti yang dibincangkan oleh
Tan Sri Alimuddin (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, 2013).

Melalui PIPP ini kerajaan telah membekalkan komputer ke sekolah-sekolah dan


menyediakan pelbagai program latihan dalam bidang perkomputeran untuk guru-guru
khususnya bagi kawasan luar bandar agar para guru dapat menguasai bidang ICT.
Penguasaan bidang ICT amat penting bagi guru-guru kerana melalui guru-guru inilah sistem
pendidikan yang berteraskan teknologi maklumat dapat dicapai. Ada guru yang menerima
penggunaan komputer dalam pembelajaran mereka namun ada juga guru-guru yang enggan
menerima dengan pelbagai alasan. Masalah mula timbul apabila sesetengah guru terutamanya
mereka yang telah lama berkhidmat dalam sektor pendidikan menolak penggunaan ICT ini
kerana tidak mahu mencuba dan kurang pengalaman serta pendedahan menyebabkan mereka
kurang berminat dalam penggunaan teknologi maklumat. Namun, kini dengan adanya
pelbagai dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan kini, sudah pasti para guru telahpun
menggunakan ICT bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam
pengurusan. Terdapat banyak program yang dijalankan bertujuan untuk memajukan
pendidikan di Negara kita. Salah satu penambaikan yang sering diketengahkan oleh
Kementerian Pendidikan adalah dari segi teknologi (Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 - 2025, 2013).

Perkembangan Teknologi Maklumat dan komunikasi ICT telah banyak


mempengaruhi budaya kehidupan pada masa kini. Teknologi ini mempengaruhi cara anak –
anak muda bermain, bersosial dan berkomunikasi serta telah memberi impak yang besar di
dalam sistem pendidikan. Menyedari keadaan ini, kementerian pelajaran Malaysia (KPM)
telah mengambil langkah proaktif dalam merangka perubahan baru dalam sistem pendidikan
selari dengan perkembangan teknologi semasa. Inisiatif baharu bagi memastikan kejayaan
konsep pembestarian sekolah ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
satu platform pembelajaran Teradun yang dikenali sebagai persekitaran Pembelajaran Maya –
Frog iaitu VLE Frog. Sehubungan itu, hampir kesemua sekolah di Malaysia iaitu 10,000 buah
sekolah telah dibekalkan dengan kemudahan ICT (Projek 1BestariNet) bagi merealisasikan
konsep pembestarian ini (Mahizer Hamzah dan Mohd Azli Yoop, 2016).

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) di bawah projek 1BestariNet,


sekolah – sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan
pengajaran, pembelajaran kolaborasi dan pentadbiran dijalankan secara atas talian. Ia adalah
sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar
dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. VLE Frog merupakan suatu kaedah
yang diadaptasikan daripada e-pembelajaran. Pembelajaran Maya VLE Frog sebagai internet,
bilik darjah melalui atas talian dan ruang sosial untuk sekolah semuanya dalam di bawah satu
bumbung.
Sebagai contoh, guru – guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya,
sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang
diperolehi melalui VLE Frog. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru – guru, dan
pihak pentadbir sekolah boleh menyusun takwim sekolah dengan memaparkan notis melalui
internet (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

Ummu Salma dan Fariza (2014), menyatakan bahawa VLE Frog diperkenalkan
sebagai satu strategi baru dalam kaedah pembelajaran bagi menggantikan system pendidikan
yang lama. Tujuannya untuk membantu pelajar agar dapat memperolehi maklumat,
menyesuaikan maklumat dan mengaplikasikannya. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia akan dapat memperkembangkan potensi individu sepenuhnya.

Rujuk lagi kajian tempatan yang berkaitan dgn VLE Frog..cari lagi 2..3 kajian relevan Commented [a1]: Take note ini…
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Sejak program VLE Frog diperkenalkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia,


pelbagai isu dan permasalahan yang diutarakan khususnya dalam kalangan guru dan pelajar
di sekolah luar bandar. Antara yang sering diadukan adalah masalah kurang pandai dalam
mengendalikan bahan ict. Hal ini kerana hampir separuh guru di Sekolah Kebangsaan Agama
Sarikei adalah guru-guru senior yang memerlukan bantuan dalam mengendalikan bahan ict.
Tambahan pula, capaian internet juga mempengaruhi minat guru dan murid di sekolah yang
juga merupakan aspek penting bagi menjayakan pelaksanaan program pembelajaran maya
VLE Frog ini disekolah-sekolah (Mahizer Hamzah dan Mohd Azli Yoop, 2016). Dapatan
awal berdasarkan perbincangan dengan salah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Agama
Sarikei mendapati bahawa masalah capaian internet yang lambat menyebabkan guru dan
murid tidak berminat untuk mengintegrasikan penggunaan program VLE Frog dalam PdPC.
Ini kerana masa yang diperuntukkan dalam pengajaran akan terbuang semasa menunggu
program ini berfungsi sepenuhnya. Selain daripada itu, guru-guru juga rasa ‘terbeban’ untuk
menggunakan program ini kerana perlu menyediakan soalan sebagai tugasan kepada murid
yang perlu dimuat naik ke dalam program VLE Frog. Berdasarkan faktor-faktor
permasalahan ini yang akhirnya menyebabkan guru beralih ke tradisi pengajaran
konvensional iaitu ‘chalk and talk’.

Berdasarkan isu dan permasalahan ini, suatu kajian perlu dilaksanakan agar pihak-
pihak berkepentingan dapat merancang satu tindakan susulan dan penambahbaikan agar
Pogram VLE Frog ini digunakan secara optimum oleh seluruh warga pendidik dan murid-
murid agar usaha kerajaan dalam membangunkan program ini berjaya mencapai objektifnya.
Justeru itu pengkaji berhasrat untuk mengenalpasti sejauh mana guru-guru Sekolah
Kebangsaan Agama Sarikei mengaplikasikan penggunaan program VLE Frog dalam
Pengajaran dan Pembelajaran mereka seharian. Sehubungan dengan itu, fokus utama kajian
adalah untuk menilai penggunaan program VLE Frog semasa dalam proses proses pengajaran
dan pembelajaran guru-guru dan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei.
3.0 OBJEKTIF

i. Mengenalpasti sikap guru semasa penggunaan VLE Frog dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
ii. Mengenalpasti masalah dan sikap yang dihadapi oleh guru – guru Sekolah
Kebangsaan Agama Sarikei dalam menggunakan VLE Frog dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

4.0 SKOP DAN BATASAN

Persampelan tujuan atau purposive sampling / judgment sampling merujuk kepada


prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja
dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan
pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya dipilih oleh pengkaji
sebagai responden. (Pomizi Resource.com, 2013).

Maka dengan itu, pengkaji memilih populasi sampel bertujuan di Sekolah


Kebangsaan Agama Sarikei seramai 10 orang guru dan 47 orang murid tahun 6 kerana ingin
mengkaji penggunaan VLE Frog di sekolah ini. Sekolah ini juga dipilih kerana ia merupakan
salah sebuah sekolah yang terpilih untuk menjadi Program Sekolah Transformasi oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan VLE Frog
dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha


Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran
(PdPC) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia. VLE Frog merupakan salah satu pedagogi interaktif yg dijalankan di sekolah -
sekolah. Oleh itu, kajian ini ingin melihat penggunaan VLE Frog dalam PdPC di sekolah
5.0 CARTA GANTT PELAKSANAAN

2017 2018
AKTIVITI
DIS JAN FEB MAC APRIL MAY
Penyediaan Dan
Penghantaran Proposal
Persediaan Instrumen
Pengumpulan Data
Pemprosesan Data
Penyediaan Laporan
Penghantaran Laporan
Pertama
Semakan Semula Laporan
Laporan Akhir

6.0 KESIMPULAN

Kajian penggunaan VLE Frog semasa pengajaran dan pembelajaran guru amat
bermakna kepada guru – guru dan pengurusan VLE Frog sekolah. Melaluinya, pihak
pengurusan VLE Frog sekolah dapat merancang serta melaksanakan beberapa aktiviti agar
budaya penggunaan VLE Frog semasa pengajaran dan pembelajaran terus berkembang di
Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei. VLE Frog merupakan satu platform pembelajaran maya
disamping memudahkan proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar (Mahizer Hamzah
dan Mohd Azli Yoop, 2016).
Pengajaran Maya dapat menyediakan suasana pembelajaran yang kaya media,
interaktif, menyokong pembelajaran pengalaman dan dapat memautkan pelajar dengan
konteks pembelajaran. Persekitaran pembelajaran online menawarkan lebih banyak kelebihan
berbanding teknologi multimedia lain seperti video. Perkembangan teknologi maklumat yang
membolehkan lebih banyak komputer dipasang di sekolah mewujudkan suasana kondusif
untuk mengintegrasikan realiti maya dalam pembelajaran. Penyediaan kemudahan Internet
dan rangkaian tanpa wayar meningkatkan ruang dan peluang penerapan realiti maya dalam
pembelajaran (Ida Noraini, 2013).
Penggunaan VLE Frog mampu meningkatkan pencapaian pelajar yang lemah dan
meningkatkan kefahaman dalam topik yang sukar dan kompleks. Konsep pembelajaran maya
ini juga diperkenalkan untuk membolehkan seorang murid berbincang dengan seorang murid
yang lain atau melakukan perbincangan berkumpulan berkaitan subjek Sains dan Teknologi.
Mereka boleh berbincang dan memberi pendapat tentang kerja rumah yang diberikan oleh
guru. Sama seperti di dalam kelas, murid - murid akan menerima maklum balas segera
terhadap kemajuan mereka dan cubaan soalan mereka (Ida Noraini, 2013).
Diharapkan para guru dapat memanfaatkan kemudahan ICT yg disediakan di sekolah
untuk menambaik PdPC didalam kelas. Seterusnya, guru seharusnya perlu tahu
memanfaatkan VLE Frog melalui kemudahan yang ada di sekolah. Perkara ini dapat
menjadikan PdPC pada masa depan lebih menarik dan interaktif.

Mana Rujukan Commented [a2]: Sepatutnya sertakan rujukan yg dah siap


sekali

You might also like