You are on page 1of 25

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)

ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

RODA C.I.U: SATU TEKNIK UNTUK


MEMBINA KEMAHIRAN MENGECAM
DAN MENGINGAT SIMBOL NOMBOR
BULAT 1 HINGGA 9 BAGI
MURID LEMBAM

Siti Farhana Muhd Ridzwan1, Mahaliza Mansor2


1
Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani, Kedah
2
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak

Abstract

This study was conducted to identify the skills of recognizing and


remembering the whole numbers 1 to 9 via the C.I.U in one primary
school at Sungai Petani town. The participant in this study is a boy
who is slow learner. The findings from the initial interview and
written test showed that the participant was unable to recognize
and remember the symbol of whole numbers. The research design
used in Kurt Lewin’s (1946) action research model. The data was
collected through observation, document analysis and assessments.
The findings showed that there is an improvement in the skills of
identifying and remembering whole numbers from 1 to 9 based
on the intervention conducted. The findings also affirmed that the
C.I.U. wheel is an effective tool help slow learners to acquire the
skill of identifying and remembering whole number.

Keywords Special education mathematics, identifying, remembering,


learning difficulties, learning through playing

1
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kemahiran mengecam


dan mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9 melalui Roda
C.I.U di sebuah sekolah rendah di bandar Sungai Petani. Seorang
peserta kajian telah dipilih iaitu murid lelaki yang mengalami
masalah lembam. Hasil dapatan tinjauan awal temu bual dan ujian
bertulis yang telah dijalankan, jelas menunjukkan bahawa peserta
kajian memang tidak boleh mengecam dan mengingat simbol
nombor bulat. Model kajian tindakan yang diasaskan oleh Kurt
Lewin (1946) telah digunakan dalam kajian ini. Pengumpulan data
kajian telah dilakukan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan
penilaian. Hasil kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran
mengecam dan mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9
berdasarkan penggunaan Roda C.I.U yang telah dijalankan.
Kata kunci Matematik pendidikan khas, mengecam, mengingat,
masalah pembelajaran, belajar melalui bermain

PENDAHULUAN
Pendidikan khas merupakan sebuah program yang direka khas untuk
pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas ataupun orang kelainan
upaya. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), pendidikan khas
didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak
bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanan yang telah dikenal pasti
dan disahkan oleh pakar profesional sebagai mengalami kekurangan
yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka
terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang
rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Masalah yang
dialami oleh kanak-kanak ini boleh dikategorikan mengikut tahap
kefungsian kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa
lisan dan pertuturan, penguasaan membaca dan kemahiran Matematik
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Salah satu subjek yang
terdapat dalam Pendidikan Khas ialah Matematik. Lantaran itu,
pembelajaran mereka perlu direka khas termasuklah penggunaan
bahan khas, peralatan khas dan teknik pengajaran dan pembelajaran
mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid berkeperluan khas.
Hal ini kerana, murid-murid berkeperluan khas perlu menguasai mata
pelajaran Matematik di sekolah supaya mereka tidak kekok untuk
berinteraksi dengan masyarakat luar.

2
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

REFLEKSI
Selama menjalani praktikum fasa pertama selama 5 minggu dan juga
fasa kedua selama 5 minggu, banyak pengalaman telah dapat penyelidik
timba. Pengalaman-pengalaman tersebut termasuklah kelemahan
murid-murid pendidikan khas dalam menguasai mata pelajaran
Matematik terutama sekali pengajaran tentang konsep nombor.
Masalah ini turut terjadi ketika saya menjalani praktikum pada fasa
ketiga iaitu selama 14 minggu. Senario ini amat membimbangkan saya
apatah lagi murid-murid ini masing-masing mempunyai kebolehan
dan potensi diri yang perlu dibangunkan dan diperkembangkan oleh
guru selain kepentingan mata pelajaran Matematik itu sendiri dalam
kehidupan manusia.
Saya telah menjalani praktikum fasa ketiga di sebuah sekolah
sekitar Sungai Petani yang mempunyai bilangan murid pendidikan
khas seramai 42 orang dan guru seramai 12 orang. Hari ini, 23 Jun
2013, merupakan hari pertama bagi saya untuk mengajar mata pelajaran
Matematik di kelas 3 Dedikasi. Kelas ini mempunyai 6 orang murid
yang terdiri daripada 3 orang murid Melayu, seorang murid India dan
2 orang murid Cina. Pada mulanya, saya berasa cemas, takut dan teruja
kerana sudah lama saya tidak berpeluang untuk masuk ke kelas dan
mengajar semenjak melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim. Saya memasuki kelas tepat jam 8.30
pagi walaupun jadual saya bermula pada jam 8.15 pagi, ini bermakna
saya terlewat selama 15 minit disebabkan perhimpunan rasmi yang
diadakan setiap hari Ahad. Kelewatan ini telah menjadi suatu kesulitan
bagi saya kerana perlu mempercepatkan setiap langkah pengajaran
supaya murid-murid tidak ketinggalan pelajaran dalam kelas yang
seterusnya.
Selepas memasuki kelas, saya telah memperkenalkan diri kepada
murid-murid dan mengadakan sesi suai kenal bersama mereka. Semasa
aktiviti tersebut dilaksanakan saya menghadapi sedikit kesukaran
untuk mendekati murid ini kerana mereka terdiri daripada pelbagai
kategori dan setiap murid itu mempunyai minat dan kecenderungan
yang berbeza-beza. Murid-murid Cina kelas ini hanya dapat
mengeluarkan bunyi sahaja seperti ‘ayayeyayo’ dan ‘aaaaaeeeeee’.
Semasa saya sedang mengajar ataupun menjalankan aktiviti, Raj
(bukan nama sebenar) dan Fahmi (bukan nama sebenar) sering berdiri
dan menghalang pandangan rakan-rakannya yang duduk di belakang.
Saya telah menegur mereka beberapa kali tetapi mereka masih enggan
mematuhi arahan. Saya terpaksa berhenti mengajar untuk menegur

3
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

dan menyuruh mereka duduk semula di tempat duduk dengan intonasi


yang lebih tinggi bagi menunjukkan ketidakpuasan hati saya terhadap
perbuatan mereka. Lantas mereka mematuhi arahan saya dan duduk di
tempat masing-masing.
Saya bercadang untuk menyemak jawapan lembaran kerja
bersama-sama dengan murid sebelum kelas tamat tetapi tidak sempat
membuat perbincangan tersebut kerana masa yang diperuntukkan
tidak mencukupi. Ini merupakan salah satu kelemahan saya dalam
pengurusan masa yang tidak cekap. Hasil daripada temu bual
dengan guru terdahulu yang mengajar subjek tersebut, saya telah
membahagikan murid kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pandai
(kumpulan 1) dan kumpulan lemah (kumpulan 2). Kumpulan 1,
kesemua murid dapat menyebut perkataan dan nombor manakala
kumpulan 2 pula hanya mengeluarkan kata-kata yang tidak jelas dan
tidak dapat difahami. Akan tetapi mereka dapat menulis mengikut
garisan putus-putus. Contoh perkataan yang sering disebut oleh
Lao (bukan nama sebenar) ialah ‘ayayeyayo’. Teh (bukan nama
sebenar) pula hanya mengeluarkan bunyi seperti ‘aaaaeeee’. Dia juga
gemar mengajuk percakapan saya tanpa memahami apa yang telah
disebutnya. Di samping itu, saya juga tidak dapat memahami bunyi-
bunyi yang dikeluarkan oleh kedua-dua murid ini iaitu Lao dan Teh.
Kesemua murid kumpulan 1 boleh menyebut dengan jelas tetapi
segelintir daripada mereka mengalami masalah dalam menguasai
konsep nombor bulat. Hal ini terbukti apabila saya telah menjalankan
ujian bertulis 1 semasa tinjauan awal kepada murid kumpulan 1.
Fahmi, Raj dan Haziq (bukan nama sebenar) lebih mudah untuk
mengecam simbol nombor bulat 1 hingga 9. Mereka juga dapat
menyebut nombor yang ditunjukkan oleh saya dengan betul.
Hamzi (bukan nama sebenar) pula gemar mengangkat tangan untuk
menjawab soalan saya tetapi kebanyakan jawapannya salah. Dia
juga menyebut sesuka hati apabila saya menunjukkan kad imbasan
nombor sambil tersengih kepada saya. Kadangkala dia suka mengetuk
pensilnya apabila saya memberi lembaran kerja seperti mengira dan
menulis nombor yang betul. Saya juga sering mendengar ayat-ayat
seperti ‘tak taula cikgu’, dan ‘cikgu macam mana nak buat ni’. Ayat ini
akan disebut apabila sesi pengajaran dan sesi lembaran kerja. Situasi
ini membimbangkan saya kerana Hamzi boleh dikatakan seorang
murid yang cerdik kerana dapat membilang nombor bulat 1 hingga 20
mengikut turutan yang betul tetapi tidak dapat mengecam dan sekali
gus tidak dapat mengingat serta menulis nombor tanpa kad nombor.

4
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

Hasil daripada ujian bertulis 1, saya dapati Hamzi seorang sahaja yang
tidak dapat mengecam dan mengingat nombor dengan betul. Justeru,
masalah untuk mengecam simbol nombor bulat 1 hingga 9 merupakan
satu cabaran yang perlu difikirkan dan diatasi dengan segera terutama
kepada murid yang bernama Hamzi.
Saya telah meninjau beberapa masalah yang dihadapi oleh murid
kelas 3 Dedikasi. Segelintir mereka bermasalah dalam menyebut
perkataan dan nombor dengan jelas. Akan tetapi seorang murid yang
telah dipilih sebagai peserta kajian saya menghadapi masalah yang
menarik perhatian saya untuk mengkaji dan seterusnya melakukan
intervensi yang bersesuaian dengan masalah tersebut. Peserta
kajian saya iaitu Hamzi kategori lewat perkembangan atau lembam
mempunyai ingatan yang singkat dalam mengecam dan mengingat
bentuk nombor-nombor bulat. Mengikut Muhamad Fahmi Ahmad
Tarmizi & Abdullah Kamal Abu Bakar (2012), masalah lupa juga
sering dikaitkan dengan perkembangan yang lambat. Justeru, masalah
tersebut sering kali timbul kepadanya apabila sesuatu pengajaran
dilaksanakan. Kegagalan ini menyebabkan dia sering menunjukkan
tingkah laku seperti menggaru-garu kepala apabila soalan diajukan
kepadanya. Dia juga akan mengetuk pensilnya apabila saya memberi
lembaran kerja. Keadaan ini memberi masalah kepadanya dan juga
saya sendiri kerana menurut dokumen Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) terdapat tajuk-
tajuk yang perlu dikuasai oleh murid seperti tajuk nombor bulat dalam
lingkungan 10 yang memerlukannya untuk mengenal simbol nombor
dalam lingkungan 1 hingga 9 (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2010). Justeru, saya akan tumpukan kepada ingatan peserta kajian ini
dalam mengecam dan mengingat simbol nombor bulat iaitu nombor
1 hingga 9 dengan menggunakan bahan konkrit iaitu ‘Roda C.I.U’
(Cam-Ingat-Ulang). Teknik Roda C.I.U ini dilaksanakan menerusi
tiga aktiviti utama iaitu aktiviti ‘Siapa saya?’, ‘Sentuh saya’ dan ‘Cari
saya’. Ketiga-tiga aktiviti ini dijalankan sebagai intervensi kepada
penyelidikan tindakan bagi proses mengecam dan mengingat.

TINJAUAN LITERATUR
Warren (2009) menyatakan belajar melalui bermain mampu
mendatangkan keseronokan serta kepuasan dalam sesuatu pengajaran
yang disampaikan dan penglibatan murid akan menjadi aktif. Penyataan
ini juga telah diutarakan oleh Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011)
yang menegaskan bahawa kanak-kanak akan berminat belajar dan

5
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

fokus dengan segala perkara yang berkaitan dengan aktiviti permainan


yang dilakukan. Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang
terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar
dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan
belajar melalui bermain diberi tiga penekanan khusus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-
kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat
penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung
secara semula jadi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003).
Aktiviti pembelajaran menggunakan Roda C.I.U berkait rapat
dengan teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh Edward Lee
Thorndike. Menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad (2009), teori ini adalah connectionism yang
bermaksud hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerak
balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan
atau memuaskan yang menekankan tiga hukum pembelajaran yang
sama diaplikasikan dalam kajian ini iaitu hukum kesediaan, hukum
latihan dan juga hukum kesan.
Noriati A. Rashid et al. (2009) mengatakan bahawa penglibatan
orang lain memberi peluang kepada pelajar untuk menilai dan
meningkatkan pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah
kepada pemikiran orang lain dan berkongsi membina pemahaman.
Kenyataan ini selaras dengan teori Vygotsky yang beranggapan
pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampaian secara
formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang lebih
berpengalaman. Bagi membantu peserta kajian menguasai isi pelajaran,
teknik scaffolding iaitu penjelasan secara verbal dan soal jawab juga
digunakan sejajar dengan teori Vygotsky yang mengatakan teknik
scaffolding adalah proses membimbing dan membantu pembelajaran
(Noriati et al., 2009).
Kajian kes yang telah dijalankan oleh Baroody (1987) dan
Ginsburg (1977) dalam Lim Chap Sam, Fatimah Salleh dan Munirah
Ghazali (2003), bagi menggalakkan pembelajaran yang bermakna
kepada pelajar, pengajaran Matematik perlu dimulakan dengan
pengalaman belajar yang melibatkan objek sebenar. Kenyataan ini
selaras dengan Mok Soon Sang (2009) yang mengatakan pengenalan
simbol Matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.
Justeru, saya telah menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih
menarik dan bermakna iaitu Roda C.I.U supaya bahan tersebut boleh
membantu peserta kajian memahami pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan.

6
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Membina kemahiran mengecam simbol nombor bulat 1
hingga 9 bagi murid lembam dengan menggunakan kaedah
Roda C.I.U.
2. Membina kemahiran mengingat simbol nombor bulat 1
hingga 9 bagi murid lembam dengan menggunakan kaedah
Roda C.I.U.

SOALAN KAJIAN
1. Adakah penggunaan kaedah Roda C.I.U dapat membina
kemahiran murid lembam dalam mengecam simbol nombor
bulat 1 hingga 9?
2. Adakah penggunaan kaedah Roda C.I.U dapat membina
kemahiran murid lembam dalam mengingat simbol nombor
bulat 1 hingga 9?

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian


Dalam melaksanakan penyelidikan tindakan ini, saya telah
menjalankan beberapa langkah seperti yang terdapat dalam model
Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dalam Rosinah Edinin
(2012) iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Model
yang dimaksudkan adalah seperti rajah di bawah:

 
Rajah 1 Model penyelidikan tindakan Kurt Lewin 1946

7
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

Rasional penggunaan model ini adalah kerana ia bersesuaian


dengan langkah-langkah yang telah saya laksanakan. Kajian saya
dimulakan dengan meneliti rekod murid bagi ujian bertulis 1 yang
telah dijalankan sebelum memulakan proses pengajaran. Hasil rekod
tersebut menunjukkan prestasi murid kelas saya memuaskan dan
didapati setiap daripada mereka mempunyai tahap kefahaman yang
berbeza-beza terutama dalam subjek Matematik.
Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada cara yang sesuai
untuk menarik minat murid untuk belajar dengan menggunakan
pendekatan bermain. Nani Menon (2008), menyatakan pendekatan
belajar sambil bermain ini merupakan satu kaedah berinteraksi dan
berkomunikasi, serta sebagai salah satu cara kanak-kanak untuk
meluahkan perasaan gembira, marah dan geram. Tambahan pula,
penggunaan bahan bantu mengajar dengan menggunakan bahan
konkrit yang akan dijalankan juga dapat menarik minat murid untuk
belajar dan seterusnya akan lebih fokus kepada pembelajaran.
Di samping itu, saya juga berpandangan kaedah ini akan berkesan
dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan peserta kajian saya untuk
mempelajari konsep nombor bulat. Melalui aktiviti bermain sesuatu
permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami
isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan
(Sharifah Nor Puteh et al., 2011). Oleh itu, kaedah ini difikirkan sesuai
dan fleksibel serta mampu merangsang minat dan juga menerapkan
pemahaman terhadap apa yang hendak disampaikan semasa sesi
intervensi kelak.
Kajian ini menggunakan kaedah ataupun pendekatan secara
bermain yang melibatkan tiga aktiviti iaitu aktiviti ‘Siapa saya? Sentuh
saya dan Cari saya’. Aktiviti 1 dijalankan sebanyak dua sesi manakala
tiga sesi dilaksanakan dalam aktiviti 2 dan aktiviti 3. Ketiga-tiga
aktiviti ini mengambil masa tiga minggu untuk dijalankan iaitu pada
minggu kedua hingga minggu keempat.
Minggu pertama iaitu pada tarikh 30 Jun 2013 hingga 04 Julai
2013, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada ujian lisan 1. Dapatan
bagi ujian tersebut telah saya analisis dalam rekod anekdot. Ujian ini
diberi kepada peserta kajian sebelum melaksanakan intervensi kerana
saya ingin melihat sejauh mana peningkatan peserta kajian saya dalam
kemahiran mengecam dan mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9
setelah hampir dua bulan saya tinggalkannya.
Pada minggu kedua saya telah memfokuskan kajian ini kepada
aktiviti 1 iaitu aktiviti ‘Siapa saya?’, dengan menggunakan dua bahan

8
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

konkrit yang sama iaitu Roda C.I.U. Saya telah memulakan aktiviti
ini dengan pengajaran simbol nombor bulat 1 hingga 9. Penggunaan
bahan ini bertujuan untuk menarik minat dan tumpuan peserta kajian
sewaktu intervensi dijalankan di samping mengukuhkan pengetahuan
sedia adanya mengenai konsep nombor bulat. Saya telah menjalankan
aktiviti ini sebanyak dua sesi iaitu aktiviti diulang sebanyak dua kali
pada hari yang berbeza dalam masa seminggu. Aktiviti ini bertujuan
untuk meningkatkan kemahiran mengecam peserta kajian. Sesi kedua
diakhiri dengan lembaran kerja. Soalan lembaran kerja bagi setiap
aktiviti adalah sama untuk menilai peningkatan bagi kemahiran
mengecam simbol nombor bulat 1 hingga 9. Set soalan bagi ketiga-
tiga aktiviti ini mengandungi 5 halaman dan setiap halaman terdiri
daripada 4 soalan yang memperuntukkan 1 soalan 1 skor. Jadi skor
bagi satu set soalan adalah 20 skor.
Pada minggu ketiga pula, saya telah menjalankan aktiviti ‘Sentuh
saya’ di mana peserta kajian memilih bola nombor yang sama
selepas memutar roda dan lekatkan bola nombor tersebut pada roda
bernombor. Aktiviti 2 ini telah dijalankan sebanyak tiga sesi. Peserta
juga telah mengulang kesemua aktiviti yang tidak dikuasai dengan
bimbingan saya. Setiap bimbingan yang diberikan bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran mengingat peserta kajian. Sesi yang terakhir
iaitu sesi ketiga, peserta kajian telah diberikan lembaran kerja yang
sama seperti lembaran kerja pada aktiviti 2.
Pada minggu terakhir pula, saya telah memfokuskan kepada
aktiviti ‘Cari saya’ iaitu aktiviti 3. Peserta kajian memadankan simbol
nombor berdasarkan petunjuk yang telah dilekatkan pada 9 buah bakul
yang sama. Sebanyak tiga sesi dilaksanakan pada hari yang berbeza
dalam masa seminggu. Peserta kajian diberi lembaran kerja yang sama
seperti lembaran kerja aktiviti 1 dan 2 pada sesi yang terakhir.
Pada akhir intervensi saya telah menjalankan dua ujian iaitu ujian
lisan 2 dan ujian bertulis 2. Ujian lisan 2 dicatat dalam rekod anekdot
manakala ujian bertulis 2 pula direkod dalam borang skor.

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini ialah seorang murid lelaki kategori
lembam kelas 3 Dedikasi di sebuah sekolah sekitar bandar Sungai
Petani. Menurut Jamila K.A Mohamed (2005), murid lembam ataupun
lewat perkembangan adalah murid yang terlalu lambat untuk mencapai
satu-satu objektif pengajaran yang mudah di samping mempunyai

9
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

daya rangsangan dan daya pengamatan yang lemah. Peserta kajian ini
juga tidak dapat menumpukan perhatian dan sukar untuk memahami
isi kandungan yang telah dipelajari.

Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan seorang murid lelaki kategori lembam
dalam membina kemahiran mengecam dan mengingat nombor bulat 1
hingga 9 di sebuah sekolah sekitar bandar Sungai Petani. Jangka masa
kajian adalah selama 14 minggu, manakala metodologi pengumpulan
data pula adalah menerusi pemerhatian, analisis dokumen dan ujian.
Penganalisisan data pula adalah menerusi rekod anekdot, lembaran
kerja serta kertas ujian.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Pemerhatian
Menurut Rosinah Edinin (2012), terdapat dua jenis pemerhatian yang
telah dijalankan iaitu secara berstruktur dan tidak berstruktur. Walau
bagaimanapun, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur
dengan menggunakan rekod anekdot dalam kesemua aktiviti.

Analisis Dokumen
Data penelitian dokumen telah diperoleh melalui lembaran kerja
yang telah dibuat oleh peserta kajian semasa penyelidikan dijalankan.
Tujuan saya menganalisis lembaran kerja adalah untuk menyokong
dapatan kajian di samping melihat peningkatan kemahiran peserta
dalam mengecam dan mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9
dengan menggunakan intervensi Roda C.I.U. Setiap lembaran kerja
yang diselesaikan oleh peserta telah dianalisis dalam bentuk borang
skor.

Penilaian
Menurut Cohen, Manion dan Morrison (2000), item dalam soalan
ujian dibina mengikut tujuan ujian, objektif ujian, jenis ujian,
kandungan ujian dan yang paling penting soalan berkenaan dibina
untuk menjawab persoalan kajian. Oleh yang demikian, saya telah

10
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

menggunakan ujian lisan 2 dan ujian bertulis 2 sebagai penilaian


bagi menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengecam dan
mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9 oleh peserta kajian.

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Langkah 1: Refleksi
Masalah utama yang dihadapi oleh peserta kajian telah saya kenal
pasti melalui kaedah temu bual. Justeru, saya telah menjalankan sesi
temu bual bersama-sama guru kelas yang terdahulu mengajar peserta
kajian saya dan beliau mengatakan bahawa peserta kajian saya satu-
satunya yang mengalami masalah dalam menguasai konsep nombor.
Saya juga telah meneliti rekod murid-murid kelas 3 Dedikasi bagi
ujian bertulis 1 yang telah saya jalankan sebelum memulakan proses
pengajaran. Hasil rekod tersebut menunjukkan prestasi murid-murid
kelas tersebut memuaskan dan saya dapati seorang daripada mereka
bermasalah dalam menguasai kemahiran mengecam dan mengingat
simbol nombor bulat 1 hingga 9.

Langkah 2: Perancangan
Hasil daripada semakan ujian bertulis 1 dan temu bual bersama-sama
guru terdahulu, saya telah merancang satu kaedah untuk mengatasi
masalah peserta kajian saya dalam menguasai kemahiran mengecam
dan mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9. Kaedah yang telah
dirancang adalah kaedah Roda C.I.U yang mengandungi tiga aktiviti
dan dijalankan selama empat minggu.

Langkah 3: Tindakan
Pelaksanaan kaedah Roda C.I.U iaitu Cam-Ingat-Ulang merangkumi
tiga aktiviti seperti berikut:

Aktiviti 1 (Siapa saya?)

a. Saya telah menyediakan dua buah roda yang sama. Sebuah


roda saya labelkan dengan nombor 1 hingga 9 dan sebuah
roda lagi adalah kosong iaitu tidak dilengkapi dengan nombor.

11
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

b. Saya telah memperkenalkan roda ini pada awal pengajaran.


Saya telah menunjukkan dan menerangkan satu persatu
simbol nombor 1 hingga 9 berdasarkan kepingan pada roda
tersebut.
c. Saya juga menyediakan satu kotak yang mengandungi 9
simbol nombor yang belum dilekatkan pada roda. Peserta
mengambil simbol nombor tersebut dan melekatkan pada roda
yang kosong. Dia juga melekatkan simbol nombor tersebut
sama seperti roda yang berada di sebelahnya. Tujuannya
ialah sebagai pengenalan kepada simbol nombor yang telah
diajar dan mengenal pasti kebolehan murid dalam kemahiran
mengecam.
d. Saya telah mengulang aktiviti ini sebanyak dua sesi pada hari
yang berbeza dalam jangka masa seminggu.
e. Pada akhir sesi, saya telah memberi lembaran kerja yang
mengandungi 20 soalan kepada peserta kajian. Item soalan
bagi ketiga-tiga aktiviti adalah sama.

Aktiviti 2 (Sentuh saya)

a. Terdapat beberapa biji bola ping pong yang disediakan oleh


saya dalam sebuah bakul. Bola-bola tersebut mempunyai
warna yang sama dan dilabel dengan simbol nombor 1 hingga
9.
b. Peserta memutar roda dan memilih bola simbol nombor
yang sama dalam kotak. Simbol nombor yang dipilih adalah
berdasarkan putaran yang dibuat olehnya. Misalnya peserta
memutar dan mendapat nombor 5, maka dia perlu mencari
bola simbol nombor 5 dan dilekatkan pada roda kosong.
c. Peserta juga melekatkan bola nombor tersebut di atas kepingan
nombor yang sama pada roda. Dia akan mengulang aktiviti
ini sehingga menguasai kemahiran mengecam dan mengingat
simbol nombor.
d. Aktiviti ini juga diulang sebanyak tiga sesi dalam masa
seminggu untuk melihat peningkatan kemahiran mengingat
simbol nombor peserta kajian.
e. Bimbingan diberikan sekiranya peserta lemah dalam
kemahiran mengecam dan mengingat simbol nombor.
f. Pada akhir sesi, saya telah memberi lembaran kerja yang
mengandungi 20 soalan kepada peserta kajian. Item soalan
bagi ketiga-tiga aktiviti adalah sama.

12
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

Aktiviti 3 (Cari saya)

a. Terdapat beberapa biji bola sederhana besar yang disediakan


oleh saya dalam sebuah bakul. Setiap bola dan bakul kecil
dilabel dengan simbol nombor bulat 1 hingga 9. Bola tersebut
mempunyai warna yang berbeza-beza.
b. Peserta telah memutar roda tersebut dan mencari bola nombor
yang sama dalam bakul yang telah disediakan. Nombor
tersebut adalah hasil putaran yang dilakukan olehnya.
c. Peserta mengambil beberapa biji bola bernombor dalam
sebuah bakul selepas melakukan satu putaran pada roda dan
seterusnya memasukkan ke dalam bakul nombor yang sama.
d. Seterusnya, saya memutar roda tersebut dan bertanyakan
simbol nombor kepada peserta.
e. Aktiviti ini juga diulang sebanyak tiga sesi dalam masa
seminggu untuk melihat peningkatan kemahiran mengingat
peserta kajian.
f. Pada akhir sesi, saya telah memberi lembaran kerja yang
mengandungi 20 soalan kepada peserta kajian. Item soalan
bagi ketiga-tiga aktiviti adalah sama.
g. Saya juga telah menjalankan dua ujian iaitu ujian lisan 2 dan
ujian bertulis 2 setelah kesemua aktiviti dijalankan.

Aktiviti Roda C.I.U

13
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

Langkah 4: Pemerhatian

Pemerhatian telah dijalankan ke atas peserta kajian saya bagi setiap


aktiviti dengan menggunakan intervensi Roda C.I.U untuk melihat
peningkatan kemahiran yang ingin diuji. Hasil pemerhatian bagi setiap
aktiviti telah diukur dengan menggunakan instrumen rekod anekdot
dan lembaran kerja.

Langkah 5: Refleksi

Dapatan bagi ujian lisan 2 dan ujian bertulis 2 telah digunakan sebagai
refleksi untuk melihat penguasaan dan peningkatan kemahiran
mengecam dan mengingat peserta kajian. Ini secara tidak langsung
dapat menunjukkan sama ada masalah peserta kajian untuk mengecam
dan mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9 dapat diselesaikan
atau perlu kepada kitaran penyelidikan yang kedua.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan Kajian
Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian berpandukan
kepada dapatan analisis data yang telah diperoleh.

Adakah penggunaan kaedah Roda C.I.U dapat meningkatkan


kemahiran murid lembam dalam mengecam simbol nombor bulat 1
hingga 9?

Pemerhatian
Saya telah menganalisis sesi pertama dan sesi terakhir aktiviti 1
dengan menggunakan rekod anekdot. Saya lebih memfokuskan
kepada kemahiran mengecam simbol nombor bulat dalam aktiviti
1 dengan melaksanakan aktiviti melekat nombor pada sebuah roda
kosong berpandukan simbol nombor yang terdapat pada sebuah roda
lagi. Justeru, terdapat dua buah Roda C.I.U bagi setiap aktiviti dalam
penyelidikan ini. Berdasarkan aktiviti 1 yang telah dijalankan, saya
dapati murid dapat memahami pengajaran yang telah disampaikan
iaitu pengenalan simbol nombor bulat 1 hingga 9 dengan menggunakan
Roda C.I.U dalam aktiviti 1.

14
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

Pada sesi pertama, peserta telah berjaya menjawab dan melekatkan


kesemua simbol nombor bulat 1 hingga 9 yang telah ditunjukkan oleh
saya berpandukan Roda C.I.U. Akan tetapi, peserta kajian masih lagi
tidak dapat mengecam simbol nombor apabila dia menyebut nombor
10 pada roda yang diputar oleh saya walaupun nombor pada roda
tersebut dilekat secara turutan menaik iaitu 1 hingga 9. Dia hanya
menghafal nombor. Ini terbukti apabila mulutnya kelihatan seperti
terkumat-kamit menyebut satu persatu nombor bulat mengikut
turutan. Oleh itu, saya telah mengulang lagi aktiviti ini untuk menilai
kemahiran mengecam peserta kajian berdasarkan petunjuk yang telah
diberi iaitu simbol nombor bulat 1 hingga 9 pada sebuah roda yang
telah dilekatkan oleh saya.
Pada sesi terakhir bagi aktiviti 1 pula, saya dapati peserta kajian
menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengecam simbol
nombor bulat berbanding sesi pertama yang telah dilakukan pada hari
sebelumnya. Peserta kajian dapat mendengar arahan dengan betul dan
berjaya melekatkan kesemua nombor yang telah ditunjukkan oleh saya
tanpa dibimbing. Peningkatan yang ditunjukkan oleh peserta kajian
dapat dilihat apabila dia berjaya mencari kesemua simbol nombor
bulat yang ditunjukkan oleh saya dengan betul.
Berdasarkan perbandingan antara sesi pertama dan sesi terakhir
bagi aktiviti 1, saya dapat simpulkan bahawa kemahiran peserta
dalam mengecam simbol nombor bulat 1 hingga 9 semakin meningkat
kerana dia tidak lagi menyebut nombor 10 pada Roda C.I.U yang telah
ditunjukkan. Namun begitu, saya masih memberikan petunjuk yakni
melekatkan simbol nombor bulat mengikut turutan kerana dalam
aktiviti ini saya hanya ingin menguji kemahiran mengecam simbol
nombor peserta kajian dan juga sebagai permulaan pengajaran simbol
nombor bulat 1 hingga 9 menggunakan Roda C.I.U.

Analisis Dokumen
Saya telah meneliti dokumen lembaran kerja peserta kajian yang telah
dilaksanakan sebelum intervensi dan lembaran kerja sesi terakhir
aktiviti 1. Kedua-dua lembaran kerja ini telah dianalisis menggunakan
borang skor. Hasil dapatan kajian daripada lembaran tersebut
menunjukkan bahawa prestasi peserta kajian dalam kemahiran
mengecam simbol nombor bulat semakin meningkat.
Pada halaman pertama, keempat dan kelima bagi lembaran
kerja sebelum intervensi, peserta hanya memperoleh skor 0/4 sahaja

15
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

manakala pada halaman kedua dan ketiga pula skor 1/4. Jumlah skor
bagi kesemua halaman bagi lembaran kerja sebelum intervensi adalah
2/20. Peserta menunjukkan sedikit peningkatan pada lembaran kerja
sesi terakhir aktiviti 1 yang mencatatkan skor sebanyak 6/20 iaitu
setiap halaman mencatatkan sekurang-kurangnya 1 skor. Meskipun
demikian, halaman ketiga sahaja peserta tidak memperoleh skor iaitu 0.
Justeru, saya dapat melihat kemahiran peserta kajian dalam mengecam
simbol nombor bulat semakin meningkat walaupun peningkatan
tersebut hanya 4 skor sahaja. Perbezaan skor setiap halaman untuk
kedua-dua lembaran kerja ini boleh dirujuk pada Jadual 1 dan Rajah 1.

Jadual 1 Skor lembaran kerja sebelum intervensi dan lembaran


kerja sesi terakhir aktiviti 1

Halaman Lembaran Kerja Sebelum Intervensi Aktiviti 1


1 0/4 ¼
2 ¼ 2/4
3 ¼ 0/4
4 0/4 2/4
5 0/4 ¼
Jumlah Skor 2/20 6/20
Skor

Sebelum

Aktiviti 1

Halaman Lembaran Kerja

Rajah 1 Perbezaan skor setiap halaman lembaran kerja sebelum intervensi


dan lembaran kerja sesi terakhir aktiviti 1

16
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

Penilaian
Penilaian ini telah dilakukan secara lisan yakni ujian lisan 1 sebelum
intervensi dan ujian lisan 2 selepas intervensi dengan menggunakan
bahan yang sama iaitu kad nombor. Ujian ini telah dicatat dalam rekod
anekdot dan senarai semak.
Pada peringkat ujian lisan 1, peserta hanya dapat menyebut lima
nombor sahaja daripada sembilan nombor iaitu nombor 2, 3, 5, 7 dan
9 manakala bagi ujian lisan 2 pula peserta telah berjaya mengecam
dan menyebut kesemua nombor bulat 1 hingga 9 tanpa bimbingan
daripada saya. Ini menunjukkan bahawa kaedah Roda C.I.U yang
diperkenalkan oleh saya dapat membantu masalah peserta kajian
dalam mengecam dan mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9.
Perbezaan bagi nombor bulat yang boleh disebut oleh peserta kajian
boleh dirujuk pada Jadual 2.
Jadual 2 Senarai semak ujian lisan 1 sebelum intervensi dan
ujian lisan 2 selepas intervensi

Nombor Sebelum Intervensi Selepas Intervensi


1 /
2 / /
3 / /
4 /
5 / /
6 /
7 / /
8 /
9 / /

Adakah penggunaan kaedah Roda C.I.U dapat meningkatkan


kemahiran murid lembam dalam mengingat simbol nombor bulat 1
hingga 9?

Pemerhatian
Hasil dapatan sesi terakhir aktiviti 2 dan aktiviti 3 ini telah dicatat
dalam rekod anekdot yang menunjukkan perbezaan dalam kemahiran
mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9. Pada sesi akhir
aktiviti 2, peserta menunjukkan bahawa dia masih lagi mengalami
kekeliruan dalam mengecam simbol nombor 5, 6, 7 dan 8 sekali gus
memperlihatkan kelemahannya dalam mengingat keempat-empat

17
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

simbol nombor tersebut. Nombor 7 dapat dijawab dengan betul


walaupun mengambil masa yang agak lama.
Peserta kajian sememangnya bermasalah untuk mengingat
simbol nombor 5, 6, 7 dan 8. Ini terbukti ketika saya menjalankan
sesi akhir aktiviti 3. Apabila saya menyebut nombor 5, peserta akan
mengambil nombor 6 dan nombor 5 yang dipegangnya pula disebut
sebagai nombor 7. Nombor 8 pula disebut nombor 7. Keempat-empat
nombor ini masih lagi mengelirukan peserta saya walaupun sudah
tiga kali saya menjalankan sesi bagi aktiviti 3. Nombor-nombor lain
seperti 1, 2, 3, 4, dan 9 tidak menjadi masalah kepadanya kerana
apabila saya memusingkan nombor 4, pantas sahaja dia menjawab
nombor 4. Begitu juga dengan nombor-nombor lain iaitu nombor 9.
Kesimpulannya, peserta kajian hanya mengecam dan mengingat lima
sahaja simbol nombor bulat iaitu nombor 1, 2, 3, 4 dan 9 manakala
nombor yang lain yakni nombor 5, 6, 7 dan 8 masih lagi lemah dan
perlu diberi bimbingan oleh saya sepenuhnya.

Analisis Dokumen
Bagi lembaran kerja untuk aktiviti sebelum intervensi, peserta
telah mengumpul skor 2/20 manakala skor 6/20 telah di kumpul
olehnya dalam lembaran kerja sesi terakhir aktiviti 2. Jumlah skor
yang dikumpul oleh peserta bagi dua lembaran kerja iaitu lembaran
kerja sebelum intervensi dan lembaran kerja sesi terakhir aktiviti 2
meningkat sebanyak 4 skor yang mencatatkan keseluruhan jumlah
skor sebanyak 6/20. Di samping itu, peserta juga telah mempamerkan
kesungguhannya dalam meningkatkan kemahiran mengingat simbol
nombor bulat 1 hingga 9 dalam lembaran kerja sesi terakhir aktiviti 3
yang mencatatkan jumlah skor sebanyak 18/20.
Pada halaman pertama bagi lembaran kerja sesi terakhir aktiviti
3, peserta telah mengumpul skor 4/4 berbanding lembaran kerja
sebelum intervensi iaitu 0/4 dan lembaran kerja aktiviti 2 yakni 1/4.
Pada halaman kedua pula, peserta hanya mendapat 1/4 sahaja untuk
lembaran kerja sebelum intervensi, manakala lembaran kerja bagi
aktiviti 2, dia telah memperoleh mata sebanyak 2/4. Tambahan lagi,
peserta telah mencatat markah tertinggi pada lembaran kerja aktiviti
3 iaitu skor sebanyak 4/4. Seterusnya pada halaman ketiga, peserta
telah mengumpul mata sebanyak 1/4 dalam lembaran kerja sebelum
intervensi. Akan tetapi, peserta hanya mendapat skor 1/4 sahaja pada
lembaran kerja aktiviti 2 berbanding lembaran kerja aktiviti 3 yakni
3/4.
18
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

Skor bagi halaman ketiga dan halaman keempat dalam lembaran


kerja aktiviti 3 adalah sama iaitu 3/4 manakala halaman kelima pula
peserta telah mendapat skor sebanyak 4/4. Jumlah skor bagi lembaran
kerja sebelum intervensi sebanyak 2/20, 6/20 adalah jumlah skor bagi
lembaran kerja sesi terakhir aktiviti 2 serta peserta telah mencatatkan
jumlah skor yang tertinggi berbanding ketiga-tiga lembaran kerja
yakni sebanyak 18/20 dalam lembaran kerja sesi terakhir aktiviti 3.
Perbezaan skor setiap halaman untuk ketiga-tiga lembaran kerja ini
boleh dirujuk pada Jadual 3 dan Rajah 2.

Jadual 3 Skor lembaran kerja sebelum intervensi, lembaran kerja sesi


terakhir aktiviti 2 dan lembaran kerja sesi terakhir aktiviti 3

Halaman Sebelum Intervensi Aktiviti 2 Aktiviti 3


1 0/4 1/4 4/4
2 1/4 2/4 4/4
3 1/4 1/4 ¾
4 0/4 2/4 ¾
5 0/4 0/4 4/4
Jumlah Skor 2/20 6/20 18/20

Sebelum
Aktiviti 1
Aktiviti 2
Skor

Halaman Lembaran Kerja

Rajah 2 Perbezaan skor setiap halaman lembaran kerja sebelum intervensi, sesi
terakhir aktiviti 2 dan sesi terakhir aktiviti 3

19
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

Penilaian
Penilaian ini dilakukan secara bertulis yang dijalankan sebelum dan
selepas intervensi iaitu Ujian Bertulis 1 dan Ujian Bertulis 2. Selain
itu, instrumen yang telah digunakan adalah borang skor. Setelah
menganalisis instrumen ini, saya dapati kemahiran murid lembam
dalam mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9 menggunakan
kaedah Roda C.I.U semakin meningkat. Hasil daripada dapatan bagi
kedua-dua ujian ini, jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
dalam kemahiran mengecam dan mengingat simbol nombor bulat
1 hingga 9. Kedua-dua ujian ini juga menggunakan set soalan yang
sama.
Peserta telah mencatat skor 4/4 pada ujian bertulis 2 berbanding
ujian bertulis 1 sebanyak 1/4 bagi halaman pertama. Halaman kedua
pula, peserta telah mendapat skor 3/4 dalam ujian bertulis 2 berbanding
ujian bertulis 1 iaitu sebanyak 1/4 skor. Jumlah skor bagi kedua-dua
ujian ini adalah 7/8 untuk ujian bertulis 2 dan 2/8 bagi ujian bertulis
1. Oleh yang demikian, peserta telah memperlihatkan peningkatan
yang tinggi dalam ujian bertulis ini berdasarkan perbezaan jumlah
skor dalam ujian bertulis 1 dan ujian bertulis 2 iaitu 5 skor. Perbezaan
skor setiap halaman bagi ujian bertulis 1 sebelum intervensi dan ujian
bertulis 2 selepas intervensi boleh dirujuk pada Jadual 4 dan Rajah 3.

Jadual 4 Skor Ujian Bertulis 1 sebelum intervensi dan


Ujian Bertulis 2 selepas intervensi

Halaman Ujian Bertulis 1 Ujian Bertulis 2


1 ¼ 4/4
2 ¼ ¾
Jumlah Skor 2/8 7/8

20
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

Ujian 1
Skor

Ujian 2

Halaman Kertas Ujian

Rajah 3 Perbezaan skor setiap halaman kertas Ujian Bertulis 1 sebelum


intervensi dan ujian bertulis 2 selepas intervensi

REFLEKSI, CADANGAN DAN KESIMPULAN

Refleksi Terhadap Penyelidik


Sepanjang proses penyelidikan tindakan ini dijalankan, banyak input
yang telah saya pelajari sama ada secara sedar mahupun tidak sedar.
Tambahan pula, peserta kajian telah menunjukkan minat untuk belajar
sambil bermain apabila dia sendiri sukarela untuk memutar roda
tersebut tanpa dipaksa dan disogok dengan hadiah daripada saya.
Peningkatannya dalam kemahiran mengecam dan mengingat simbol
nombor bulat ini telah menyemarakkan semangat saya lagi untuk
sentiasa mencipta dan menginovasi sesuatu bahan bantu mengajar
yang lebih kreatif dan sesuai dengan keperluan serta kehendak murid-
murid khas. Lantaran itu, saya begitu puas dengan hasil dapatan kajian
tindakan saya di samping penglibatan aktif yang ditunjukkan oleh
peserta kajian setiap kali aktiviti dijalankan.

Refleksi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran


Sebagai seorang guru novis, saya sedar bahawa banyak kelemahan yang
perlu saya perbaiki dan antaranya ialah dari segi penggunaan bahan
bantu mengajar. Bahan-bahan konkrit sememangnya membantu para
guru khasnya guru permulaan untuk menarik tumpuan murid dalam

21
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

sesi pengajaran dan pembelajaran di samping mewujudkan suasana


pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Hal ini saya sedar
apabila saya cuba menggunakan teknik inovasi dalam bahan saya iaitu
roda C.I.U semasa pengajaran dan juga semasa menjalankan kajian.
Bahan yang dihasilkan oleh saya bukan sahaja dapat digunakan
dalam subjek Matematik bahkan dapat diguna pakai dalam semua
subjek mengikut tema-tema tertentu. Oleh yang demikian, penggunaan
bahan bantu mengajar yang menarik sangatlah penting ketika proses
penerimaan ilmu pengetahuan kerana dengan bahan inilah saya boleh
memotivasikan murid saya supaya belajar dengan lebih bersungguh-
sungguh sehingga mereka berjaya.

Refleksi Terhadap Murid


Saya sedar bahawa peserta saya tidak dapat menumpukan perhatian
di dalam kelas kerana ramai rakannya yang menagih tumpuan
daripada guru. Oleh itu, saya sentiasa menyebut perkataan ‘pandai
sayang cikgu ni’ kepadanya apabila dia berjaya menjawab dengan
betul. Pujian tersebut diberi supaya dia merasakan bahawa saya tidak
pernah mengasingkan dirinya di dalam kelas meskipun dia mengalami
beberapa masalah dalam pembelajaran. Kaedah yang dijalankan
kepadanya juga adalah sesuai dengan sikapnya yang sememangnya
suka bermain kerana apabila saya mengajar dengan menggunakan
kad imbasan, dia kelihatan seperti bosan akan pengajaran tersebut
tetapi jika saya mengajaknya untuk bermain pantas sahaja dia
menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Roda C.I.U saya
bukan sahaja membantunya untuk menyelesaikan masalah dalam
mengecam dan mengingat simbol nombor bulat bahkan juga memberi
peluang kepada dirinya untuk berkongsi kegembiraannya dengan saya
semasa bermain.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Inovasi kaedah Roda C.I.U untuk mata pelajaran yang lain


Kajian yang telah saya laksanakan ini hanya terkandung dalam mata
pelajaran Matematik sahaja. Justeru, kaedah ini boleh di inovasi atau
diadaptasikan mengikut kesesuaian aktiviti yang ingin dilaksanakan
dalam subjek lain iaitu selain daripada subjek Matematik. Antaranya
ialah mata pelajaran Bahasa Melayu dalam pengajaran bertema.

22
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

Namun begitu, kaedah ini turut dirasakan sesuai dalam mata pelajaran
lain seperti Bahasa Inggeris dan lain-lain lagi mengikut kreativiti dan
inovasi yang dilakukan oleh guru tersebut.
Pelaksanaan pengajaran bagi kemahiran yang lebih tinggi dalam
subjek yang sama iaitu Matematik
Kajian ini hanya terbatas kepada kemahiran mengecam dan mengingat
simbol nombor bulat 1 hingga 9 sahaja. Justeru, saya mencadangkan
kaedah Roda C.I.U digunakan untuk kemahiran yang lebih tinggi
seperti kemahiran menentukan nilai nombor dengan kuantiti, operasi
tambah dan tolak dalam lingkungan 10, dan sebagainya selaras dengan
kandungan yang terdapat dalam dokumen standard KSSR.

KESIMPULAN
Saya mendapati bahawa kemahiran peserta kajian dalam mengecam
dan mengingat simbol nombor bulat 1 hingga 9 semakin meningkat
dengan menggunakan kaedah Roda C.I.U. Instrumen yang digunakan
untuk mengumpul dan menganalisis data ialah rekod anekdot, borang
skor dan senarai semak. Kesimpulannya, kajian ini berjaya mencapai
objektif yang telah ditetapkan selain memberi kesan kepada sistem
pendidikan dan impak kepada pencapaian murid tersebut di sekolah
itu. Malah, kajian ini turut membantu saya sebagai penyelidik dan
juga bakal seorang guru untuk sentiasa memperbaiki dan membuat
penambahbaikan dalam amalan pedagogi di dalam kelas. Di samping
itu, kajian ini juga turut menggalakkan saya meningkatkan kreativiti
dan inovasi dalam membina kaedah yang sesuai bagi memenuhi
keperluan dan kehendak murid. Bahkan kaedah yang digunakan
dalam kajian ini juga akan sentiasa digunakan dan diteruskan dengan
pelbagai idea baharu pada masa hadapan kelak.

RUJUKAN
Azlina Abu Bakar. (2005). Psikologi personaliti individu. Selangor: Karisma
Publication.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan: Konsep dan
amalan dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2000). Research methods in education
(5th ed.). London: Routledge Falmer.

23
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa.


Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M. (2006). Exceptional learners: An
introduction to special education. (10th ed.). Boston: Pearson Education,
Inc.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian kurikulum prasekolah
kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum standard sekolah
rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) asas 3m tahun satu.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Perancangan strategik
pendidikan khas 2020. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.
Lim Chap Sam, Fatimah Salleh & Munirah Ghazali. (2003). Siri pembangunan
perguruan: Alat bantu mengajar matematik. Pahang: PTS Publications
& Distributor Sdn. Bhd.
Lowe, C., & Zemliansky, P. (Eds.). (2011). Writing spaces Reading in writing
(Vol.2). Anderson, South Carolina: Parlor Press.
Menzies, H. M. (2007). Early intervension in reading. Review of Research
to Practice, 29, (2).
Mertler, C. A. (2006). Action research: A guide for teacher researcher (2nd
ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson, Merrill Prentice Hall.
Mohd Najib. (1999). Penyelidikan pendidikan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Mok Soon Sang. (2009). Siri pengajian profesional: Murid dan alam belajar.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Muhamad Fahmi Ahmad Tarmizi & Abdullah Kamal Abu Bakar. (2012).
Bahan yang mempunyai unsur vakt meningkatkan daya ingatan murid di
dalam kelas. Penyelidikan Tindakan, 3 (6), 1-7.
Nani Menon. (2008). Permainan, lagu dan puisi kanak-kanak. Kuala
Lumpur: PTS Professional.
Nik Siti Aminah Zuhri. (2011). Menyelesaikan masalah dalam bidang
menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan kaedah demonstrasi
model hidup bagi murid prasekolah bestari sk pulau rusa. (Tesis tidak
diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail,
Malaysia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.
(2009). Siri pendidikan guru: Murid dan alam belajar. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. (2007). Panduan ulang kaji ilmu pendidikan
untuk kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) sekolah rendah dan
menengah. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1996). Pengurusan bilik darjah-
kaedah dan strategi. Selangor: Masa Enterprise Sdn. Bhd.

24
Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran Mengecam...
1-25

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan.


Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Sarina Aina Kassim & Yusmini Md Yusoff. (2006). Kaedah mengajar dan
kemahiran interpersonal guru. Selangor: PTS Publication & Distribution
Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam
pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (2), 1-15.
Warren, B. (2009). On Becoming a Leader. New York: Basic Books.

25

You might also like