You are on page 1of 14

DAKWAH SINERGI DALAM JIHAD EKONOMI: SARANAN

MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN TENTANG ZAKAT HARTA


DALAM MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR1

Azman Ab Rahman
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali
Irwan Mohd Subri
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

ABSTRAK

Jihad ekonomi seharusnya dilihat dalam kerangka yang lebih luas


meliputi keadaan harta orang Islam dan termasuklah juga penunaian
hak kepada yang meminta dan yang tidak meminta (Al-Dhariyat 51:19
& Al-Macarij 70:25). Namun, secara realitinya apa yang dapat dilihat
di Malaysia pada hari ini umumnya, dan di negeri Selangor khususnya,
kebanyakan masyarakat Muslim lebih mementingkan pembayaran zakat
fitrah berbanding zakat harta, sedangkan dari segi hukum kedua-
duanya adalah wajib. Berdasarkan statistik kutipan zakat bagi tahun
2008 di negeri Selangor, bilangan pembayar zakat harta kurang
memuaskan iaitu sekitar 146,413 orang sahaja berbanding bilangan
pembayar zakat fitrah yang berjumlah seramai 2,360,915 orang
(Laporan Zakat tahun 2008, PPZ MAIWP, halaman 67). Jelas di sini
masih terdapat ramai kalangan umat Islam yang tidak memahami
secara jelas konsep zakat harta dan perkara yang berkaitan dengannya.
Pelbagai persepsi dan pandangan masyarakat akan timbul sekiranya
ditanyakan tentang kefahaman zakat harta dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya. Justeru, artikel ini akan cuba meninjau tahap
kefahaman masyarakat tentang zakat harta khususnya di Selangor.
Seterusnya penulis akan memperlihatkan bagaimana saranan dan
peranan dakwah sinergi mampu memberi kefahaman dan kesedaran
masyarakat tentang zakat harta dan seterusnya mendorong mereka
untuk membayar zakat harta. Diharapkan artikel ini dapat
menyumbang idea dan satu usaha dakwah dalam meningkatkan
bilangan pembayar zakat harta, di samping membantu dalam
mengurangkan bilangan fakir dan miskin demi melestarikan jihad
ekonomi Islam di Malaysia.

PENDAHULUAN
Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima yang wajib ditunaikan
oleh setiap individu Muslim apabila memenuhi syarat-syarat wajib mengeluarkannya.
Jika dilihat dari aspek spiritual, amalan berzakat dapat menyucikan jiwa dan harta

1
Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan bertajuk “Kefahaman Masyarakat
Muslim Tentang Zakat Harta Dan Faktor-faktor Yang Mendorong Mereka Menunaikannya: Kajian Di
Negeri Selangor” dan telah dibentangkan di International Conference on Da’wah and Islamic
Management (IC-DAIM’10) pada 23-24 November 2010 di Palace of Golden Horses Hotel, Seri
Kembangan.

1
serta mengikis sifat bakhil dalam diri seseorang iaitu dengan kesudian berkongsi
kesenangan bersama masyarakat fakir, miskin dan insan-insan yang memerlukan.
Tanggungjawab mengeluarkan zakat tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam
lantaran kepentingannya dalam membangunkan taraf sosio ekonomi umat Islam
sendiri.
Zakat yang diuruskan secara profesional dan efisyen akan muncul sebagai
sumber pembiayaan utama serta mampu merapatkan jurang ekonomi antara orang
kaya dan orang miskin. Lebih daripada itu, amalan berzakat, seandainya ditunaikan
oleh semua individu Muslim yang cukup syarat, akan berupaya memupuk
kesamarataan dalam pengagihan nikmat kekayaan yang dikurniakan Allah. Para
ulama fiqh, berpandukan kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah telah
membahagikan zakat kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah
adalah zakat yang wajib ditunaikan oleh umat Islam sepanjang Ramadan dan sebelum
menunaikan solat Aidilfitri. Manakala zakat harta pula hanya diwajibkan ke atas
seseorang setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan perlu ditunaikan
apabila telah cukup haul dan nisab harta.
Terdapat pelbagai jenis zakat harta antaranya zakat emas dan perak, zakat
pertanian, zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat wang simpanan dan zakat
KWSP. Di Malaysia, kesedaran masyarakat Muslim dalam menunaikan zakat fitrah
adalah tinggi. Kebanyakan mereka akan berlumba-lumba menunaikannya sepanjang
tempoh pembayaran yang ditetapkan, sama ada kepada amil-amil zakat yang
diamanahkan ataupun di kaunter pungutan zakat negeri. Namun jika dibandingkan
bilangan pembayar zakat fitrah dan zakat harta, didapati jurang perbezaannya amat
besar. Berdasarkan statistik kutipan zakat bagi tahun 2008 di negeri Selangor yang
dikeluarkan oleh Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), jumlah kutipan zakat bagi tahun
tersebut adalah sebanyak RM244,409,627. Sekiranya diperhatikan daripada statistik
tersebut, kutipan zakat fitrah adalah sebanyak RM12,276,759 berbanding dengan
kutipan zakat harta sebanyak RM232,132,869.
Penyelidik mendapati bahawa walaupun jumlah kutipan zakat harta lebih
besar berbanding zakat fitrah, namun bilangan pembayar zakat harta kurang
memuaskan iaitu sekitar 146,413 orang sahaja. Jika dinisbahkan kepada bilangan
pembayar zakat fitrah yang berjumlah seramai 2,360,915 orang, hanya 6% yang
membayar zakat harta berbanding zakat fitrah. Menurut bancian Jabatan Perangkaan
Malaysia bagi tahun 2008, jumlah penduduk di Selangor adalah kira-kira 5 juta orang

2
dan bilangan penduduk Muslim adalah 2.65 juta orang (52.9%). Daripada jumlah ini,
dianggarkan 1.65 juta adalah dewasa. Persoalannya ialah, berdasarkan jumlah
penduduk Muslim yang ramai ini, adakah hanya 146,413 sahaja yang mampu
mengeluarkan zakat harta, sedangkan Selangor adalah negeri termaju di Malaysia dan
sudah pasti jumlah golongan berkemampuan juga ramai. Secara faktanya, masih
terdapat ramai di kalangan umat Islam yang tidak memahami dengan jelas asas-asas
pengetahuan zakat harta seperti syarat-syarat wajib mengeluarkannya, sempurna
milik, nisab, haul, jenis harta yang dikenakan zakat dan pengiraan setiap jenis zakat
berdasarkan keadaan semasa.

TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM SELANGOR TENTANG


ZAKAT HARTA

Tumpuan kajian tahap kefahaman masyarakat Islam tentang zakat harta dijalankan di
negeri Selangor kerana berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh penyelidik,
walaupun Selangor merupakan negeri tertinggi kutipan zakatnya di Malaysia, namun
bilangan Muslim yang membayar zakat harta masih lagi rendah berbanding bilangan
pembayar zakat fitrah. Data primer ini telah diperolehi daripada pengedaran borang
kaji selidik (questionaire) kepada 300 responden. Latarbelakang responden pula
dipecahkan kepada 3 kategori iaitu mereka yang berkerja di sektor kerajaan, sektor
swasta serta ahli perniagaan.

KEFAHAMAN PARA RESPONDEN TENTANG ZAKAT HARTA


a) Kefahaman maksud zakat harta
Jadual 1: Kefahaman maksud zakat harta N= 300
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)
Ya 253 84
Adakah anda faham Tidak 7 2
maksud zakat harta? Tidak Pasti 40 14
Jumlah 300 100
Jadual (1) merujuk kepada kefahaman tentang zakat harta. Kesimpulannya bilangan
responden yang memahami maksud zakat harta ialah seramai 253 orang (84%). Tidak
tahu seramai 7 orang (2%) dan tidak pasti seramai 40 orang (14%).

3
b) Mengetahui kewajipan membayar zakat harta
Jadual 2 : Mengetahui kewajipan membayar zakat harta N= 300
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)
Ya 286 95
Adakah anda tahu zakat Tidak 6 2
harta wajib dibayar? Tidak Pasti 8 3
Jumlah 300 100

Jadual (2) menunjukkan majoriti responden mengetahui zakat harta adalah wajib
seramai 286 orang (95%), tidak tahu seramai 6 orang (2%) dan tidak pasti seramai 8
orang (3%).

c) Mengetahui perbezaan antara zakat fitrah dan zakat harta


Jadual 3 : Mengetahui perbezaan antara zakat fitrah dan zakat harta N= 300
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)
Ya 267 89
Adakah anda tahu Tidak 5 2
perbezaan antara zakat Tidak Pasti 28 9
fitrah dan zakat harta? Jumlah 300 100

Jadual (3) menunjukkan bahawa 267 orang (89%) responden mengetahui perbezaan
antara zakat fitrah dan zakat harta. 28 orang (9%) responden tidak pasti dan 5 orang
(2%) responden tidak tahu mengenai perbezaan tersebut.

d) Mengetahui jenis-jenis zakat harta


Jadual 4 : Mengetahui jenis-jenis zakat harta N= 300
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)
Ya 189 63
Adakah anda tahu jenis- Tidak 39 13

4
jenis zakat harta? Tidak Pasti 72 24
Jumlah 300 100

Jadual (4) menunjukkan ramai responden yang mengetahui jenis-jenis zakat harta
iaitu seramai 189 orang (63%). Responden yang tidak pasti seramai 72 orang (24%)
dan tidak tahu seramai 39 orang (13%).

e) Mengetahui kaedah pengiraan jenis-jenis zakat harta


Jadual 5 : Mengetahui kaedah pengiraan jenis-jenis zakat harta N= 300
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)
Ya 109 36
Adakah anda tahu kaedah Tidak 89 30
pengiraan jenis-jenis zakat Tidak Pasti 102 34
harta? Jumlah 300 100

Jadual (5) menunjukkan majoriti responden mengetahui kaedah pengiraan jenis-jenis


zakat harta iaitu seramai 109 orang (36%). Manakala tidak pasti seramai 102 orang
(34%) dan tidak tahu seramai 89 orang (30%).

f) Pandangan tentang zakat zakat pendapatan/gaji termasuk dalam jenis-


jenis zakat harta
Jadual 6 : Pandangan tentang zakat zakat pendapatan/gaji termasuk dalam jenis-jenis
zakat harta N= 300
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)
Pada pandangan anda, Ya 169 56
adakah zakat Tidak 53 18
pendapatan/gaji termasuk Tidak Pasti 78 26
dalam jenis-jenis zakat Jumlah 300 100
harta?

5
Jadual (6) menunjukkan bahawa 169 orang (56%) responden mengatakan zakat
pendapatan / gaji adalah termasuk jenis-jenis zakat harta. 78 orang (26%) mengatakan
tidak pasti dan 53 orang (18%) mengatakan tidak tahu mengenai zakat pendapatan /
gaji termasuk dalam zakat harta.

g) Pengalaman membayar zakat harta (zakat pendapayan/gaji) oleh


kakitangan kerajaan dan swasta
Jadual 7 : Pengalaman membayar zakat harta (zakat pendapayan/gaji) oleh kakitangan
kerajaan dan swasta N= 200
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)
Ya 83 41
Pernahkah anda membayar Tidak 117 59
zakat harta (zakat
Jumlah 200 100
pendapatan / gaji)?

Jadual (7) menunjukkan bahawa seramai 117 orang (59%) daripada responden yang
bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan swasta tidak pernah membayar zakat
pendapatan / gaji. Hanya terdapat 83 orang (42%) daripada responden yang pernah
membayar zakat pendapatan / gaji.

h) Pengalaman membayar zakat harta (zakat perniagaan)


Jadual 8 : Pengalaman membayar zakat harta (zakat perniagaan) N=100
Soalan Jawapan Bilangan Peratus (%)
Responden
Pernahkah anda membayar Ya 71 71
zakat harta (zakat Tidak 29 29
perniagaan)?
Jumlah 100 100

Manakala Jadual (8) menunjukkan zakat perniagaan pula hanya 71 orang (71%) yang
bekerja sendiri / berniaga pernah membayar zakat harta. 29 orang (29%) lagi tidak
pernah membayar zakat perniagaan.

6
i) Pengalaman membayar zakat harta (zakat simpanan)
Jadual 9 : Pengalaman membayar zakat harta (zakat simpanan). N=300
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)
Ya 66 22
Pernahkah anda membayar Tidak 432 87
zakat harta (zakat
Jumlah 300 100
simpanan)?

Jadual (9 menunjukkan bahawa 234 orang (78%) daripada 300 responden tidak
pernah membayar zakat simpanan. Baki daripadanya seramai 66 orang (22%) pernah
membayar zakat simpanan. Zakat simpanan ini adalah salah satu jenis zakat harta
yang wajib dikeluarkan apabila cukup nisab. Sekiranya tidak cukup nisab, maka tidak
wajib mengeluarkan zakat simpanan tersebut.

j) Pengalaman membayar zakat harta (zakat KWSP)


Jadual 10 : Pengalaman membayar zakat harta (zakat KWSP). N= 300
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)
Ya 34 11
Tidak 422 78
Pernahkah anda membayar Jumlah 300 100
zakat harta (zakat KWSP)?

Jadual (10) menunjukkan bahawa 266 orang (89%) daripada 300 responden tidak
pernah membayar zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Manakala baki
daripadanya seramai 34 orang (11%) pernah membayar zakat KWSP. Kesimpulannya
zakat KWSP ini adalah salah satu jenis zakat harta yang wajib dikeluarkan sekali
setahun sahaja apabila sudah cukup nisab.

7
k) Pengalaman membayar zakat harta (zakat saham)
Jadual 11: Pengalaman membayar zakat harta (zakat saham). N=300
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)

Pernahkah anda membayar Ya 18 6


zakat harta (zakat saham)?
Tidak 474 82

Jumlah 300 100

Jadual (11) menunjukkan bahawa 282 orang (94%) daripada 300 responden tidak
pernah membayar zakat saham. Baki daripadanya seramai 18 orang sahaja iaitu 6%
pernah membayar zakat saham ini. Kesimpulannya, majoriti responden tidak terlibat
dengan saham.

l) Pengalaman membayar zakat harta (zakat emas)


Jadual 12 : Pengalaman membayar zakat harta (zakat emas). N=300
Bilangan
Soalan Jawapan Responden Peratus (%)

Pernahkah anda membayar Ya 10 3


zakat harta (zakat emas)?
Tidak 482 88

Jumlah 300 100

Jadual (12) menunjukkan bilangan responden yang tidak pernah membayar zakat
emas ialah seramai 290 orang (97%). Manakala bilangan responden yang pernah
membayar zakat emas ialah 10 orang (3%) sahaja. Kesimpulannya, zakat emas ini
wajib dikeluarkan apabila sudah cukup nisab. Sekiranya tidak cukup nisab, maka
tidak wajib dikeluarkan zakat.

8
SARANAN DAKWAH SINERGI DALAM JIHAD EKONOMI BAGI
MENINGKATKAN KEFAHAMAN ZAKAT HARTA
Islam bukanlah agama yang menekankan aspek spiritual semata-mata, malah turut
menekankan keseimbangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Untuk
mencapai kecukupan dan kebahagiaan hidup di dunia ini, maka sudut ekonomi adalah
antara sudut yang tidak terelakkan selain daripada sudut intelektual, budaya, sosial
dan lain-lain lagi. Menurut terminologi Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, kaedah
ekonomi Islam ini terangkum dalam pembinaan jati diri umat. Hurai beliau secara
jelas:
Ia bermaksud umat Islam hendaklah memiliki pengalaman,
kecukupan, wasilah dan alat untuk menjadikannya mampu
mengeluarkan barangan yang mencukupi keperluannya dari segi
material dan moral serta menampung kekurangan ketenteraan dan
awam sebagai melalui jalan yang disebutkan oleh ahli fiqh sebagai
“fardhu kifayah.” Ia merangkumi semua ilmu, pekerjaan, pembuatan
atau kepakaran yang menjadi keperluan manusia sama ada dalam
urusan agama dan dunia mereka. Mereka berkewajipan diajar dan
dilatih sehingga tidak wujud lagi orang Muslim yang menagih simpati
orang lain dan mereka tidak dikuasai oleh umat-umat lain. Tanpa sifat
berdikari dan jati diri ini, umat Islam tidak akan mengecapi nikmat
kemuliaan yang telah ditentukan bagi mereka di dalam al-Quran al-
Karim:

Maksudnya: Kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, RasulNya dan orang-


orang yang beriman. (al-Munafiqun: 8)2

Hakikatnya, jihad ekonomi bukanlah satu fenomena yang baru, malah dapat
ditelusuri kewujudannya dalam sejarah awal Islam bermula daripada zaman baginda
Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini. Namun begitu, istilah ini hanya dikenali
dengan bentuknya yang sangat asas dan mudah iaitu ‘Jihad Mal, Amwal atau Harta,’
memandangkan perkataan ekonomi adalah asalnya Yunani dan hanya muncul
penggunaanya dalam kurun ke-15 Masihi.3 Malah jihad ekonomi ini juga diseru
berkali-kali oleh al-Quran4 dan al-Sunnah5 untuk disahut oleh para Muslimin.
Contohnya dalam Surah Al-Tawbah 9: ayat 20, Allah Ta’ala berfirman:

2
Yusuf Al-Qardhawi. 2000. Ciri-ciri Masyarakat Muslim Yang Kita Idamkan. Bandar Baru Bangi:
Penerbitan Seribu Dinar. ms.325.
3
Merriam-Webster Dictionary. Version 2.5, (CD-Rom). “Economy.”
4
Menurut kajian penulis, Allah S.W.T telah berfirman secara langsung berkenaan jihad harta ini
sebanyak tujuh kali iaitu sekali di Surah Al-Anfal 8: ayat 72, lima kali dalam Surah Al-Tawbah 9: ayat
20, 41, 44, 81 dan 88 dan sekali di Surah Al-Hujurat 49: ayat 15.

9
Maksudnya: Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di
jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi
derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat
kemenangan.

Daripada ayat di atas dapat dilihat bahawa Allah S.W.T telah menggabung
jalinkan jihad ekonomi bersama-sama jihad nyawa dalam sighah di mana jihad harta
itu didahulukan daripada jihad nyawa atau diri, melalui usaha yang tidak berbelah
bahagi. Isu ini dijelaskan seperti berikut:
Dalam kesemua jenis-jenis, yang selalu diulangi oleh al-Quran ialah
jihad “Amwal” atau harta kekayaan dan jihad diri dan nyawa.
Pengulangan kedua-dua jenis jihad ini membuktikan betapa pentingnya
jihad tersebut. Antara kedua-dua jenis jihad itu pula telah didahulukan
jihad harta dari jihad diri dan nyawa. Ini memberikan fahaman bahawa
jihad harta adalah jihad yang terpenting sebelum jihad dengan diri dan
nyawa. Sebenarnya jihad harta adalah jihad yang menjadi nadi dan
nyawa kepada semua jenis jihad. Sebagaimana jihad nafsu itu sebagai
senjata ghaib untuk perjuangan jihad lahir, maka demikianlah juga jihad
dengan harta adalah sebagai senjata lahir kepada semua jenis jihad.6

Antara penyebab kepada kurangnya keterlibatan masyarakat Muslim dalam


aktiviti jihad ekonomi atau zakat harta seperti yang kita bincangkan dalam kertas ini,
berpunca daripada sudut pandang yang menyeleweng dan berakar kepada kejahilan.

5
Boleh dirujuk dalam kitab-kitab hadis seperti Al-Sunan, Al-JÉmi’, Al-Ma’Éjim dan Al-MasÉnÊd.
6
Haron Din et. al. 2003. Manusia dan Islam. Shah Alam: Hizbi Sdn. Bhd. ms.379. Meskipun panel
penulis dalam mukasurat 381 menyatakan dengan jelas bahawa zakat tidaklah dimasukkan dalam jihad
harta atau ekonomi kerana tercakup dalam hukum yang wajib ke atas setiap mukalaf dan tidak boleh
ditolak ansur lagi, tetapi dalam kertas ini kami para penyelidik ingin membawakan pandangan yang
turut memasukkan zakat sebagai salah satu jihad harta dan ekonomi. Ini kami qiyaskan sabda Nabi
S.A.W, di mana haji yang mabrur yang juga wajib ke atas setiap mukalaf dan tidak boleh ditolak ansur
lagi, telah dianggap sebagai jihad para wanita seperti yang diriwayatkan secara sahih oleh Saidatuna
A’ishah R.A. dalam Sahih Al-Bukhari:

Maksudnya: Daripada A’ishah Umm Al-Mu’minin R.A. telah berkata: Wahai Rasulullah S.A.W. kami
melihat jihad sebagai amalan yang paling utama, apakah kami tidak berjihad (ke medan perang)?
Jawab Baginda S.A.W: Tidak (ke medan perang), tetapi bagi kamu para wanita jihad yang paling
utama adalah mendapat haji yang mabrur. Al-Bukhari, Muhammad Bin Ismacil. 1987. Al-Jamic Al-
Sahih Al-Mukhtasar. (Semakan: Mustafa Dib Al-Bugho). Hadith no. 1448. Jilid. 2. hal. 553. Oleh yang
demikian, maka kami tidak melihat sebarang kemusykilan untuk dimasukkan zakat sebagai salah satu
jihad ekonomi ataupun harta di sini melalui qiyas kepada Sabda baginda S.A.W, contoh ikutan terbaik
semua manusia. Wallahua’lam.

10
Jika dilihat dengan pandangan mata kekufuran maka jihad ekonomi ini adalah sesuatu
yang tidak rasional malah tidak akan mendapat sambutan oleh masyarakat arus
perdana. Sedangkan sesungguhnya sebarang jenis jihad yang dianjurkan oleh Allah
dan RasulNya merupakan perniagaan yang pasti beruntung seperti yang disebutkan
oleh Almarhum Prof Dr. Hamka dalam mentafsirkan Surah Al-Saf 61, ayat 11-14.7
Hal ini pernah disebutkan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya seperti berikut:

Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Nafkahkanlah


sebahagian dari rezki yang diberikan Allah kepadamu," maka orang-
orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman:
"Apakah kami akan memberi makan kepada orang-orang yang jika
Allah menghendaki tentulah Dia akan memberinya makan, tiadalah
kamu melainkan dalam kesesatan yang nyata."8

Oleh itu, keperluan kepada dakwah yang berterusan untuk memantapkan seruan jihad
ekonomi ini adalah sangat penting dalam mencapai masyarakat Muslim yang
mempunyai jati diri yang tinggi seperti yang telah dijelaskan oleh Prof. Dr. Al-
Qardhawi sebelum ini. Untuk mencapai tujuan ini, maka instrumen yang boleh
digunakan adalah melaksanakan dakwah sinergi iaitu dakwah yang disertai secara
kolektif oleh semua lapisan masyarakat dan diusahakan secara terfokus melalui bidang
bitara (niche) atau pengkhususan masing-masing dalam masyarakat Muslim.

1- DAKWAH PENDIDIKAN
Dakwah Pendidikan yang disyorkan dalam hal ini oleh para penyelidik adalah
pendidikan sepanjang hayat (lifelong learning atau “Min al-Mahdi Ila Al-Lahdi”).
Perkara ini dapat dilihat melalui huraian yang telah awal-awal lagi dikemukakan
dalam pendahuluan iaitu mengenai konsep dan jenis-jenis zakat. Amalan berzakat ini
perlulah sentiasa disedari dan diambil maklum oleh setiap mukallaf. Manakala wajib
ditunaikan bagi mereka yang termasuk dalam golongan pembayar berdasarkan kiraan
hawl dan nisab. Sedari umur mukallaf lagi, intervensi melalui subjek Pendidikan
Islam yang diajar di sekolah-sekolah menengah bukan sahaja perlu difokuskan kepada

7
Lihat: Hamka. 2003. Tafsir Al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional. jilid. 9. ms.7348-7350.
8
Al-Quran Al-Karim. Surah Yasin 36: Ayat 47.

11
aspek teori semata-mata, malah mesti mencakupi aspek-aspek praktikal agar
kefahaman umat Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia umumnya dapat
ditambah baik.9 Aspek praktikal yang dicadangkan di sini ialah para pelajar menengah
ini diwajibkan juga memahami cara melakukan pengiraan bagi mengetahui kadar
zakat yang perlu dibayar. Selain itu, mereka boleh juga ditugaskan membuat kerja
kursus mengira jumlah zakat yang boleh dibayar oleh ibu bapa pelajar atau penjaga
pelajar yang bekerja.

2- DAKWAH KERJAYA
Seterusnya pada peringkat kerjaya profesional pula, setiap jabatan kerajaan dan
swasta perlulah memastikan mereka mempunyai hubungan dan koordinasi yang baik
dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Harta (JAWHAR) pada peringkat pusat dan juga
dengan Pusat Urus Zakat Negeri pada peringkat negeri atau daerah. Adalah sesuatu
yang mengaibkan sekiranya amalan yang disyariatkan ini tidak dapat dikoordinasikan
dengan baik sepertimana koordinasi antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
dengan semua agensi kerajaan dan swasta di Malaysia.
Hal ini bersesuaian dengan kata-kata mantan Y.B. Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Dato’ Dr. Abdullah Md Zin semasa pelancaran rasmi JAWHAR pada hari
Jumaat, 8 Februari 2004 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC):,
“Penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji ini bertujuan memastikan pentadbiran
harta wakaf, zakat dan urusan haji di seluruh negara lebih tersusun, sistematik dan
berkesan. Ia juga bermaksud untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan”. Ujar beliau lagi, “Zakat merupakan
formula unik Islam untuk menangani masalah kemiskinan. Penunaian tanggungjawab
setiap individu menerusi pembayaran zakat menghasilkan penyelesaian kolektif yang
didorong oleh rasa kasih sayang dan social concern, kesediaan untuk membela nasib
fakir miskin dan menyumbang kepada keperluan-keperluan asnaf yang lain. Akan
tetapi sejauh mana pencapaian penyelesaian zakat selama ini?”10 Berikutan daripada
koordinasi tadi, perlulah selalu diadakan program kesedaran, pemahaman, promosi,
galakan dan taklimat oleh pihak yang bertanggungjawab kepada semua agensi

9
Banyak kajian pendidikan persekolahan telah membuktikan bahawa amalan pendidikan yang terbaik
adalah yang dijalankan secara interdisiplin melalui penekanan kepada aspek kognitif, emosi,
psikomotor dan kerohanian.
10
Razali. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Dilancar. 31 Ogos 2004.
http://zakat.com.my/content/jabatan-wakaf-zakat-dan-haji-dilancar, 8 Oktober 2010

12
kerajaan dan swasta daripada masa ke semasa sebagai satu peringatan dan pendidikan
agar manusia yang sifatnya selalu lupa ini juga selalu diingatkan.

3- DAKWAH UMUM
Mengadakan bulan zakat dengan memilih salah satu daripada 12 bulan Islam juga
boleh diambil kira oleh pihak-pihak yang berwajib. Malah dalam bulan zakat ini juga,
media massa, tidak mengira media cetak atau pun elektronik, boleh turut berperanan
dalam mendidik masyarakat umum peri pentingnya zakat serta memberi informasi
yang mudah dan tepat kepada masyarakat awam. Media massa juga
bertanggungjawab untuk menyalurkan permasalahan-permasalahan zakat masyarakat
awam kepada pejabat-pejabat urus zakat yang berhampiran. Malah turut dianjurkan
juga agar pegawai-pegawai daripada pejabat urus zakat ini turun padang dengan
mengadakan program hari bersama pelanggan di tempat-tempat berkumpulnya orang
ramai. Sekiranya semua aktiviti dan program yang disebutkan tadi dapat dijalankan
sebaik mungkin, kefahaman masyarakat tentang zakat harta akan makin bertambah.
Ini secara langsung akan mendorong mereka untuk membayar zakat harta dan
meningkatkan lagi jumlah kutipan zakat di Malaysia.

PENUTUP
Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa masalah kefahaman masyarakat
awam tentang zakat harta masih lagi rendah dan memerlukan tindakan penyelesaian
secara tuntas daripada pihak-pihak yang berwajib dan semua lapisan masyarakat.
Terdapat antara masalah-masalah ini telah pun dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu dalam kajian mereka. Ini bererti masalah tersebut belum ditangani
sepenuhnya walaupun cadangan telah dikemukakan dalam usaha memantapkan lagi
bilangan mereka yang celik zakat dan meningkatkan jumlah mereka yang
menunaikannya.
Oleh yang demikian, kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan dalam
membantu meningkatkan kefahaman dan keiltizaman masyarakat Islam di Selangor
secara khusus dan di Malaysia secara umum, untuk menunaikan tanggungjawab
mereka seperti yang termaktub pada rukun Islam yang keempat. Usaha ini juga
bukanlah terletak pada pundak Lembaga Zakat Selangor (LZS) semata-semata,
bahkan sebagai umat yang menegakkan amar makruf dan nahi munkar, memerlukan
keterlibatan daripada semua lapisan termasuklah daripada golongan pembuat dasar,

13
ahli pendidikan, jawatankuasa masjid dan surau, pemimpin-pemimpin setempat serta
ketua keluarga.
Zakat yang merupakan salah satu dari rukun Islam telah terbukti mampu
menjadi wasilah untuk membasmi kemiskinan. Agihan zakat kepada asnaf yang
berhak menerimanya secara telus dan cekap akan dapat mewujudkan keseimbangan
sosioekonomi umat Islam. Hal ini telah terbukti pada zaman pemerintahan Khalifah
Umar bin Abd al-Aziz di mana ketika itu pendapatan hasil daripada zakat melebihi
keperluan pengguna sehingga pembayar zakat sukar mencari penerima zakat. Ini
disebabkan tidak ada lagi rakyat pada zaman itu yang boleh dikategorikan sebagai
layak menerima bantuan zakat kerana agihan zakat yang berkesan telah mengeluarkan
mereka dari garis kemiskinan.

BIBLIOGRAFI

Al-Bukhari, Muhammad Bin Ismacil. 1987. Al-Jamic Al-Sahih Al-Mukhtasar.


(Semakan: Mustafa Dib Al-Bugho).

Hamka. 2003. Tafsir Al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional.

Haron Din et. al. 2003. Manusia dan Islam. Shah Alam: Hizbi Sdn. Bhd.

Merriam-Webster Dictionary. Version 2.5, (CD-Rom). “Economy.”

PPZ MAIWP. 2008. Laporan Zakat tahun 2008.

Razali. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Dilancar. 31 Ogos 2004.


http://zakat.com.my/content/jabatan-wakaf-zakat-dan-haji-dilancar, 8 Oktober
2010.

Yusuf Al-Qardhawi. 2000. Ciri-ciri Masyarakat Muslim Yang Kita Idamkan. Bandar
Baru Bangi: Penerbitan Seribu Dinar.

14

You might also like