You are on page 1of 3

SPSK PK 07- MINIT MESYUARAT PEND.MUZIK BIL.

1/2017

MINIT MESYUARAT PANITIA


SAINS KEMASYARAKATAN
(PENDIDIKAN MUZIK)
BIL.1/2017
SK TROPICANA

Tarikh : 5 Januari 2017 (Khamis)


Masa : 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Tropicana
Pengerusi : Tn. Haji Shamsudin Bin Sadli

Kehadiran :

Nama yang hadir :


1. En. Shamsuddin bin Sadli Pen Kanan Pentadbiran
2. En. Muhammad Hilmi bin Mohamad Nor KP Pendidikan Muzik

Nama yang tidak hadir :


-
Hadir Bersama : -

3. En. Muhammad Hilmi Bin Mohamad Nor KP RBT/TMK


4. En. Shamsudin bin Yaakob KP Sejarah
5. En. Abu Hanafi bin Abu Samah KP Pend. Moral
6. En.Azie Azhan bin Ab Aziz KP PJPK
7. Pn.Rushamani bt. Rasidi KP Pendidikan Seni
8. En.Mohd Kushairi bin Azmi Guru Panitia Muzik
9. En.Mohd Khaidir bin Che Ibrahim Guru Panitia PJPK
10. En.Ali Karimi bin Dahlan Guru Panitia PJPK
11. Pn.Masnira bt. Mohammad Guru Panitia Sejarah
12. Puan Rosmaniah bt Awng Ibrahim Guru Panitia Pend.Seni
13. Pn.Zaimah bt. Ismail Guru Panitia Pend.Seni
14. Pn.Sharipah bt. Ghazali Guru Panitia Pend.Seni

1.0 Kata Aluan Pengerusi

1.1 Tn. Haji Shamsudin bin Sadli mengalu-alukan kehadiran guru-guru untuk menghadirkan diri
ke mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik Bil.1 2017. Beliau sedia maklum akan gabungan
beberapa lagi panitia dalam mesyuarat ini.
1.2 Bagi Panitia Pendidikan Muzik,Pendidikan Seni,Pendidikan Moral,Pendidikan Jasmani &
Kesihatan dan Sejarah adalah sebab diadakan mesyuarat bersama kerana panitia-pantia ini di
bawah satu uit yang sama iaitu Sains Kemasyarakatan.
Tindakan: Makluman

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas

Tiada minit mesyuarat yang lepas

3.0 Perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit

1
SPSK PK 07- MINIT MESYUARAT PEND.MUZIK BIL.1/2017

4.0 Perkara Baharu

4.1 PCG 2017

Sejumlah RM 1953.00 diperuntukkan untuk panitia Pendidikan Muzik bagi tahun 2017.Ketua
Panitia Muzik bercadang untuk membeli beberapa lagi alat perkusi yang mana terdapat alat perkusi
yang sebleum ini telak rosak dan tidak boleh lagi diselanggara. Selain itu ia bagi memastikan setiap
murid dapat menggunakan dalam sesi pembelajaran.

Selain dari itu, PCG tahun ini juga Ketua Panitia bercadang untuk digunakan dalam pembelian PA
System yang baru di mana kegunaannya menyeluruh terhadap sekolah khusus dlaam menjalankan
aktiviti di dewan seperti majlis Nayian & Koir.

Tindakan: Ketua Panitia Pend.Muzik.


4.2 Peperiksaan 2017

Seperti kebiasaan tahun sebelumnya mata pelajaran ini hanya akan melalui penilaian amali bagi
PKSR 1 dan PKSR 2.. Rasional cadangan ini adalah untuk bersikap adil terhadap semua murid
khususnya murid yang lemah dari aspek akademik tetapi mereka mempnyai kekuatan dari aspek
kemahiran.

Oleh kerana hanya terdapat dua orang guru sahaja yang mengajar dalam mata pelajaran ini,
penyediaan soalan-soalan PKSR 1 & dan PKSR 2 adalah di bawah tanggungjawab En.Muhammad
Hilmi. Dan En.Muhammad Kushairi

KPI bagi mata pelajaran ini pula ialah di mana Ketua Panitia mensasarkan 80% murid lulus bagi
setiap tahun iaitu tahun 1,2,34,5 dan 6untuk PKSR 1 & PKSR 2.

Tindakan: Ketua Panitia Pend.Muzik

4.3 Bilik Khas – Bilik Muzik

Penggunana bilik khas khusus untuk aktiviti PdPc dan mengikut jadual yang telah dibuat. Namun
begitu Bilik Muzik juga digunakan untuk aktiviti latihan kumpulan persmebahan speerti Nasyid dan
Zumba.

Cuma bagi sesi 2017 aktiviti kecerian Bilik muzik tidak dapat dilakasanakan lagi kerana Guru ICT
perlu mengenal pasti kelemahan-kelemahan berpandukan instrumen penilaian bilik khas yang
diberikan oleh PPD.
Tindakan: Ketua Panitia Pend.Muzik

4.4 Rancangan Pengajaran Tahunan 2017

RPT telah disediakan dan siap dicetak dan dimasukkan ke dalam fail Panitia di pejabat.

Tindakan: Ketua Panitia Pend.Muzik

2
SPSK PK 07- MINIT MESYUARAT PEND.MUZIK BIL.1/2017

5.0 Hal-hal lain

5.1 Perancangan Strategik

Tn. Hj Shamsuddin berharap agar pelan strategik perlu dibuat memandangkan terdapat isu yang
harus diselesaikan dalam tempoh setahun atau lebih. Hal ini juga selaras mengikut arahan dari pihak
PPD yang menyatakan pelan strategik bukan sahaja untuk mata pelajaran teras tetapi juga elektif.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

5.2 Aktiviti Panitia

En. Abu Hanafi mencadangkan agar tahun ini aktiviti panitia dilakasanakan secara kolaborasi
khususnya panitia-panitia mata pelajaran elektif. Hal ini kerana kebanyakkan mata pelajaran elektif
tidak mempunyai ahli panitia yang ramai disamping sekiranya dilihat dari aspek rasionalnya dapat
menjimatkan tenaga kerja , kos bajet dan turut menjimatkan masa bagi perjalanan aktiviti tahunan
sekolah.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

6. Penutup

Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada guru yang dapat hadir ke mesyuarat Panitia
Pend.Muzik Bil.1/2017 dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang.

Urusetia : Ketua Panitia Pend.Muzik


Tarikh : 5 Januari 2017

You might also like